51 nota t4
KATA PENGANTAR 
Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan yang menekankan gerak laku 
manusia dalam sukan untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke 
tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan perkembangan teknologi 
moden dalam sukan serta kehidupan harian manusia. 
Dalam KBSM, mata pelajaran Sains Sukan ialah mata pelajaran elektif bagi 
murid Tingkatan 4 dan 5. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid 
yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan 
melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan 
meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya. 
Bagi melaksanakan kurikulum Sains Sukan secara berkesan, Pusat 
Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan Buku Sumber Sains Sukan 
daripada membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada 
menggunakan buku sumber ini, guru digalakkan mengakses maklumat 
tambahan daripada sumber-sumber lain. Guru seharusnya mempelbagaikan 
strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan murid untuk 
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. 
Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan masa, tenaga dan hasil fikiran 
untuk menyempurnakan buku sumber ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin 
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak 
yang terlibat. 
(Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) 
Pengarah 
Pusat Perkembangan Kurikulum 
Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN 
Muka surat 
Kata Pengantar 
Tunjang 1 PENGENALAN SAINS SUKAN 
Konsep 1 
Sejarah Perkembangan 7 
Pengurusan Sukan 13 
Psikologi Sukan 31 
Tunjang 2 ANATOMI DAN FISIOLOGI 
Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 41 
Sistem Rangka 48 
Sistem Otot Rangka 61 
Sistem Saraf 71 
Sistem Tenaga 77 
Tunjang 3 PERSEDIAAN FIZIKAL 
Pengenalan Kecergasan 81 
Prinsip Latihan Fizikal 85 
Kaedah Latihan Fizikal 86 
Pemakanan Sukan 95 
Tunjang 4 LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK 
Asas Kawalan Motor 112 
Perkembangan Motor 120 
Pembelajaran Kemahiran Motor 125 
Asas Biomekanik 130
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
1 
TUNJANG 1 : 
PENGENALAN SAINS SUKAN 
Unit 1 – Konsep 
1.1 Definisi Sains Sukan 
Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains 
dalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, 
biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik. 
1.2 Kepentingan Sukan 
Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan, 
rekreasi, ekonomi dan kerjaya. 
1.2.1 Prestasi Sukan 
Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan 
jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program 
latihan yang lebih sistematik. 
1.2.2 Kesihatan 
Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukan 
dengan betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlit 
meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh dan 
mengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlit 
mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing-masing 
untuk mengekalkan prestasi. 
1.2.3 Rekreasi 
Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkan 
dalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa mereka 
berekreasi. 
1.2.4 Ekonomi 
Sains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi negara 
dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan 
peralatan sukan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
2 
1.2.5 Kerjaya 
Perkembangan sukan di tanah air, mewujudkan peluang-peluang 
kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan 
sukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukan 
dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluang-peluang 
pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah 
luas. 
1.3 Dasar Sukan Negara 
Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang komprehensif ke arah 
perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. 
Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi 
kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi 
dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan 
sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran 
dan kepentingan dalam bidang sukan. 
Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu 
dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua 
dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan. 
(a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua ) 
Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan 
peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota 
masyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti 
rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan 
atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan 
yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di 
peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 
(b) Sukan untuk kecemerlangan 
Sukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yang 
diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan-persekutuan 
Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di 
peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan 
pemenang.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
3 
1.3.1 Rasional Dasar Sukan Negara 
Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan 
kepada individu, masyarakat dan negara. 
(a) Peringkat Individu 
x Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan 
membangkitkan semangat pertandingan. 
x Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. 
x Memanfaatkan masa senggang. 
x Mengurangkan tekanan hidup . 
x Interaksi sosial yang bermakna. 
x Perkembangan kemahiran-kemahiran asas. 
(b) Peringkat Masyarakat 
x Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral 
masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional. 
x Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan 
perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai 
kumpulan etnik dalam negara. 
x Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. 
x Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa 
lapang. 
(c) Peringkat Antarabangsa 
x Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. 
x Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan 
antara bangsa. 
x Memupuk persahabatan. 
1.3.2 Objektif Dasar Sukan Negara 
x Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu 
padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang 
lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. 
x Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan 
bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi 
individu melalui sukan. 
x Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan 
sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan 
kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
4 
x Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan 
yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan 
antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara 
dapat dipertingkatkan . 
1.3.3 Strategi dan Pelaksanaan Dasar 
Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan untuk semua dan sukan 
untuk kecemerlangan hendaklah dibangunkan serentak. 
Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi 
penekanan pada aspek-aspek yang berikut : 
Perancangan 
Pertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakan 
program-program jangka panjang dengan struktur yang baik 
untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan 
pegawai sukan. 
Dalam merancang program-program jangka panjang untuk 
sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu 
dipertimbangkan: 
x Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan 
penyertaan sedia ada. 
x Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat 
Malaysia. 
Organisasi 
Sukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasama 
antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untuk 
menyelaraskan satu program yang bersepadu. Satu 
jawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukan 
perhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi 
tersebut. 
Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu dalam 
menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. 
Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisma ini 
untuk menyelaraskan program sukan massa. Mekanisme ini 
perlu menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi 
yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan 
rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu 
program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. 
Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi 
fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan 
mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan 
perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. 
Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan 
dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata 
pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. 
Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan 
melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran 
Pendidikan Jasmani di maktab-maktab. Di institusi pengajian 
tinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. 
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan 
(MAKSAK) berperanan mengalak dan menyelaraskan semua 
aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis 
Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada 
semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama 
ialah menggalakan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan 
Olimpik. MOM berkerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan 
dan latihan atlit untuk pertandingan peringkat antarabangsa. 
5 
Personel 
Badan-badan sukan disemua peringkat hendaklah melantik 
personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, 
melaksana dan menilai program sukan. 
Kewangan 
Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan 
sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan 
boleh diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan 
negeri, sektor korporat dan individu. Sumbangan-sumbangan 
hendaklah dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan 
hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti 
mereka. Yayasan sukan kebangsaan perlu diwujudkan. 
Insentif 
Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili 
negara haruslah diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif-insentif 
ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, 
elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk 
latihan dan yuran pendidikan. Selain itu kemasukan atlit ke
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
6 
pusat pengajian tinggi , adalah berdasarkan syarat akademik 
yang minimum dalam displin yang dipohon. 
Kemudahan 
Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan kemudahan-kemudahan 
sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan 
untuk golongan istimewa. Organisasi ini juga bertanggungjawab 
menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. 
Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan 
sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan 
badan sukarela juga memainkan peranan melengkapi usaha-usaha 
kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan 
sukan. 
Am 
Kerajaan haruslah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke 
atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu 
memperolehinya pada harga yang murah. Secara tidak 
langsung lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam 
sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga boleh 
memainkan peranan dalam usaha ini. Mereka digalakkan 
menghasilkan peralatan-peralatan sukan . 
Di peringkat institusi pendidikan, beberapa buah sekolah 
ditubuhkan khas sebagai pusat kecemerlangan untuk 
menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu 
seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar 
Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. 
Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan 
dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada 
media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk 
menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan 
sukan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
7 
1.4 Etika dan Patriotisme dalam Sukan 
Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika 
kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari 
mereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Oleh 
itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral 
mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini boleh 
dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding. 
Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang 
pertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan 
dipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri 
apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segala 
masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada 
pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional. 
Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawai 
sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai 
nilai-nilai positif. 
Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap 
negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika 
kesukanan. 
Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK 
NEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme 
di kalangan atlit dan masyarakat. 
2. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN 
2.1 Sejarah Perkembangan Sains Sukan 
Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara 
khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian 
perkembangan sains sukan adalah bermula dengan mata 
pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur 
sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan 
kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagai 
satu disiplin ilmu. 
Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh 
dibahagikan kepada tiga peringkat. 
(i) Peringkat Awalan 
Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun 
Yunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18,
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
8 
semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah 
melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari 
tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 
1762 hingga 1789. 
1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku 
Emile di mana beliau menggalakkan setiap 
individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi 
dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti 
yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia. 
1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin 
stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah 
dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa 
untuk rekreasi. 
1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, 
Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di 
mana pembahagian masyarakat mengikut kelas 
(golongan bangsawan dan petani) telah 
dihapuskan. 
Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, 
lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada 
golongan atasan sahaja. 
Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telah 
dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan 
didapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebut 
gemar berjogging. 
Perkembangan masyarakat ‘moden’ terutamanya dalam 
negara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuangan 
untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam 
aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20, 
mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan 
dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England. 
Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung 
kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktiviti 
berbentuk ketenteraan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
9 
(ii) Peringkat Pertengahan 
Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan 
secara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awal 
kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti 
sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward 
Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi 
berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) 
seorang bangsa German telah menggunakan 
elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik 
yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. 
Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 
1970an dan 1980an. 
Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains 
berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, 
biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang 
dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintis-saintis 
sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal. 
(iii) Peringkat Terkini 
Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat 
dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan 
kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan 
berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 
2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia 
anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di 
Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. 
Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan 
kepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudian 
berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 
1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sains 
yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan 
dalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorang 
pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan 
kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan 
persamaan-persamaan matematik terhadap aksi 
tersebut. 
Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan 
atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis 
sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis 
sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan 
dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
10 
Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi 
cemerlang dalam beberapa acara sukan khususnya 
gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains 
sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan 
dalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di negara 
China juga banyak menjalankan kajian untuk 
meningkatkan kualiti sukan negara. 
Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta 
kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan 
prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan 
peringkat antarabangsa. 
Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian 
mereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengan 
sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau 
kemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik). 
Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk 
pendekatan gabungan disiplin-disiplin sains yang lain 
(multidisciplinary approach). Contohnya, kajian 
meningkatkan prestasi atlit supaya memuncak pada 
masa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia, 
psikologi, antropometri dan biomekanik. 
Perkembangan Sains Sukan di Malaysia 
Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah 
ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program 
pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar 
Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan 
domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, 
kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan 
bersama. 
Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah 
memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma 
pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, 
Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk 
program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). 
Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih 
seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains 
sukan ditawarkan. 
Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan 
pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkan 
diploma sains sukan. 
Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium 
Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan 
Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks 
Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains 
sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. 
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah 
badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, 
pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran 
pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam 
pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah 
menganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkat 
kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya 
ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan 
dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu 
badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat 
bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan 
pelbagai aspek sains sukan. 
Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia 
memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata 
pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di 
Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan 
Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan 
dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 
2001. 
11 
2.2 Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan 
Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah 
menganjurkan Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil 
daripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan agar 
sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga 
Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasama 
dengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan. 
Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan 
Kebangsaan telah diwujudkan oleh MSN. Bidang tugas 
Lembaga ini ialah : 
(a) Mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan. 
(b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
12 
(c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan 
kejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan 
yang mengawal sukan. 
(d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa 
berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh 
Menteri Belia dan Sukan. 
Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi 
menggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususan 
sukan serta praktikal di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan 
Kebangsaan. 
Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu program 
pembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam dan 
berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu: 
1. Sains sukan – prinsip-prinsip am kejurulatihan 
dan sumber manusia 
2. Pengkhususan sukan – kemahiran, teknik dan strategi 
khusus kepada sukan-sukan 
tertentu. 
3. Praktikal – amalan kejurulatihan 
Objektif skim ini adalah untuk : 
(a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan 
jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan 
dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi 
prestasi serta pencapaian atlit kebangsaan. 
(b) Mewujudkan satu program yang sistematik untuk 
menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang 
kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam 
bidang kejurulatihan. 
(c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang 
profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke 
arah memajukan sukan negara. 
(d) Menyelaras dan melaksanakan semua program dan 
aktiviti pensijilan kejurulatihan di semua peringkat. 
Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah 
(a) Sains sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. 
(b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan 
Sukan Kebangsaan yang berkenaan mengikut garis 
panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan 
Kebangsaan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
2.3 Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia 
Institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, 
Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 
Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA 
menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana 
muda, sarjana dan kedoktoran. 
Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi-agensi 
kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis, 
pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan 
kecergasan, pengulas sukan, saintis sukan dan sebagainya. 
13 
3. PENGURUSAN SUKAN 
3.1 Pengenalan 
Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk 
menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi 
mencapai objektifnya. 
Sukan boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. 
Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang perlu 
dibayar. 
Synder dan Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti 
yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang 
telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut. 
Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, 
kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang 
menceburkan diri ke dalamnya. 
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. 
Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di 
mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. 
Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan 
akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi 
sebagai suatu bidang yang wajib. 
Definisi Pengurusan Sukan 
Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan 
sebagai” Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan 
perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan 
bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
14 
atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan 
sukan”. 
Fungsi pengurusan sukan 
Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :- 
1. merancang 
2. menyediakan bajet 
3. mengawal 
4. mengarah 
5. mengelola 
6. menyediakan jadual pertandingan 
7. membuat keputusan 
8. menilai 
Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam 
sesebuah pengurusan sukan iaitu:- 
a. persediaan profesional 
b. sikap profesional 
c. perkembangan profesional 
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu 
maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan 
dan kegemilangan. 
3.2 Sistem Pertandingan 
Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan 
dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan 
untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara 
pertandingan bagi menguji kemajuan individu : 
(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang 
terdahulu atau melawan skor purata. 
(b) Pertandingan melawan individu lain. 
Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan 
untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat 
kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah 
mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk 
memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang 
perlu diberi perhatian ialah : 
x Jenis pertandingan 
x Masa yang diperlukan 
x Alatan dan kemudahan yang ada 
x Agihan perlawanan yang adil
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
x Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan 
x Kewangan 
x Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan 
x Penentuan pemenang dan pemain yang sah 
Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan 
dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. 
Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah: 
ƒ Pertandingan berbentuk kejohanan 
ƒ Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan 
15 
4 kumpulan) 
ƒ Pertandingan kalah mati 
ƒ Pertandingan cabar mencabar 
3.2.1 Pertandingan berbentuk kejohanan 
Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding 
dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada 
undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada. 
Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa 
hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan 
menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara 
jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti 
olahraga, renang dan gimnastik. 
3.2.2 Sistem Liga 
(Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) 
Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan 
maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 
pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan 
menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu 
dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan 
menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu 
dikenali dengan liga dua pusingan. 
Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, 
pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. 
Contoh bilangan perlawanan 
Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu 
pertandingan liga ialah :
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
16 
N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang 
2 mengambil bahagian 
Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian 
N (N-1) = 6 (6-1) 
2 2 
= 6x5 
2 
= 30 
2 
= 15 perlawanan 
atau 
ƒ Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 
ƒ Potongkan angka tertinggi iaitu 6 
ƒ Campurkan kesemua nombor tersebut 
ƒ Jumlah yang diperolehi ialah 15 
ƒ Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil 
bahagian dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang 
perlu disusun ialah 15 . 
Contoh penyusunan pertandingan liga 
Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah 
angka 1 dikekalkan kedudukannya, manakala angka-angka 
lain akan beralih mengikut pusingan jam atau 
sebaliknya. 
Contoh: 
atau 
1 lawan 2 
6 lawan 3 
5 lawan 4 
1 6 5 
lwn lwn lwn 
2 3 4
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
17 
Contoh susunan perlawanan 6 pasukan: 
1 lawan 2 
6 lawan 3 
5 lawan 4 
1 lawan 6 
5 lawan 2 
4 lawan 3 
1 lawan 5 
4 lawan 6 
3 lawan 2 
Susunan Susunan Susunan 
perlawanan 1 perlawanan2 perlawanan 3 
1 lawan 4 
3 lawan 5 
2 lawan 6 
1 lawan 3 
2 lawan 4 
6 lawan 5 
Susunan Susunan 
perlawanan 4 perlawanan 5 
Contoh menentukan kedudukan 
Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan 
pengiraan seperti berikut dalam jadual 1 : 
P - Jumlah pertandingan 
M - Bilangan menang 
S - Bilangan seri 
K - Bilangan kalah 
J - Bilangan jaringan dibuat 
G - Bilangan gol kena 
Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap 
pertandingan akan diberi dua mata, seri satu mata dan 
kalah tiada mata. 
Jadual 1 : Menentukan Kedudukan 
Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan 
Pahlawan 3 2 1 0 9 1 5 1 
Perkasa 3 2 1 0 5 0 5 2 
Perwira 3 1 0 2 2 9 2 3 
Panglima 3 0 0 3 0 5 0 4
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
18 
Contoh Separa liga : 
(a) Liga 4 Kumpulan 
Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih) 
Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam 
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam 
kumpulan seperti berikut :- 
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D 
1. Johan 
1. Naib Johan 
1. Ketiga 
1. Keempat 
2. Undi 
2. Undi 
2. Undi 
2. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
4. Undi 
4. Undi 
4. Undi 
4. Undi 
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak 
mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya 
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 
Pusingan kedua ( suku akhir ) 
Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan 
akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan 
akan dijalankan secara kalah mati. 
Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : 
i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama 
KUMPULAN akan didahulukan untuk 
ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7. 
ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua 
KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 
atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama 
KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di 
kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan 
Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga 
untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. 
iii. Pasukan-pasukan yang menang pada 
perlawanan separuh akhir akan memasuki 
perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang 
kalah akan bermain untuk menentukan tempat 
Ketiga dan Keempat. 
19 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8 
Suku Akhir Separuh Akhir Akhir 
Johan 
(b) Liga 3 kumpulan 
Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan) 
Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam 
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam 
kumpulan seperti berikut : 
Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C 
1. Johan 
1. Naib Johan 
1. Ketiga 
2. Undi 
2. Undi 
2. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
3. Undi 
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak 
mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya 
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 
Pusingan kedua 
i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan 
ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan 
mengadakan undian.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
20 
ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat 
pusingan pertama. 
iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan 
dalam Kumpulan X dan dua ditempatkan dalam 
Kumpulan Y. 
iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di 
kumpulan lain dari Johan kumpulannya. 
Contoh: 
Kumpulan X Kumpulan Y 
Johan B 
Naib Johan A 
Naib Johan C 
Johan A 
Johan C 
Naib Johan B 
Pusingan akhir 
x Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan 
pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan 
kedudukan Johan dan Naib Johan. 
x Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang 
kedua Kumpulan Y untuk menentukan tempat ke-3 
dan ke-4. 
(c) Liga 2 kumpulan 
Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan) 
Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun 
lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan naib johan 
serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B. 
Kumpulan A Kumpulan B 
1. Johan 
2. Tempat ke-4 
3. Undi 
4. Undi 
1. Naib Johan 
2. Tempat ke-3 
3. Undi 
4. Undi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak 
mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya 
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 
Pusingan kedua 
21 
Separuh Akhir Akhir 
Pemenang 1 Kump.A 
(Kumpulan X) 
Pemenang 2 Kump.B 
Pemenang 1 Kump.B 
(Kumpulan Y) 
Pemenang 2 Kump.A 
Johan 
x Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain 
secara kalahmati. 
Pusingan akhir 
x Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang 
kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib 
johan. 
x Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan 
Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. 
(d) Liga 1 kumpulan 
Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang 
bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan 
dijalankan. 
Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai 
johan. 
Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan 
apabila : 
(i) Bilangan pasukan yang kecil 
(ii) Masa 
(iii) Sumber kewangan 
(iv) Kemudahan dan 
(v) Bilangan pegawai
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
22 
3.2.3 Pertandingan kalah mati 
Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau 
pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga 
hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang 
tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu 
kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. 
(a) Kalah mati sekali 
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas 
dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding 
manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini 
sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang 
terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, 
sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan 
sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik 
untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau 
peserta. 
(i) Bilangan peserta menunggu/bye 
Bilangan menunggu/bye dalam sistem per-tandingan 
ini boleh dikira dengan menggunakan 
angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan 
seterusnya. 
Contohnya: 14 pasukan bertanding 
x Bilangan penyertaan 
14 pasukan 
x Angka pangkat dua yang melebihi bilangan 
penyertaan 
16 
x Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan 
penyertaan 
16-14 = 2 
Hasil tolak adalah bilangan peserta 
menunggu/’bye’ 
x Peserta menunggu akan disebarkan dengan 
sama banyak di antara kumpulan atas dan 
kumpulan bawah.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
x Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan 
pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan 
akan berlawan sebanyak 4 pusingan. 
23 
(ii) Bilangan perlawanan 
Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira 
dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah 
peserta atau pasukan 
(iii) Penempatan pilihan atau ‘seeded’ 
Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan 
secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. 
Panduan menempatkan peserta pilihan dalam 
pertandingan kalah mati adalah seperti berikut : 
x Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara 
simetrikal 
x Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di 
bawah sekali dan satu lagi di atas sekali 
x Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu 
digunakan: 
) Penanti pertama ditempatkan di atas 
sekali dalam kumpulan atas. 
) Penanti kedua ditempatkan di bawah 
sekali dalam kumpulan bawah. 
) Penanti 4 diletakkan di bawah dalam 
kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan 
di atas dalam kumpulan bawah atau 
penanti 3 dan 4 membuat undian 
menentukan kedudukan masing-masing. 
(b) Kalah mati dua kali 
Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap 
peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum 
tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang 
menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk 
menjadi johan manakala peserta yang kalah 
ditempatkan ke kiri.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
24 
Sekiranya pemenang pertandingan datang dari 
kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang 
tewas boleh meminta satu lagi perlawanan. 
KIRI KANAN 
1 
8 
1 
5 
Petunjuk : 
------------- Kalah 
________ Mati 
7 
1 
1 
4 
8 
3 
6 
8 
Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali . 
Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi 
pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang JUARA/ 
JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan 
akhir, maka 2 berhak memohon untuk bertanding 
semula bagi menentukan JOHAN. 
1 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8 
2 
3 
5 
7 
2 
5 
2 
1 
1
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
25 
3.2.4 Cabar mencabar 
(a) Pertandingan Sistem tangga 
Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar 
dua peserta lain yang berada di atasnya dengan 
mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah 
setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka 
di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam 
pertandingan tinju. 
Peserta Kedudukan 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8 
Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, 
peserta mencabar akan mengambil alih kedudukan 
peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu 
tangga ke bawah. 
(b) Pertandingan bentuk piramid atau corong. 
Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara 
berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada 
peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan 
mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid 
atau corong. 
1 
2 3 
4 5 6 
7 8 9 10 
11 12 13 14 15
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
26 
c) Pertandingan bentuk corong 
9 10 
6 7 8 
3.3 Peraturan Am Pertandingan 
3.3.1 Kepentingan Peraturan 
4 5 
3 
2 
1 
11 12 
Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal 
perjalanan perlawanan. Undang-undang dan peraturan 
diadakan sebagai panduan untuk penglibatan sesuatu program 
dan kejohanan. Untuk menjayakan sesuatu program atau 
kejohanan, undang-undang dan peraturan-peraturan perlu 
diadakan. 
3.3.2 Pertimbangan membuat Peraturan 
( guru dan murid berbincang tentang tajuk ini ) 
3.3.3 Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah 
Malaysia (MSSM) 
(i) Undang-Undang 
Undang-undang permainanan Antarabangsa yang berkuatkuasa 
semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi 
peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang 
khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang 
permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja 
MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa 
akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan. 
27 
(ii) Kelayakan 
(a) Peserta: 
x Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah 
rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi 
ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM. 
x Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan 
SPM/SPMV/STPM tidak layak menyertai semua 
pertandingan MSSM. 
x Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas 
mendapat keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM dengan syarat sekolah 
swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah 
Negeri. 
x Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Akademi Permainan 
Kebangsaan dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan 
Malaysia hendaklah mewakili negeri asal tempat ia 
bersekolah di dalam pertandingan MSSM. 
x Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri 
asalnya maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain 
dengan syarat MSS Negeri berkenaan mendapatkan 
kebenaran daripada MSS Negeri asal pemain. 
x Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat 
kebenaran daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan 
bertanding ke Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin 
hendaklah diambil terhadapnya oleh Urusetia MSSM. 
x Pemain yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan 
mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan 
negeri sahaja. Kejohanan peringkat MSSM HANYA untuk 
warganegara Malaysia. 
(b) Sekolah 
Sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan 
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
28 
(c) Negeri 
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri adalah layak mengambil 
bahagian dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya berhak 
menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur 
dalam sesuatu pertandingan melainkan ada sesuatu ketetapan 
khas. 
(iii) Had umur peserta 
Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM 
adalah seperti berikut: 
x 18 tahun dan ke bawah 
x 15 tahun dan ke bawah 
x 12 tahun dan ke bawah 
(a) Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 
12 tahun dan ke bawah adalah pada 1 Januari tahun 
pertandingan. 
(b) Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada 
peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai 
pertandingan permainan MSSM. 
(c) Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam 
satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam 
masa yang sama. 
(d) Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak 
dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang 
lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu 
ketetapan khas. 
(e) Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah 
bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak 
pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad 
pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan 
gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN 1/9 atau JPN 
1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh pengetua 
sekolah peserta berkenaan. 
