HSE353E
HISTORY OF MODERN EUROPE SINCE THE
18TH CENTURY
WEEK 4
[6 November 2020]
REPLACEMENT LECTURE
Europe after the Bonaparte and the
Congress System (Part 1)
KE ARAH KONGRES VIENNA
•Latar belakang:
a. Perubahan-perubahan asas hasil Revolusi
Perancis.
b. Perang revolusi.
c. Napoleon Bonaparte.
A.
REVOLUSI PERANCIS
1789
REVOLUSI PERANCIS 1789
• Sangat penting di Eropah dan dunia kerana bahagi zaman moden dan zaman
lama.
• Dalam masa 6 tahun, revolusi ini berjaya gulingkan Raja Perancis dan berjaya
mengubah secara menyeluruh struktur-struktur lama negara Perancis.
• Raja Louis XVI dan Mary Antoinette dipancung kepala dan pucuk kepimpinan
negara jatuh ke tangan golongan pertengahan.
• Keistimewaan yang pelbagai yang pernah dinikmati oleh golongan aristokrat
dan bangsawan telah dihapuskan dan tanah mereka dirampas dan diagihkan
kepada petani.
• Tentera Perancis diatur semula.
• Kenaikan pangkat mengikut kebolehan bukan lagi status sosial seperti dahulu.
• Oleh sebab pembaharuan ini, tokoh seperti Bonaparte dapat naik pangkat dan
jadi jeneral.
• Kalau ikut rejim lama, Bonaparte yang sangat berkebolehan tidak mungkin
dapat jadi jeneral.
• Revolusi Perancis tidak terhad kepada negara Perancis sahaja tapi juga telah
menggugat kedudukan pemerintahan lama negara-negara lain di Eropah.
• Sistem pemerintahan yang digulingkan ialah sistem feudal (raja mutlak) dan
hampir semua negara Eropah lain juga mempunyai raja mutlak.
• Kejadian di Perancis telah menggugat pemerintahan negara-negara lain.
• 1792 → dalam keadaan revolusi berlangsung, Perancis juga berperang dengan
Rusia-Hungary-Austria. Kemudian Britain juga terlibat sama.
• 1799 (tahun akhir revolusi) → kepimpinan Perancis telah jatuh ke tangan
Napoleon Bonaparte, seorang jeneral Perancis yang berasal dari Pulau Corsica.
• Dengan kemunculan Napoleon Bonaparte sebagai pemimpin, maka perang
revolusi telah berubah menjadi perang Napoleon.
REVOLUSI PERANCIS 1789
B.
PERANG REVOLUSI VS
PERANG NAPOLEON
PERANG REVOLUSI VS PERANG NAPOLEON
• Perbezaan yang penting antara revolusi dengan perang-perang
Napoleon:
❑ Perang Revolusi → defensif.
❑ Perang-perang Napoleon → agresif.
• Bangsawan-bangsawan Perancis yang kehilangan kuasa
berusaha tubuhkan tentera di Rusia dan Austria untuk serang
Perancis dan dapatkan semula kuasa dan pulihkan kuasa
lama.
• Perang-perang Napoleon bertujuan menakluk dan meluaskan
kuasa dan tanah jajahan.
PERANG REVOLUSI VS PERANG NAPOLEON
• 1810 → bawah kepimpinan Napoleon, Perancis berjaya
meletakkan pengaruhnya di Eropah Timur dan Eropah
Selatan.
• Itali, Jerman, Poland dan the Low countries (Belgium,
Belanda dan Luxembourg) menjadi koloni Perancis.
• Bermula 1810 juga, Perancis mula mendominasi Eropah.
• Titik perubahan kepada kuasa Napoleon adalah pada
1812.
• 1812 → Napoleon buat kesilapan besar dan seterusnya
membawa kepada kemerosotan Perancis.
• Kesilapan Napoleon itu ialah → KETAMAKAN
C.
NAPOLEON BONAPARTE
KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE
• Napolean percaya bahawa cara untuk mengukuhkan pengaruh
mesti tawan Rusia.
• 1812 → tubuhkan tentera yang besar dengan tujuan untuk
menyerang Rusia.
• Bonaparte merencana, untuk tawan secepat mungkin, maka perlu
tawan ibu kota Rusia iaitu Moscow.
• Tapi Rusia tidak bodoh → hadapi ancaman Perancis itu dengan
taktik yang berkesan.
• Rusia meminta ketua-ketua pemimpin tentera yang berkhemah di
sempadan berundur kembali ke wilayah Rusia dan membakar
semua bandar-bandar dalam perjalanan pengunduran mereka.
KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE
• Tujuan mereka adalah untuk mengelakkan bandar-bandar tersebut
daripada digunakan oleh tentera-tentera Perancis yang sedang
menghala ke Moscow.
• Rusia juga membina benteng pertahanan di Borodeno (30 batu dari
barat Moscow).
• Pertempuran pertama tercetus di Borodeno dan Perancis menang.
• Namun ramai tentera Perancis mati.
• Selepas menang, tentera Perancis masuk Moscow tapi mendapati
bahawa semua penduduk Moscow telah melarikan diri.
• Yang tinggal hanya 15 ribu orang yang terdiri daripada orang tua-
tua dan orang-orang sakit.
KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE
• Tidak sempat tentera Perancis nak berehat di Moscow, berlaku
kebakaran yang besar di Moscow.
• Pendek kata, penawanan Moscow hanya kemenangan hak
kepada Perancis.
• Tsar Alexander I lari bersama-sama pembesar-pembesarnya ke Saint
Petersburgh dan enggan berunding dengan Napoleon → enggan
mengaku kalah.
• Selepas setahun duduk di Moscow, Napoleon terpaksa berundur
dari Moscow dan balik ke Eropah Tengah.
• Jarak jauh antara Moscow dengan sempadan Rusia-Perancis
(Eropah Tengah) ialah 700 batu.
KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE
• Sepanjang jalan mereka berundur, tentera Perancis diserang
oleh kaum Cossacks yang garang (puak asli di Rusia).
• Lebih membinasakan ialah musim sejuk pada ketika itu → ramai
tentera mati kesejukan.
• Hal ini disebabkan oleh kerana mereka tidak membawa
pakaian dan makanan yang cukup → sampai sanggup makan
kasut.
• Hanya 20 ribu daripada 600 ribu tentera Perancis yang tinggal
dalam perjalanan kembali ke wilayah Perancis.
• Situasi ini adalah merupakan satu kemusnahan yang teruk.
KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE
• 1812 → Britain, Rusia, Austria-Hungary telah
mengadakan “Pakatan Agung” untuk kalahkan
Perancis.
• Tentera Rusia dan Austria-Hungary telah berjaya
kalahkan tentera Napoleon di Nebsik (wilayah Jerman)
→ tentera Perancis ditolak balik ke Perancis.
• Kemenangan di situ diikuti dengan kemenangan-
kemenanagn lain.
• Mac 1814 → Raja Rusia bersama Raja Austria masuk ke
Paris (ibu kota Perancis).
KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE
• April 1814 → Perancis menyerah kalah dan Napoleon
dibuang negeri ke Pulau Elba di Mediterranean.
• Setelah mengalahkan Napoleon, Perikatan Agung
mempunyai dua tugas untuk memastikan keamanan di
Eropah:
1. Harus menamatkan perang dengan Perancis
(maka perlu berdamai);
2. Selesaikan masalah-masalah tentang takhta dan
sempadan-sempadan negara Eropah yang telah
dijejaskan oleh Napoleon.
1. MENAMATKAN PERANG DENGAN PERANCIS
• Untuk menamatkan perang dan berdamai dengan Perancis adalah agak
mudah.
• Dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
• Oleh sebab pemimpin kuasa Perikatan Agung tidak lagi mahu Napoleon
duduk di takhta Perancis, mereka perlu mencari ganti → bersetuju
mengambil Louis XVIII (adik Louis XVI) → ditabalkan sebagai Raja Perancis
(kembalikan kuasa kepada keturunan Bourbon)
• Sebaik sahaja Raja Louis XVIII naik takhta, beliau menandatangani
perjanjian damai iaitu Perjanjian Paris (30 Mei 1814).
• Menurut syarat perjanjian tersebut, Perancis hilang tanah jajahan di Itali,
Jerman dan the Low countries (Belgium, Belanda dan Luxembourg) dan
juga tanah-tanah jajahan Perancis di seberang laut iaitu di Carribean.
MENAMATKAN PERANG DENGAN PERANCIS
• Beberapa tanah jajahan Perancis di Carribean telah jatuh ke tangan
Britain dan Sepanyol.
❑ Tobago, Santa Lucia III de France → Britain.
❑ San Domingo → Sepanyol.
• Tetapi wilayah Perancis tidak terjejas dan Perancis juga tidak dikenakan
ganti rugi perang.
• Biasanya negara yang kalah mesti bayar ganti rugi, tetapi Perancis tidak
diarahkan untuk berbuat sedemikian → menunjukkan syarat perjanjian
daman tersebut amat berlembut dengan Perancis.
• Perjanjian ini hanya menyelesaikan tugas kuasa-kuasa Perikatan Agung.
• Untuk menyelesaikan tugas mereka yang kedua (masalah takhta dan
sempadan), pemimpin-pemimpin Perikatan Agung bersetuju
mengadakan mesyuarat di Vienna.
2. KONGRES VIENNA
• Masalah kedua yang perlu dilakukan oleh Perikatan Agung adalah
tentang isu takhta dan sempadan.
• Perikatan Agung setuju buat mesyuarat di Vienna → Kongres Vienna.
• Wakil-wakil Perikatan Agung dipanggil bersidang untuk menggubal
semula peta Eropah yang dijejaskan oleh Napoleon.
• Kongres ini diadakan untuk mengatur semula sempadan-sempadan
negara Eropah dan takhta-takhta raja yang telah dijejaskan oleh
Napoleon.
• Perancis juga dijemput untuk menyertai mesyuarat di Vienna itu →
tujuannya adalah untuk menghalang Perancis menubuhkan satu blok
anti-Perikatan Agung dan seterusnya mengetuai blok tersebut.
• Juga untuk menjadikan Perancis sebagai orang tengah/ pengantara jika
berlaku pertelingkahan dalam kalangan wakil Perikatan Agung.
2. KONGRES VIENNA
• Tokoh-tokoh utama yang hadir ke Kongres Vienna ialah:
1. Putera Klemens von Metternich (Menteri Luar Austria-
Hungary).
2. Robert Stewart, Viscount Castlereagh (Setiausaha Luar
Britain).
3. Tsar Alexander I (Maharaja empayar Rusia).
4. Frederick Williams III (Raja negara Prussia).
5. Putera Charles Maurice de Talleyrand-Périgord (Menteri
Luar Perancis).
2. KONGRES VIENNA
•Prinsip-prinsip asas penyelesaian Vienna:
a. Pampasan ganti rugi peperangan
kepada kuasa-kuasa yang telah
menang dalam perang dengan
Napoleon.
b. Legitemacy (Kehalalan/ Kesahihan).
c. Perimbangan kuasa.
A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN
• Pampasan ganti rugi peperangan ini adalah dalam bentuk
wilayah.
❑ Britain → Helgoland di laut utara, Malta dan Kepulauan
Ionian di Laut Mediterranean, Cape of Colony di Afrika
Selatan, Ceylon III de France, Demerara, St. Lucia dan
Trinidad & Tobago.
❑Austria-Hungary → mengambil kesempatan untuk tukar
Belgium dan Jerman Selatan dengan Lombardy dan
Venetian di Itali Utara dan Tyrol dan Illyria di pantai Laut
Adriatik.
A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN
❑ Poland-Saxony (berlaku krisis mengenai Saxony tetapi
berjaya diselesaikan tanpa peperangan)
• Rusia → Finland (diambil daripada
Sweden), Bessaria dan wilayah lain dari
Turki.
• Tsar Alexander I (Raja Rusia) mahukan
Grand Dutchy of Warsaw (Poland) yang
dibentuk oleh Napoleon → terdiri daripada
wilayah-wilayah yang telah diambil
daripada Prusia dan Austria-Hungary.
• Prussia bersetuju dengan permintaan Rusia
tapi meminta Saxony (yang kaya dengan
bahan mentah dan ramai penduduk)
sebagai pertukaran → tapi Britain dan
Austria bantah.
• Membawa kepada ancaman perang.
A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN
❑ Sambungan...
• Krisis Poland-Saxony ini merupakan topik paling berbahaya dibincangkan
di Kongres Vienna → hampir mencetuskan peperangan.
• Rusia menginginkan sebahagian besar Poland, manakala Prusia
menginginkan seluruh Saxony (rajanya bersekutu dengan Napoleon).
• Jika dapat Poland, maka Tsar Alexnader I akan menjadi raja Poland.
• Austria bimbang situasi ini akan menjadikan Rusia terlalu kuat →
pandangan ini disokong oleh Britain.
• Perbincangan menemui jalan buntu → Talleyrand mencadangkan
penyelesaian iaitu dengan memasukkan Perancis dalam Perikatan
Agung dan Perancis kemudiannya akan menyokong Austria dan Britain.
• Ketiga-tiga negara ini (Britain, Austria dan Perancis) menandatangani
perjanjian rahsia pada 3 Januari 1815 → bersetuju untuk berperang
melawan Rusia dan Prusia sekiranya perlu demi mengelakkan rancangan
Rusia-Prusia terhadap Poland-Saxony itu berjaya.
A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN
❑ Sambungan...
• Apabila Tsar dapat tahu tentang perjanjian rahsia itu,
beliau setuju untuk bertolak ansur → tindakan ini telah
memuaskan hati semua wakil Perikatan Agung (24
Oktober 1815).
• Justeru, Rusia hanya menerima sebahagian besar Grand
Duchy of Warsaw (Poland) sebagai "Kerajaan Poland" –
disebut Kongres Poland, dengan Tsar sebagai raja
memerintah secara bebas dari Rusia.
• Rusia tidak mendapat provinsi Posen (Poznań), yang
diberikan kepada Prusia sebagai Grand Duchy of Posen,
atau Kraków, yang menjadi kota bebas.
• Selanjutnya, Tsar tidak dapat menyatukan wilayah
baharu itu dengan bahagian Poland yang telah
digabungkan dengan Rusia pada tahun 1790-an.
• Prusia menerima 60% daripada Saxony (yang
kemudiannya dikenali sebagai Province of Saxony), dan
selebihnya dikembalikan kepada Raja Frederick
Augustus I sebagai Kerajaan Saxony-nya.
TSAR ALEXANDER I (RUSIA)
B) LEGITEMACY (KEHALALAN/ KESAHIHAN)
• Istilah yang direka oleh Talleyrand (Menteri
Luar Perancis) → iaitu pemulihan semula
takhta raja-raja yang telah disingkirkan oleh
Napoleon.
• Prinsip ini tidak digunakan secara automatik
dan juga tidak digunakan secara sistemastik.
C) PERIMBANGAN KUASA
• The Low countries (Belgium dan Belanda)disatukan demi membantutkan niat
penduduk tempatan yang ingin berdiri bebas.
• Negara-negara ini diletakkan di bawah pemerintahan keturunan Orange
(Belanda).
• Jerman → dibiarkan berpecah kepada 28 buah negeri yang berasingan.
• Konfederasi negeri-negeri Jerman (Prusia) disertai oleh Austria-Hungary dan juga
Prusia → Austria-Hungary sebagai ketua konfederasi ini.
