Kajian ini menganalisis pembinaan sistem sokongan dan kolaborasi untuk program pendidikan inklusif pelajar berkeperluan khas di sebuah sekolah menengah di Johor. Melalui kaedah temubual dan soal selidik, kajian menunjukkan bahawa kolaborasi antara guru, ibu bapa, dan pelajar adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan pendidikan inklusif. Dapatan menunjukkan kesan positif terhadap pembelajaran dan sikap pelajar, serta menekankan keperluan untuk kurikulum dan teknik pengajaran yang disesuaikan.