(f) Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah 
melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu 
beserta gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang 
disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta berkenaan serta 
Setiausaha Agung MSS Negeri tersebut.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
(iv) Pendaftaran 
(a) Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan 
29 
pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan. 
(b) Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh 
seorang Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita. 
(c) Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran 
yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak 
Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum 
tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang 
pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di 
Pertua/Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri 
dengan cop rasmi. 
(d) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik 
permainan negeri masing-masing ke mesyuarat pengerusi 
teknik permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan 
kejohanan MSSM. 
(e) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengadil/hakim 
bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan 
Pendidikan sepertimana bilangan yang ditetapkan. 
(f) Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM 
memerlukan khidmat Pengadil/Hakim selain daripada Pegawai 
Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSM 
hendaklah diperolehi. 
(g) Semua Pengurus/Pegawai Pasukan MSS Negeri hendaklah 
hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa 
Pengelola. 
(v) Pakaian 
Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan 
yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah 
menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang 
telah menetapkan warna khusus jersi MSS negeri oleh Jawatankuasa 
Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi. 
(vi) Bantahan 
(a) Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai 
pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha 
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan 
disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang 
tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat 
ditolak. 
(b) Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada 
peraturan dan undang-undang permainan / sukan berkenaan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
30 
(c) Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka 
selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain 
dalam bantahan. 
(vii) Lembaga Tatatertib 
(a) Lembaga ini terdiri daripada: 
x Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau 
wakilnya sebagai pengerusi. 
x Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya. 
x Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya. 
x Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya. 
x Pengerusi Teknik permainan berkenaan. 
(b) Lembaga ini bertangunggungjawab untuk: 
x Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan 
pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi perkara-perkara 
seperti berikut : 
ƒ Memberi amaran 
ƒ Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu 
ƒ Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan 
x Menghantar laporan kepada Urusetia MSSM mengenai 
peristiwa yang telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari 
selepas tamat kejohanan dan membuat syor atau cadangan 
mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang 
lebih berat yang melibatkan disiplin pegawai hendaklah 
dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk 
tindakan selanjutnya. 
x Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh 
sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah dilaporkan 
kepada Persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang 
berkenaan. 
UNDANG-UNDANG 
LEMBAGA 
TATATERTIB BANTAHAN 
KELAYAKAN PENDAFTARAN 
HAD UMUR 
PESERTA 
PAKAIAN 
PERATURAN-PERATURAN 
AM 
PERTANDINGAN
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
31 
Unit 4 - Psikologi Sukan 
4.1 Asas Psikologi Sukan 
4.1.1 Konsep Psikologi Sukan 
Definisi: 
a. Psikologi 
Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku 
manusia (Wann, 1997). 
b. Psikologi Sukan 
Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh 
sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif 
keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak 
langsung dengan aktiviti tersebut (Wann, 1997). 
Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku 
manusia dalam sukan 
4.1.2 Peranan Psikologis Sukan 
a. Penyelidik Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan 
pengetahuan kita tentang bidang ini. 
b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi 
serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk 
menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. 
c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlit menyelesaikan 
masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan 
patologikal. Lazimnya bersifat peribadi. 
4.1.3 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 
Kognitif: 
Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan 
selepas sesuatu aktiviti.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
32 
Emosi: 
Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang 
telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan 
prestasi atlit. 
Fizikal (Perlakuan/Psikomotor): 
Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit. 
Fizikal 
Prestasi 
Kognitif Emosi 
Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 
4.2 Motivasi 
4.2.1 Konsep Motivasi 
Definisi 
Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya 
bersifat neutral. 
a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu. 
b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati 
atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. 
Sumber 
a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, 
kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), 
33 
orang tersayang, persekitaran. 
4.2.2 Motivasi dan Ganjaran 
Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan 
motivasi individu. 
a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, 
anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan 
sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dapat 
meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. 
Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau 
senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan 
terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi 
intrinsik atlit tersebut. 
b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, 
anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan 
sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan 
motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. 
Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata 
semangat atau perangsang yang ditafsirkan sebagai 
mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi 
intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. 
4.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri 
Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri 
individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata 
rangsangan diri. 
a. Penetapan matlamat 
Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan 
prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa 
dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
34 
Tahap-Tahap Penetapan Matlamat 
a. Matlamat Jangka Panjang 
Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit 
atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. 
b. Matlamat Jangka Sederhana 
Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang 
atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau 
pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk 
menepati matlamat terakhir. 
c. Matlamat Jangka Pendek 
Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk 
menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di 
landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka 
panjang. 
Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin 
untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi 
panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang 
dirancangkan menepati matlamat. 
b. Kata-Kata Rangsangan Diri 
Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan 
untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti 
usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk 
slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun 
perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat 
seperti harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"), 
(you're the best) serta doa.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
35 
4.3 Kebimbangan 
4.3.1 Konsep Kebimbangan 
Definisi 
Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi 
seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan 
kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi 
kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang 
cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit 
dan otot mengecut. 
Jenis-Jenis Kebimbangan 
a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri 
personaliti individu contohnya, individu yang semulajadi 
mempunyai ‘darah gemuruh’ yang tinggi. Individu ini akan 
mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat 
diri mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap 
kebimbangan mereka. 
b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap 
kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu 
terhadap rangsangan yang terdapat di persekitarannya pada 
waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, 
mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai 
sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap 
kebimbangan dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan 
meningkat tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan 
peningkatan tahap kebimbangan dan kebangkitannya. 
4.3.2 Proses Tafsiran Kebimbangan 
a. Rangsangan 
Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada 
individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun 
pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
36 
b. Tafsiran 
Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. 
Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif. 
c. Pelakuan 
Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada 
tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat 
terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal 
diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit 
merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam 
acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan 
baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit merasakan bahawa 
beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 
meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan 
saingan. 
Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada 
individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi 
yang serupa di masa hadapan. 
4.3.3 Kemahiran Mengawal Kebimbangan 
Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk 
mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, 
pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi. 
a. Terapi pernafasan 
Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan meng-hembuskannya 
perlahan-lahan. Dilakukan 
berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. 
Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan 
untuk mengurangkan kebimbangan tret dan 
kebimbangan seketika 
b. Pemusatan (centering) 
Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi 
pernafasan serta menumpukan perhatian 
(pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di 
tengah badan kita (center). Dilakukan dalam 
keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa. 
Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan 
konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan 
kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
37 
c. Relaksasi 
Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. 
Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. 
Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot 
dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. 
Memantau otot yang tertekan serta 
merelakskannya bila perlu. Berkesan untuk 
mengurangkan kebimbangan tret dan 
kebimbangan seketika. 
d. Visualisasi 
Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh 
menenangkan individu apabila mereka berada 
dalam keadaan tertekan atau bimbang. 
Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan 
kebimbangan seketika. 
4.4 Atribusi 
4.4.1 Konsep Atribusi 
Definisi 
Atribusi adalah bagaimana seseorang individu cuba untuk 
menjelaskan, memahami serta menjangka sesuatu situasi 
berdasarkan kepada persepsi kognitif. Ia merangkum persepsi 
dan tafsiran individu tersebut mengenai sesuatu situasi yang 
telah berlaku. Atribusi akan mempengaruhi sikap, perlakuan, 
keyakinan serta motivasi individu tersebut. 
Berdasarkan kepada penyataan tentang keterangan di atas 
bahawa di akhir atau di penghujung sesuatu proses pencapaian, 
seseorang individu akan mencari penyebab kepada pencapaian 
mereka sama ada mereka berjaya atau gagal. 
4.4.2 Dimensi Penyebab Atribusi 
Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu yang berlaku adalah 
disebabkan oleh tiga dimensi iaitu: 
a. Lokus Penyebab (locus of causality) 
Sesuatu yang berlaku ditafsirkan sebagai berpunca dari 
faktor dalaman atau luaran individu tersebut. Contohnya 
apabila seorang gimnas gagal dalam acaranya, beliau akan 
melihat sama ada kegagalan tersebut berpunca dari
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
38 
kekurangan kemahiran beliau (dalaman) atau pun kerana 
alatan yang kurang sempurna (luaran). 
b. Kestabilan (stability) 
Merujuk kepada kestabilan faktor penyebab dalam tempoh 
masa tertentu. Sekiranya gimnas tadi dapat meningkatkan 
kemahirannya (tidak stabil), berkemungkinan besar gimnas 
tadi akan berjaya dalam acara tersebut. Sekiranya gimnas 
tadi mengatributkan kejayaan beliau kepada ketinggian 
(stabil), kemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya. 
c. Kebolehkawalan (controllability) 
Kebolehkawalan merujuk sama ada faktor penyebab berada 
di dalam atau di luar kawalan individu tersebut. Dalam kes 
gimnas di atas, kekurangan kemahiran merupakan elemen di 
dalam kawalan sementara alatan tadi merupakan elemen di 
luar kawalan beliau. 
Atribusi yang terbentuk, diproses mengikut dimensi 
penyebab. Dimensi ini akan mempengaruhi perlakuan masa 
depan melalui pengaruhnya ke atas reaksi afektif dan 
jangkaan masa depan yang terbentuk. 
4.4.3 Kesan Atribusi 
a. Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran boleh 
mengurangkan kesungguhan ataupun daya saing seseorang 
individu. 
b. Individu yang mempunyai tahap motivasi pencapaian yang 
tinggi lazimnya mempunyai atribusi dalaman yang tinggi. 
c. Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta 
keupayaan diri atlit dengan membuat atribusi yang sesuai 
apabila berjaya atau gagal dalam sesuatu tugasan: 
kejayaan dikaitkan dengan penyebab yang stabil dan 
dalaman, sementara kegagalan dikaitkan dengan penyebab 
yang tidak stabil dan dalaman (hingga ke satu tahap sahaja).
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
39 
4.5. Keagresifan 
4.5.1 Konsep Keagresifan 
Definisi 
Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan 
atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada 
benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan 
tersebut (Silva, 1981). 
4.5.2 Klasifikasi Keagresifan 
Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang 
berbeza: 
a. Keagresifan Kasar atau Ketara (hostile) 
Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk 
melihat individu tersebut menderita kesakitan. Faktor 
penggalak kepada tindakan ini adalah melihat kecederaan 
dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini 
lazimnya didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku. 
Contohnya, seorang pemain bola keranjang dengan 
sengaja menjatuhkan lawannya. 
b. Keagresifan Instrumental 
Bertujuan mencederakan individu yang lain dengan niat 
untuk mendapatkan ganjaran tertentu. Kecederaan berlaku 
kerana ianya perlu bagi mencapai matlamat tersebut. 
Contohnya seorang peninju yang terpaksa menjatuhkan 
lawannya untuk memenangi sesuatu perlawanan. 
c. Keagresifan Asertif 
Bertujuan bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya 
fizikal serta perkataan dalam permainan atau perlawanan 
adalah mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. 
Individu ini tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan 
kepada orang lain. 
4.5.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan 
Faktor utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan 
boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu : 
a. Psiko-Fisiologikal 
Berkait rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya 
individu tersebut merasakan (tafsiran) bahawa beliau
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
40 
diancam (lawan bermain kasar) secara fizikal atau lisan, 
individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah 
diputuskan (tindak balas/mempertahankan diri). Tindakan ini 
melibatkan kebangkitan (peningkatan kadar nadi, tumpuan 
menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan) 
b. Faktor Semasa 
i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin 
tinggi kemungkinan untuk bertindak agresif. 
ii. Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan 
jaringan atau mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan 
agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan. 
iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton 
(pihak lawan dan penyokong sendiri) boleh menjadi 
pemangkin kepada keagresifan dikalangan pemain. 
iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, 
keagresifan lazimnya berlaku di pertengahan 
permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti 
perbezaan mata atau tempoh masa (minit-minit terakhir) 
juga menjadi penentu kepada tindakan agresif.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
41 
TUNJANG 2 : 
ANATOMI DAN FISIOLOGI 
Unit 1 – Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 
1.1 Sains Anatomi dan Fisiologi 
a. Anatomi 
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan 
perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal 
daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan 
‘tome’ bermaksud memotong. 
b. Fisiologi 
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh. 
1.2 Organisasi Struktur Manusia 
Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza 
kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. 
Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. 
Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus 
untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang 
berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua 
kehidupan. 
Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel 
sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa 
mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. 
Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang 
berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ 
tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh 
yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem 
organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi 
organisasi struktural iaitu, aras organisme (Rajah 2.1).
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Rajah 2.1 Aras Organisasi Struktural Manusia 
ARAS ORGAN 
Organ Jantung 
Sumber: Martini , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th.ed., Prentice Hall 
42 
1.2.1 Sistem-sistem Tubuh 
Jadual 2.1 Sistem tubuh badan 
Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 
1. Integumentari (kulit) Kulit 1. Melindungi tisu-tisu dalaman 
tubuh daripada kecederaan. 
2. Bersifat kalis air, membantu 
mencegah kehilangan air 
dalam badan. 
3. Peka kepada rangsangan 
sakit, sejuk, kepanasan, 
tekanan dan sentuhan. 
4. Menyingkirkan bahan kimia 
semasa perpeluhan seperti 
air, asid urik dan garam 
mineral berlebihan. 
ARAS TISU 
ARAS SISTEM 
ARAS MOLEKUL 
ARAS SEL 
Sel Otot Jantung 
Filamen Protein 
Tisu Otot Jantung 
Sistem Kardiovaskular
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
43 
Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 
2. Rangka Tulang 
x Kartilej 
x Ligamen 
x Sendi 
1. Menyokong berat badan. 
2. Melindungi organ-organ 
lembut di dalam tubuh 
seperti otak, saraf tunjang 
(spina korda), jantung dan 
paru-paru. 
3. Memberi bentuk dan 
mengekalkan bentuk badan. 
4. Menyediakan tempat untuk 
pelekatan otot-otot rangka. 
5. Tuas untuk pergerakan 
badan. 
6. Menghasilkan sel-sel darah 
merah dan sel darah putih 
dan platelet di dalam sum-sum 
merah tulang. 
3. Otot Otot 
x Tendon 
1. Mengekalkan postur tubuh. 
2. Menghasilkan pergerakan 
3. Menghasilkan haba melalui 
aktiviti sel di dalam otot. 
4. Menstabilkan sendi. 
5. Mengartikulasi antara otot 
dengan tulang. 
4. Saraf Otak 
Saraf tunjang 
Saraf periferi 
x Organ reseptor 
1. Mengesan, menerima dan 
bergerak balas terhadap 
rangsangan yang diterima. 
2. Menyimpan maklumat yang 
diterima. 
3. Mengawal dan menyelaras 
aktiviti tubuh. 
Saraf
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
44 
Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 
5. Endokrina Kelenjar seperti pituitari, tiriod 
dan adrenal 
Mengawal dan menyelaraskan 
fungsi tubuh melalui hormon 
yang dirembeskan ke dalam 
aliran darah. 
6. Kardiovaskular Jantung 
Salur darah 
1. Jantung mengepam darah 
ke seluruh badan. 
2. Mengangkut gas-gas 
respiratori, nutrien, hormon 
dan bahan buangan . 
7. Limfatik Nodus limfa 
Salur limfatik 
Timus 
Organ limfoid 
Tonsil 
1. Sebagai sistem imunisasi 
tubuh kerana mempunyai 
sel darah putih (leukosit). 
2. Menghasilkan limfosit 
3. Mengangkut bahan kumuh 
dari tisu ke sistem darah 
untuk diuraikan oleh hati. 
4. Mengangkut hasil 
pencernaan untuk diserap 
ke dalam lakteal.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
45 
Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 
8. Respiratori Hidung 
Farinks 
Trakea 
Bronkus 
Paru-paru 
1. Membekalkan oksigen ke 
dalam darah dan 
menyingkirkan karbon 
dioksida. 
2. Pertukaran gas oksigen dan 
karbon dioksida antara 
paru-paru. 
3. Mengekalkan keadaan dan 
persekitaran dalaman tubuh 
yang stabil (homeostasis). 
9. Pencernaan Mulut 
Esofagus 
Perut 
Pankreas 
Hepar 
Ileum 
Usus besar 
Rektum 
1. Memecahkan makanan 
kepada unit-unit yang 
ringkas untuk diserap ke 
dalam darah untuk 
kegunaan aktiviti sel. 
2. Mengkumuhkan sisa 
pencernaan sebagai bahan 
najis. 
10. Urinari Ginjal 
Ureter 
Pundi kencing 
Uretra 
1. Menyingkirkan bahan kumuh 
daripada darah. 
2. Mengawal isipadu dan 
komposisi bahan kimia. 
3. Mengimbangkan paras asid 
dan alkali dalam darah.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
46 
Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 
11. Reproduktif (a) Lelaki 
x Penis 
x Testes 
x Vesikel semen 
x Kelenjar prostat 
x Uretra 
(b) Perempuan 
x Ovari 
x Tiub faliopio 
x Uterus 
x Vagina 
1. Menghasilkan zuriat. 
2. Menghasilkan hormon seks. 
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 
5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California. 
1.2.2 Hubungkait Sistem Tubuh 
Setiap sistem mestilah berfungsi dengan berkesan dan bertindak 
secara harmoni dengan sistem lain untuk kemandirian organisma. 
Hubungkait sistem-sistem tubuh dapat dilihat pada contoh yang 
berikut :
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
2. Sistem otot 
x Membekal kalsium untuk penguncupan 
otot 
x Tulang-tulang bertindak sebagai tuas 
untuk menghasilkan pergerakan tubuh 
x Menstabilkan kedudukan tulang 
x Ketegangan pada tendon merangsang 
tumbesaran tulang 
3. Sistem saraf 
x Membekal kalsium untuk fungsi saraf 
x Melindungi otak, saraf tunjang 
x Reseptor pada sendi memberi maklumat 
x Mengawal kedudukan tulang dengan 
47 
Rajah 2.2 Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain 
SISTEM RANGKA 
Untuk semua sistem 
x Memberi sokongan mekanikal 
x Stor tenaga 
x Stor kalsium dan fosfat 
1. Sistem integumentari 
x Sintesis vitamin D penting untuk 
penyerapan normal kalsium dan fosforus 
(diperlukan untuk tumbesaran tulang) 
tentang kedudukan tubuh 
mengawal penguncupan otot 
4. Sistem kardiovaskular 
x Menyediakan kalsium untuk 
penguncupan otot kardiak 
x Sel-sel darah dihasilkan dalam sum-sum 
merah tulang 
x Membekal oksigen dan mengkumuh 
karbon dioksida 
5. Sistem Respiratori 
x Pergerakan tulang rusuk penting untuk 
pernafasan 
x Rangka mengelilingi dan melindungi 
paru-paru 
x Membekal oksigen dan mengkumuh 
karbon dioksida 
6. Sistem Endokrina 
x Melindungi organ-organ endokrina 
khususnya dalam otak, dada dan kaviti 
pelvik 
x Tumbesaran tulang dikawalatur oleh 
hormon tumbesaran, tiroid dan seks 
x Mobilasi kalsium dikawalatur oleh 
hormon-hormon parathormon dan 
kalsitonin 
7. Sistem Pencernaan 
x Tulang rusuk melindungi sebahagian 
daripada hepar dan usus 
x Membekal nutrien, kalsium dan fosfat 
8. Sistem Uninari 
x Melindungi ginjal dan ureter 
x Pelvis melindungi pundi kencing dan 
uretra proksimal 
x Memulihara kalsium dan fosfat untuk 
tumbesaran tulang 
x Mengkumuh bahan sisa 
Sumber : Martini , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th.ed., Prentice Hall
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Unit 2 – Sistem Rangka 
48 
2.1 Komponen Sistem Rangka 
Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini 
terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan 
seperti ligamen, kartilej dan sendi. 
Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang 
ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan 
bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum. 
Rajah 2.3 Rangka manusia, pandangan hadapan(anterior) 
Tengkorak 
Skapula 
Sternum 
Tulang rusuk 
Ulna 
Radius 
Karpals 
Femur 
Kranium 
Klavikel 
Patella 
Kolum Vertebra 
Metakarpal 
Hyoid 
Tibia 
Sumber: Marti ni , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 
5th ed., Pr entice Hall 
Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau 
lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi 
sokongan dan kekuatan kepada sendi.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. 
Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak 
(synarthroses) sendi yang mempunyai gerakan terhad 
(amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas 
(diathroses). 
Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel 
daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang 
membentuk sendi. 
49 
2.2 Fungsi Sistem Rangka 
Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: 
(i) Sokongan 
Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi 
pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. 
Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang 
rangka. 
(ii) Perlindungan 
Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti 
pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. 
Contoh : Tengkorak melindungi otak 
(iii) Pergerakan 
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot 
yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan 
gerakan berpaksi pada sendi. 
Contoh : Sendi siku – ulna dan humerus 
(iv) Pembentukan sel-sel darah 
Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel 
darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang 
terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis, 
femur dan humerus.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
50 
(v) Penyimpanan mineral 
Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada 
kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulang-tulang 
tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral 
ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian 
lain tubuh apabila diperlukan. 
Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan 
kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang 
yang lain seperti untuk penguncupan otot. 
2.3 Klasifikasi Tulang 
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini 
membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi 
tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan 
berdasarkan kepada empat bentuknya. 
2.3.1 Tulang panjang 
Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih 
panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan 
daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang 
mampat. 
Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius, ulna, 
metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, 
metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan 
pergelangan kaki. 
2.3.2 Tulang pendek 
Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub 
dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang 
ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini 
berongga. 
Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan 
pergelangan kaki (tarsal).
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
51 
2.3.3 Tulang leper/pipih 
Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. 
Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan 
otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. 
Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum. 
2.3.4 Tulang tak sama bentuk 
Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat 
pelekatan otot atau artikulasi. 
Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, 
sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, 
inkus, maleus). 
2.4 Struktur Tulang Panjang 
Tulang panjang terdiri dari diafisis dan dua epifisis. 
2.4.1 Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. 
Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat 
yang melingkari kawasan tulang yang berongga. Epifisis 
dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal merupakan 
kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam 
tumbesaran tulang secara memanjang. Plat epifiseal ini 
digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran 
tulang terhenti pada akhir remaja. 
2.4.2 Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan 
dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang 
dikenali sebagai periosteum. Diafisis melingkari kaviti 
medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang. 
2.4.3 Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan 
lapisan dalam bersel. Melainkan di antara kaviti sendi, 
lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi 
semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum. 
Periosteum: 
(i) mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di 
sekelilingnya. 
(ii) menyediakan laluan peredaran dan pembekalan 
saraf. 
(iii) terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan 
pembaikan tulang.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
52 
Rajah 2.4 Struktur Tulang Panjang 
Epifisis proksimal 
Garisan epifiseal 
Tulang berongga 
Tulang mampat 
Foramen nutrien 
Salur nutrien 
Periosteum 
Sumber: Martini, F.H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 
5th ed. Prentice Hall 
2.5 Perkembangan Tulang 
2.5.1 Pembentukan Tulang 
(i) Sel-sel tulang 
Epifisis 
Metafisis 
Diafisis 
Metafisis 
Epifisis 
Tulang terdiri dari sel tulang fiber-fiber kolagen dan 
bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk 
tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiber-fiber 
yang memerangkap mineral. Sel-sel tulang yang 
dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi 
sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit. 
Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang 
melarutkan tulang. Osteoblas dan osteoklas bersama-sama 
bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan 
dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif pada mereka 
yang muda sementara osteoklas pula lebih aktif pada 
mereka yang berumur. 
(ii) Osifikasi tulang 
Tulang dibina dari kartilej dan tulang. Pada embrio, 
kebanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari kartilej
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
hailin. Kartilej hailin ini kemudiannya digantikan dengan 
tulang pada kanak-kanak. 
Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi 
kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat. 
Pada peringkat pertama, osteoblas menyaluti 
sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks 
bermineral. Ini mewujudkan tulang-tulang yang 
berkartilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di 
sebelah luar. 
Pada peringkat yang berikutnya, model kartilej hailin di 
sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas 
untuk membentuk kaviti medulari. 
Kebanyakan dari model kartilej hailin telahpun digantikan 
dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua 
kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup 
kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal. 
53 
2.5.2 Tumbesaran tulang 
Arah tumbesaran 
Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Plat 
epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara 
memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanak-kanak. 
Semasa tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal 
membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang. 
Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada 
kedua-dua hujung epifisis. 
Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang 
hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan 
pembahagian sel-sel pada plat epifiseal. Keadaan ini 
menyebabkan plat epifiseal menjadi nipis. Apabila 
tumbesaran secara memanjang terhenti pada umur 18 
tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi 
osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun selepas itu. 
Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis dan 
garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa 
tumbesaran, diameter tulang juga bertambah. 
Pertambahan ini adalah kesan dari pertambahan beban 
ke atas tulang.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
54 
2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon. 
Keperluan untuk tumbesaran tulang secara normal 
Garam mineral 
(i) Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang. 
(ii) Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk 
tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang 
sejak di peringkat pra natal lagi. 
Vitamin 
(i) Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. 