• Itali → Raja Piedmont dan Pope (Ketua Agama Katolik) dikembalikan kuasa.
• Di selatan, Kingdom of Two Sicily → keturunan Bourbon.
• Austria → Lombardy, Venetia, Parma, Modena, Lucca dan Tuscany.
• Putera-putera Austria diletak di semua kawasan tersebut → Parma, Modena,
Lucca dan Tuscany.
PERISTIWA 100 HARI
• Napoleon Bonaparte melepaskan diri daripada buangan di
Pulau Elba pada 20 Mac 1815 dan masuk ke Paris.
• Sepasukan tentera dihantar untuk menangkap Napoleon.
• Namun tentera tersebut menyebelahi Napoleon
(menunjukkan tentera masih setia kepada Napoleon) →
tercetusnya Perang Waterloo (18 Jun 1815).
• Perancis dikenakan pampasan peperangan sebanyak 700
millions francs.
HSE353E
HISTORY OF MODERN EUROPE SINCE THE
18TH CENTURY
WEEK 4
[6 November 2020]
REPLACEMENT LECTURE
Europe after the Bonaparte and the
Congress System (Part 2)
THE CONCERT OF EUROPE:
INTERNATIONAL RELATION
IN EUROPE 1815-1830
KE ARAH KERJASAMA EROPAH
1815-1830
• Sebaik sahaja perjanjian Vienna siap, Napoleon yang
dibuang ke Pulau Elba melepaskan diri dan mendarat di
pantai selatan Perancis.
• Masih ramai yang taat kepada Napoleon.
• Napoleon berjaya memerintah Perancis selama 100 hari.
• Selepas Bonaparte dikalahkan oleh tentera Perikatan
Agung, beliau dibuang ke St. Helena (selatan Laut Atlantik)
dan mati di sana pada 5 Mei 1821.
KE ARAH KERJASAMA EROPAH 1815-1830
• Perjanjian-perjanjian yang menunjukkan kerjasama
Eropah (Concert of Europe) → sistem kongres:
1. Perjanjian Paris (Perancis) Ke-2.
2. Perjanjian Perikatan Suci.
3. Perjanjian Perikatan Berempat (Quadrupe
Alliance).
1. PERJANJIAN PARIS KE-2
• Perancis kena bayar ganti rugi perang → Perang Waterloo.
• Tentera-tentera Perikatan Agung menduduki beberapa
wilayah Perancis dan kos kependudukan itu dibiayai oleh
Perancis sehingga ganti rugi perang dijelaskan
sepenuhnya.
• Selepas perdamaian dengan Perancis kali ke-2 itu, kuasa-
kuasa Perikatan Agung menandatangani dua perjanjian:
i. Perjanjian Perikatan Suci (Holy Alliance).
ii. Perjanjian Perikatan Berempat.
2. PERJANJIAN PERIKATAN SUCI
• Ditandatangani antara Rusia, Austria-Hungary dan Prusia.
• Perjanjian ini bukan berdasarkan prinsip diplomasi tradisional,
tapi berdasarkan prinsip Christian Brothers.
• Enggan melibatkan Britain.
• Tiga raja ini menandatangani Perjanjian Suci → bersetuju
mengadakan hubungan rapat dan bekerjasama dengan
menggunakan istilah persetiaan Kristian Bersaudara.
• Istilah ini digunakan sebagai istilah umum untuk merujuk
kepada kerajaan yang bersifat autokratik.
2. PERJANJIAN PERIKATAN BEREMPAT
• 20 November 1815 → kuasa-kuasa yang pernah dikalahkan oleh
Napoleon iaitu Britain, Austria-Hungary, Rusia dan Prusia menandatangani
Perjanjian Perikatan Berempat (Quadrupe Alliance).
• Ahli-ahlinya bersetuju untuk menjamin keamanan di Eropah, termasuk
menggunakan tentera mereka jika perlu untuk menjamin matlamat
tersebut.
• Juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat dari masa ke masa untuk
bincangkan sebarang hal yang ancam keamanan Eropah atau hal-hal
yang melibatkan mereka.
• Maka “the Concert of Europe” telah ditubuhkan.
• Concert bermaksud kerjasama.
Persoalannya, walaupun adanya
perjanjian-perjanjian ini, sejauh
manakah kuasa-kuasa eropah
benar-benar dapat bekerjasama
untuk menjamin keselamatan
eropah? Apa masalahnya dan
bagaimana mereka
menyelesaikannya?
•Peristiwa-peristiwa yang membuktikan
kerjasama Eropah dalam menjaga
keamanan:
1.Aix la Chapelle, 1818
2.Verona, 1822
3.Pemberontakan Greece (Yunani)
1. AIX LA CHAPELLE, 1818
• Perancis dipanggil ke mesyuarat untuk menandatangani Perjanjian
Paris Ke-2.
• Tentera-tentera Perikatan Agung yang menduduki di Perancis telah
berundur.
• Pemencilan Perancis ditamatkan dan diterima kembali ke dalam
kuasa-kuasa Eropah yang besar.
• Maka timbul persoalan, adakah akan mucul Perikatan Berlima?
• Tujuan Perikatan Berempat adalah untuk menghalang gangguan
keamanan di Eropah → terutamanya apabila keluarga Napoleon
Bonaparte menaiki takhta di Eropah.
1. AIX LA CHAPELLE, 1818
• Tsar Alexander I mencadangkan penubuhan Perikatan Berlima demi
memelihara perikatan Vienna dan juga untuk menjamin semua kerajaan
yang sah pada waktu itu.
• Cadangan Tsar Alexander I ditentang oleh Setiausaha Luar Britain
(Castlereagh).
• Tsar Alexander menarik balik cadangannya, tetapi dua tahun kemudian
kembali pada cadangannya itu kerana meletus revolusi di Sepanyol (Jan
1817).
• Revolusi itu adalah merupakan pemberontakan tentera menentang Raja
Sepanyol (Raja Ferdinand 7).
• Raja Sepanyol adalah kurang bijak.
• Semasa Revolusi Perancis, tanah jajahan Sepanyol di hemisfera barat
(Amerika Selatan) telah memberontak menentang pertuanan Sepanyol.
1. AIX LA CHAPELLE, 1818
• Untuk mendapatkan balik tanah-tanah jajahannya di Amerika Latin,
Raja Sepanyol membina angkatan tentera yang agak besar tapi
beliau beri layanan buruk kepada tentera:
a. Ditempatkan di berek-berek yang tidak selesa;
b. Makanan tidak mencukupi;
c. Gaji rendah (kadang-kadang tak bagi langsung).
• Maka atas sebab itulah tentera memberontak → di Cares (tempat
perkhemahan tentera).
• Pemberontakan tersebut merebak hingga ke Barcelona lalu
menjadi pemberontkan umum (bukan tentera semata-mata).
• Raja Sepanyol mulai panik dan menjanjikan perlembagaan liberal
kepada rakyatnya.
1. AIX LA CHAPELLE, 1818
• Kejadian di Sepanyol itu memadai untuk menyebabkan Rusia (Tsar
Alexander I) untuk mengajak rakan-rakannya bahawa mereka
patut campur tangan di Sepanyol untuk mengelakkan revolusi
merebak ke tempat-tempat lain.
• Bagi Britain, tujuan asal Perikatan Berempat atau Berlima adalah
untuk menjamin keamanan antarabangsa bukan untuk alat
campur tangan dalam politik sesebuah negara.
• Tsar Alexander I sememangnya mahu meluaskan tujuan perikatan
itu termasuk hal dalam negeri.
• Dari Sepanyol, revolusi merebak ke Itali kemudiannya ke Portugal.
• Apabila revolusi Sepanyol merebak, Menteri Luar Austria mulai takut
dan mengajak kuasa-kuasa perikatan untuk menyelesaikannya.