(ii) Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut 
kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan 
struktur menjadi lebih kuat. 
(iii) Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan 
membaiki tisu-tisu tulang yang rosak. 
Hormon 
(i) Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon 
seks diperlukan untuk tumbesaran tulang.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
55 
2.6 Jenis-Jenis Sendi 
Synarthroses Amphiarthroses Diarthroses Sendi Sendi Sendi 
‘fibrous’ ‘cartilagenous’ ‘sinovial’ 
2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi 
Fungsi Contoh Sendi Contoh Pergerakan 
1. Tidak bergerak 
(synarthroses) 
Sutur antara tulang-tulang 
tengkorak, sendi antara gigi 
dengan maksila dan mandibel, 
kartilej epifiseal dan garisan 
epifiseal 
Tiada pergerakan 
2. Gerakan terhad 
(amphiarthroses) 
Artikukasi distal antara tibia 
dengan fibula, simfisis pubis, 
dan artikulasi antara turus 
vertebra( di cakera intervetebra) 
Pergerakan yang terhad 
3. Gerakan bebas 
(diarthroses) 
Sendi lesung 
x Sendi bahu, sendi pinggul 
Sendi engsel 
x Sendi siku dan lutut 
Sendi kondil 
x Sendi di pergelangan tangan 
dan pergelangan kaki 
x Sendi antara metakarpal dan 
metatarsal 
Sendi pangsi/paksi 
x Sendi antara ulna dan radius 
x Sendi antara atlas dan 
tengkorak 
Sendi gelungsur 
x Sendi antara tulang tarsal 
x antara tulang karpal 
ƒ Rotasi 
ƒ sirkumduksi 
ƒ fleksi 
ƒ ekstensi 
ƒ hiperekstensi 
ƒ abduksi 
ƒ adduksi 
ƒ semua pergerakan 
bersudut:- fleksi, ekstensi, 
abduksi, adduksi dan 
sirkumduksi 
ƒ pronasi dan supinasi 
ƒ rotasi 
ƒ Pergerakan adalah secara 
mendatar ke hadapan atau 
ke belakang dan ke kiri atau 
Sendi 
Berdasarkan Fungsi 
( pergerakan) 
Berdasarkan Struktur
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
56 
Fungsi Contoh Sendi Contoh Pergerakan 
x sendi antara klavikel dan 
sternum 
x antara kartilej tulang rusuk 
kedua hingga ketujuh dan 
sternum 
Sendi pelana 
x Sendi pada bahagian bawah 
ibu jari tangan 
ke kanan, contoh 
pergerakan klavikel dan 
sternum apabila kita 
memeluk tubuh 
ƒ fleksi 
ƒ ekstensi 
ƒ abduksi 
ƒ adduksi 
ƒ sirkumduksi 
Rajah 2.5 Jenis sendi sinovial 
Sendi lesung Sendi Pelana 
Sendi kondil (Condyloid Joint) Sendi Paksi (Pivot Joint) 
Sendi Engsel (Hinge Joint) Sendi Gelungsur 
Sendi Engsel (hinge joint) Sendi gelumgsur 
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, Californi a
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
57 
2.6.2 Sendi Berdasarkan Struktur 
Struktur Contoh Sendi 
‘Bony fusion” 
Penukaran bentuk tulang artikul ke 
tulang keras. 
Sebahagian daripada tengkorak, 
garisan epifiseal 
Sendi ‘ fibrous’ 
Tulang artikulasi berada dalam 
kedudukan rapat. 
Terikat oleh lapisan nipis tisu-tisu 
penghubung berfiber. 
Terikat oleh ligamen. 
Sutur antara tulang-tulang tengkorak 
Antara gigi dengan maksila dan 
mandible 
Antara tibia dengan fibula 
Sendi ‘cartilaginous’ 
Hujung tulang dihubung dengan 
kartilej. 
Cakera fibrokartilej sebagai 
penghubung 
Simfisis pubis lengkungan pelvis 
Antara tulang vetebra 
Sendi ‘sinovial’ 
Kaviti sendi mengandungi cecair 
sinovial yang membantu melincirkan 
pergerakan sendi. 
Sendi lesung 
x Sendi bahu, sendi pinggul 
Sendi engsel 
x Sendi siku dan lutut 
Sendi kondil 
x Sendi di pergelangan tangan 
dan pergelangan kaki 
x Sendi antara metakarpal dan 
metatarsal 
Sendi pangsi/paksi 
x Sendi antara ulna dan radius 
x Sendi antara atlas dan tengkorak 
Sendi gelungsur 
x Sendi antara tulang tarsal 
x antara tulang karpal 
x sendi antara klavikel dan 
sternum 
x antara kartilej tulang rusuk 
kedua hingga ketujuh dan 
sternum 
Sendi pelana 
x Sendi pada bahagian bawah ibu 
jari tangan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
58 
Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan 
1. Tidak bergerak 
(synarthroses) 
Sendi ‘ fibrous’ 
Sendi ‘cartilaginous’ 
Sutur antara tulang-tulang 
tengkorak, sendi 
antara gigi dengan 
maksila dan mandibel, 
kartilej epifiseal dan 
garisan epifiseal 
Tiada pergerakan 
2. Gerakan terhad 
(amphiarthroses) 
Sendi ‘ fibrous’ 
Sendi ‘cartilaginous’ 
Artikukasi distal antara 
tibia dengan fibula, 
simfisis pubis, dan 
artikulasi antara tulang 
vertebra( di cakera 
intervertebra 
Pergerakan yang terhad 
3. Gerakan bebas 
(diarthroses) 
Sendi ‘sinovial’ Sendi lesung 
x Sendi bahu, sendi 
pinggul 
Sendi engsel 
x Sendi siku dan lutut 
Sendi kondil 
x Sendi di pergelangan 
tangan dan 
pergelangan kaki 
x Sendi antara 
metakarpal dan 
metatarsal 
Sendi pangsi/paksi 
x Sendi antara ulna 
dan radius 
x Sendi antara atlas 
dan tengkorak 
Sendi gelungsur 
x Sendi antara tulang 
tarsal 
x antara tulang karpal 
x sendi antara klavikel 
dan sternum 
x antara kartilej tulang 
rusuk kedua hingga 
ketujuh dan sternum 
Sendi pelana 
x Sendi pada bahagian 
bawah ibu jari tangan 
ƒ Rotasi 
ƒ sirkumduksi 
ƒ fleksi 
ƒ ekstensi 
ƒ hiperekstensi 
ƒ abduksi 
ƒ adduksi 
ƒ semua 
pergerakan 
bersudut:- 
fleksi, ekstensi, 
abduksi, 
adduksi dan 
sirkumduksi 
ƒ pronasi dan 
supinasi 
ƒ rotasi 
Pergerakan adalah 
secara mendatar ke 
hadapan atau ke 
belakang dan ke kiri 
atau ke kanan, 
contoh pergerakan 
klavikel dan 
sternum apabila kita 
memeluk tubuh 
ƒ fleksi 
ƒ ekstensi 
ƒ abduksi 
ƒ adduksi 
ƒ sirkumduksi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
59 
2.6.3 Jenis-jenis pergerakan 
Jenis Penerangan Contoh 
1. Gerakan linear 
(Gelungsur) 
Pergerakan adalah secara 
mendatar ke hadapan atau ke 
belakang dan ke kiri atau ke 
kanan 
Pergerakan klavikel dan sternum 
apabila kita memeluk tubuh 
2. Gerakan Bersudut Pergerakan bersudut antara 
batang tulang dengan 
permukaan artikular 
ƒ fleksi 
ƒ ekstensi 
ƒ hiperekstensi 
ƒ abduksi 
ƒ adduksi 
Pergerakan pada sendi 
sinovial di mana hujung distal 
tulang membuat bulatan 
tanpa memutarkan batang 
tulang 
ƒ sirkumduksi 
x Pergerakan pada sendi 
bahu 
x Pergerakan pada sendi 
siku 
x Pergerakan pada sendi 
pinggul 
3. Putaran Batang tulang berpusing 
secara menegak pada paksi 
longitudinal 
ƒ rotasi 
ƒ supinasi 
ƒ pronasi 
Sendi antara dua vertebra 
servikal yang pertama yang 
membenarkan kepala berpusing 
4. Pergerakan 
khusus 
ƒ inversi 
ƒ eversi 
ƒ dorsifleksi 
ƒ plantar fleksi 
ƒ elevasi 
ƒ depresi 
ƒ pronasi 
ƒ supinasi 
Rujuk muka surat 132 dan 133 
Peringatan : Sila rujuk rajah jenis pergerakan di muka surat 
132 dan 133.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
60 
Rajah 2.6 Model ringkas pergerakan artikular 
(a) Kedudukan awal 
pensel bersudut tepat dengan permukaan 
(b) Pergerakan mengelungsur 
(d) Sirkumduksi 
Mata pensel tidak bergerak. Batang pensel yang 
di pegang daripada 900 membentuk satu bulatan. 
Sumber: Martini, F .H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 
5d ed. Prentice H all 
Pensel kekal tegak tetapi mata pensel 
bergerak keluar dari titik asal 
(c) Pergerakan bersudut 
Mata pensel tidak bergerak tetapi kedudukan batang 
pensil berubah secara relatif kepada permukaan 
(e) Putaran 
Batang pensil berpusing secara menegak pada satu titik
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
61 
Unit 3 – Sistem Otot Rangka 
3.1 Pengenalan 
3.1.1 Komponen sistem otot rangka: 
(i) Fiber otot 
x Fiber otot adalah sel-sel otot 
x Diameternya boleh mencapai sehingga 100mm 
dan panjangnya 30-40cm 
x Setiap fiber berjalur dan mengandungi banyak 
nukleus 
(ii) Tisu penghubung 
x Endomisium 
Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu 
penghubung halus yang dikenali sebagai 
endomisium 
x Perimisium 
Perimisium adalah membran berserat yang 
menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk 
berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel 
x Epimisium 
Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada 
fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar 
yang dikenali sebagai epimisium 
x Tendon 
Pada penghujung otot epimisium bersatu untuk 
membentuk tendon yang melekatkan otot 
secara tidak langsung kepada tulang. Kartilej 
atau tisu-tisu penghubung yang lain. 
(iii) Tendon 
x Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot 
kepada tulang 
x Tendon tidak begitu kenyal 
x Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
62 
3.1.2 Fungsi Otot 
(i) Menghasilkan pergerakan 
Penguncupan otot rangka menghasilkan 
pergerakan seperti berjalan dan menulis. 
(ii) Mengekalkan postur 
Otot memberi bentuk pada manusia menyokong 
tubuh badan dan mengekalkan postur. 
(iii) Menstabilkan sendi 
Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan 
pergerakan, otot-otot juga membantu menstabil-kan 
sendi-sendi rangka. 
(iv) Menghasilkan haba 
Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti 
sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan 
suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan 
kebanyakan haba pada badan memandangkan 
40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
63 
3.2 Jenis-Jenis Otot 
Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. 
Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan 
fungsinya. 
Jadual 2.2 Membanding otot rangka dengan otot-otot lain 
Ciri Otot rangka Otot kardiak Otot licin 
Lokasi 
Lekat pada tulang atau 
kulit (beberapa otot muka) 
Dinding jantung Dinding organ viseral 
seperti dinding perut 
Struktur 
Berbentuk satu selinder 
yang panjang, setiap sel 
mempunyai banyak 
nukleus dan berjalur 
Sel-sel yang 
bercabang-cabang, 
unisel dan berjalur 
Unisel, fusiform, tidak 
berjalur 
Regulasi 
penguncupan 
Terkawal melalui kawalan 
sistem saraf kecuali 
pergerakan 
Luar kawalan, jantung 
ada perentak, sistem 
saraf kawal, hormon-hormon 
Luar kawalan, sistem 
saraf mengawal, 
hormon, kimia dan 
regangan 
Kelajuan 
Penguncupan 
Perlahan ke cepat Perlahan Sangat perlahan 
Penguncupan 
Beritma 
Tiada Ada Terdapat pada 
sebahagian otot-otot 
tersebut 
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of H uman Anatomy and Physi ology, 
5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., C alifornia.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
64 
3.3 Ciri-ciri otot rangka 
3.3.1 Kebolehujaan (irritability/excitability) 
x Kemampuan otot bergerak balas pada rangsangan 
dengan mudah dan cepat. 
3.3.2 Kebolehkuncupan (contractibility) 
x Kemampuan otot untuk memendek apabila menerima 
rangsangan. 
3.3.3 Kebolehpanjangan (extensibility) 
x Kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang 
asal. 
3.3.4 Kebolehanjalan (elasticity) 
x Kemampuan otot untuk kembali semula kepada 
panjang asal selepas memendek atau memanjang.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Otot manusia pandangan hadapan(anterior) Otot manusia pandangan belakang(posterior) 
Extensor 
digitorum 
Hamstring group 
65 
3.4 Otot-otot rangka yang utama 
3.4.1 Otot rangka 
Rajah 2.7 Otot Rangka 
frontalis 
Orbicularis oculi 
Orbicularis oris 
Pectoralis major 
3.5 Pelekatan otot 
External Oblique 
Adductor 
Longus 
Rectus femoris 
Gluteus maximus 
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of H uman Anatomy and Physi ology, 
5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California. 
3.5 Lekatan otot 
Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua 
tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. 
x Pelekatan proksimal 
Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang 
bergerak. 
Temporalis 
zygomaticus 
Masseter 
Sternocleidomastoid 
Deltoid 
External 
Intercostals 
Biceps brachii 
Flexor carpi 
radialis 
sartorius 
Vastus muscles 
Peroneus longus 
Tibialis anterior 
Rectus abdominis 
Rectus femoris 
Vastus muscle Quadriceps Group 
Latissimus dorsi 
Gluteus medius 
Adductors 
Semitendinosus 
Biceps femoris 
Semimembranosus 
Trapezius 
Deltoid 
Tricep brachii 
Extensor carpi 
radialis 
Flexor carpi 
radialis 
Ex tensor 
carpi 
Gastrocnemius
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
66 
x Pelekatan distal 
Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. 
Apabila sesuatu otot menguncup tulang yang terdapat 
pelekatan distal otot ini akan bergerak ke arah tulang 
yang mempunyai pelekatan proksimal. 
Jadual 2.3 Nama otot utama, lokasi dan pelekatan otot 
Nama Otot Lokasi Otot Lekatan 
Proksimal 
Lekatan Distal 
1. Leher 
x Sternocleidomastoid x Leher x Sternum, klavikel x Mastoid di 
tulang temporal 
2. Belakang tubuh 
x Trapezius 
x Latissimus dorsi 
x Belakang leher 
dan bahagian 
atas belakang 
badan 
x Bahagian bawah 
belakang badan 
x Tulang osipital, 
serviks dan 
semua toraks 
x Bahagian bawah 
vertebra, iliak 
x Klavikel, 
skapula 
x Hujung 
proksimal 
3. Bahu 
x deltoid x Bahagian atas 
bahu 
x Klavikel, skapula x Bahagian 
tengah humerus 
4. Lengan 
x Bisep brakii 
x Trisep brakii 
x Anterior lengan 
atas 
x Posterior 
humerus 
x Skapula 
x Skapula 
dan proksimal 
humerus 
x Proksimal 
radius 
x Olekranon 
proses di ulna 
5. Depan tubuh 
x Pektoralis major 
x Rektus abdominis 
x Ekstemal oblik 
x Ekstemal interkostal 
x Bahagian atas 
dada 
x Bahagian tengah 
abdomen 
x Dinding, lateral 
abdomen 
x Superfisial 
antara tulang 
rusuk 
x Klavikel, sternum, 
tulang rusuk 
x Pubis 
x Tulang rusuk ke 8 
x Bahagian bawah 
tulang rusuk 
x Proksimal 
humerus 
x Sternum dan 
tulang rusuk ke- 
5 hingga ke-7 
x Iliak 
x Bahagian atas 
tulang rusuk
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
67 
Nama Otot Lokasi Otot Lekatan 
Proksimal 
Lekatan Distal 
6. Pinggul 
x Gluteal maksimus x Punggung x Sakrum, ilium x Proksimal femur 
7. Paha 
x Sartorius 
x Kuadriseps 
ƒ Rektus femoris 
ƒ Vastus lateralis 
ƒ Vastus medialis 
ƒ Vastus 
intermedius 
x Hamstring 
ƒ Bisep femoris 
ƒ Semitendinosus 
ƒ Semimem-branosus 
x Anterior paha 
x Superfisial, 
anterior paha 
x Lateral paha 
x Medial paha 
x Intermedial paha 
x Posterior paha 
x Posterior paha 
x Posterior paha 
x Spina ilium 
x Bahagian atas 
pelvik 
x Bahagian atas 
femur 
x Medial femur 
x Anterior dan 
lateral femur 
x Bahagian atas 
femur 
x Bahagian atas 
femur 
x Bahagian atas 
femur 
x Lateral dan 
medial femur 
x Proksimal tibia 
x Patella 
x Patella 
x Patella 
x Patella 
x Lateral fibula 
x Medial tibia 
x Medial tibia 
x Posterior 
kalkanus 
8. Kaki 
x Gastroknemius 
x Soleus 
x Betis x Distal femur dan 
fibula 
x Kalkanus
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
68 
3.6 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka 
3.6.1 Saling tindakan otot-otot 
(i) Agonis 
x Otot-otot penggerak utama (prime movers) 
x Otot-otot utama menguncup untuk meng-hasilkan 
pergerakan khusus 
x Tindakan agonis menghasilkan lebih daya 
untuk pergerakan khusus 
(ii) Antagonis 
x Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan 
otot pengerak utama 
x Tindakan berlaku secara serentak dengan otot 
agonis 
Keterangan gambarajah: 
x Gerakan fleksi lengan 
x Otot biseps brakii akan 
menguncup –agonis 
x Otot triseps brakii akan 
mengendur - antagonis 
Biseps brakii 
Brakialis 
(iii) Sinergis 
x Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak 
utama 
x Sinergis menambah daya pada pelekatan otot 
x Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot 
itu melekat 
Keterangan gambarajah: 
x Otot-otot brakioradialis, biseps 
brakii dan brakialis bertindak 
sebagai sinergis untuk 
membengkok sendi siku. 
Fleksi 
Triseps brakii 
Brakioradialis 
Biseps brakii 
(agonis) 
Brakialis 
(agonis) 
Triseps brakii 
(antagonis) 
Brakioradialis 
(sinergis)
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
69 
3.7 Penguncupan otot rangka 
3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot 
Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. 
Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua 
bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi 
filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya 
untuk menggelungsur melepasi kedudukan 
masing-masing dalam fiber otot. 
(i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik) 
Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak 
mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi 
rintangan yang statik. 
(ii) Penguncupan Isotonik 
Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek 
bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang 
bergerak. 
Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik 
atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan 
pemendekan fiber-fiber otot. 
(iii) Penguncupan Isokinetik 
Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup 
pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang 
berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk 
menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan 
maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan. 
3.7.2 Contoh-contoh pergerakan yang melibatkan setiap jenis 
penguncupan otot rangka 
Penguncupan isometrik 
Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku 
bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot-otot 
trisep tidak dapat memendek untuk 
meluruskan siku. Penguncupan otot trisep 
berlaku secara isometrik.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
70 
Penguncupan Isotonik 
Contoh : Penguncupan bisep semasa mengangkat 
‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan 
pemanjangan fiber otot. 
Penguncupan Isokinetik 
Contoh : Pengunaan mesin “multi-gym’. 
3.7.3 Halaju Penguncupan 
Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber 
sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber 
merah). Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber 
otot adalah berbeza dari otot ke otot. 
Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang 
perlahan dan kekal (sustain). Fiber-fiber sentak lambat 
banyak didapati pada otot-otot postur. 
Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang 
pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat 
bertahan lama. 
Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam 
kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian 
darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik. 
Jenis fiber Deskripsi 
Sentak cepat 
ƒ Keupayaan anaerobik yang tinggi 
ƒ Digunakan dalam acara pecutan/eksplosif (acara 
berintensiti tinggi, berjangka masa pendek) 
Sentak lambat 
ƒ Keupayaan aerobik yang tinggi 
ƒ Digunakan dalam acara-acara bersifat daya tahan (jangka 
masa yang lama)
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
71 
Unit 4 – Sistem Saraf 
Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua 
fungsi sistem badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan 
bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta 
menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari 
satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf 
pusat. 
4.1 Klasifikasi sistem saraf 
Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan 
struktur dan fungsinya. Bagi klasifikasi struktural sistem saraf 
terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. 
Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. 
Sistem saraf periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf 
spinal dan ganglia. 
Klasifikasi fungsional pula hanya melibatkan sistem saraf 
periferi. Klasifikasi ini membahagikan sistem saraf periferi 
kepada sistem sensori atau aferen dan sistem motor atau 
eferen. 
Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf 
somatik dan sistem saraf autonomik 
Sistem saraf 
Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi 
otak Saraf tunjang Sistem sensori 
( Sistem aferen ) 
Sistem motor 
( Sistem eferen ) 
Sistem saraf 
somatik 
Sistem saraf 
autonomik
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
72 
4.1.1 Sistem saraf pusat 
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang 
yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini 
berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem 
saraf. 
4.1.2 Sistem saraf periferi 
Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan 
saraf tunjang. Saraf-saraf sensori (aferen) membawa 
impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke 
sistem saraf pusat sementara saraf motor (eferen) 
membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, 
otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu 
perlakuan. 
Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem 
saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf 
somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka. Sistem 
saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot 
kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan. 
Rajah 2.8 Arka Refleks 
Sinaps 
Afektor 
Neuron eferon 
Reseptor 
Neuron aferen 
Sumber: Hall, S.H.(2003), Basic Bi omechanics, 4th ed. , McGraw Hill
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
73 
4.2 Fungsi sistem saraf 
4.2.1 Mengintergrasikan rangsangan yang diterima. 
4.2.2 Menterjemah rangsangan. 
4.2.3 Mencetuskan pergerakan motor. 
4.2.4 Menyimpan maklumat. 
4.2.5 Menjana pemikiran dan idea. 
4.3 Struktur Neuron 
Neuron atau sel-sel saraf menghantar impuls-impuls saraf dari 
satu bahagian tubuh ke bahagian lain tubuh melalui unjuran 
protoplasma yang panjang. Walaupun neuron-neuron terdapat 
dalam pelbagai bentuk dan saiz, kesemua neuron mempunyai 
badan sel, akson dan dendrit. 
Rajah 2.9 Struktur Neuron 
Nukleus pada badan sel 
Akson diliputi selaput 
Mielin dan neurilemma 
Selaput mielin 
Neurilemma 
(selaput schwan) 
Sel schwan 
Nodus Ranvier 
Terminal akson 
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of Human Anatomy and Physiolog y, Califor nia
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
74 
(i) Dendrit 
Ia adalah fiber-fiber halus bercabang-cabang yang 
mengunjur dari badan sel. Ia berfungsi membawa 
impuls-impuls saraf ke badan sel. 
(ii) Akson 
Ia adalah satu fiber panjang yang membawa impuls saraf 
keluar dari badan sel. Akson disaluti dengan bahan putih 
dan berlemak yang dikenali sebagai mielin. Mielin 
melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan 
kadar transmisi impuls saraf. 
(iii) Badan sel 
Ia mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik 
sel. 
4.4 Sinaps dan transmisi impuls 
4.4.1 Sinaps ialah tempat pertemuan khusus antara neuron 
transmisi dan neuron penerimaan. Sinaps berperanan 
dalam mengaturkan fungsi tisu dengan menyediakan 
laluan-laluan tertentu bagi pemindahan pelbagai 
maklumat saraf.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
75 
4.4.2 Proses transmisi impuls dari neuron ke neuron. 
Rajah 2.10 Transmisi impuls dari neuron ke neuron 
1 Penghantaran Implus 
sinaps 
Tombol sinaptik 
Vesikel 
Klef sinaptik 
Akson 
Transmisi 
Neuron y ang 
menerima 
Neuron 
Transmisi 
Klef sinaptik 
Saluran Ion 
Molekul 
Neurotransmitter 
Neuron yang menerima 
Vesikel bercantum 
dengan membran 
plasma 
2 
3 
Neurotransmitter 
dibebaskan ke klef 
Neurotransmitter 
terikat pada reseptor 
4 
Neurotransmitter 
Reseptor 
5 Saluran Ion terbuka 
Neurotransmitter dipecahkan 
dan dibebaskan 
6 Saluran Ion menutup 
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of Human Anatomy and Physiol ogy, 
5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., C alifornia. 
Rangsangan yang diterima oleh organ-organ deria ditafsirkan dalam 
bentuk impuls. Impuls dihantar ke tombol sinaptik pada hujung akson. 
Impuls ini dihantar menyeberangi klef sinaptik dengan bantuan 
neurotransmitter yang disimpan dalam vesikel. Molekul-molekul 
neurotransmitter yang terikat pada reseptor dibebaskan ke klef sinaptik 
dan kemudian ke salur ion. Semasa salur ion tertutup, neurotransmiter 
tersebut dipecahkan dan dibebaskan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
76 
4.5 Persimpangan saraf otot 
Persimpangan saraf otot ialah tapak neuron motor bertemu fiber 
otot. Transmisi rangsangan dalam bentuk impuls dari neuron ke 
fiber otot adalah sama seperti transmisi impuls dari neuron ke 
neuron kecuali tiada mekanisme perencatan pada 
persimpangan saraf otot. 
Asetilkolina (ACh) ialah sejenis neuron transmitter. Rembesan 
ACh membolehkan transmisi impuls menyeberangi klef sinaptik. 
Apabila impuls sampai ke fiber otot, asetilkolinesterase 
dirembeskan untuk bertindak balas dengan asetilkolina. 
Keadaan ini menghalang pengujaan fiber otot pada impuls 
berikutnya bagi tempoh masa tersebut. 
Rajah 2.11 Transmisi impuls dari neuron motor ke otot rangka 
Dendrit Otot rangka 
Sumber diubah s uai daripada: 
Sumber: Martini, F.H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 
5d ed. Prentice Hall 
Akson Akson terminal 
Persimpangan 
saraf otot
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
77 
Unit 8 – Sistem Tenaga 
8.1 Pengenalan sistem tenaga 
Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh 
diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang 
berterusan berlaku 
dalam badan kita untuk menampung kehidupan. 
Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga 
tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. 
Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, 
mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. 
Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna 
untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai 
adenosina trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot. 
A = 
Adenosina 
P P Pi 
ATP o ADP + Pi + Tenaga 
(Adenosina trifosfat o adenosina difosfat + fosfat bukan organik + tenaga ) 
Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 
kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa 
pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang boleh 
diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja. 
A + P = P P A + P = P = = Pi 
ATP 
8.2 Pembentukan Adenosina Trifosfat 
ADP + P(i) 
Adenosina trifosfat (ATP) boleh dihasilkan melalui : 
(a) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) 
(b) Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik/sistem asid 
laktik) 
(c) Sistem aerobik (sistem oksigen) 
ATP 
tenaga
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
78 
(i) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) 
ƒ Juga dikenali sebagai sistem fosfagen. 
ƒ Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti 
tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat. 
ƒ Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga 
dihasilkan apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat 
kreatin. 
ƒ Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat 
bukan organik (Pi). 
ƒ Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis 
semula bagi menghasilkan ATP. 
P C 
Tenaga 
Tenaga + ADP + Pi o ATP 
(ii) Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis) 
ƒ Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada 
pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat 
yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot 
atau hepar. 
ƒ Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan 
glukosa. 
ƒ Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh 
melesukan otot apabila kandungannya dalam darah 
terlalu banyak.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
79 
Rajah 2.12 Sistem anaerobik laktik 
Glukosa Glikogen 
ATP 
Glukosa – 6- fosfat 
Enzim 
glikolitik ATP 
Asid Piruvik 
Asid Laktik 
Sumber: Bowers, R.W. & F ox, E.L. (1992), Sports Physiology, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub. 
ƒ ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah 
ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATP-PC). 
ƒ ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti 
fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit. 
(iii) Sistem aerobik (oksigen) 
ƒ Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk 
menghasilkan tenaga 
ƒ Penghasilan ATP melibatkan 3 proses: 
i. Glikolisis 
ii. Kitaran Krebs 
iii. Sistem pengangkutan elektron 
ƒ Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini 
membolehkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang 
panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
80 
Rajah 2.13 Sistem aerobik 
Glikogen 
Glukosa 
Asid Piruv ik 
H2O 
Sumber: Bowers, R.W. & Fox, E.L. (1992), Sports Physiolog y, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub. 
Jadual 2.4 Ciri-ciri tiga sistem penghasilan ATP 
Sistem Sumber 
makanan/kimia 
Keperluan 
oksigen 
Kelajuan Penghasilan 
ATP 
Jangka masa 
ANAEROBIK 
Alaktik (ATP-PC) 
Laktik 
Fosfokreatin 
Glukosa/glikogen 
Tidak perlu 
Tidak perlu 
Sangat 
pantas 
Pantas 
Sedikit dan 
terhad 
Sedikit dan 
terhad 
10 saat 
1-3 minit 
AEROBIK Glukosa/glikogen, 
Lemak, protein 
Perlu Perlahan Banyak dan 
tidak terhad 
Lebih 3 minit 
GLIKOLISIS 
AEROBIK 
Protein 
Lemak CO2 
CO2 
KITARAN 
KREBS 
CO2 
ADP +Pi 
ATP 
H+ + e- 
H+ + e- 
H+ + e- 
ADP + Pi 
ATP 
ADP + Pi 
ATP 
SISTEM PENGANGKUTAN 
ELEKTRON 
ADP + Pi 
ATP
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
81 
TUNJANG 3: 
PERSEDIAAN FIZIKAL 
Unit 1 – Pengenalan Kecergasan 
1.1 Konsep kecergasan keseluruhan atau kesejahteraan. 
Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen 
mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini 
membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna 
kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan 
perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta 
keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. 
1.1.1 Kecergasan Fizikal 
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk 
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran 
dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang 
dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan 
tenaga untuk tujuan kecemasan. 
1.1.2 Kecergasan Mental 
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk 
berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan 
kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. 
1.1.3 Kecergasan Sosial 
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk 
berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan 
perhubungan yang bermakna supaya dapat 
meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat 
dalam hubungan ini. 
1.1.4 Kecergasan Emosi 
Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu 
menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri 
secara membina, proaktif, dan optimistik. 
1.1.5 Kecergasan Rohani 
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk 
membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan 
kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan 
matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
82 
1.2 Kecergasan Fizikal 
1.2.1 Definisi 
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk 
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi 
cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan 
masa lapang dengan lebih efektif di samping 
mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. 
Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan 
individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan 
menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang 
penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. 
Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai 
tanpa senaman yang berterusan. 
1.2.2 Komponen kecergasan fizikal 
(a) Komponen kecergasan fizikal berdasarkan 
kesihatan adalah: 
i. Komposisi badan/kandungan lemak 
ii. Daya tahan kardiovaskular 
iii. Fleksibiliti 
iv. Kekuatan otot 
v. Daya tahan otot 
Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan 
yang baik serta mengurangkan risiko penyakit 
hipokinetik. 
(i) Komposisi badan/kandungan lemak 
Komposisi badan adalah kadar relatif otot, 
lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang 
membentuk tubuh. Individu yang cergas 
mempunyai peratus kandungan lemak yang 
rendah, berkadar dengan berat badan dan 
ketinggian. 
(ii) Daya tahan kardiovaskular 
Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan 
sistem kardio-respiratori untuk melakukan kerja 
bagi satu jangka masa yang lama dan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
83 
berterusan dengan intensiti kerja yang ringan 
atau sederhana. 
(iii) Fleksibiliti 
Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi 
bergerak dengan licin dengan rintangan 
yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat 
pergerakan sendi. 
(iv) Kekuatan Otot 
Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk 
mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya 
(kerja). 
(v) Daya Tahan Otot 
Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk 
melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang 
atau berterusan bagi satu jangkamasa yang 
lama dengan intensiti kerja yang ringan atau 
sederhana. 
(b). Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan 
motor. 
Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan 
berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukan 
kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal 
berdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponen-komponen 
ini adalah: 
(i) Kelajuan (Speed) 
Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan 
pergerakan dalam masa yang singkat. 
Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang 
dicapai dalam satu jangka masa yang diberi. 
(ii) Ketangkasan (Agility) 
Ketangkasan adalah keupayaan untuk 
mengubah arah pergerakan atau kedudukan 
badan dengan pantas dan tepat.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
84 
(iii) Kuasa (Power) 
Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan 
tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa 
dirujuk kepada gabungan kekuatan dan 
kelajuan pergerakan otot. 
(iv) Imbangan (Balance) 
Imbangan adalah keupayaan untuk 
mengekalkan kedudukan badan dengan teguh 
samada semasa melakukan pergerakan 
(dinamik) atau semasa pegun (statik). 
(v) Masa reaksi (Reaction Time) 
Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh 
seseorang untuk bertindak setelah menerima 
rangsangan untuk berbuat demikian. 
(vi) Koordinasi (Coordination) 
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan 
menyeragamkan pergerakan anggota badan 
untuk menghasilkan sesuatu tindakan 
tertentu.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
85 
Unit 2 – Prinsip Latihan Fizikal 
2.1 Prinsip lebihan bebanan 
Prestasi fizikal akan meningkat bila berlaku penambahan 
dalam beban kerja. Penambahan beban kerja perlu 
dilakukan secara progresif setelah badan atau sistem biologi 
dapat mengadaptasi kepada beban kerja yang dikenakan. 
Penambahan ini boleh dilakukan dengan memanipulasikan 
pembolehubah-pembolehubah berikut : 
(a) Intensiti latihan : iaitu kualiti kerja yang dikenakan 
seperti kelajuan larian atau ulangan maksima (RM – 
Repitition Maximum). 
(b) Frekuensi latihan : iaitu kekerapan latihan dilakukan 
seperti 2 sesi sehari atau 5 sesi seminggu. 
(c) Jangkamasa : iaitu masa yang diambil bagi 
menjalankan sesuatu latihan seperti 1 jam sesesi atau 
12 jam seminggu. 
2.2 Prinsip Perbezaan Individu 
Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi 
yang sama bagi satu latihan fizikal yang dikenakan. Program 
latihan seharusnya dirancang khusus untuk individu kerana 
terdapat perbezaan antara individu seperti matlamat, 
keupayaan fizikal dan tahap kecergasan fizikal. 
2.3 Prinsip Kekhususan 
Komponen-komponen fizikal atau sistem tenaga adalah 
berbeza antara satu sukan dengan sukan yang lain. Latihan 
fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak 
individu atau kehendak sesuatu sukan yang diceburi . 
Sekiranya individu lemah dalam daya tahan kardiovaskular, 
maka kaedah latihan yang dapat meningkatkan komponen 
ini perlulah diberikan. 
2.4 Prinsip Kebolehbalikan 
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. 
Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, 
penurunan dalam prestasi akan berlaku. Pada umumnya 
penurunan dalam daya tahan mengambil masa yang lebih 
singkat daripada masa yang diambil untuk meningkatkannya. 
Prestasi fizikal akan menurun dengan ketara jika latihan 
tidak dilakukan lebih daripada 72 jam. 
2.5 Prinsip Kepelbagaian Latihan 
Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan 
minat individu dalam sesuatu aktiviti atau bagi mengelakkan 
kebosanan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Unit 3 – Kaedah Latihan Fizikal 
86 
3.1 Pengenalan 
Sejak seabad yang lalu, peningkatan dalam prestasi sukan 
banyak dipengaruhi oleh kaedah latihan fizikal yang lebih 
canggih dan sistematik yang telah diperkenalkan oleh para 
jurulatih dan diguna pakai oleh para atlit. Kaedah-kaedah 
latihan ini direka untuk membolehkan atlit mencapai 
kecergasan optimum dalam masa sesingkat mungkin dan 
apabila diperlukan, terutamanya dalam mencapai prestasi 
puncak. Kaedah latihan yang diaplikasikan disesuaikan 
dengan keperluan sesuatu jenis sukan dan keperluan atlit 
serta disusun rapi mengikut musim pertandingan dengan 
diasaskan kepada pengetahuan sains sukan. 
Kaedah latihan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut 
penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu : 
(a) Kaedah Latihan Aerobik 
(b) Kaedah Latihan Anaerobik 
3.2 Kaedah Latihan Aerobik 
Kaedah latihan aerobik adalah kaedah latihan yang 
diaplikasikan bagi membolehkan pelaku meningkatkan 
prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, 
mengangkut dan menggunakan oksigen dengan cekap dan 
berkesan. Antara kaedah-kaedah latihan aerobik yang sering 
digunakan dalam latihan sukan adalah : 
(a) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) 
(b) Latihan Fartlek 
(c) Latihan Jeda Jarak Jauh 
3.2.1 Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) 
Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan 
oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh. Sesuai 
dengan namanya, latihan ini memberi penekanan 
kepada tempoh masa larian dan bukannya kelajuan. 
Lebih lama seseorang itu dapat berlari berterusan, 
lebih baik kesannya terhadap sistem kardiovaskular. 
Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan 
daya tahan kardiovaskular. Kelajuan yang 
dicadangkan adalah antara dua ke tiga meter se saat
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
87 
(2-3m/s) dan diperkenalkan pada awal musim 
persediaan umum bagi semua jenis sukan. 
3.2.2 Latihan Fartlek 
Latihan Fartlek yang diperkenalkan di Sweden 
bermaksud ‘speed play’ iaitu latihan pelbagai 
kelajuan. Latihan ini biasanya diadakan di kawasan 
luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggi-rendah. 
Selain meningkatkan keupayaan daya tahan 
kardiovaskular, latihan ini juga berupaya 
meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini 
boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan 
diperkenalkan penghujung musim persediaan umum 
sehingga awal musim persediaan khusus. Latihan ini 
dapat lebih difahami melalui contoh di bawah untuk 
satu sesi latihan : 
Berjalan pantas selama lima minit 
Berlari anak selama 10 minit 
Pecut dengan 70 % kelajuan maksima selama 30 
saat 
Berjalan perlahan selama tiga minit 
Berlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 
minit 
Berlari anak selama lapan minit 
Pecutan dengan 80 % kelajuan maksima selama 20 
saat 
Berlari dengan 60 % kelajuan maksima selama dua 
minit. 
3.2.3 Latihan Jeda Jarak Jauh 
Latihan Jeda yang mula diperkenalkan di Jerman oleh 
Dr. Woldmar Gerschler dan Hans Reindell pada awal 
tahun 30an adalah satu kaedah latihan saintifik yang 
mempunyai jeda kerja dan jeda rehat. Kaedah ini 
lazim digunakan dalam latihan olahraga dan latihan 
renang. Latihan jeda dianggap sebagai antara kaedah 
yang terbaik dan lazim diperkenalkan pada 
penghujung musim persediaan umum dan lebih kerap 
digunakan dalam musim persediaan khusus. 
Bagi latihan jeda jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada 
jeda rehat adalah antara 1 : ½ hingga 1: 1 bergantung 
kepada jarak larian atau masa yang diambil untuk 
menamatkan sesuatu larian. Contohnya adalah 
seperti berikut :
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
88 
Masa larian = 10 minit 
Masa rehat = 5 minit 
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½ 
Masa larian = 3 minit 
Masa rehat = 3 minit 
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1 
Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2 hingga 3 
ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3 
hingga 4 ulangan bagi jarak yang kurang daripada 
800 meter bagi satu larian (ulangan). Sementara itu, 
jumlah set yang dicadangkan adalah sama seperti 
jumlah ulangan, dan rehat antara set ditentukan oleh 
kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun 
kepada 120 denyut seminit, barulah set kedua 
dimulakan. 
Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti berikut : 
3 x 1500 meter x 2 set @ 8 minit (1:1/2 ), bermaksud : 
3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian, 
dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit 
bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit. 
3.3 Kaedah Latihan anaerobik 
Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang 
berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan 
untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen. 
Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh 
untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa 
rehat antara kerja. Antara objektif latihan anaerobik ini 
adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan 
berikut : 
(a) kelajuan 
(b) kekuatan otot 
(c) daya tahan otot 
(d) kuasa 
(e) ketangkasan 
Antara latihan-latihan yang sering digunakan dan 
diklasifikasikan di bawah kaedah latihan anaerobik adalah : 
(a) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat 
(b) Latihan pecutan berulang 
(c) Latihan pliometrik
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
89 
3.3.1 Latihan Jeda (jarak sederhana dan jarak dekat) 
Berbeza dengan latihan jeda jarak jauh, latihan ini 
memberi penekanan kepada keupayaan tubuh untuk 
bekerja secara anaerobik. Jeda rehat antara ulangan 
dan antara set memberi peluang kepada otot untuk 
menghasilkan semula ATP dan melambatkan fasa 
kelesuan. Tubuh dapat bekerja dalam satu jangka 
masa yang lebih lama dan kecekapan otot untuk 
penghasilan semula ATP meningkat. 
Latihan ini amat sesuai diaplikasikan kepada hampir 
semua jenis permainan seperti bola sepak, hoki, 
ragbi, badminton dan sepak takraw. Dicadangkan 
supaya latihan ini diperkenalkan pada pertengahan 
musim persediaan khusus sehinggalah ke 
penghujung musim . 
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 
1 : 2 bagi jarak sederhana hingga 1 : 3, 1: 4 dan 1 : 5 
bagi jarak yang lebih dekat. 
Contoh preskripsi latihan jeda jarak sederhana : 
4 x 400 meter x 3 set @ 70 saat ( 1 : 2 ) 
Contoh latihan jeda jarak dekat 
6 x 80 meter x 4 set @ 10 saat ( 1 : 4 ) 
3.3.2 Latihan pecutan berulang 
Latihan pecutan berulang adalah latihan pecutan yang 
diselang seli dengan jeda rehat bertujuan untuk 
meningkatkan kelajuan. Berbeza dengan latihan jeda, 
latihan ini memerlukan pelaku memecut dengan 
intensiti maksimum pada jarak yang lebih dekat, 
lazimnya 60 meter atau kurang. Selepas setiap 
ulangan pelaku akan berehat aktif secukupnya, iaitu 
sehingga kadar nadi turun kepada 120 denyut 
seminit atau kurang sebelum memulakan ulangan 
yang berikutnya. Latihan dikawal oleh kadar nadi 
pelaku dan masa larian terbaik yang dicatatkan. 
Latihan diberhentikan apabila masa yang dicatatkan 
jauh daripada masa sasaran atau kadar nadi melebihi 
kadar nadi maksimum, mana yang terdahulu.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
90 
3.3.3 Latihan Pliometrik 
Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang 
baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal 90- 
an. Berasal daripada perkataan Greek, ‘plio’ 
membawa maksud ‘lebih’ atau ‘meningkatkan’ dan 
‘metrik’ bererti jarak. 
Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-latihan 
yang menghasilkan pergerakan otot isometrik 
yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan 
dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan 
yang menggunakan pergerakan otot-otot untuk 
bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan 
kuasa atau kekuatan eksplosif. 
Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit 
mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi 
bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada 
tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada 
penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke 
fasa pra pertandingan. 
Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan 
kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh dilakukan 
dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan 
seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola segar. 
Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat 
badan sendiri : 
x Larian lutut tinggi 
x ‘bounding’ 
x larian ‘tendang pinggul’ (butt-kick) 
x ‘skip’ 
x lompat sebelah kaki 
Contoh latihan pliometrik menggunakan bola segar : 
x baling bola segar berpasangan paras dada 
dengan menggunakan satu tangan 
x baling bola segar berpasangan paras dada 
dengan menggunakan dua tangan 
x baling bola segar berpasangan dari atas kepala 
x baling bola segar berpasangan melalui atas 
kepala dengan membelakangi pasangan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
91 
Contoh latihan pliometrik menggunakan kotak 
pelbagai ketinggian : 
x susun kotak pelbagai ketinggian dalam satu 
litar 
x jarak antara kotak ke kotak yang lain lebih 
kurang 10 meter 
x pelaku berlari dalam litar dengan menaiki dan 
melompat turun dari kotak sepantas mungkin. 
x Jumlah ulangan bergantung kepada preskripsi 
yang diberi 
Selain daripada alatan yang di atas, latihan juga boleh 
dibuat dengan menggunakan pagar dan bangku 
panjang. 
3.4 Kaedah Latihan Litar 
Latihan litar telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England 
pada tahun 1950-an oleh R.E.Morgan dan C.T. Adamson. 
Latihan ini mengandungi satu siri bateri latihan mengikut 
keperluan jenis sukan yang ditetapkan mengikut stesen. 
Setiap pelaku dikehendaki melakukan aktiviti yang telah 
ditetapkan sehingga tamat satu litar latihan atau satu set. 
Jumlah set ditentukan oleh jurulatih bergantung kepada 
objektif yang hendak dicapai. 
Sejak daripada mula latihan ini diperkenalkan, beberapa 
perubahan telah dibuat oleh jurulatih untuk menyesuaikan 
latihan ini dengan kehendak latihan dan objektif. Ada 
jurulatih yang menggunakan kemahiran teknikal yang 
berlainan sebagai aktiviti bagi setiap stesen dan ada pula 
yang menggunakan alat latihan bebanan seperti ‘barbell’ dan 
‘dumb-bell’. 
Umumnya, latihan litar adalah latihan dengan pelbagai 
aktiviti senaman yang disusun dalam satu litar. Setiap aktiviti 
senaman dikenal sebagai stesen. Lazimnya latihan litar 
mengandungi antara enam hingga 12 stesen. Jarak antara 
satu stesen dengan stesen yang lain adalah antara lima 
hingga 10 meter. 
Pemilihan aktiviti bagi setiap stesen bergantung kepada 
objektif yang hendak dicapai. Sekiranya objektif latihan 
adalah bagi meningkatkan ketangkasan, maka aktiviti-aktiviti 
yang dapat meningkatkan ketangkasan perlulah dipilih. 
Begitu juga jika objektif latihan adalah untuk meningkatkan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
92 
kekuatan eksplosif, maka aktiviti-aktiviti yang dapat 
meningkatkan kekuatan eksplosif perlulah dipilih. 
Kesesuaian masa bagi latihan ini diaplikasikan dalam 
rancangan latihan tahunan bergantung kepada objektif 
latihan. Adalah diingatkan bagi satu latihan litar yang 
dipilih, jurulatih hanya menetapkan satu objektif sahaja 
dalam aspek komponen fizikal yang ingin ditingkatkan 
supaya tidak melanggar prinsip kekhususan. 
Contoh preskripsi bagi satu sesi latihan litar adalah seperti berikut : 
Objektif latihan : Meningkatkan kekuatan eksplosif otot 
Bilangan set : 3 set 
Bilangan stesen : 8 stesen 
Masa kerja setiap stesen : 30 saat 
Jarak antara stesen : 5 meter 
Rehat antara stesen : 60 saat 
Rehat antara set : 3 minit 
Aktiviti –aktiviti : 
x Burpee 
x Bangkit tubi 
x Lompat lutut ke dada 
x Tekan tubi 
x ‘Russian leap’ 
x mendayung (seated rowing) 
x ‘alternate split jump’ 
x leding belakang (back arch) 
x Peringatan : elakkan daripada mengunakan otot atau 
kumpulan otot yang sama berturut-turut. 
3.5 Latihan bebanan. 
Latihan bebanan ini adalah latihan yang digunakan untuk 
meningkatkan kecergasan otot samada bagi meningkatkan 
kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan ini juga 
diaplikasikan bagi meningkatkan saiz atau hipertropi otot. 
Bebanan dan ulangan yang dikenakan bergantung kepada 
objektif latihan. 
Untuk menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan 
Maksimum (Repitition Maximum) atau ringkasnya RM perlu 
diketahui. RM adalah bilangan ulangan maksimum yang 
boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan 
sehingga otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
93 
tahap kegagalan otot sementara (temporary muscular 
failure). 
1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh 
pelaku sementara 2 RM adalah bebanan yang boleh 
diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu, bebanan 
untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2 RM, bebanan 
untuk 2 RM adalah lebih berat berbanding bebanan untuk 3 
RM dan seterusnya. 
Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan latihan : 
Komponen Fizikal Ulangan 
Maksimum (RM) Set Intensiti Rehat 
Kekuatan 
maksimum 
1-2 RM 3 - 4 95–100 % 2-5 minit 
Kekuatan 3 – 6 RM 3 - 4 85-90 % 2-5 minit 
Hipertropi 8 – 12 RM 3 - 6 65 – 80 % 30-90 saat 
Daya tahan 15 – 50 RM 2 - 4 30 – 60 % 15-45 st. 