1. AIX LA CHAPELLE, 1818
• Metternich (Menteri Luar Austria-Hungary) mencadangkan bahawa
sebarang perubahan yang diperoleh melalui revolusi, tak akan
diperakui sah.
• Ahli-ahli yang menandatangani protokol ini mengisytiharkan
mereka akan campur tangan di mana-mana tempat bagi
mencegah revolusi.
• Rusia dan Prusia bersetuju dan kemudiannya diikuti oleh Perancis.
• Setiausaha Luar Britain (Castlereagh) tetap enggan menjadi ahli.
• Raja Austria-Hungary ditugaskan untuk padam pemberotakan di
Sepanyol.
• Setelah berjaya di Itali (Naples), mereka berazam untuk memadam
pemberontakan di Sepanyol.
2. VERONA, 1822
• Dalam persidangan Verona, Perancis bersetuju untuk memadam
pemberontakan di Sepanyol dan membantu Raja Sepanyol.
• Jika Perancis tidak mahu, negara-negara lain kena hantar tentera
mereka → risau risiko berlaku pencerobohan wilayah (Perancis ada
sempadan dengan Sepanyol).
• Setelah berjaya menamatkan pemberontakan di Sepanyol,
Metternich dan Tsar Alexander I bercadang bantu Raja Sepanyol
(Raja Ferdinand 7) untuk mendapatkan kembali tanah jajahannya
di Amerika Latin.
• Cadangan ini bercanggah dengan kepentingan Britain.
2. VERONA, 1822
• 1822 → Britain mengiktiraf sebahagian besar bekas tanah jajahan Sepanyol seperti
Argentina, Colombia, Mexico dan Brazil, dan memasukkan negara-negara baharu ini
ke dalam sistem perdagangan dan diplomasi Eropah → menyekat penjajahan
semula.
• Pada awal 1823, George Cunning (Setiausaha Luar Britain yang baharu ekoran
Castlereagh telah membunuh diri menjelang pertemuan Verona) menegaskan
bahawa Britain akan menentang mana-mana kuasa yang bantu Sepanyol
mendapatkan semula tanah jajahan Sepanyol yang telah diiktiraf bebas oleh Britain
itu.
• Selain itu, dalam Disember 1823 (2-3 bulan sebelum amaran Canning), Presiden
Amerika Syarikat (James Monroe) juga memberi amaran bahawa sebarang campur
tangan di mana-mana tempat di hemisfera barat akan dipandang oleh Amerika
sebagai kegiatan yang mengancam keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat.
• Ekoran amaran Monroe dan Canning itu, maka tidak ada mana-mana kuasa Eropah
yang berani membantu Sepanyol mendapatkan balik tanah-tanah jajahannya itu.
3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI)
• Semua negeri di rantau Balkan (Yugoslavia dll) ialah tanah-tanah
jajahan Turki (empayar Uthmaniyah).
• Ketika itu Turki merosot → banyak negeri-negeri Balkan bangun
memberontak.
• Antara yang memberontak ialah Greece.
• April 1822, orang Greece bangkit tentang Turki.
• Mac 1823, Britain mengisytihar akan bantu Greece dalam
perang kemerdekaan mereka.
3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI)
• Sebab musabab Britain isytihar nak bantu:
i. Sentimen orang Britain terletak pada orang Greek →
bimbang parti Tory yang memerintah Britain pada
waktu itu (Perdana Menteri ialah Robert Jenkinson, 2nd
Earl of Liverpool) akan kehilangan undi lalu kalah dalam
pilihanraya.
ii. Kerajaan Britain percaya Rusia akan campur tangan
memihak Greece → jika Rusia dibenarkan bertindak
bersendirian, maka Greece akan menjadi jajahan Rusia
dan Empayar Uthmaniyah akan musnah → musnahkan
perlembagaan dunia Eropah iaitu dasar perimbangan
kuasa di Eropah.
3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI)
• Tsar Alexander II yang baharu menaiki takhta mahu menolong
Greece.
• Sehubungan itu, Britain mengajak kuasa-kuasa Eropah lain untuk
membantu Greece mendapatkan kemerdekaan → tapi Austria-
Hungary dan Prusia tak mahu (sebab tak ada kaitan).
• Metternich (Menteri Luar Austria-Hungary) tidak mahu Raja Rusia
campur tangan dalam hal Balkan → perkara ini akan menjejaskan
perimbangan kuasa Eropah.
• Dalam Ogos 1829, Turki dikalahkan → dipaksa tandatangani
perjanjian perdamaian → Turki mesti serah beberapa wilayah
kepada Rusia iaitu kawan pantai Laut Hitam (Romania, Bulgaria,
dll).
3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI)
3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI)
• Turki juga dikenakan
ganti rugi perang →
bayar kepada Rusia
dalam jumlah yang
agak besar.
• Tentera Rusia
dibenarkan menduduki
di wilayah-wilayah Turki
(di pantai Laut Hitam).
• Turki terpaksa menerima
keputusan persidangan
itu yang diadakan di
London.
3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI)
• Greece merdeka/ bebas daripada Turki.
• 1832 → penduduk Greece memilih untuk menabalkan Prince Otto
of Bavaria of the House of Wittelsbach sebagai raja mereka.
• Pembebasan Greece merupakan perubahan pertama pada peta
Eropah sejak Kongres Vienna.
• Selain itu, isu Greece ini juga menunjukkan perselisihan antara ahli-
ahli Perikatan Suci. Misalnya Rusia terlibat dalam perang
kemerdekaan Greece, tapi Austria-Hungary enggan.
• Britain dan Austria-Hungary juga ada kepentingan politik di Balkan
dan perkara ini telah menyemai rasa curiga/ konflik masa hadapan
bagi kuasa-kuasa besar Eropah.
KESIMPULAN
• Sejak kejatuhan Napoleon Bonaparte, kuasa-kuasa Besar Eropah berusaha
memastikan Eropah berada dalam keadaan aman (mengelakkan perang)
dengan menganjurkan banyak pertemuan/ persidangan bagi menyelesaikan isu
atau konflik yang timbul → sistem kongres.
• Kerjasama Eropah (the Concert of Europe) melalui sistem kongres ini berjaya
mengelakkan peperangan → ada kuasa yang akan bertolak ansur.
• Terdapat juga masalah yang tidak dapat diselesaikan secara bersama-sama
sepenuhnya dan perbincangan/ kongres tersebut terpecah/ gagal. Sebagai
contoh:
i. Kongres Troppau (1820) – perbincangan tentang isu revolusi di Naples.
ii. Kongres Laibach (1821) – perbincangan persoalan Itali dan persoalan Timur.
• Walaupun gagal, masih tidak berlaku peperangan kerana masing-masing
komited untuk memastikan keamanan Eropah.
Sekian.

More Related Content

PPTX
Napoleon banoparte
PPTX
PENYATUAN NEGARA JERMAN SEBELUM 1870.pptx
PPTX
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
PPTX
Sejarah - revolusi
PPTX
Penyatuan negara bangsa jerman
PPTX
pemerintahan raja mutlak di perancis
PPTX
Perang dunia pertama
PPTX
Sejarah perang dunia 1
Napoleon banoparte
PENYATUAN NEGARA JERMAN SEBELUM 1870.pptx
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
Sejarah - revolusi
Penyatuan negara bangsa jerman
pemerintahan raja mutlak di perancis
Perang dunia pertama
Sejarah perang dunia 1

Similar to 4.(c) HSE353E W4 [Concert of Europe] Kuliah Ganti.pdf (18)

PPTX
pemerintahan raja mutlak di england
PPTX
PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI EROPAH BARAT
PPTX
revolusi prancis dan perkembangannya.pptx
PPTX
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani pada 28 jun 1919 terhadap j...