Beberapa peraturan juga perlu dipatuhi bagi memastikan latihan 
bebanan tidak mendatangkan masalah berpanjangan atau 
kecederaan kepada pelaku : 
x Peraturan 1 
Lakukan latihan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi 
sebelum meningkatkan kekuatan otot 
x Peraturan 2 
Lakukan latihan untuk menguatkan tendon dan ligamen 
sebelum meningkatkan kekuatan otot 
x Peraturan 3 
Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan bahagian 
teras badan sebelum meningkatkan kekuatan kaki atau 
tangan 
x Peraturan 4 
Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot-otot 
sinergi dan pengimbang sebelum otot-otot agonis
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
94 
3.6 Perbandingan antara latihan aerobik dan latihan 
anaerobik 
Latihan Anaerobik Latihan Aerobik 
Anaerobik alaktik 
[Sistem ATP-PC] 
Anaerobik Laktik 
[Sistem asid laktik] 
Sistem Oksigen 
x Aktiviti berintensiti tinggi kurang 
dari 10 saat 
x Aktiviti berintensisi tinggi 
yang dijalankan dalam 
masa 10 saat ke 1 minit 
x Aktiviti berintensiti rendah yang 
dilaksanakan dalam jangkamasa yang 
panjang (melebihi 3 minit) 
x Sumber tenaga diperolehi 
daripada simpanan ATP-PC 
dalam sel-sel otot 
x Sumber tenaga 
diperolehi menerusi 
glikolisis anaerobik 
x Sumber tenaga diperolehi menerusi 
karbohidrat dan lemak 
x Sistem ini boleh dilatih dengan 
menyusun berselang-seli antara 
jeda kerja maksimum dan jeda 
rehat penuh 
x Intensiti latihan adalah 100 % 
- lakuan kerja dengan 
intensiti maksimum dan 
rehat sehingga kadar nadi 
balik ke 120 denyut seminit 
- lakuan kerja lazimnya 
adalah kurang daripada 10 
saat 
x Sistem ini boleh dilatih 
dengan menyusun 
secara selang-seli 
antara jeda kerja 
dengan jeda rehat 
x Intensiti senaman pada 
tahap 80% - 90% 
keupayaan maksimum 
- jeda kerja 10 saat 
- jeda rehat 50 ke 
60 saat 
- jeda kerja 40 saat 
- jeda rehat 80 ke 
100 saat 
* Jeda kerja dan rehat 
bergantung kepada 
jarak kerja dan 
intensiti 
x Untuk mendapatkan kesan latihan 
aerobik. Aktiviti perlu dijalankan 
sekurang-kurangnya 20 minit 
x Intensiti kerja adalah antara 40 % - 70% 
keupayaan maksimum 
Tahap ambang laktat dicapai 
sebaik sahaja asid laktik mula 
terkumpul 
Aktiviti ini menghasilkan 
asid laktik, oleh itu rehat 
diperlukan (rehat aktif) 
x Melambatkan kehadiran asid laktik di 
samping memperoleh tenaga yang 
berlebihan melalui penguraian 
semula asid laktik kepada tenaga
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
95 
Unit 4 Pemakanan Sukan 
4.1 Definisi Pemakanan Sukan 
Pemakanan adalah kajian tentang makanan dan nutrien dan 
juga kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan 
perkembangan seseorang individu. 
Pemakanan sukan adalah bidang pengajian yang 
mengaplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan 
kesihatan, adaptasi kepada latihan, pemulihan segera dari 
sesi latihan dan prestasi optimal semasa pertandingan. 
Pemakanan sukan bagi individu yang aktif secara fizikal 
dilihat dari dua aspek : pemakanan bagi pertandingan dan 
pemakanan bagi latihan. 
4.1.1 Kepentingan Pemakanan kepada Prestasi Atlit 
Prestasi fizikal yang cemerlang dalam sukan bergantung 
kepada dua faktor utama : genetik dan status latihan. 
Pemakanan sukan mampu memberi kelebihan yang 
signifikan terhadap prestasi atlit. Apabila seorang atlit 
kekurangan nutrien tertentu, prestasi fizikal terganggu 
kerana bekalan tenaga tidak mencukupi, ketidakupayaan 
untuk menjana metabolisme secara optimal ketika bersenam 
serta kekurangan sintesis tisu badan dan enzim. 
4.2 Keperluan Nutrien dan Pemakanan Seimbang 
Definisi nutrien adalah bahan dalam makanan yang 
membekalkan tenaga, menggalakkan tumbesaran dan 
membaikpulih tisu dan menjana metabolisme. Terdapat 
enam kelas nutrien : karbohidrat, lemak, protein, vitamin, 
mineral, dan air. 
Konsep pemakanan seimbang merujuk kepada pemakanan 
pelbagai makanan yang merangkumi kesemua nutrien yang 
diperlukan untuk tumbesaran. Walaupun diet setiap individu 
memerlukan nutrien essential dan tidak essential, 
keperluannya berbeza mengikut umur dan tahap kehidupan. 
Contohnya seorang atlit marathon memerlukan diet yang 
berbeza dari rakan atlit yang terlibat dalam sukan memanah.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
96 
4.2.1 Nutrien essential dan bukan essential 
Nutrien essential adalah nutrien yang diperlukan oleh 
badan tetapi terlalu sedikit dihasilkan atau tidak boleh 
dihasilkan oleh badan. Karbohidrat dianggap sebagai 
nutrien essential kerana ‘dietary fiber’ yang terdiri dari 
karbohidrat diperlukan untuk mengelakkan penyakit 
tertentu. 
Karbohidrat, lemak, protein, air dan beberapa mineral 
dan elektrolit dinamakan makronutrien kerana 
diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrien 
adalah nutrien yang diperlukan juga tetapi dalam jumlah 
yang kecil (ukuran dalam miligram dan mikrogram) 
Jadual 3.1 Nutrien Essential bagi Manusia 
Karbohidrat 
Makanan berserat (fiber) 
Lemak (Asid Lemak Esential) 
Asid lemak linoleik 
Asid lemak alfa linoleik 
Protein (Asid Amino Esential) 
Histidine Phenylalanine 
Isoleucine Threonine 
Leucine Tryptophan 
Lysine Valine 
Methionine 
Vitamins 
Larut Air Larut Lemak 
B1 (thiamin) A (retinol) 
B2 (riboflavin) D (kalsiferol) 
Noacin E (tokoferol) 
B6 (pyridoxine) K 
Asid pantothenic 
Folacin 
B12 (cyanocobalamin) 
Biotin 
C (asid askorbik) 
Mineral 
Utama Trace/ Surih 
Kalsium Boron Manganese 
Klorida Kromium Molybedum 
Magnesium Kobalt Nikel 
Fosforus Kuprum Selenium 
Kalium Fluorine Silikon 
Natrium Iodine Vanadium 
Sulfur Ferum Zink 
Air 
Sumber: Williams, (2002)
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Nutrien bukan essential adalah nutrien yang terdapat 
dalam makanan dan boleh juga dihasilkan oleh badan. 
Contohnya glukosa atau dikenali sebagai karbohidrat 
ringkas. Glukosa boleh didapati daripada makanan dan 
pada masa yang sama boleh dibentuk daripada 
penguraian lemak dan protein. Dalam aktiviti fizikal, 
glukosa diperlukan untuk membekalkan tenaga tetapi 
pengambilan glukosa dalam diet harian adalah tidak 
perlu. 
97 
Jadual 3.2 Nutrien bukan essential 
Nutrien Bukan Essential 
Karnitine 
Kreatin 
Gliserol 
Sumber: Williams, (2002) 
Dietary Reference Intakes (DRI) adalah rujukan bagi 
jumlah nutrien yang setiap individu patut makan untuk 
hidup sihat dan mengelakkan daripada penyakit. Jumlah 
ini didapati melalui penyelidikan dan berubah mengikut 
semasa. 
4.2.2 Panduan Piramid Makanan 
Piramid makanan telah dibentuk sebagai rujukan kepada 
kepelbagaian makanan, jumlah kalori yang terdapat 
dalan setiap kumpulan makanan dan pengambilan lemak, 
minyak dan gula secara sederhana. 
Enam kumpulan makanan dalam Piramid Makanan 
termasuk roti, cereal, nasi dan pasta (6-11 hidangan), 
kumpulan sayuran (3-5 hidangan), kumpulan buah-buahan 
(2-4 hidangan), kumpulan terbitan susu seperti 
yogurt dan keju (2-3 hidangan), kumpulan daging, ikan, 
ayam, telur dan kekacang (2-3 hidangan) dan kumpulan 
lemak, minyak dan gula (berpada-pada).
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
98 
Rajah 3.1 Piramid Makanan 
Sumber: McArdle, Katch, W.D., F.I. & Katc h., V.L. (2000) Essentials of Exercise Physiology,2nd ed., 
Lippincott Williams & Wil kins 
4.3 Tenaga bagi Manusia 
Dalam tubuh manusia, tisu badan menyimpan tenaga kimia 
yang boleh menjana tenaga elektrik untuk menghasilkan impuls 
saraf, menghasilkan haba untuk menyelenggarakan suhu badan 
pada 37qC (98.6qF). 
4.3.1 Definisi dan Ukuran Tenaga 
Tenaga merujuk kepada kapasiti untuk membuat kerja. 
Kerja juga dikenali sebagai tenaga mekanikal. Contohnya 
apabila atlit merejam lembing, atlit tersebut telah 
melakukan kerja, pada masa yang sama menghasilkan 
tenaga mekanikal. 
Kerja merujuk kepada hasil kerja pada jarak yang 
dilakukan. 
Kerja = Daya x Jarak
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Apabila kita merujuk kepada kecepatan melakukan kerja, kita 
merujuk kepada Kuasa 
Kuasa = Kerja / Masa 
Bagaimana kita mengukur tenaga dan kerja? 
Tenaga boleh diukur dengan Joules, kilogram-meters (KGM), 
Watts 
1 Joule = 0.102 KGM 
1 Watt = 1 Joule per saat 
99 
Contoh kiraan: Apabila atlit mengangkat berat sebanyak 10 kg dan 
menaiki tangga setinggi 50 m dan mengambil masa 
satu minit, maka atlit tersebut telah melakukan 500 
KGM. Ini bermakna atlit tersebut telah melakukan 
sebanyak 4,901 Joule. Atlit tersebut juga telah menjana 
Kuasa sebanyak 81.7 Watt. 
Satu (1) kalori merujuk kepada ukuran tenaga haba. 1 gram kalori 
mewakili jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu air 
sebanyak satu darjah celcius. 
1 kilokalori (kcal) = 1000 kalori (C) 
1 gram karbohidrat = 4.30 C 
1 gram lemak = 9.45 C 
1 gram protin = 5.65 C 
Peringatan: 6 jenis tenaga adalah mekanikal, kimia, elektrikal, haba, 
cahaya dan haba. 
4.3.2 Simpanan Tenaga dalam Badan 
Tenaga dalam badan yang boleh digunakan serta merta 
disimpan dalam bentuk adenosine trifosfat (ATP) dan 
fosfokreatine (PCr). Kedua-dua ATP dan PCr terdapat 
dalam tisu dalam jumlah yang sedikit dan mudah habis 
dalam beberapa saat sahaja. ATP dan PCr membekalkan 
tenaga utama bagi larian pecut seperti 100m. Oleh itu 
amatlah penting untuk memastikan simpanan ATP dan 
PCr dalam tisu badan mencukupi. 
Karbohidrat, lemak dan protein dalam badan boleh 
membentuk ATP dan PCr. Tenaga yang paling banyak 
disimpan dalam badan adalah dalam bentuk lemak iaitu
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
100 
trigliserida dan asid lemak bebas (free fatty acid). 
Karbohidrat disimpan dalam bentuk glikogen dan 
glukosa. Protein disimpan dalam bentuk asid amino 
dalam tisu. 
Jadual 3.3. Simpanan Tenaga Utama dalam Tubuh Manusia 
Sumber 
Bentuk Tenaga 
Jumlah Kalori 
Tenaga 
Yang Disimpan 
dalam Badan 
Jumlah kilo- 
Joule dalam 
Badan 
Jarak yang 
boleh tercapai 
ATP 
PCr 
Karbohidrat 
Lemak 
Protein 
Tisu 
Tisu 
Serum Glukos 
Glikogen Hati 
Glikogen Otot 
Serum Asid 
Lemak Bebas 
Serum 
Trigliserida 
Trigliserida 
Tisu Adipos 
Protein Otot 
1 
4 
20 
400 
1,500 
7 
75 
80,000 
30,000 
4.2 
16.8 
88 
1,680 
6,300 
29.2 
315 
336,000 
126,000 
17.5 ela 
70 ela 
350 ela 
8.8 km 
24 km 
4.3.3 Sistem Tenaga 
Terdapat tiga jenis sistem tenaga: 
1) Sistem ATP-PCr 
2) Sistem anaerobik glikolisis 
3) Sistem aerobik 
Sistem Tenaga membekalkan sumber tenaga dalam 
bentuk ATP (Adenosin Trifosfat). Apabila penguraian 
ATP berlaku maka tenaga akan dibebaskan. Tenaga ini 
digunakan untuk pergerakan otot. Sistem tenaga ATP-PCr 
dan sistem anaerobik glikolisis tidak memerlukan 
kehadiran oksigen bagi penghasilan tenaga berbanding 
dengan sistem aerobik. Rajah 3.2. menunjukkan sistem 
tenaga dan peratus sumbangan sistem tenaga bagi 
beberapa acara sukan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Rajah 3.2 Sumbangan sistem tenaga anaerobik dan aerobik dalam sukan 
101 
Sumber: Powers & Howley (2002) 
Sumber: Powers & Howley, (2002) 
4.3.4. Metabolisme Semasa Rehat dan Senam 
Metabolisme merupakan jumlah perubahan fizikal dan 
kimia yang berlaku dalam badan seperti penukaran dari 
makanan kepada tenaga, pembentukan enzim dan 
hormon serta pembinaan tisu dan tumbesaran tulang. 
Tenaga adalah diperlukan untuk proses metabolisme 
berlaku. 
Semasa rehat, kadar metabolisme adalah rendah. Oleh 
kerana penggunaan otot adalah minimum semasa rehat, 
badan tidak perlu membentuk ATP dengan banyak dan 
cepat. Tenaga yang minimum itu hanya perlu bagi fungsi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
102 
fisiologikal seperti pengepaman darah dan juga untuk 
menghasilkan haba badan. 
Aktiviti senam akan meningkatkan kadar metabolisme. 
Semakin tinggi intensiti serta semakin pantas kita 
melakukan aktiviti fizikal, maka semakin cepatlah 
berlakunya penguncupan otot. Ini akan meningkatkan 
penggunaan tenaga dan kalori. Jadual 3.4 di bawah 
menunjukkan contoh kalori yang digunakan bagi aktiviti 
tertentu. 
Jadual 3.4 Penggunaan Kalori Bagi Aktiviti 
Aktiviti Penggunaan Kalori seminit 
Kadar Metabolik Semasa Rehat 1.0 
Duduk dan Menulis 2.0 
Berjalan 4.4 km per jam 3.3 
Berjalan 11 km per jam 9.4 
Berlari 31 km per jam 29.3 
Angkat berat (maksimum) > 90.0 
4.4 Karbohidrat, Lemak dan Protein 
4.4.1 Karbohidrat 
Karbohidrat merupakan komponen makanan dalam diet 
Asia. Setiap satu gram karbohidrat adalah lebih kurang 4 
kalori. Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga. 
Dalam tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk 
glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan hati). 
4.4.1.1 Jenis-jenis Karbohidrat 
Jadual 3.5 Jenis-jenis karbohidrat 
Jenis Nama Contoh 
Karbohidrat 
Monosakarida: Glukosa, Fruktosa, 
Mudah 
Galaktosa 
Disakarida : Maltosa, laktosa, 
Sukrosa 
Madu, Gula perang, 
jus buah-buahan 
Karbohidrat 
Kompleks 
Polisakarida : Amilopektin, Amilos, 
Glikogen 
Nasi, Kanji, Gandum 
Dietary Fiber Larut air : Gam, Pektin 
Tidak larut air :Selulosa 
Didapati dalam 
hampir semua tumbuh-tumbuhan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
103 
4.4.1.2. Fungsi Karbohidrat 
Karbohidrat yang dimakan akan diuraikan 
sehingga menjadi bentuk termudah seperti 
glukosa. Glukosa kemudian diserapkan ke dalam 
darah dan glukosa darah adalah penting untuk 
proses metabolisme. Tahap glukosa dalam darah 
normal adalah 80-100 miligram per mililiter darah. 
Insulin, sejenis hormon akan memastikan glukosa 
dalam darah sentiasa berada dalam tahap yang 
optimum. Glukosa darah berlebihan akan diserap 
semula ke dalam tisu. 
4.4.1.3. Keperluan Semasa Senam 
Keperluan pengambilan karbohidrat berbeza 
bagi peringkat umur yang berbeza. Atlit 
mempunyai keperluan karbohidrat yang lebih 
tinggi dari individu bukan atlit untuk 
membekalkan tenaga semasa berlatih. 
Jadual 3.6 Keperluan Karbohidrat 
Per ingkat Umur Keperluan Karbohidrat 
dalam diet harian 
Kalori 
Kanak-kanak lelaki 
9 - 12 tahun 
12 - 15 tahun 
15 - 18 tahun 
50 – 60 % 
50 – 60 % 
50 – 60 % 
1,400 
1,550 
1,750 
Kanak-kanak perempuan 
9 - 12 tahun 
12 - 15 tahun 
15 - 18 tahun 
50 – 60 % 
50 – 60 % 
50 – 60 % 
1,100 
1,300 
1,250 
Dew asa 50 – 60 % 1,300 
Atlit dalam latihan 60 – 70 % 1,800 
Atlit berdaya tahan tinggi 60 – 70 % 2,450 
4.4.2. Lemak 
Lemak dalam diet kita adalah lipid, suatu bahan organik. 
Lipid’dietary’ yang penting dalam diet kita adalah 
trigliserida, kolesterol dan fosfolipid. Lemak boleh 
didapati dalam daging, hasil tenusu dan kekacang.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
104 
4.4.2.1 Jenis-jenis 
Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari 
makanan berasaskan haiwan dan tidak didapati 
dari tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting untuk 
membentuk hormon seperti testosteron dan 
estrogen. 
Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati, 
kekacang dan lecithin. 
4.4.2.2 Fungsi Lemak 
Secara am, fungsi lemak adalah untuk 
membekalkan tenaga bagi proses metabolisme. 
Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. 
Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak 
dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga. 
4.4.2.3. Keperluan Semasa Senam 
Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita 
dibekalkan oleh proses metabolisme lemak. 
Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang 
berasaskan lemak. Atlit memerlukan 15-25% 
kalori dari lemak dalam diet harian sebagai 
simpanan tenaga semasa latihan. 
4.4.3 Protein 
Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid 
amino bergabung, ia dikenali sebagai dipeptida dan jika 
lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh 
didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga 
tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah. 
4.4.3.1 Keperluan Semasa Senam 
Orang dewasa memerlukan lebih kurang 12-15% 
kalori yang berasaskan protein. Atlit memerlukan 
15-20% kalori protein dari diet harian. Walaupun 
protein tidak merupakan sumber tenaga yang 
utama semasa senam, pengambilannya adalah 
penting untuk memastikan metabolisme tubuh
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel 
tidak terganggu. 
105 
4.5 Vitamin dan Mineral 
Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati 
melalui makanan sahaja. Mineral pula adalah bahan inorganik 
yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium, kalium, 
klorida, kalsium, magnesium, ferum dan sulfur. 
4.5.1. Jenis-jenis dan Keperluan 
Jadual 3.7 Jenis-jenis vitamin dan keperluan 
Jenis Vitamin Keperluan dan Fungsi Sumber dari Makanan 
Larut Lemak; 
Vitamin A 
Vitamin D 
Vitamin E 
Vitamin K 
5000 IU 
(menggalakkan pertumbuhan 
tulang; mengelakkan rabun) 
200 IU 
( berfungsi sebagai hormon 
menggalakkan penyerapan 
kalsium dalam usus) 
15 mg d-alpha 
(antioksidan untuk lindung 
sel membran dari kerosakan) 
80 mikrogram 
(membantu koagulasi darah) 
Hati, susu, karotenoid 
Keledek 
Hasil tenusu, margarin 
Minyak ikan 
Minyak sayuran, sayur-sayuran 
hijau, kuning telur 
Hati, telur dan bayam 
Larut Air; 
Vitamin C 
Vitamin B Kompleks 
90 mg(lelaki); 75 mg 
(wanita) 
(Bentuk kolagen; membantu 
penyerapan ferum) 
2.4 mikrogram 
(membentuk koenzim bagi 
membina DNA; bantu 
pembinaan sel darah merah) 
Buah-buahan sitrus, 
Sayur-sayuran hijau 
Daging, ikan, ayam dan 
hasil tenusu 
Jenis Mineral Keperluan dan Fungsi Sumber dari makanan 
Kalsium 
Magnesium 
1000 mg 
(pembentukan tulang dan 
gigi; transmisi impuls saraf) 
400mg 
(Sintesis protein, pengecutan 
otot) 
Hasil tenusu, kuning 
Telur, kekacang 
Kekacang, sayur-sayuran 
hijau, buah-buahan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
106 
4.6 Air dan Elektrolit 
Air adalah cecair jernih, tiada rasa dan bau. Ia merupakan 
molekul yang ringkas (dua bahagian hidrogen dan satu 
bahagian oksigen – H2O) tetapi elemen yang paling penting 
untuk kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa air selama 7 hari. 
Air tidak memberikan tenaga tetapi penting dalam proses 
metabolisme. Air amat penting bagi menyelenggarakan suhu 
badan. Kehilangan air dituruti dengan kehilangan elektrolit. 
Elektrolit (natrium, kalium klorida) adalah penting untuk 
beberapa fungsi fisiologikal seperti penguncupan otot dan 
keseimbangan cecair badan. 
4.6.1 Keperluan dan Kepentingan 
Orang dewasa memerlukan antara 2000-2800 ml air 
sehari untuk memastikan keseimbangan cecair badan. 
Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak 
terutamanya bagi menyelenggarakan suhu badan. Air 
boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman 
(termasuk jus buahan, susu) dan juga melalui makanan. 
Proses metabolisme yang melibatkan penguraian 
karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan 
air. 65% dari air dalam badan distor dalam sel (intrasel) 
manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh 
darah dan cecair serebrospinal (ekstrasel). 
Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh 
mengkonduksikan arus elektrik. Cecair tersebut juga 
dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes dan 
garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, 
bikarbonat, sulfat, magnesium dan kalsium.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
107 
Rajah 3.3 Pengambilan dan kehilangan air dalam sehari 
4.6.2. P 
eny 
el 
enggar 
aan 
Suh 
4 
4.6.2 Penyelenggaraan Suhu Badan 
Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di 
otak yang merupakan sebahagian dari sistem saraf 
pusat. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas 
kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan 
membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba. 
Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan 
kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah 
melalui kulit. 
Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh 
akan mengurangkan haba badan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
108 
Rajah 3.4 Sumber haba dan kehilangan haba semasa bersenam 
4.7 Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan dan 
Pertandingan 
Prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang baik. 
Contohnya peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan 
semasa latihan dapat meningkatkan kualiti latihan atlit. Atlit akan 
dapat berlatih dengan lebih lama dan melambatkan rasa 
kelesuan ketika latihan. Berikut adalah contoh pengambilan 
karbohidrat sebelum, semasa dan selepas latihan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
109 
Jadual 3.8 Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan 
Latihan Jumlah perlu 
diambil 
(gram / kg berat 
badan) 
Bila? Contoh 
Makanan 
Sebelum 4 - 5 4 jam sebelum 
latihan 
Nasi, buah-buahan 
Semasa 1.0 Setiap 15 – 20 
minit selepas 
latihan bermula 
Minuman 
Berkarbohidrat 
Selepas 1.0 Selew at-lewatnya 2 
jam selepas latihan 
tamat 
Nasi, kentang, 
roti, glukos 
Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga 
dari sistem tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, 
intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut. Contohnya untuk 
aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti 
larian 200m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa 
dalam darah dan glikogen otot. Apabila aktiviti tersebut melebihi 
5 minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati dan lemak 
pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut. 
Pada masa yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga 
memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk memastikan 
keberkesanan sistem tenaga ini. Semasa pertandingan, atlit 
patut mengambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan 
rendah kandungan lemaknya untuk mengelakan 
ketidakselesaan dalam perut. 
Atlit yang mengamalkan pemakanan yang optimum boleh 
melakukan kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan 
sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh badan. 
Adalah penting untuk atlit memastikan gaya pemakanan adalah 
bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan dan juga 
mempunyai kandungan kalori yang mencukupi. Contohnya 
seorang atlit berdaya tahan tinggi memerlukan sehingga 3,500 
kalori sehari dengan 60-70% (karbohidrat): 20-30% lemak: 10- 
15% protein (termasuk asid amino esential).
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
110 
4.7.1 Isu-isu pemakanan sukan : Female AthleteTriad, 
Vegetarianism 
Female Athlete Triad 
Ia merujuk kepada gaya pemakanan ‘disorder’, 
ammenorhea dan osteoporosis merupakan suatu 
fenomena yang berlaku kepada atlet wanita yang 
menghadkan pengambilan makanan atau tidak cukup 
makan kerana sukan. Sukan jenis ini adalah yang 
memerlukan penjagaan berat badan seperti gimnastik 
atau sukan yang ekstrem seperti larian marathon. 
Pengambilan kalori yang berkurangan akan 
menyebabkan kandungan lemak berkurangan dan 
mengganggu fungsi hormon. Hormon estrogen mungkin 
berkurangan menyebabkan haid terhenti. Dalam atlit 
wanita, ia juga dikenali sebagai ‘athletic amenorrhoea’ 
dan ini sering dikaitkan dengan osteoporosis. 
Vegetarianism 
Atlit menjadi seorang vegetarian (tidak memakan hasil 
dari haiwan) disebabkan agama, mengurangkan berat 
badan, tidak suka daging dan sifat sayangkan haiwan. 
Atlit vegetarian perlu tahu alternatif yang boleh 
menggantikan protein dari haiwan seperti kekacang. 
Terdapat atlit vegetarian yang cemerlang di peringkat 
dunia. Walau bagaimanapun penyelidikan telah 
menunjukkan tiada peningkatan atau pengurangan 
prestasi fizikal dengan menjadi seorang vegetarian. 
4.8 Bantuan Ergogenik dalam Pemakanan 
Bantuan ergogenik adalah bahan atau fenomena yang boleh 
membantu meningkatkan prestasi fizikal dalam sesuatu acara 
sukan. Contohnya, pemakanan yang tinggi karbohidrat boleh 
menyimpan lebih banyak tenaga dalam tubuh; sokongan dari 
para penonton dapat memberi keyakinan kepada atlit; baju 
renang hidrodinamik yang mempunyai rintangan air yang 
rendah boleh meningkatkan kelajuan atau steroid anabolik yang 
boleh memberi kekuatan yang lebih bagi ahli angkat berat. 
4.8.1 Jenis-jenis Bantuan Ergogenik 
Terdapat bantuan ergogenik yang dapat membantu 
prestasi sukan. Tetapi lebih banyak yang memudaratkan 
atlit. Rajah di bawah menunjukkan jenis bantuan 
ergogenik serta kelebihan dan keburukannya.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
111 
Jadual 3.9 Jenis-jenis Bantuan Ergogenik 
Jenis Kelebihan Keburukan Acara Sukan 
Kreatin Membantu 
menyimpan lebih 
ATP dalam sel otot 
Tiada diketahui Bola sepak, lar ian 
pecut 
Beta-Blockers Mengurangkan 
perasaan gemuruh, 
pening kepala 
kerana migrain 
Mengurangkan 
tekanan darah; 
bahaya bagi atlit 
yang berpenyakit 
asma 
Menembak, terjun 
Steroid Membesarkan otot 
Meningkatkan 
kekuatan 
Jantung rosak; alat 
kelamin menjadi 
kecil; ketagih 
Angkat berat; 
Lari pecut, renang 
Blood Doping Melambatkan 
kelesuan, prestasi 
meningkat 
Jangkitan kuman 
AIDS; tekanan 
darah meningkat 
Lumba basikal; 
Larian jarak jauh 
Tokokan 
karbohidrat 
Meningkatkan 
prestasi 
Melambatkan rasa 
kelesuan 
Tiada di ketahui Bola Sepak, hoki, 
bola jar ing 
Tokokan karbohidrat 
Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali 
sebagai tokokan karbohidrat atau kompensasi glikogen. 
Teknik ini biasanya digunakan untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari 
marathon, lumba basikal lebuhraya dan triathlon. Bekalan glikogen ke otot 
dan hati boleh ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada masa 
yang sama menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan 
karbohidrat. 
Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus dijalankan selama 
seminggu sebelum hari pertandingan. Pengurangan isipadu dan intensiti 
latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan 
membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik 
yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan 
karbohidrat ada tiga fasa iaitu : 
ƒ Fasa 1 (hari 1 – 2) : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan 
karbohidrat normal. 
ƒ Fasa 2 (hari 3 – 5) : Latihan dikurangkan, peningkatan 
pengambilan karbohidrat (70%). 
ƒ Fasa 3 (hari ke 6) : Hari pertandingan, selepas pertandingan 
pemakanan seperti biasa kembali.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
TUNJANG 4 : 
LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK 
Unit 1 – Asas Kawalan Motor 
112 
1.1 Definisi kawalan motor 
Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme 
sistem biologi menghasilkan lakuan motor. 
Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia 
serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. 
Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi 
semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal 
pergerakan. 
Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis 
lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi. 
1.2 Jenis lakuan motor 
Jenis-jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem 
biologi adalah: 
(i) Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) 
(ii) Lakuan motor berkemahiran (voluntari) 
1.2.1 Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) 
(i) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan 
secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau 
memodifikasikan lakuan yang terhasil. 
(ii) Lakuan ini dikenali sebagai pergerakan involuntari. 
Contohnya: 
x Pantulan lutut 
x Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas 
(iii) Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi 
memerlukan pergerakan tersebut. 
(iv) Mekanisme umum pergerakan involuntari adalah seperti 
yang berikut:
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem 
reseptor. 
Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan 
dan menukar rangsangan kepada impuls sensori. 
Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat 
rendah iaitu saraf tunjang. 
Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron 
motor. 
Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar 
menjadi impuls motor. 
Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor. 
Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, 
pergerakan involuntari terhasil. 
113 
Sistem saraf pusat 
ASAS BIOLOGI DAN PERSEKITARAN 
ASAS BAGI PROSES KAWALAN MOTOR 
Perlferi 
Mekanisme involuntari 
Neuron sensori 
Sinaps 
Neuron motor 
Rangsangan/ 
stimulus 
Gerakbalas/ 
respon 
PERSEKITARAN 
Reseptor 
Efektor 
REFLEKS TENDON PATELLA 
(contoh refleks involuntari paling ringkas) 
Reseptor 
Sinaps 
Neuron aferen 
Neuron eferen 
Efektor 
CNS 
BIOLOGI
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
114 
x Mekanisme yang dijelaskan adalah pergerakan involuntari 
yang boleh dilihat pergerakannya seperti pergerakan 
menarik tangan atau kaki apabila terkena benda panas. 
x Penghasilan pergerakan adalah disebabkan oleh 
rangsangan yang diterima daripada persekitaran luaran. 
x Peranan sistem afektor merujuk kepada semua reseptor 
sensori yang berperanan menerima rangsangan daripada 
persekitaran. 
1.2.2 Lakuan motor berkemahiran (voluntari) 
Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua 
lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam 
kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk 
melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini 
dikenali sebagai pergerakan voluntari. 
Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi 
pelaku dengan persekitaran 
Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh 
beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan 
pengalaman. Contohnya: 
(a) Badminton 
Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang 
gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin 
membuat smesy, manakala pemain yang 
berkemahiran rendah mungkin membalas dengan 
hantaran lob. 
(b) Bola tampar 
Ketika menerima servis, pemain pasukan yang 
kurang berkemahiran akan menghantar semula 
bola ke gelanggang lawan, manakala pasukan 
yang berkemahiran akan membuat strategi 
menyangga, mengumpan dan merejam.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Mekanisme pergerakan voluntari 
Mekanisme umum pergerakan voluntari adalah seperti berikut : 
Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem 
reseptor. 
Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya 
kepada impuls sensori. 
Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. 
Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang 
terlibat ialah: 
115 
x Saraf tunjang (spinal cord) 
x Tunjang otak (brain stem) 
x Otak tengah (mid brain) 
Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus. 
Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf 
pusat peringkat tinggi di korteks sensori. 
Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, 
impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang 
terdapat di korteks motor. 
Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi 
impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor 
akan berlaku di korteks serebral. 
Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula 
ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor. 
Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini 
pergerakan voluntari terhasil.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
MEKANISME UMUM LAKUAN Transmisi sensori 
Neuron sensori yang membawa impuls sensori akan 
bersinaps dengan neuron motor di korteks motor 
116 
Maklumat sensori di terima daripada 
sumber reseptor yang releven 
Neuron sensori pada reseptor akan menukar 
rangsangan ke bentuk impuls saraf 
Daripada CNS peringkat rendah, semua 
impuls sensori dihantar ke thalamus 
Talamus berfungsi menghubungkan maklumat 
sensori ke korteks cerebral 
Berlaku pemprosesan awal semua maklumat 
sensori di pusat kortikal masing-masing 
Fiber saraf aferen daripada 
getaran atau penghubung 
reseptor 
Talamus 
Pangkal otak 
Nukleus pangkal otak 
Korteks 
Somatosensori 
Korda spina 
Dorsal 
Korda spina 
Serebelum 
Transmisi motor 
Berlaku proses integrasi sensori-motor di kawasan korteks 
penggabung (association cortex ) 
Impuls motor dihantar semula ke korda spina melalui 
laluan-laluan motor kortikospinal 
(corticospinal spinal pathways) 
Di korda spina, berlaku proses merekrut unit motor dan 
ko-aktivasi •-• bagi spesifikasi peranan dan 
penguncupan otot 
Impuls motor seterusnya dihantar ke sistem efektor untuk 
membolehkan pergerakan. 
Korteks Somatosensori Talamus 
Basal ganglia Pangkal otak 
Persimpangan laluan Serebelum 
korda spina 
Korda spina
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Jenis pergerakan berkemahiran (voluntari) 
Semua lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagai 
pergerakan berkemahiran. 
Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu : 
(i) Kemahiran generik 
(ii) Kemahiran berobjektif 
117 
(a) Kemahiran generik 
Kemahiran generik ialah kemahiran pergerakan 
yang diwarisi manusia. Manusia dilahirkan 
dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas 
seperti berjalan. 
Kemahiran generik berkembang melalui proses 
semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan 
penuaan. 
(b) Kemahiran berobjektif 
Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang 
dipelajari dan mempunyai objektif khusus. 
Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk 
memperolehi kelajuan di tahap optimum. 
Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses 
fizikal seperti praktis (pembolehubah 
pembelajaran) dan latihan (pembolehubah 
prestasi). 
Kemahiran generik dan berobjektif terdiri daripada 
pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan 
lokomotor. 
Pergerakan lokomotor ialah jenis pergerakan yang 
membolehkan sesaran jasad secara mendatar 
seperti berjalan, berenang dan berbasikal. 
Pergerakan bukan lokomotor ialah jenis 
pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran 
jasad secara mendatar seperti menangkap bola 
dan lompat setempat.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
118 
1.3 Pengelasan kemahiran motor 
Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas 
berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu : 
(i) Kriteria ketepatan lakuan 
(ii) Kriteria ciri pergerakan 
(iii) Kriteria stabiliti persekitaran 
1.3.1 Ketepatan lakuan 
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah 
berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini 
berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang 
terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas 
kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada : 
x Kemahiran motor kasar 
x Kemahiran motor halus 
Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot-otot 
besar sebagai otot utama seperti menendang bola, 
berlari dan angkat berat. 
Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot 
kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling 
padang dan menembak. 
1.3.2 Ciri Pergerakan 
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah 
berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu 
dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran 
kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan 
pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini 
adalah seperti berikut: 
x Kemahiran diskrit 
x Kemahiran berterusan 
x Kemahiran siri 
Kemahiran diskrit ialah kemahiran yang permulaan dan 
pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang 
terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan 
pengakhiran lakuan adalah nyata. 
Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan 
dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari 
dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan 
dan akhir lakuan adalah tidak nyata. 
Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahiran 
diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti 
gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal. 
119 
1.3.3 Stabiliti persekitaran 
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah 
berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya 
dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah) 
atau stabil (tidak berubah-ubah). Kelas kemahiran 
berdasarkan kriteria ini terdiri daripada: 
x Kemahiran luar kawal (open skill). 
x Kemahiran terkawal (close skill). 
Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkan 
dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh 
faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton, 
berlayar dan menjaga gol. 
Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan 
dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor 
dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan 
melontar peluru.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Unit 2 – Perkembangan Motor 
120 
2.1 Definisi perkembangan motor 
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada 
perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan 
prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. 
Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula 
jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses 
perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan. 
Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek: 
(i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa) 
(ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua) 
2.2 Peringkat perkembangan kemahiran motor 
Perkembangan kemahiran motor berlaku mengikut prinsip 
perkembangan yang terbahagi kepada dua dan prinsip-prinsip 
ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2 tahun 
pertama selepas kelahiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah: 
(i) Prinsip I – Prinsip cephalo-caudal 
(ii) Prinsip II – Prinsip proksimo-distal
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Prinsip I : Prinsip Cephalo-Caudal. 
Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah contohnya 
dari keupayaan fleksi tengkok sehingga duduk tanpa sokongan. 
121 
3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR 
Nota untuk Guru : 
Kawalan kepala 
(a2-3 bulan) 
Duduk bebas 
(a 7 bulan) 
Diri bebas 
(a 11 bulan) 
Guru menerangkan maksud cephalo-caudal : 
Cephalo = kepala 
Caudal = penghujung saraf tunjang 
Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al 
Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KEUPAYAAN LOKOMOTOR 
Tingkat pencapaian berlaku 
selari dengan perkembangan 
kawalan postur 
122 
Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al 
Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. 
Nota untuk Guru: 
Guru menerangkan maksud cephalo-caudal: 
Cephalo = kepala 
Caudal = penghujung tunjang
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Prinsip II : Prinsip Proksimo – Distal. 
Prinsip ini berteraskan perkembangan daripada aksis tubuh ke arah 
luar, contohnya daripada keupayaan menghulur tangan ke keupayaan 
mencapai sasaran. 
Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al 
Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. 
123 
PERINGKAT PERKEMBANGAN KEUPAYAAN MANUAL 
Asas kepada perolehan kemahiran 
manual yang lebih kompleks 
Kemahiran manual (genggam 
dan capai) yang matang 
biasany a dicapai di akhir tahun 
pertama - kemahiran ini akan 
terus mengalami 
perekembangan. 
Tingkat pencapaian 
kemampuan manipulasi 
objek (menggunakan 
tangan) bermula pada 3-4 
bulan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
124 
Nota untuk guru : Guru menerangkan maksud proksimo-distal. 
Proksimo = hampir. Distal = jauh 
(Hampir dan jauh adalah merujuk kepada kedudukan aksis batang 
tubuh) 
2.2.2 Tingkat/ Tahap pencapaian motor 
Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan yang 
berlaku selepas 2 tahun kelahiran iaitu apabila keupayaan untuk 
bergerak tanpa sokongan dicapai. 
Tahap pencapaian motor dilihat dalam tiga aspek 
perkembangan yang utama : 
(i) Perkembangan kawalan postur 
Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah 
seperti berikut (mengikut urutan). 
Kawalan kepala 
Ð 
Duduk tanpa sokongan 
Ð 
Diri tanpa sokongan 
(ii) Perkembangan keupayaan lokomotor 
Tahap pencapaian lokomotor dalam aspek keupayaan 
motor adalah seperti yang berikut (mengikut urutan) 
Mengguling 
Ð 
Merangkak 
Ð 
Diri tanpa sokongan 
(iii) Perkembangan keupayaan bukan lokomotor 
Pencapaian motor dalam aspek keupayaan bukan 
lokomotor adalah berciri seperti berikut (mengikut sekuen) 
Keupayaan menggenggam tangan tanpa objek 
Ð 
Keupayaan mencapai sasaran 
Ð 
Keupayaan menggenggam objek
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
125 
Unit 3 – Pembelajaran Kemahiran Motor 
3.1 Definisi pembelajaran kemahiran motor 
Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian 
pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi 
keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil 
proses fizikal seperti praktis dan latihan. 
Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor 
boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran 
dan prestasi motor. Ciri-ciri lengkok pembelajaran kemahiran 
dan prestasi motor seperti berikut: 
(a) Lengkok lurus (linear) 
Lengkok pembelajaran ini 
menggambarkan 
peningkatan prestasi yang 
seimbang sepanjang proses 
pembelajaran 
Pembelajaran 
Praktis 
Maksudnya, semakin banyak praktis yang dijalani, 
semakin tinggi kesan pembelajaran yang diperolehi. 
Contohnya, dalam kemahiran menjaring bola keranjang, 
semakin banyak latihan yang dilakukan, semakin tinggi 
kecekapan menjaring. 
(b) Lengkok cembung (negatively accelerated) 
Lengkok pembelajaran ini 
menggambarkan 
Pembelajaran 
peningkatan prestasi yang 
tinggi di awal proses 
pembelajaran dan kadar 
peningkatan yang beransur 
kurang pada penghujung 
proses tersebut. 
Praktis 
Maksudnya, ketika awal praktis, pelatih mengalami 
peningkatan pembelajaran yang mendadak sehingga 
kemahiran asas dicapai dan selepas tahap ini pelatih 
mengalami kadar peningkatan yang berkurangan. 
Contohnya dalam permainan tenis, kemahiran memukul 
boleh diperolehi dengan kadar yang cepat. Selepas tahap
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
126 
ini, penguasaan kemahiran memukul (stroke) dengan laju 
dan terkawal berlaku dengan kadar yang perlahan. 
(c) Lengkok cengkung (positively accelerated) 
Lengkok pembelajaran ini 
menggambarkan 
peningkatan prestasi yang 
sedikit di awal pembelajaran 
dan peningkatan mendadak 
dialami pada penghujung 
proses tersebut. Contohnya 
berenang. 
Untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas berenang 
seperti teknik pernafasan mengambil masa yang lama. 
Apabila kemahiran-kemahiran ini telah dikuasai 
keupayaan menguasai gaya-gaya renang seperti kuak 
dada boleh berlaku dengan kadar yang cepat. 
(d) Lengkok “S”(Ogive). 
Lengkok pembelajaran ini 
menggambarkan peningkatan 
prestasi yang berlaku 
melibatkan kombinasi ciri-ciri 
lengkok linear, cembung dan 
cekung sepanjang proses 
pembelajaran. Contohnya 
memandu kereta (kemahiran 
siri). 
Pembelajaran 
Praktis 
Pembelajaran 
Praktis 
3.2 Pembolehubah-pembolehubah pembelajaran kemahiran 
motor 
Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa 
pembolehubah iaitu : 
(a) Perbezaan individu 
(b) Pemindahan pembelajaran 
3.2.1 Perbezaan individu 
Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan 
klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972)
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan 
dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan 
oleh Fleishman iaitu: 
(i) Keupayaan persepsi motor 
(ii) Kecekapan fizikal 
127 
(i) Keupayaan persepsi motor 
Ciri-ciri keupayaan persepsi motor adalah: 
ƒ Koordinasi pelbagai anggota 
Koordinasi ini melibatkan interaksi semua 
anggota badan yang terlibat dalam sesuatu 
pergerakan. Contoh menangkap bola dan 
membuat hantaran memerlukan koordinasi 
mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. 
ƒ Ketepatan kawalan 
Ketepatan kawalan merujuk kepada 
keupayaan mengawal kualiti pergerakan 
yang dihasilkan. Contohnya, seorang 
penerjun dapat mengawal postur semasa 
membuat terjunan. 
ƒ Orientasi respons 
Orientasi respons merujuk kepada 
keupayaan untuk menghasilkan respon 
yang sesuai dengan keperluan 
persekitaran. Contohnya keupayaan 
penjaga gol bola sepak untuk 
mengurangkan sudut penjaring 
menjaringkan gol dan keupayaan pemain 
badminton untuk memberikan respons yang 
paling berkesan daripada pelbagai pilihan 
respons yang ada. 
ƒ Masa reaksi 
Masa reaksi merujuk kepada tempoh yang 
diambil untuk memulakan pergerakan 
selepas menerima rangsangan. Contohnya 
masa yang diambil oleh seorang pelari 
100m untuk memulakan larian selepas 
mendengar tembakan permulaan.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
128 
ƒ Kelajuan respons 
Kelajuan respons merujuk kepada tempoh 
masa yang diambil untuk melengkapkan 
pergerakan. Contohnya, dalam situasi 
larian 100m kelajuan respons adalah masa 
yang dicatatkan untuk menamatkan 
perlumbaan. 
ƒ Keupayaan manipulasi jari 
Keupayaan manipulasi jari adalah 
keupayaan mengendalikan kemahiran halus 
yang melibatkan penggunaan jari. 
Contohnya kemahiran bermain piano, 
menjahit, ‘pitching’ dalam sukan sofbol, 
menjaring bola keranjang dan bola jaring 
serta boling tenpin. 
ƒ Keupayaan manual 
Keupayaan manual merujuk kepada 
keupayaan mengendalikan kemahiran 
kasar yang melibatkan penggunaan 
keseluruhan bahagian tangan contohnya 
menangkap dan membaling. 
ƒ Integrasi respons 
Integrasi respons merujuk kepada integrasi 
pelbagai maklumat sensori untuk 
menghasilkan pergerakan. Contohnya 
dalam permainan badminton seperti posisi 
pemain lawan, kelajuan bulu tangkis dan 
arah bulu tangkis. 
(ii) Kecekapan fizikal 
Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah : 
(i) Kekuatan statik 
(ii) Kekuatan dinamik 
(iii) Kekuatan eksplosif 
(iv) Kekuatan bahagian anggota atas 
(v) Kelenturan statik 
(vi) Kelenturan dinamik 
(vii) Koordinasi asas 
(viii) Keseimbangan asas 
(ix) Daya tahan
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
129 
3.2.2 Pemindahan pembelajaran 
Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk 
kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran 
baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan 
pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah 
pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses 
pembelajaran yang sedang berlangsung. 
Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum 
ialah: 
(i) Pemindahan positif 
(ii) Pemindahan negatif 
(iii) Pemindahan sifar 
(i) Pemindahan positif 
Pemindahan positif ialah pemindahan yang 
merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia 
ada membantu pembelajaran kemahiran yang 
baru. Contohnya seorang yang mempunyai 
kemahiran gimnastik akan lebih mudah 
mempelajari kemahiran acara terjun. 
(ii) Pemindahan negatif 
Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di 
mana kemahiran sedia ada mengganggu proses 
pembelajaran kemahiran baru. Contohnya 
badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan 
pepat dalam permainan badminton boleh 
mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan 
kilas dalam tenis. 
(iii) Pemindahan sifar 
Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk 
kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak 
memberi sebarang kesan ke atas proses 
pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya 
kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi 
keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Unit 4 – Asas Biomekanik 
130 
Biomekanik adalah sintesis bidang-bidang biologi dan mekanik yang 
bertujuan untuk memahami dan menjelaskan pergerakan manusia. 
Biomekanik merupakan bidang yang mengkaji pertalian di antara 
struktur dan fungsi manusia serta interaksinya dalam konteks 
penghasilan pergerakan. 
4.1 Ciri-ciri sistem mekanikal jasad 
Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada 
pergerakan sendi. Sistem sendi adalah sistem yang 
bertanggungjawab untuk menvariasikan pergerakan yang akan 
dihasilkan. Penghasilan pergerakan berlaku menerusi 
penguncupan otot. Sistem tuas rangka adalah sistem yang 
mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad. 
4.1.1 Sistem tuas rangka 
Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang 
bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada 
fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan 
fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar 
dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan 
beban. Tuas jasad manusia terdiri daripada: 
x Tulang sebagai palang 
x Sendi sebagai fulkrum 
x Penguncupan otot sebagai penghasilan daya 
x Rintangan atau kerja sebagai beban 
Tuas boleh dikelaskan kepada: 
(i) Kelas pertama 
(ii) Kelas kedua 
(iii) Kelas ketiga
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
Klasifikasi tuas ini ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan 
fulkrum. 
131 
Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga 
Fulkrum terletak antara daya 
dan beban 
Beban terletak antara daya dan 
fulkrum 
Daya terletak antara beban dan 
fulkrum 
Tuas kelas pertama 
menggunakan daya yang kecil 
untuk mengatasi beban yang 
besar tetapi pergerakan 
perlahan 
Tuas kelas kedua 
menggunakan daya yang kecil 
untuk mengatasi beban yang 
besar tetapi pergerakan 
perlahan pada julat yang kecil 
Tuas kelas ketiga 
menggunakan daya yang lebih 
besar tetapi pergerakan pantas 
Contoh Penggunaan: 
Dalam permainan badminton, 
aktiviti merejam dan menerima 
hantaran bulu tangkis. 
Sendi pergelangan tangan 
sebagai fulkrum, otot lengan 
sebagai daya dan reket sebagai 
beban 
Apabila berjengket atas hujung 
kaki. Hujung kaki bertindak 
sebagai fulkrum, otot kaki 
sebagai daya dan berat badan 
sebagai beban 
Mengangkat tangan di bahagian 
siku dan siku bertindak sebagai 
fulkrum, tangan sebagai beban 
dan menghasilkan pengecutan 
otot bicep 
B D 
F 
B D 
F 
D B 
F
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
4.2 Diskripsi pergerakan asas 
132 
Pergerakan asas adalah seperti: 
Fleksi Ekstensi Hiperektensi 
Abduksi 
Aduksi 
Rotasi 
Elevasi Depresi
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
133 
Pronasi 
Supinasi 
Eversi 
Dorsi- fleksi 
Plantar - fleksi 
Sirkumduksi 
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 
5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California. 
Inversi 
Dalam sukan, pergerakan-pergerakan asas seperti yang 
disenaraikan bergabung untuk menghasilkan pergerakan yang 
melibatkan penghasilan daya maksimum. Pergerakan-pergerakan 
seumpama ini melibatkan interaksi segmen jasad 
untuk menghasilkan daya. Untuk menghasilkan daya 
maksimum, strategi pergerakan adalah untuk menggunakan 
seberapa banyak sendi yang relevan kepada pergerakan 
tersebut. Sendi-sendi tersebut digunakan mengikut urutan dari 
penggunaan otot besar kepada otot kecil dan pergerakan ini 
berlaku dalam arah yang sama. 