PPTX
Latar Belakang Terjadinya PERANG_DUNIA_I.pptx
PPTX
Perang Dunia I
DOCX
Perang dunia i_dan_perang_dunia_ii
PPTX
Bab 1 Perang dunia untuk kelas 11 SMK Semester 2
PPTX
Sejarah STPM: 2.2 Negara Bangsa
PPTX
Revolusi perancis
PPT
sejarah nasional indonesia
PPT
Perang Dunia 1 dan 2
PPTX
Penyatuan negara bangsa jerman
PPTX
Penyatuan negara bangsa
PPTX
Peristiwa Perang Dunia Pertama.pptx
PPTX
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)
PPTX
Revolusi prancis ips
PPT
REUNIFIKASI JERMAN BARAT DAN JERMAN TIMUR.ppt
pemerintahan raja mutlak di england
PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI EROPAH BARAT
revolusi prancis dan perkembangannya.pptx
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani pada 28 jun 1919 terhadap j...
Latar Belakang Terjadinya PERANG_DUNIA_I.pptx
Perang Dunia I
Perang dunia i_dan_perang_dunia_ii
Bab 1 Perang dunia untuk kelas 11 SMK Semester 2
Sejarah STPM: 2.2 Negara Bangsa
Revolusi perancis
sejarah nasional indonesia
Perang Dunia 1 dan 2
Penyatuan negara bangsa jerman
Penyatuan negara bangsa
Peristiwa Perang Dunia Pertama.pptx
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)
Revolusi prancis ips
REUNIFIKASI JERMAN BARAT DAN JERMAN TIMUR.ppt
Ad

4.(c) HSE353E W4 [Concert of Europe] Kuliah Ganti.pdf

  • 1. HSE353E HISTORY OF MODERN EUROPE SINCE THE 18TH CENTURY WEEK 4 [6 November 2020] REPLACEMENT LECTURE Europe after the Bonaparte and the Congress System (Part 1)
  • 2. KE ARAH KONGRES VIENNA •Latar belakang: a. Perubahan-perubahan asas hasil Revolusi Perancis. b. Perang revolusi. c. Napoleon Bonaparte.
  • 4. REVOLUSI PERANCIS 1789 • Sangat penting di Eropah dan dunia kerana bahagi zaman moden dan zaman lama. • Dalam masa 6 tahun, revolusi ini berjaya gulingkan Raja Perancis dan berjaya mengubah secara menyeluruh struktur-struktur lama negara Perancis. • Raja Louis XVI dan Mary Antoinette dipancung kepala dan pucuk kepimpinan negara jatuh ke tangan golongan pertengahan. • Keistimewaan yang pelbagai yang pernah dinikmati oleh golongan aristokrat dan bangsawan telah dihapuskan dan tanah mereka dirampas dan diagihkan kepada petani. • Tentera Perancis diatur semula. • Kenaikan pangkat mengikut kebolehan bukan lagi status sosial seperti dahulu. • Oleh sebab pembaharuan ini, tokoh seperti Bonaparte dapat naik pangkat dan jadi jeneral.
  • 5. • Kalau ikut rejim lama, Bonaparte yang sangat berkebolehan tidak mungkin dapat jadi jeneral. • Revolusi Perancis tidak terhad kepada negara Perancis sahaja tapi juga telah menggugat kedudukan pemerintahan lama negara-negara lain di Eropah. • Sistem pemerintahan yang digulingkan ialah sistem feudal (raja mutlak) dan hampir semua negara Eropah lain juga mempunyai raja mutlak. • Kejadian di Perancis telah menggugat pemerintahan negara-negara lain. • 1792 → dalam keadaan revolusi berlangsung, Perancis juga berperang dengan Rusia-Hungary-Austria. Kemudian Britain juga terlibat sama. • 1799 (tahun akhir revolusi) → kepimpinan Perancis telah jatuh ke tangan Napoleon Bonaparte, seorang jeneral Perancis yang berasal dari Pulau Corsica. • Dengan kemunculan Napoleon Bonaparte sebagai pemimpin, maka perang revolusi telah berubah menjadi perang Napoleon. REVOLUSI PERANCIS 1789
  • 7. PERANG REVOLUSI VS PERANG NAPOLEON • Perbezaan yang penting antara revolusi dengan perang-perang Napoleon: ❑ Perang Revolusi → defensif. ❑ Perang-perang Napoleon → agresif. • Bangsawan-bangsawan Perancis yang kehilangan kuasa berusaha tubuhkan tentera di Rusia dan Austria untuk serang Perancis dan dapatkan semula kuasa dan pulihkan kuasa lama. • Perang-perang Napoleon bertujuan menakluk dan meluaskan kuasa dan tanah jajahan.
  • 8. PERANG REVOLUSI VS PERANG NAPOLEON • 1810 → bawah kepimpinan Napoleon, Perancis berjaya meletakkan pengaruhnya di Eropah Timur dan Eropah Selatan. • Itali, Jerman, Poland dan the Low countries (Belgium, Belanda dan Luxembourg) menjadi koloni Perancis. • Bermula 1810 juga, Perancis mula mendominasi Eropah. • Titik perubahan kepada kuasa Napoleon adalah pada 1812. • 1812 → Napoleon buat kesilapan besar dan seterusnya membawa kepada kemerosotan Perancis. • Kesilapan Napoleon itu ialah → KETAMAKAN
  • 10. KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE • Napolean percaya bahawa cara untuk mengukuhkan pengaruh mesti tawan Rusia. • 1812 → tubuhkan tentera yang besar dengan tujuan untuk menyerang Rusia. • Bonaparte merencana, untuk tawan secepat mungkin, maka perlu tawan ibu kota Rusia iaitu Moscow. • Tapi Rusia tidak bodoh → hadapi ancaman Perancis itu dengan taktik yang berkesan. • Rusia meminta ketua-ketua pemimpin tentera yang berkhemah di sempadan berundur kembali ke wilayah Rusia dan membakar semua bandar-bandar dalam perjalanan pengunduran mereka.
  • 11. KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE • Tujuan mereka adalah untuk mengelakkan bandar-bandar tersebut daripada digunakan oleh tentera-tentera Perancis yang sedang menghala ke Moscow. • Rusia juga membina benteng pertahanan di Borodeno (30 batu dari barat Moscow). • Pertempuran pertama tercetus di Borodeno dan Perancis menang. • Namun ramai tentera Perancis mati. • Selepas menang, tentera Perancis masuk Moscow tapi mendapati bahawa semua penduduk Moscow telah melarikan diri. • Yang tinggal hanya 15 ribu orang yang terdiri daripada orang tua- tua dan orang-orang sakit.
  • 12. KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE • Tidak sempat tentera Perancis nak berehat di Moscow, berlaku kebakaran yang besar di Moscow. • Pendek kata, penawanan Moscow hanya kemenangan hak kepada Perancis. • Tsar Alexander I lari bersama-sama pembesar-pembesarnya ke Saint Petersburgh dan enggan berunding dengan Napoleon → enggan mengaku kalah. • Selepas setahun duduk di Moscow, Napoleon terpaksa berundur dari Moscow dan balik ke Eropah Tengah. • Jarak jauh antara Moscow dengan sempadan Rusia-Perancis (Eropah Tengah) ialah 700 batu.
  • 13. KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE • Sepanjang jalan mereka berundur, tentera Perancis diserang oleh kaum Cossacks yang garang (puak asli di Rusia). • Lebih membinasakan ialah musim sejuk pada ketika itu → ramai tentera mati kesejukan. • Hal ini disebabkan oleh kerana mereka tidak membawa pakaian dan makanan yang cukup → sampai sanggup makan kasut. • Hanya 20 ribu daripada 600 ribu tentera Perancis yang tinggal dalam perjalanan kembali ke wilayah Perancis. • Situasi ini adalah merupakan satu kemusnahan yang teruk.
  • 14. KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE • 1812 → Britain, Rusia, Austria-Hungary telah mengadakan “Pakatan Agung” untuk kalahkan Perancis. • Tentera Rusia dan Austria-Hungary telah berjaya kalahkan tentera Napoleon di Nebsik (wilayah Jerman) → tentera Perancis ditolak balik ke Perancis. • Kemenangan di situ diikuti dengan kemenangan- kemenanagn lain. • Mac 1814 → Raja Rusia bersama Raja Austria masuk ke Paris (ibu kota Perancis).
  • 15. KETAMAKAN NAPOLEON BONAPARTE • April 1814 → Perancis menyerah kalah dan Napoleon dibuang negeri ke Pulau Elba di Mediterranean. • Setelah mengalahkan Napoleon, Perikatan Agung mempunyai dua tugas untuk memastikan keamanan di Eropah: 1. Harus menamatkan perang dengan Perancis (maka perlu berdamai); 2. Selesaikan masalah-masalah tentang takhta dan sempadan-sempadan negara Eropah yang telah dijejaskan oleh Napoleon.
  • 16. 1. MENAMATKAN PERANG DENGAN PERANCIS • Untuk menamatkan perang dan berdamai dengan Perancis adalah agak mudah. • Dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. • Oleh sebab pemimpin kuasa Perikatan Agung tidak lagi mahu Napoleon duduk di takhta Perancis, mereka perlu mencari ganti → bersetuju mengambil Louis XVIII (adik Louis XVI) → ditabalkan sebagai Raja Perancis (kembalikan kuasa kepada keturunan Bourbon) • Sebaik sahaja Raja Louis XVIII naik takhta, beliau menandatangani perjanjian damai iaitu Perjanjian Paris (30 Mei 1814). • Menurut syarat perjanjian tersebut, Perancis hilang tanah jajahan di Itali, Jerman dan the Low countries (Belgium, Belanda dan Luxembourg) dan juga tanah-tanah jajahan Perancis di seberang laut iaitu di Carribean.
  • 17. MENAMATKAN PERANG DENGAN PERANCIS • Beberapa tanah jajahan Perancis di Carribean telah jatuh ke tangan Britain dan Sepanyol. ❑ Tobago, Santa Lucia III de France → Britain. ❑ San Domingo → Sepanyol. • Tetapi wilayah Perancis tidak terjejas dan Perancis juga tidak dikenakan ganti rugi perang. • Biasanya negara yang kalah mesti bayar ganti rugi, tetapi Perancis tidak diarahkan untuk berbuat sedemikian → menunjukkan syarat perjanjian daman tersebut amat berlembut dengan Perancis. • Perjanjian ini hanya menyelesaikan tugas kuasa-kuasa Perikatan Agung. • Untuk menyelesaikan tugas mereka yang kedua (masalah takhta dan sempadan), pemimpin-pemimpin Perikatan Agung bersetuju mengadakan mesyuarat di Vienna.
  • 18. 2. KONGRES VIENNA • Masalah kedua yang perlu dilakukan oleh Perikatan Agung adalah tentang isu takhta dan sempadan. • Perikatan Agung setuju buat mesyuarat di Vienna → Kongres Vienna. • Wakil-wakil Perikatan Agung dipanggil bersidang untuk menggubal semula peta Eropah yang dijejaskan oleh Napoleon. • Kongres ini diadakan untuk mengatur semula sempadan-sempadan negara Eropah dan takhta-takhta raja yang telah dijejaskan oleh Napoleon. • Perancis juga dijemput untuk menyertai mesyuarat di Vienna itu → tujuannya adalah untuk menghalang Perancis menubuhkan satu blok anti-Perikatan Agung dan seterusnya mengetuai blok tersebut. • Juga untuk menjadikan Perancis sebagai orang tengah/ pengantara jika berlaku pertelingkahan dalam kalangan wakil Perikatan Agung.
  • 19. 2. KONGRES VIENNA • Tokoh-tokoh utama yang hadir ke Kongres Vienna ialah: 1. Putera Klemens von Metternich (Menteri Luar Austria- Hungary). 2. Robert Stewart, Viscount Castlereagh (Setiausaha Luar Britain). 3. Tsar Alexander I (Maharaja empayar Rusia). 4. Frederick Williams III (Raja negara Prussia). 5. Putera Charles Maurice de Talleyrand-Périgord (Menteri Luar Perancis).
  • 20. 2. KONGRES VIENNA •Prinsip-prinsip asas penyelesaian Vienna: a. Pampasan ganti rugi peperangan kepada kuasa-kuasa yang telah menang dalam perang dengan Napoleon. b. Legitemacy (Kehalalan/ Kesahihan). c. Perimbangan kuasa.
  • 21. A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN • Pampasan ganti rugi peperangan ini adalah dalam bentuk wilayah. ❑ Britain → Helgoland di laut utara, Malta dan Kepulauan Ionian di Laut Mediterranean, Cape of Colony di Afrika Selatan, Ceylon III de France, Demerara, St. Lucia dan Trinidad & Tobago. ❑Austria-Hungary → mengambil kesempatan untuk tukar Belgium dan Jerman Selatan dengan Lombardy dan Venetian di Itali Utara dan Tyrol dan Illyria di pantai Laut Adriatik.
  • 22. A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN ❑ Poland-Saxony (berlaku krisis mengenai Saxony tetapi berjaya diselesaikan tanpa peperangan) • Rusia → Finland (diambil daripada Sweden), Bessaria dan wilayah lain dari Turki. • Tsar Alexander I (Raja Rusia) mahukan Grand Dutchy of Warsaw (Poland) yang dibentuk oleh Napoleon → terdiri daripada wilayah-wilayah yang telah diambil daripada Prusia dan Austria-Hungary. • Prussia bersetuju dengan permintaan Rusia tapi meminta Saxony (yang kaya dengan bahan mentah dan ramai penduduk) sebagai pertukaran → tapi Britain dan Austria bantah. • Membawa kepada ancaman perang.
  • 23. A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN ❑ Sambungan... • Krisis Poland-Saxony ini merupakan topik paling berbahaya dibincangkan di Kongres Vienna → hampir mencetuskan peperangan. • Rusia menginginkan sebahagian besar Poland, manakala Prusia menginginkan seluruh Saxony (rajanya bersekutu dengan Napoleon). • Jika dapat Poland, maka Tsar Alexnader I akan menjadi raja Poland. • Austria bimbang situasi ini akan menjadikan Rusia terlalu kuat → pandangan ini disokong oleh Britain. • Perbincangan menemui jalan buntu → Talleyrand mencadangkan penyelesaian iaitu dengan memasukkan Perancis dalam Perikatan Agung dan Perancis kemudiannya akan menyokong Austria dan Britain. • Ketiga-tiga negara ini (Britain, Austria dan Perancis) menandatangani perjanjian rahsia pada 3 Januari 1815 → bersetuju untuk berperang melawan Rusia dan Prusia sekiranya perlu demi mengelakkan rancangan Rusia-Prusia terhadap Poland-Saxony itu berjaya.
  • 24. A) PAMPASAN GANTI RUGI PEPERANGAN ❑ Sambungan... • Apabila Tsar dapat tahu tentang perjanjian rahsia itu, beliau setuju untuk bertolak ansur → tindakan ini telah memuaskan hati semua wakil Perikatan Agung (24 Oktober 1815). • Justeru, Rusia hanya menerima sebahagian besar Grand Duchy of Warsaw (Poland) sebagai "Kerajaan Poland" – disebut Kongres Poland, dengan Tsar sebagai raja memerintah secara bebas dari Rusia. • Rusia tidak mendapat provinsi Posen (Poznań), yang diberikan kepada Prusia sebagai Grand Duchy of Posen, atau Kraków, yang menjadi kota bebas. • Selanjutnya, Tsar tidak dapat menyatukan wilayah baharu itu dengan bahagian Poland yang telah digabungkan dengan Rusia pada tahun 1790-an. • Prusia menerima 60% daripada Saxony (yang kemudiannya dikenali sebagai Province of Saxony), dan selebihnya dikembalikan kepada Raja Frederick Augustus I sebagai Kerajaan Saxony-nya. TSAR ALEXANDER I (RUSIA)
  • 25. B) LEGITEMACY (KEHALALAN/ KESAHIHAN) • Istilah yang direka oleh Talleyrand (Menteri Luar Perancis) → iaitu pemulihan semula takhta raja-raja yang telah disingkirkan oleh Napoleon. • Prinsip ini tidak digunakan secara automatik dan juga tidak digunakan secara sistemastik.