Dua jenis pergerakan yang melibatkan penghasilan daya 
maksimum ini adalah seperti yang berikut: 
(a) Pergerakan linear 
(b) Pergerakan bersudut
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
134 
4.2.1 Pergerakan linear 
Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan 
sesaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah 
dan kelajuan yang sama. Pergerakan ini terbahagi 
kepada dua iaitu pergerakan rektilinear dan kurvelinear. 
(i) Pergerakan rektilinear 
- pergerakan melibatkan sesaran menegak atau 
mendatar. 
Contoh pergerakan rektilinear 
(ii) Pergerakan kurvelinear 
- pergerakan melibatkan sesaran melengkung. 
Contoh pergerakan kurvelinear 
Pergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang 
melibatkan sesaran mengikut landasan yang lurus. Pergerakan 
kurvelinear pula adalah jenis pergerakan yang melibatkan 
sesaran mengikut landasan yang melengkung.
BUKU SUMBER 
SAINS SUKAN 
135 
4.2.2 Pergerakan rotasi/bersudut 
Pergerakan bersudut adalah pergerakan yang 
melibatkan rotasi bahagian badan yang bersentuhan 
dengan tapak sokongan 
Contoh pergerakan rotasi/bersudut
RUJUKAN 
Abernethy, B., Kippers, V., Mackinnon, L., Neal, R.J. & Hanrahan, S. (1997), The 
Biophysical Foundations of Human Movement, Human Kinetics, Australia. 
Bompa, T.O. (1994), Theory and Methodology of Training: The Key to Athletic 
Performance, 3rd ed., Kendall/Hunt Publishing Co. Iowa. 
Hall, S.J. (2003), Basic Biomechanics, 4th ed., Mc Graw Hill Companies, New York 
Johnson, B. & Nelson, J.K. (1986), Practical Measurements for Evaluation in Physical 
Education, Burgess Pub. Edina. 
Mah Chee Wai (1999), Biologi : Bantuan Studi Lengkap SPM, Sasbadi Sdn. 
Bhd.,Petaling Jaya. 
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (1994), Peraturan Pertandingan Sukan, 
Percetakan Yayasan Islam Terengganu. 
Marieb, N.M. (1997), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 5th ed.,Cummings 
Publishing Company Inc., California. 
Martini, F.C. (2001), Fundamentals of Anatomy & Physiology, 5th ed., Prentice Hall, 
New Jersey. 
McArdle, W.D., Katch, F.I.,& Katch, V.L . (1996), Exercise Physiology: Energy, 
Nutrition and Human Performance, Williams & Wilkins, Pennsylvania. 
Morrow, J.R., Jackson, A.W., Disch, J.G. & Mood, D.P. Measurement and Evaluation in 
Human Performance, 2nd ed., Human Kinetics, Champaign. 
Prentice, W.E. (19980, Fitness and Wellness for Life, 6th ed., Mc.Graw Hill College 
Shaharudin Abd.Aziz (2001), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan, Utusan 
Publications & Distributors Sdn. Bhd. 
Vander, A., Sherman, J. & Luciano, D. (1998), Human Physiology: The Mechanism of 
Body Function, 7th ed.,Mc Graw Hill Companies, New York. 
Wilmore, J.H. & Costill, D.L. (1994), Physiology of Sport and Exercise, Human Kinetics, 
Champaign.
AHLI PANEL BUKU SUMBER GURU 
SAINS SUKAN KBSM 
Penasihat : Dr. Sharifah Maimunah bt. Syed Zin 
Pengarah 
Pusat Perkembangan Kurikulum 
Pengerusi : Dr. Rohani bt. Abd.Hamid 
Timbalan Pengarah 
Pusat Perkembangan Kurikulum 
Penyelaras : En. Lee Chong Nim 
Ketua Penolong Pengarah 
Pusat Perkembangan Kurikulum 
Panel Penulis dan Penyumbang idea : 
En. Zamrus b. A.Rahman Pusat Perkembangan Kurikulum 
Cik Fauziah bt. Hussin Pusat Perkembangan Kurikulum 
Cik Azizah Md. Amin Pusat Perkembangan Kurikulum 
En. Baharin b. Yahaya Pusat Perkembangan Kurikulum 
Dr. Mohd Khairi b. Zawi Universiti Putra Malaysia 
Dr. Shaharudin b. Abd.Aziz Universiti Pendidikan Sultan Idris 
Dr. Ahmad Tajuddin b. Othman Universiti Sains Malaysia 
En. Hisyamudin b. Ahmad Universiti Pendidikan Sultan Idris 
En. Mohd Jasni b. Ladin Universiti Pendidikan Sultan Idris 
En. Jeffrey Low Universiti Pendidikan Sultan Idris 
Y.M Tg. Fadilah Tg. Kamalden Universiti Putra Malaysia 
Cik Nelfianty Abd. Rashid Universiti Pendidikan Sultan Idris 
En. Razali b. Abdullah KUSTEM 
En. Salim b. Awang Ngah Inst. Perguruan Darul Aman, Kedah 
Cik Nur Farah Gan Abdullah Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 
En. Muraleedharan Sek. Sukan Bukit Jalil 
En. Mohd Nasir Deraman Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi 
Cik Kamariah Md. Yassin Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi 
En. Gopal Raman SMK Seri Indah, Serdang 
En. Rosnam b. Ali SMK Lela Segara, Terengganu 
Pembantu Penyunting : 
En. Entheran Subramaniam Sek. Sukan Bukit Jalil 
En. Md. Lani b. Sobi Sek. Sukan Bukit Jalil 
En. Kasbullah Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi 
En. Azmi b. Osman Sek. Tinggi Melaka 
En. Saifuludin b. Abdullah Pusat Perkembangan Kurikulum 
En. Muhd Nizam b. Mohd Yusof Pusat Perkembangan Kurikulum 
En. Mohd Azmin b. Atan Pusat Perkembangan Kurikulum

More Related Content

PDF
Buku sumber ss form4
PDF
Bs ssukan t4_4
PDF
Nota PJM 3112
PPT
Pengenalan sukan
PDF
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
PDF
1 konsep-sains-sukan-tingkatan-4
DOCX
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
PDF
Sp sainsukan
Buku sumber ss form4
Bs ssukan t4_4
Nota PJM 3112
Pengenalan sukan
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
1 konsep-sains-sukan-tingkatan-4
08 (a) isi pelajaran interaksi 1
Sp sainsukan

What's hot (16)

PDF
Pendidikan jasmani
PDF
Olahraga Sekolah Rendah
DOC
Konsep sukan rekreasi
PDF
Hoki sekolah menengah
PDF
Keranjangsr
PDF
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
PDF
Nota sains sukan tahap i
PDF
Sepaktsr
PDF
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
PDF
Sepaktsm
PDF
Olahraga sekolah menengah
PDF
Bola baling sekolah rendah
PDF
Bola baling Sekolah Rendah
PDF
Bolajaringsr
PDF
Articlefile file 002132
PDF
Bola baling sekolah menengah
Pendidikan jasmani
Olahraga Sekolah Rendah
Konsep sukan rekreasi
Hoki sekolah menengah
Keranjangsr
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
Nota sains sukan tahap i
Sepaktsr
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Sepaktsm
Olahraga sekolah menengah
Bola baling sekolah rendah
Bola baling Sekolah Rendah
Bolajaringsr
Articlefile file 002132
Bola baling sekolah menengah
Ad

Viewers also liked (20)

DOCX
2.0 analisis tekan tubi
DOCX
Asg pjm3106
DOC
Analisis pergerakan redo
PDF
Sepak takraw spts
DOCX
Laporan lawatan ilmiah
PPTX
Sistem Kardiovaskular Jantung
DOCX
KERTAS KERJA PROGRAM SAINS SUKAN
PPT
Pengenalan Kepada Tamadun
PDF
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
PDF
966 Suk Pel Sains Sukan STPM (Baharu)
DOC
Laporan penuh postmortem love
DOCX
contoh kertas kerja sains sukan
DOCX
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
DOCX
Jenis jenis sendi dan pergerakan
PPTX
Bab 4 kesihatan diri dan keluarga
PPT
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2
PDF
sains sukan
PPT
Anatomi dan fisiologi
PDF
Laporan Aktiviti
PPTX
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
2.0 analisis tekan tubi
Asg pjm3106
Analisis pergerakan redo
Sepak takraw spts
Laporan lawatan ilmiah
Sistem Kardiovaskular Jantung
KERTAS KERJA PROGRAM SAINS SUKAN
Pengenalan Kepada Tamadun
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
966 Suk Pel Sains Sukan STPM (Baharu)
Laporan penuh postmortem love
contoh kertas kerja sains sukan
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
Jenis jenis sendi dan pergerakan
Bab 4 kesihatan diri dan keluarga
Sistem otot (Anatomi & Fisiologi) STPM Penggal 2
sains sukan
Anatomi dan fisiologi
Laporan Aktiviti
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Ad

Similar to 51 nota t4 (20)

PPTX
Sains sukan
PDF
Olahraga
PDF
1314146710
PDF
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
PDF
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
PDF
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
DOC
Basket Ball
PDF
PDF
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah M...
PDF
Modul hoki
PDF
Bolasepaksm
PDF
Bolasepaksr
PDF
Bolajaringsm
PDF
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...
PDF
Olahraga
PDF
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...
PDF
Modul olahraga 1m1s
PDF
Olahraga sekolah rendah
PDF
Olahraga
PDF
Olahraga
Sains sukan
Olahraga
1314146710
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
Basket Ball
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah M...
Modul hoki
Bolasepaksm
Bolasepaksr
Bolajaringsm
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Tampar) Se...
Olahraga
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...
Modul olahraga 1m1s
Olahraga sekolah rendah
Olahraga
Olahraga

51 nota t4

  • 2. KATA PENGANTAR Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan yang menekankan gerak laku manusia dalam sukan untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan perkembangan teknologi moden dalam sukan serta kehidupan harian manusia. Dalam KBSM, mata pelajaran Sains Sukan ialah mata pelajaran elektif bagi murid Tingkatan 4 dan 5. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya. Bagi melaksanakan kurikulum Sains Sukan secara berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan Buku Sumber Sains Sukan daripada membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada menggunakan buku sumber ini, guru digalakkan mengakses maklumat tambahan daripada sumber-sumber lain. Guru seharusnya mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai pihak telah memberikan sumbangan masa, tenaga dan hasil fikiran untuk menyempurnakan buku sumber ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. (Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 3. KANDUNGAN Muka surat Kata Pengantar Tunjang 1 PENGENALAN SAINS SUKAN Konsep 1 Sejarah Perkembangan 7 Pengurusan Sukan 13 Psikologi Sukan 31 Tunjang 2 ANATOMI DAN FISIOLOGI Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 41 Sistem Rangka 48 Sistem Otot Rangka 61 Sistem Saraf 71 Sistem Tenaga 77 Tunjang 3 PERSEDIAAN FIZIKAL Pengenalan Kecergasan 81 Prinsip Latihan Fizikal 85 Kaedah Latihan Fizikal 86 Pemakanan Sukan 95 Tunjang 4 LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK Asas Kawalan Motor 112 Perkembangan Motor 120 Pembelajaran Kemahiran Motor 125 Asas Biomekanik 130
  • 4. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 1 TUNJANG 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN Unit 1 – Konsep 1.1 Definisi Sains Sukan Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik. 1.2 Kepentingan Sukan Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan, rekreasi, ekonomi dan kerjaya. 1.2.1 Prestasi Sukan Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program latihan yang lebih sistematik. 1.2.2 Kesihatan Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukan dengan betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlit meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh dan mengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlit mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing-masing untuk mengekalkan prestasi. 1.2.3 Rekreasi Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkan dalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa mereka berekreasi. 1.2.4 Ekonomi Sains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan.
  • 5. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2 1.2.5 Kerjaya Perkembangan sukan di tanah air, mewujudkan peluang-peluang kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan sukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah luas. 1.3 Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan. (a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua ) Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. (b) Sukan untuk kecemerlangan Sukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan-persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.
  • 6. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3 1.3.1 Rasional Dasar Sukan Negara Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara. (a) Peringkat Individu x Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan. x Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. x Memanfaatkan masa senggang. x Mengurangkan tekanan hidup . x Interaksi sosial yang bermakna. x Perkembangan kemahiran-kemahiran asas. (b) Peringkat Masyarakat x Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional. x Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. x Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. x Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang. (c) Peringkat Antarabangsa x Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. x Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antara bangsa. x Memupuk persahabatan. 1.3.2 Objektif Dasar Sukan Negara x Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. x Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. x Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.
  • 7. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4 x Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan . 1.3.3 Strategi dan Pelaksanaan Dasar Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan hendaklah dibangunkan serentak. Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakan program-program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: x Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. x Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. Organisasi Sukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untuk menyelaraskan satu program yang bersepadu. Satu jawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukan perhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu dalam menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisma ini untuk menyelaraskan program sukan massa. Mekanisme ini perlu menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang
  • 8. BUKU SUMBER SAINS SUKAN aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di maktab-maktab. Di institusi pengajian tinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan mengalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM berkerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlit untuk pertandingan peringkat antarabangsa. 5 Personel Badan-badan sukan disemua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan boleh diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Sumbangan-sumbangan hendaklah dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti mereka. Yayasan sukan kebangsaan perlu diwujudkan. Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara haruslah diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Selain itu kemasukan atlit ke
  • 9. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 6 pusat pengajian tinggi , adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam displin yang dipohon. Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Organisasi ini juga bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga memainkan peranan melengkapi usaha-usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. Am Kerajaan haruslah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu memperolehinya pada harga yang murah. Secara tidak langsung lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga boleh memainkan peranan dalam usaha ini. Mereka digalakkan menghasilkan peralatan-peralatan sukan . Di peringkat institusi pendidikan, beberapa buah sekolah ditubuhkan khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.
  • 10. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 7 1.4 Etika dan Patriotisme dalam Sukan Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari mereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Oleh itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini boleh dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding. Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang pertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan dipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segala masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional. Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawai sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai nilai-nilai positif. Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika kesukanan. Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK NEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan atlit dan masyarakat. 2. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN 2.1 Sejarah Perkembangan Sains Sukan Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian perkembangan sains sukan adalah bermula dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur sains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagai satu disiplin ilmu. Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. (i) Peringkat Awalan Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18,
  • 11. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 8 semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789. 1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan buku Emile di mana beliau menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan kerana aksi dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal dan memanfaatkan kepada manusia. 1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk rekreasi. 1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile, Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut kelas (golongan bangsawan dan petani) telah dihapuskan. Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepada golongan atasan sahaja. Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan didapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebut gemar berjogging. Perkembangan masyarakat ‘moden’ terutamanya dalam negara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuangan untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England. Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderung kepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktiviti berbentuk ketenteraan.
  • 12. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 9 (ii) Peringkat Pertengahan Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 1970an dan 1980an. Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintis-saintis sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal. (iii) Peringkat Terkini Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995. Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan kepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudian berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir 1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sains yang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorang pakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dan kuang belakang dalam gimnastik dan merumuskan persamaan-persamaan matematik terhadap aksi tersebut. Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintis sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan dan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.
  • 13. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 10 Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa acara sukan khususnya gimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sains sukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkan dalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di negara China juga banyak menjalankan kajian untuk meningkatkan kualiti sukan negara. Penyelidik sukan di negara Korea telah merekacipta kasut memanah yang dapat membantu meningkatkan prestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajian mereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengan sukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit atau kemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik). Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentuk pendekatan gabungan disiplin-disiplin sains yang lain (multidisciplinary approach). Contohnya, kajian meningkatkan prestasi atlit supaya memuncak pada masa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia, psikologi, antropometri dan biomekanik. Perkembangan Sains Sukan di Malaysia Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains sukan ditawarkan. Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini
  • 14. BUKU SUMBER SAINS SUKAN dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkan diploma sains sukan. Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan pelbagai aspek sains sukan. Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001. 11 2.2 Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan agar sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasama dengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan. Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah diwujudkan oleh MSN. Bidang tugas Lembaga ini ialah : (a) Mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan. (b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan.
  • 15. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 12 (c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan. (d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan. Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususan sukan serta praktikal di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam dan berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu: 1. Sains sukan – prinsip-prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia 2. Pengkhususan sukan – kemahiran, teknik dan strategi khusus kepada sukan-sukan tertentu. 3. Praktikal – amalan kejurulatihan Objektif skim ini adalah untuk : (a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi serta pencapaian atlit kebangsaan. (b) Mewujudkan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan. (c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan negara. (d) Menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti pensijilan kejurulatihan di semua peringkat. Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah (a) Sains sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. (b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkenaan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan.
  • 16. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2.3 Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia Institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi-agensi kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis, pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan kecergasan, pengulas sukan, saintis sukan dan sebagainya. 13 3. PENGURUSAN SUKAN 3.1 Pengenalan Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Sukan boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang perlu dibayar. Synder dan Spreitzer(1989), menyatakan sukan bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh badan sukan tersebut. Sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib. Definisi Pengurusan Sukan Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai” Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek sesebuah organisasi
  • 17. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 14 atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan”. Fungsi pengurusan sukan Di antara fungsi pengurusan sukan ialah :- 1. merancang 2. menyediakan bajet 3. mengawal 4. mengarah 5. mengelola 6. menyediakan jadual pertandingan 7. membuat keputusan 8. menilai Terdapat tiga elemen utama yang dapat menentukan kejayaan dalam sesebuah pengurusan sukan iaitu:- a. persediaan profesional b. sikap profesional c. perkembangan profesional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh seseorang pengurus itu maka kemajuan pengurusan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan. 3.2 Sistem Pertandingan Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu : (a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata. (b) Pertandingan melawan individu lain. Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah : x Jenis pertandingan x Masa yang diperlukan x Alatan dan kemudahan yang ada x Agihan perlawanan yang adil
  • 18. BUKU SUMBER SAINS SUKAN x Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan x Kewangan x Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan x Penentuan pemenang dan pemain yang sah Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah: ƒ Pertandingan berbentuk kejohanan ƒ Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan 15 4 kumpulan) ƒ Pertandingan kalah mati ƒ Pertandingan cabar mencabar 3.2.1 Pertandingan berbentuk kejohanan Pertandingan berbentuk ini membolehkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada. Pertandingan ini boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa sesuatu acara yang dipertandingkan. Antara jenis sukan yang sesuai dengan pertandingan bentuk ini seperti olahraga, renang dan gimnastik. 3.2.2 Sistem Liga (Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM) Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan. Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Contoh bilangan perlawanan Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah :
  • 19. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 16 N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang 2 mengambil bahagian Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian N (N-1) = 6 (6-1) 2 2 = 6x5 2 = 30 2 = 15 perlawanan atau ƒ Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, ƒ Potongkan angka tertinggi iaitu 6 ƒ Campurkan kesemua nombor tersebut ƒ Jumlah yang diperolehi ialah 15 ƒ Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15 . Contoh penyusunan pertandingan liga Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1 dikekalkan kedudukannya, manakala angka-angka lain akan beralih mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Contoh: atau 1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4 1 6 5 lwn lwn lwn 2 3 4
  • 20. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 17 Contoh susunan perlawanan 6 pasukan: 1 lawan 2 6 lawan 3 5 lawan 4 1 lawan 6 5 lawan 2 4 lawan 3 1 lawan 5 4 lawan 6 3 lawan 2 Susunan Susunan Susunan perlawanan 1 perlawanan2 perlawanan 3 1 lawan 4 3 lawan 5 2 lawan 6 1 lawan 3 2 lawan 4 6 lawan 5 Susunan Susunan perlawanan 4 perlawanan 5 Contoh menentukan kedudukan Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut dalam jadual 1 : P - Jumlah pertandingan M - Bilangan menang S - Bilangan seri K - Bilangan kalah J - Bilangan jaringan dibuat G - Bilangan gol kena Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri satu mata dan kalah tiada mata. Jadual 1 : Menentukan Kedudukan Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan Pahlawan 3 2 1 0 9 1 5 1 Perkasa 3 2 1 0 5 0 5 2 Perwira 3 1 0 2 2 9 2 3 Panglima 3 0 0 3 0 5 0 4
  • 21. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 18 Contoh Separa liga : (a) Liga 4 Kumpulan Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih) Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :- Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D 1. Johan 1. Naib Johan 1. Ketiga 1. Keempat 2. Undi 2. Undi 2. Undi 2. Undi 3. Undi 3. Undi 3. Undi 3. Undi 4. Undi 4. Undi 4. Undi 4. Undi Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua ( suku akhir ) Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7. ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan
  • 22. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 19 1 2 3 4 5 6 7 8 Suku Akhir Separuh Akhir Akhir Johan (b) Liga 3 kumpulan Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan) Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C 1. Johan 1. Naib Johan 1. Ketiga 2. Undi 2. Undi 2. Undi 3. Undi 3. Undi 3. Undi Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua i. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
  • 23. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 20 ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. iii. Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua ditempatkan dalam Kumpulan Y. iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya. Contoh: Kumpulan X Kumpulan Y Johan B Naib Johan A Naib Johan C Johan A Johan C Naib Johan B Pusingan akhir x Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan. x Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4. (c) Liga 2 kumpulan Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan) Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B. Kumpulan A Kumpulan B 1. Johan 2. Tempat ke-4 3. Undi 4. Undi 1. Naib Johan 2. Tempat ke-3 3. Undi 4. Undi
  • 24. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua 21 Separuh Akhir Akhir Pemenang 1 Kump.A (Kumpulan X) Pemenang 2 Kump.B Pemenang 1 Kump.B (Kumpulan Y) Pemenang 2 Kump.A Johan x Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara kalahmati. Pusingan akhir x Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib johan. x Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. (d) Liga 1 kumpulan Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan. Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan apabila : (i) Bilangan pasukan yang kecil (ii) Masa (iii) Sumber kewangan (iv) Kemudahan dan (v) Bilangan pegawai
  • 25. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 22 3.2.3 Pertandingan kalah mati Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. (a) Kalah mati sekali Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta. (i) Bilangan peserta menunggu/bye Bilangan menunggu/bye dalam sistem per-tandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contohnya: 14 pasukan bertanding x Bilangan penyertaan 14 pasukan x Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16 x Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/’bye’ x Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah.
  • 26. BUKU SUMBER SAINS SUKAN x Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan. 23 (ii) Bilangan perlawanan Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan (iii) Penempatan pilihan atau ‘seeded’ Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut : x Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal x Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di atas sekali x Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan: ) Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas. ) Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah. ) Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan masing-masing. (b) Kalah mati dua kali Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri.
  • 27. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 24 Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan. KIRI KANAN 1 8 1 5 Petunjuk : ------------- Kalah ________ Mati 7 1 1 4 8 3 6 8 Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali . Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang JUARA/ JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN. 1 1 2 3 4 5 6 7 8 2 3 5 7 2 5 2 1 1
  • 28. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 25 3.2.4 Cabar mencabar (a) Pertandingan Sistem tangga Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua peserta lain yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju. Peserta Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu tangga ke bawah. (b) Pertandingan bentuk piramid atau corong. Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
  • 29. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 26 c) Pertandingan bentuk corong 9 10 6 7 8 3.3 Peraturan Am Pertandingan 3.3.1 Kepentingan Peraturan 4 5 3 2 1 11 12 Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal perjalanan perlawanan. Undang-undang dan peraturan diadakan sebagai panduan untuk penglibatan sesuatu program dan kejohanan. Untuk menjayakan sesuatu program atau kejohanan, undang-undang dan peraturan-peraturan perlu diadakan. 3.3.2 Pertimbangan membuat Peraturan ( guru dan murid berbincang tentang tajuk ini ) 3.3.3 Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) (i) Undang-Undang Undang-undang permainanan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
  • 30. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan. 27 (ii) Kelayakan (a) Peserta: x Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM. x Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPMV/STPM tidak layak menyertai semua pertandingan MSSM. x Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/SPMV/STPM layak menyertai pertandingan permainan MSSM dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri. x Pelajar-pelajar yang ditempatkan di Akademi Permainan Kebangsaan dan Sekolah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mewakili negeri asal tempat ia bersekolah di dalam pertandingan MSSM. x Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia dibenarkan bermain dengan negeri lain dengan syarat MSS Negeri berkenaan mendapatkan kebenaran daripada MSS Negeri asal pemain. x Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat kebenaran daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding ke Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadapnya oleh Urusetia MSSM. x Pemain yang BUKAN warganegara Malaysia dibenarkan mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri sahaja. Kejohanan peringkat MSSM HANYA untuk warganegara Malaysia. (b) Sekolah Sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
  • 31. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 28 (c) Negeri Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan melainkan ada sesuatu ketetapan khas. (iii) Had umur peserta Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut: x 18 tahun dan ke bawah x 15 tahun dan ke bawah x 12 tahun dan ke bawah (a) Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 12 tahun dan ke bawah adalah pada 1 Januari tahun pertandingan. (b) Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM. (c) Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama. (d) Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada sesuatu ketetapan khas. (e) Peserta peringkat umur 18 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN 1/9 atau JPN 1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh pengetua sekolah peserta berkenaan. (f) Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah melengkapkan borang pendaftaran pertandingan individu beserta gambar dengan menyertakan salinan sijil beranak yang disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta berkenaan serta Setiausaha Agung MSS Negeri tersebut.