  • 26. C) PERIMBANGAN KUASA • The Low countries (Belgium dan Belanda)disatukan demi membantutkan niat penduduk tempatan yang ingin berdiri bebas. • Negara-negara ini diletakkan di bawah pemerintahan keturunan Orange (Belanda). • Jerman → dibiarkan berpecah kepada 28 buah negeri yang berasingan. • Konfederasi negeri-negeri Jerman (Prusia) disertai oleh Austria-Hungary dan juga Prusia → Austria-Hungary sebagai ketua konfederasi ini. • Itali → Raja Piedmont dan Pope (Ketua Agama Katolik) dikembalikan kuasa. • Di selatan, Kingdom of Two Sicily → keturunan Bourbon. • Austria → Lombardy, Venetia, Parma, Modena, Lucca dan Tuscany. • Putera-putera Austria diletak di semua kawasan tersebut → Parma, Modena, Lucca dan Tuscany.
  • 27. PERISTIWA 100 HARI • Napoleon Bonaparte melepaskan diri daripada buangan di Pulau Elba pada 20 Mac 1815 dan masuk ke Paris. • Sepasukan tentera dihantar untuk menangkap Napoleon. • Namun tentera tersebut menyebelahi Napoleon (menunjukkan tentera masih setia kepada Napoleon) → tercetusnya Perang Waterloo (18 Jun 1815). • Perancis dikenakan pampasan peperangan sebanyak 700 millions francs.
  • 28. HSE353E HISTORY OF MODERN EUROPE SINCE THE 18TH CENTURY WEEK 4 [6 November 2020] REPLACEMENT LECTURE Europe after the Bonaparte and the Congress System (Part 2)
  • 29. THE CONCERT OF EUROPE: INTERNATIONAL RELATION IN EUROPE 1815-1830
  • 30. KE ARAH KERJASAMA EROPAH 1815-1830 • Sebaik sahaja perjanjian Vienna siap, Napoleon yang dibuang ke Pulau Elba melepaskan diri dan mendarat di pantai selatan Perancis. • Masih ramai yang taat kepada Napoleon. • Napoleon berjaya memerintah Perancis selama 100 hari. • Selepas Bonaparte dikalahkan oleh tentera Perikatan Agung, beliau dibuang ke St. Helena (selatan Laut Atlantik) dan mati di sana pada 5 Mei 1821.
  • 31. KE ARAH KERJASAMA EROPAH 1815-1830 • Perjanjian-perjanjian yang menunjukkan kerjasama Eropah (Concert of Europe) → sistem kongres: 1. Perjanjian Paris (Perancis) Ke-2. 2. Perjanjian Perikatan Suci. 3. Perjanjian Perikatan Berempat (Quadrupe Alliance).
  • 32. 1. PERJANJIAN PARIS KE-2 • Perancis kena bayar ganti rugi perang → Perang Waterloo. • Tentera-tentera Perikatan Agung menduduki beberapa wilayah Perancis dan kos kependudukan itu dibiayai oleh Perancis sehingga ganti rugi perang dijelaskan sepenuhnya. • Selepas perdamaian dengan Perancis kali ke-2 itu, kuasa- kuasa Perikatan Agung menandatangani dua perjanjian: i. Perjanjian Perikatan Suci (Holy Alliance). ii. Perjanjian Perikatan Berempat.
  • 33. 2. PERJANJIAN PERIKATAN SUCI • Ditandatangani antara Rusia, Austria-Hungary dan Prusia. • Perjanjian ini bukan berdasarkan prinsip diplomasi tradisional, tapi berdasarkan prinsip Christian Brothers. • Enggan melibatkan Britain. • Tiga raja ini menandatangani Perjanjian Suci → bersetuju mengadakan hubungan rapat dan bekerjasama dengan menggunakan istilah persetiaan Kristian Bersaudara. • Istilah ini digunakan sebagai istilah umum untuk merujuk kepada kerajaan yang bersifat autokratik.
  • 34. 2. PERJANJIAN PERIKATAN BEREMPAT • 20 November 1815 → kuasa-kuasa yang pernah dikalahkan oleh Napoleon iaitu Britain, Austria-Hungary, Rusia dan Prusia menandatangani Perjanjian Perikatan Berempat (Quadrupe Alliance). • Ahli-ahlinya bersetuju untuk menjamin keamanan di Eropah, termasuk menggunakan tentera mereka jika perlu untuk menjamin matlamat tersebut. • Juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat dari masa ke masa untuk bincangkan sebarang hal yang ancam keamanan Eropah atau hal-hal yang melibatkan mereka. • Maka “the Concert of Europe” telah ditubuhkan. • Concert bermaksud kerjasama.
  • 35. Persoalannya, walaupun adanya perjanjian-perjanjian ini, sejauh manakah kuasa-kuasa eropah benar-benar dapat bekerjasama untuk menjamin keselamatan eropah? Apa masalahnya dan bagaimana mereka menyelesaikannya?
  • 36. •Peristiwa-peristiwa yang membuktikan kerjasama Eropah dalam menjaga keamanan: 1.Aix la Chapelle, 1818 2.Verona, 1822 3.Pemberontakan Greece (Yunani)
  • 37. 1. AIX LA CHAPELLE, 1818 • Perancis dipanggil ke mesyuarat untuk menandatangani Perjanjian Paris Ke-2. • Tentera-tentera Perikatan Agung yang menduduki di Perancis telah berundur. • Pemencilan Perancis ditamatkan dan diterima kembali ke dalam kuasa-kuasa Eropah yang besar. • Maka timbul persoalan, adakah akan mucul Perikatan Berlima? • Tujuan Perikatan Berempat adalah untuk menghalang gangguan keamanan di Eropah → terutamanya apabila keluarga Napoleon Bonaparte menaiki takhta di Eropah.
  • 38. 1. AIX LA CHAPELLE, 1818 • Tsar Alexander I mencadangkan penubuhan Perikatan Berlima demi memelihara perikatan Vienna dan juga untuk menjamin semua kerajaan yang sah pada waktu itu. • Cadangan Tsar Alexander I ditentang oleh Setiausaha Luar Britain (Castlereagh). • Tsar Alexander menarik balik cadangannya, tetapi dua tahun kemudian kembali pada cadangannya itu kerana meletus revolusi di Sepanyol (Jan 1817). • Revolusi itu adalah merupakan pemberontakan tentera menentang Raja Sepanyol (Raja Ferdinand 7). • Raja Sepanyol adalah kurang bijak. • Semasa Revolusi Perancis, tanah jajahan Sepanyol di hemisfera barat (Amerika Selatan) telah memberontak menentang pertuanan Sepanyol.
  • 39. 1. AIX LA CHAPELLE, 1818 • Untuk mendapatkan balik tanah-tanah jajahannya di Amerika Latin, Raja Sepanyol membina angkatan tentera yang agak besar tapi beliau beri layanan buruk kepada tentera: a. Ditempatkan di berek-berek yang tidak selesa; b. Makanan tidak mencukupi; c. Gaji rendah (kadang-kadang tak bagi langsung). • Maka atas sebab itulah tentera memberontak → di Cares (tempat perkhemahan tentera). • Pemberontakan tersebut merebak hingga ke Barcelona lalu menjadi pemberontkan umum (bukan tentera semata-mata). • Raja Sepanyol mulai panik dan menjanjikan perlembagaan liberal kepada rakyatnya.
  • 40. 1. AIX LA CHAPELLE, 1818 • Kejadian di Sepanyol itu memadai untuk menyebabkan Rusia (Tsar Alexander I) untuk mengajak rakan-rakannya bahawa mereka patut campur tangan di Sepanyol untuk mengelakkan revolusi merebak ke tempat-tempat lain. • Bagi Britain, tujuan asal Perikatan Berempat atau Berlima adalah untuk menjamin keamanan antarabangsa bukan untuk alat campur tangan dalam politik sesebuah negara. • Tsar Alexander I sememangnya mahu meluaskan tujuan perikatan itu termasuk hal dalam negeri. • Dari Sepanyol, revolusi merebak ke Itali kemudiannya ke Portugal. • Apabila revolusi Sepanyol merebak, Menteri Luar Austria mulai takut dan mengajak kuasa-kuasa perikatan untuk menyelesaikannya.
  • 41. 1. AIX LA CHAPELLE, 1818 • Metternich (Menteri Luar Austria-Hungary) mencadangkan bahawa sebarang perubahan yang diperoleh melalui revolusi, tak akan diperakui sah. • Ahli-ahli yang menandatangani protokol ini mengisytiharkan mereka akan campur tangan di mana-mana tempat bagi mencegah revolusi. • Rusia dan Prusia bersetuju dan kemudiannya diikuti oleh Perancis. • Setiausaha Luar Britain (Castlereagh) tetap enggan menjadi ahli. • Raja Austria-Hungary ditugaskan untuk padam pemberotakan di Sepanyol. • Setelah berjaya di Itali (Naples), mereka berazam untuk memadam pemberontakan di Sepanyol.
  • 42. 2. VERONA, 1822 • Dalam persidangan Verona, Perancis bersetuju untuk memadam pemberontakan di Sepanyol dan membantu Raja Sepanyol. • Jika Perancis tidak mahu, negara-negara lain kena hantar tentera mereka → risau risiko berlaku pencerobohan wilayah (Perancis ada sempadan dengan Sepanyol). • Setelah berjaya menamatkan pemberontakan di Sepanyol, Metternich dan Tsar Alexander I bercadang bantu Raja Sepanyol (Raja Ferdinand 7) untuk mendapatkan kembali tanah jajahannya di Amerika Latin. • Cadangan ini bercanggah dengan kepentingan Britain.
  • 43. 2. VERONA, 1822 • 1822 → Britain mengiktiraf sebahagian besar bekas tanah jajahan Sepanyol seperti Argentina, Colombia, Mexico dan Brazil, dan memasukkan negara-negara baharu ini ke dalam sistem perdagangan dan diplomasi Eropah → menyekat penjajahan semula. • Pada awal 1823, George Cunning (Setiausaha Luar Britain yang baharu ekoran Castlereagh telah membunuh diri menjelang pertemuan Verona) menegaskan bahawa Britain akan menentang mana-mana kuasa yang bantu Sepanyol mendapatkan semula tanah jajahan Sepanyol yang telah diiktiraf bebas oleh Britain itu. • Selain itu, dalam Disember 1823 (2-3 bulan sebelum amaran Canning), Presiden Amerika Syarikat (James Monroe) juga memberi amaran bahawa sebarang campur tangan di mana-mana tempat di hemisfera barat akan dipandang oleh Amerika sebagai kegiatan yang mengancam keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat. • Ekoran amaran Monroe dan Canning itu, maka tidak ada mana-mana kuasa Eropah yang berani membantu Sepanyol mendapatkan balik tanah-tanah jajahannya itu.
  • 44. 3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI) • Semua negeri di rantau Balkan (Yugoslavia dll) ialah tanah-tanah jajahan Turki (empayar Uthmaniyah). • Ketika itu Turki merosot → banyak negeri-negeri Balkan bangun memberontak. • Antara yang memberontak ialah Greece. • April 1822, orang Greece bangkit tentang Turki. • Mac 1823, Britain mengisytihar akan bantu Greece dalam perang kemerdekaan mereka.
  • 45. 3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI) • Sebab musabab Britain isytihar nak bantu: i. Sentimen orang Britain terletak pada orang Greek → bimbang parti Tory yang memerintah Britain pada waktu itu (Perdana Menteri ialah Robert Jenkinson, 2nd Earl of Liverpool) akan kehilangan undi lalu kalah dalam pilihanraya. ii. Kerajaan Britain percaya Rusia akan campur tangan memihak Greece → jika Rusia dibenarkan bertindak bersendirian, maka Greece akan menjadi jajahan Rusia dan Empayar Uthmaniyah akan musnah → musnahkan perlembagaan dunia Eropah iaitu dasar perimbangan kuasa di Eropah.
  • 46. 3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI) • Tsar Alexander II yang baharu menaiki takhta mahu menolong Greece. • Sehubungan itu, Britain mengajak kuasa-kuasa Eropah lain untuk membantu Greece mendapatkan kemerdekaan → tapi Austria- Hungary dan Prusia tak mahu (sebab tak ada kaitan). • Metternich (Menteri Luar Austria-Hungary) tidak mahu Raja Rusia campur tangan dalam hal Balkan → perkara ini akan menjejaskan perimbangan kuasa Eropah. • Dalam Ogos 1829, Turki dikalahkan → dipaksa tandatangani perjanjian perdamaian → Turki mesti serah beberapa wilayah kepada Rusia iaitu kawan pantai Laut Hitam (Romania, Bulgaria, dll).
  • 48. 3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI) • Turki juga dikenakan ganti rugi perang → bayar kepada Rusia dalam jumlah yang agak besar. • Tentera Rusia dibenarkan menduduki di wilayah-wilayah Turki (di pantai Laut Hitam). • Turki terpaksa menerima keputusan persidangan itu yang diadakan di London.
  • 49. 3. PEMBERONTAKAN GREECE (YUNANI) • Greece merdeka/ bebas daripada Turki. • 1832 → penduduk Greece memilih untuk menabalkan Prince Otto of Bavaria of the House of Wittelsbach sebagai raja mereka. • Pembebasan Greece merupakan perubahan pertama pada peta Eropah sejak Kongres Vienna. • Selain itu, isu Greece ini juga menunjukkan perselisihan antara ahli- ahli Perikatan Suci. Misalnya Rusia terlibat dalam perang kemerdekaan Greece, tapi Austria-Hungary enggan. • Britain dan Austria-Hungary juga ada kepentingan politik di Balkan dan perkara ini telah menyemai rasa curiga/ konflik masa hadapan bagi kuasa-kuasa besar Eropah.
  • 50. KESIMPULAN • Sejak kejatuhan Napoleon Bonaparte, kuasa-kuasa Besar Eropah berusaha memastikan Eropah berada dalam keadaan aman (mengelakkan perang) dengan menganjurkan banyak pertemuan/ persidangan bagi menyelesaikan isu atau konflik yang timbul → sistem kongres. • Kerjasama Eropah (the Concert of Europe) melalui sistem kongres ini berjaya mengelakkan peperangan → ada kuasa yang akan bertolak ansur. • Terdapat juga masalah yang tidak dapat diselesaikan secara bersama-sama sepenuhnya dan perbincangan/ kongres tersebut terpecah/ gagal. Sebagai contoh: i. Kongres Troppau (1820) – perbincangan tentang isu revolusi di Naples. ii. Kongres Laibach (1821) – perbincangan persoalan Itali dan persoalan Timur. • Walaupun gagal, masih tidak berlaku peperangan kerana masing-masing komited untuk memastikan keamanan Eropah.