  • 32. BUKU SUMBER SAINS SUKAN (iv) Pendaftaran (a) Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan 29 pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan. (b) Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh seorang Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita. (c) Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di Pertua/Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri dengan cop rasmi. (d) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengerusi teknik permainan negeri masing-masing ke mesyuarat pengerusi teknik permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan kejohanan MSSM. (e) Setiap MSS Negeri dikehendaki menghantar pengadil/hakim bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepertimana bilangan yang ditetapkan. (f) Sekiranya MSS Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan khidmat Pengadil/Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSM hendaklah diperolehi. (g) Semua Pengurus/Pegawai Pasukan MSS Negeri hendaklah hadir di majlis taklimat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola. (v) Pakaian Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi MSS negeri oleh Jawatankuasa Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi. (vi) Bantahan (a) Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak. (b) Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan / sukan berkenaan.
  • 33. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 30 (c) Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan. (vii) Lembaga Tatatertib (a) Lembaga ini terdiri daripada: x Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau wakilnya sebagai pengerusi. x Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya. x Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya. x Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya. x Pengerusi Teknik permainan berkenaan. (b) Lembaga ini bertangunggungjawab untuk: x Mengambil tindakan mengenai disiplin murid, guru dan pegawai-pegawai kejohanan yang berkenaan bagi perkara-perkara seperti berikut : ƒ Memberi amaran ƒ Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu ƒ Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan x Menghantar laporan kepada Urusetia MSSM mengenai peristiwa yang telah berlaku selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dan membuat syor atau cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang lebih berat yang melibatkan disiplin pegawai hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk tindakan selanjutnya. x Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah dilaporkan kepada Persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang berkenaan. UNDANG-UNDANG LEMBAGA TATATERTIB BANTAHAN KELAYAKAN PENDAFTARAN HAD UMUR PESERTA PAKAIAN PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN
  • 34. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 31 Unit 4 - Psikologi Sukan 4.1 Asas Psikologi Sukan 4.1.1 Konsep Psikologi Sukan Definisi: a. Psikologi Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia (Wann, 1997). b. Psikologi Sukan Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif keatas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut (Wann, 1997). Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia dalam sukan 4.1.2 Peranan Psikologis Sukan a. Penyelidik Psikologi Sukan - menyelidik serta menambahkan pengetahuan kita tentang bidang ini. b. Pendidik Psikologi Sukan - mengajar kemahiran psikologi serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. c. Ahli psikologi sukan klinikal - membantu atlit menyelesaikan masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan patologikal. Lazimnya bersifat peribadi. 4.1.3 Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi Kognitif: Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti.
  • 35. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 32 Emosi: Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit. Fizikal (Perlakuan/Psikomotor): Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit. Fizikal Prestasi Kognitif Emosi Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi 4.2 Motivasi 4.2.1 Konsep Motivasi Definisi Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya bersifat neutral. a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu. b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Sumber a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
  • 36. BUKU SUMBER SAINS SUKAN b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), 33 orang tersayang, persekitaran. 4.2.2 Motivasi dan Ganjaran Ganjaran yang diterima boleh meningkat atau menurunkan motivasi individu. a. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti pujian atau senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit tersebut. b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik seperti trofi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti kata-kata semangat atau perangsang yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit berkenaan. 4.2.3 Kemahiran Memotivasikan Diri Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri. a. Penetapan matlamat Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.
  • 37. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 34 Tahap-Tahap Penetapan Matlamat a. Matlamat Jangka Panjang Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. b. Matlamat Jangka Sederhana Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir. c. Matlamat Jangka Pendek Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang. Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat. b. Kata-Kata Rangsangan Diri Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"), (you're the best) serta doa.
  • 38. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 35 4.3 Kebimbangan 4.3.1 Konsep Kebimbangan Definisi Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut. Jenis-Jenis Kebimbangan a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu contohnya, individu yang semulajadi mempunyai ‘darah gemuruh’ yang tinggi. Individu ini akan mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat diri mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka. b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu terhadap rangsangan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap kebimbangan dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan meningkat tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan dan kebangkitannya. 4.3.2 Proses Tafsiran Kebimbangan a. Rangsangan Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.
  • 39. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 36 b. Tafsiran Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif. c. Pelakuan Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi yang serupa di masa hadapan. 4.3.3 Kemahiran Mengawal Kebimbangan Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi. a. Terapi pernafasan Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan meng-hembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika b. Pemusatan (centering) Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center). Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa. Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
  • 40. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 37 c. Relaksasi Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. Memantau otot yang tertekan serta merelakskannya bila perlu. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. d. Visualisasi Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang. Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. 4.4 Atribusi 4.4.1 Konsep Atribusi Definisi Atribusi adalah bagaimana seseorang individu cuba untuk menjelaskan, memahami serta menjangka sesuatu situasi berdasarkan kepada persepsi kognitif. Ia merangkum persepsi dan tafsiran individu tersebut mengenai sesuatu situasi yang telah berlaku. Atribusi akan mempengaruhi sikap, perlakuan, keyakinan serta motivasi individu tersebut. Berdasarkan kepada penyataan tentang keterangan di atas bahawa di akhir atau di penghujung sesuatu proses pencapaian, seseorang individu akan mencari penyebab kepada pencapaian mereka sama ada mereka berjaya atau gagal. 4.4.2 Dimensi Penyebab Atribusi Berdasarkan pendekatan ini, sesuatu yang berlaku adalah disebabkan oleh tiga dimensi iaitu: a. Lokus Penyebab (locus of causality) Sesuatu yang berlaku ditafsirkan sebagai berpunca dari faktor dalaman atau luaran individu tersebut. Contohnya apabila seorang gimnas gagal dalam acaranya, beliau akan melihat sama ada kegagalan tersebut berpunca dari
  • 41. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 38 kekurangan kemahiran beliau (dalaman) atau pun kerana alatan yang kurang sempurna (luaran). b. Kestabilan (stability) Merujuk kepada kestabilan faktor penyebab dalam tempoh masa tertentu. Sekiranya gimnas tadi dapat meningkatkan kemahirannya (tidak stabil), berkemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya dalam acara tersebut. Sekiranya gimnas tadi mengatributkan kejayaan beliau kepada ketinggian (stabil), kemungkinan besar gimnas tadi akan berjaya. c. Kebolehkawalan (controllability) Kebolehkawalan merujuk sama ada faktor penyebab berada di dalam atau di luar kawalan individu tersebut. Dalam kes gimnas di atas, kekurangan kemahiran merupakan elemen di dalam kawalan sementara alatan tadi merupakan elemen di luar kawalan beliau. Atribusi yang terbentuk, diproses mengikut dimensi penyebab. Dimensi ini akan mempengaruhi perlakuan masa depan melalui pengaruhnya ke atas reaksi afektif dan jangkaan masa depan yang terbentuk. 4.4.3 Kesan Atribusi a. Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran boleh mengurangkan kesungguhan ataupun daya saing seseorang individu. b. Individu yang mempunyai tahap motivasi pencapaian yang tinggi lazimnya mempunyai atribusi dalaman yang tinggi. c. Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta keupayaan diri atlit dengan membuat atribusi yang sesuai apabila berjaya atau gagal dalam sesuatu tugasan: kejayaan dikaitkan dengan penyebab yang stabil dan dalaman, sementara kegagalan dikaitkan dengan penyebab yang tidak stabil dan dalaman (hingga ke satu tahap sahaja).
  • 42. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 39 4.5. Keagresifan 4.5.1 Konsep Keagresifan Definisi Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut (Silva, 1981). 4.5.2 Klasifikasi Keagresifan Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang berbeza: a. Keagresifan Kasar atau Ketara (hostile) Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk melihat individu tersebut menderita kesakitan. Faktor penggalak kepada tindakan ini adalah melihat kecederaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini lazimnya didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku. Contohnya, seorang pemain bola keranjang dengan sengaja menjatuhkan lawannya. b. Keagresifan Instrumental Bertujuan mencederakan individu yang lain dengan niat untuk mendapatkan ganjaran tertentu. Kecederaan berlaku kerana ianya perlu bagi mencapai matlamat tersebut. Contohnya seorang peninju yang terpaksa menjatuhkan lawannya untuk memenangi sesuatu perlawanan. c. Keagresifan Asertif Bertujuan bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya fizikal serta perkataan dalam permainan atau perlawanan adalah mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Individu ini tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain. 4.5.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan Faktor utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu : a. Psiko-Fisiologikal Berkait rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya individu tersebut merasakan (tafsiran) bahawa beliau
  • 43. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 40 diancam (lawan bermain kasar) secara fizikal atau lisan, individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah diputuskan (tindak balas/mempertahankan diri). Tindakan ini melibatkan kebangkitan (peningkatan kadar nadi, tumpuan menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan) b. Faktor Semasa i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin tinggi kemungkinan untuk bertindak agresif. ii. Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan jaringan atau mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan. iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton (pihak lawan dan penyokong sendiri) boleh menjadi pemangkin kepada keagresifan dikalangan pemain. iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, keagresifan lazimnya berlaku di pertengahan permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti perbezaan mata atau tempoh masa (minit-minit terakhir) juga menjadi penentu kepada tindakan agresif.
  • 44. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 41 TUNJANG 2 : ANATOMI DAN FISIOLOGI Unit 1 – Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 1.1 Sains Anatomi dan Fisiologi a. Anatomi Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong. b. Fisiologi Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh. 1.2 Organisasi Struktur Manusia Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan. Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu, aras organisme (Rajah 2.1).
  • 45. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 2.1 Aras Organisasi Struktural Manusia ARAS ORGAN Organ Jantung Sumber: Martini , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th.ed., Prentice Hall 42 1.2.1 Sistem-sistem Tubuh Jadual 2.1 Sistem tubuh badan Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 1. Integumentari (kulit) Kulit 1. Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada kecederaan. 2. Bersifat kalis air, membantu mencegah kehilangan air dalam badan. 3. Peka kepada rangsangan sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan. 4. Menyingkirkan bahan kimia semasa perpeluhan seperti air, asid urik dan garam mineral berlebihan. ARAS TISU ARAS SISTEM ARAS MOLEKUL ARAS SEL Sel Otot Jantung Filamen Protein Tisu Otot Jantung Sistem Kardiovaskular
  • 46. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 43 Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 2. Rangka Tulang x Kartilej x Ligamen x Sendi 1. Menyokong berat badan. 2. Melindungi organ-organ lembut di dalam tubuh seperti otak, saraf tunjang (spina korda), jantung dan paru-paru. 3. Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan. 4. Menyediakan tempat untuk pelekatan otot-otot rangka. 5. Tuas untuk pergerakan badan. 6. Menghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah putih dan platelet di dalam sum-sum merah tulang. 3. Otot Otot x Tendon 1. Mengekalkan postur tubuh. 2. Menghasilkan pergerakan 3. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot. 4. Menstabilkan sendi. 5. Mengartikulasi antara otot dengan tulang. 4. Saraf Otak Saraf tunjang Saraf periferi x Organ reseptor 1. Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. 2. Menyimpan maklumat yang diterima. 3. Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh. Saraf
  • 47. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 44 Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 5. Endokrina Kelenjar seperti pituitari, tiriod dan adrenal Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah. 6. Kardiovaskular Jantung Salur darah 1. Jantung mengepam darah ke seluruh badan. 2. Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon dan bahan buangan . 7. Limfatik Nodus limfa Salur limfatik Timus Organ limfoid Tonsil 1. Sebagai sistem imunisasi tubuh kerana mempunyai sel darah putih (leukosit). 2. Menghasilkan limfosit 3. Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati. 4. Mengangkut hasil pencernaan untuk diserap ke dalam lakteal.
  • 48. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 45 Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 8. Respiratori Hidung Farinks Trakea Bronkus Paru-paru 1. Membekalkan oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan karbon dioksida. 2. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-paru. 3. Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis). 9. Pencernaan Mulut Esofagus Perut Pankreas Hepar Ileum Usus besar Rektum 1. Memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel. 2. Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis. 10. Urinari Ginjal Ureter Pundi kencing Uretra 1. Menyingkirkan bahan kumuh daripada darah. 2. Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia. 3. Mengimbangkan paras asid dan alkali dalam darah.
  • 49. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 46 Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem 11. Reproduktif (a) Lelaki x Penis x Testes x Vesikel semen x Kelenjar prostat x Uretra (b) Perempuan x Ovari x Tiub faliopio x Uterus x Vagina 1. Menghasilkan zuriat. 2. Menghasilkan hormon seks. Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California. 1.2.2 Hubungkait Sistem Tubuh Setiap sistem mestilah berfungsi dengan berkesan dan bertindak secara harmoni dengan sistem lain untuk kemandirian organisma. Hubungkait sistem-sistem tubuh dapat dilihat pada contoh yang berikut :
  • 50. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 2. Sistem otot x Membekal kalsium untuk penguncupan otot x Tulang-tulang bertindak sebagai tuas untuk menghasilkan pergerakan tubuh x Menstabilkan kedudukan tulang x Ketegangan pada tendon merangsang tumbesaran tulang 3. Sistem saraf x Membekal kalsium untuk fungsi saraf x Melindungi otak, saraf tunjang x Reseptor pada sendi memberi maklumat x Mengawal kedudukan tulang dengan 47 Rajah 2.2 Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain SISTEM RANGKA Untuk semua sistem x Memberi sokongan mekanikal x Stor tenaga x Stor kalsium dan fosfat 1. Sistem integumentari x Sintesis vitamin D penting untuk penyerapan normal kalsium dan fosforus (diperlukan untuk tumbesaran tulang) tentang kedudukan tubuh mengawal penguncupan otot 4. Sistem kardiovaskular x Menyediakan kalsium untuk penguncupan otot kardiak x Sel-sel darah dihasilkan dalam sum-sum merah tulang x Membekal oksigen dan mengkumuh karbon dioksida 5. Sistem Respiratori x Pergerakan tulang rusuk penting untuk pernafasan x Rangka mengelilingi dan melindungi paru-paru x Membekal oksigen dan mengkumuh karbon dioksida 6. Sistem Endokrina x Melindungi organ-organ endokrina khususnya dalam otak, dada dan kaviti pelvik x Tumbesaran tulang dikawalatur oleh hormon tumbesaran, tiroid dan seks x Mobilasi kalsium dikawalatur oleh hormon-hormon parathormon dan kalsitonin 7. Sistem Pencernaan x Tulang rusuk melindungi sebahagian daripada hepar dan usus x Membekal nutrien, kalsium dan fosfat 8. Sistem Uninari x Melindungi ginjal dan ureter x Pelvis melindungi pundi kencing dan uretra proksimal x Memulihara kalsium dan fosfat untuk tumbesaran tulang x Mengkumuh bahan sisa Sumber : Martini , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th.ed., Prentice Hall
  • 51. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 2 – Sistem Rangka 48 2.1 Komponen Sistem Rangka Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum. Rajah 2.3 Rangka manusia, pandangan hadapan(anterior) Tengkorak Skapula Sternum Tulang rusuk Ulna Radius Karpals Femur Kranium Klavikel Patella Kolum Vertebra Metakarpal Hyoid Tibia Sumber: Marti ni , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th ed., Pr entice Hall Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi.
  • 52. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses) sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses). Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. 49 2.2 Fungsi Sistem Rangka Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: (i) Sokongan Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka. (ii) Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh : Tengkorak melindungi otak (iii) Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh : Sendi siku – ulna dan humerus (iv) Pembentukan sel-sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.
  • 53. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 50 (v) Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan. Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot. 2.3 Klasifikasi Tulang Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. 2.3.1 Tulang panjang Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang mampat. Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki. 2.3.2 Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini berongga. Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).
  • 54. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 51 2.3.3 Tulang leper/pipih Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum. 2.3.4 Tulang tak sama bentuk Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus). 2.4 Struktur Tulang Panjang Tulang panjang terdiri dari diafisis dan dua epifisis. 2.4.1 Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga. Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang secara memanjang. Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja. 2.4.2 Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai periosteum. Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang. 2.4.3 Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel. Melainkan di antara kaviti sendi, lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum. Periosteum: (i) mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya. (ii) menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf. (iii) terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan tulang.
  • 55. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 52 Rajah 2.4 Struktur Tulang Panjang Epifisis proksimal Garisan epifiseal Tulang berongga Tulang mampat Foramen nutrien Salur nutrien Periosteum Sumber: Martini, F.H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 5th ed. Prentice Hall 2.5 Perkembangan Tulang 2.5.1 Pembentukan Tulang (i) Sel-sel tulang Epifisis Metafisis Diafisis Metafisis Epifisis Tulang terdiri dari sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiber-fiber yang memerangkap mineral. Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit. Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang melarutkan tulang. Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda sementara osteoklas pula lebih aktif pada mereka yang berumur. (ii) Osifikasi tulang Tulang dibina dari kartilej dan tulang. Pada embrio, kebanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari kartilej
  • 56. BUKU SUMBER SAINS SUKAN hailin. Kartilej hailin ini kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak. Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama, osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral. Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar. Pada peringkat yang berikutnya, model kartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari. Kebanyakan dari model kartilej hailin telahpun digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal. 53 2.5.2 Tumbesaran tulang Arah tumbesaran Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Plat epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanak-kanak. Semasa tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis. Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifiseal. Keadaan ini menyebabkan plat epifiseal menjadi nipis. Apabila tumbesaran secara memanjang terhenti pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun selepas itu. Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah. Pertambahan ini adalah kesan dari pertambahan beban ke atas tulang.
  • 57. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 54 2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon. Keperluan untuk tumbesaran tulang secara normal Garam mineral (i) Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang. (ii) Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra natal lagi. Vitamin (i) Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. (ii) Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. (iii) Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak. Hormon (i) Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks diperlukan untuk tumbesaran tulang.
  • 58. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 55 2.6 Jenis-Jenis Sendi Synarthroses Amphiarthroses Diarthroses Sendi Sendi Sendi ‘fibrous’ ‘cartilagenous’ ‘sinovial’ 2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi Fungsi Contoh Sendi Contoh Pergerakan 1. Tidak bergerak (synarthroses) Sutur antara tulang-tulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Tiada pergerakan 2. Gerakan terhad (amphiarthroses) Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikulasi antara turus vertebra( di cakera intervetebra) Pergerakan yang terhad 3. Gerakan bebas (diarthroses) Sendi lesung x Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel x Sendi siku dan lutut Sendi kondil x Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki x Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi x Sendi antara ulna dan radius x Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur x Sendi antara tulang tarsal x antara tulang karpal ƒ Rotasi ƒ sirkumduksi ƒ fleksi ƒ ekstensi ƒ hiperekstensi ƒ abduksi ƒ adduksi ƒ semua pergerakan bersudut:- fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi ƒ pronasi dan supinasi ƒ rotasi ƒ Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau Sendi Berdasarkan Fungsi ( pergerakan) Berdasarkan Struktur
  • 59. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 56 Fungsi Contoh Sendi Contoh Pergerakan x sendi antara klavikel dan sternum x antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana x Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh ƒ fleksi ƒ ekstensi ƒ abduksi ƒ adduksi ƒ sirkumduksi Rajah 2.5 Jenis sendi sinovial Sendi lesung Sendi Pelana Sendi kondil (Condyloid Joint) Sendi Paksi (Pivot Joint) Sendi Engsel (Hinge Joint) Sendi Gelungsur Sendi Engsel (hinge joint) Sendi gelumgsur Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, Californi a
  • 60. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 57 2.6.2 Sendi Berdasarkan Struktur Struktur Contoh Sendi ‘Bony fusion” Penukaran bentuk tulang artikul ke tulang keras. Sebahagian daripada tengkorak, garisan epifiseal Sendi ‘ fibrous’ Tulang artikulasi berada dalam kedudukan rapat. Terikat oleh lapisan nipis tisu-tisu penghubung berfiber. Terikat oleh ligamen. Sutur antara tulang-tulang tengkorak Antara gigi dengan maksila dan mandible Antara tibia dengan fibula Sendi ‘cartilaginous’ Hujung tulang dihubung dengan kartilej. Cakera fibrokartilej sebagai penghubung Simfisis pubis lengkungan pelvis Antara tulang vetebra Sendi ‘sinovial’ Kaviti sendi mengandungi cecair sinovial yang membantu melincirkan pergerakan sendi. Sendi lesung x Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel x Sendi siku dan lutut Sendi kondil x Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki x Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi x Sendi antara ulna dan radius x Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur x Sendi antara tulang tarsal x antara tulang karpal x sendi antara klavikel dan sternum x antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana x Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan
  • 61. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 58 Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan 1. Tidak bergerak (synarthroses) Sendi ‘ fibrous’ Sendi ‘cartilaginous’ Sutur antara tulang-tulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Tiada pergerakan 2. Gerakan terhad (amphiarthroses) Sendi ‘ fibrous’ Sendi ‘cartilaginous’ Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikulasi antara tulang vertebra( di cakera intervertebra Pergerakan yang terhad 3. Gerakan bebas (diarthroses) Sendi ‘sinovial’ Sendi lesung x Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel x Sendi siku dan lutut Sendi kondil x Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki x Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi x Sendi antara ulna dan radius x Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur x Sendi antara tulang tarsal x antara tulang karpal x sendi antara klavikel dan sternum x antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana x Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan ƒ Rotasi ƒ sirkumduksi ƒ fleksi ƒ ekstensi ƒ hiperekstensi ƒ abduksi ƒ adduksi ƒ semua pergerakan bersudut:- fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi ƒ pronasi dan supinasi ƒ rotasi Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh ƒ fleksi ƒ ekstensi ƒ abduksi ƒ adduksi ƒ sirkumduksi
  • 62. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 59 2.6.3 Jenis-jenis pergerakan Jenis Penerangan Contoh 1. Gerakan linear (Gelungsur) Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan Pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh 2. Gerakan Bersudut Pergerakan bersudut antara batang tulang dengan permukaan artikular ƒ fleksi ƒ ekstensi ƒ hiperekstensi ƒ abduksi ƒ adduksi Pergerakan pada sendi sinovial di mana hujung distal tulang membuat bulatan tanpa memutarkan batang tulang ƒ sirkumduksi x Pergerakan pada sendi bahu x Pergerakan pada sendi siku x Pergerakan pada sendi pinggul 3. Putaran Batang tulang berpusing secara menegak pada paksi longitudinal ƒ rotasi ƒ supinasi ƒ pronasi Sendi antara dua vertebra servikal yang pertama yang membenarkan kepala berpusing 4. Pergerakan khusus ƒ inversi ƒ eversi ƒ dorsifleksi ƒ plantar fleksi ƒ elevasi ƒ depresi ƒ pronasi ƒ supinasi Rujuk muka surat 132 dan 133 Peringatan : Sila rujuk rajah jenis pergerakan di muka surat 132 dan 133.
  • 63. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 60 Rajah 2.6 Model ringkas pergerakan artikular (a) Kedudukan awal pensel bersudut tepat dengan permukaan (b) Pergerakan mengelungsur (d) Sirkumduksi Mata pensel tidak bergerak. Batang pensel yang di pegang daripada 900 membentuk satu bulatan. Sumber: Martini, F .H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 5d ed. Prentice H all Pensel kekal tegak tetapi mata pensel bergerak keluar dari titik asal (c) Pergerakan bersudut Mata pensel tidak bergerak tetapi kedudukan batang pensil berubah secara relatif kepada permukaan (e) Putaran Batang pensil berpusing secara menegak pada satu titik
  • 64. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 61 Unit 3 – Sistem Otot Rangka 3.1 Pengenalan 3.1.1 Komponen sistem otot rangka: (i) Fiber otot x Fiber otot adalah sel-sel otot x Diameternya boleh mencapai sehingga 100mm dan panjangnya 30-40cm x Setiap fiber berjalur dan mengandungi banyak nukleus (ii) Tisu penghubung x Endomisium Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium x Perimisium Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel x Epimisium Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium x Tendon Pada penghujung otot epimisium bersatu untuk membentuk tendon yang melekatkan otot secara tidak langsung kepada tulang. Kartilej atau tisu-tisu penghubung yang lain. (iii) Tendon x Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang x Tendon tidak begitu kenyal x Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi
  • 65. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 62 3.1.2 Fungsi Otot (i) Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis. (ii) Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. (iii) Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabil-kan sendi-sendi rangka. (iv) Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.
  • 66. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 63 3.2 Jenis-Jenis Otot Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya. Jadual 2.2 Membanding otot rangka dengan otot-otot lain Ciri Otot rangka Otot kardiak Otot licin Lokasi Lekat pada tulang atau kulit (beberapa otot muka) Dinding jantung Dinding organ viseral seperti dinding perut Struktur Berbentuk satu selinder yang panjang, setiap sel mempunyai banyak nukleus dan berjalur Sel-sel yang bercabang-cabang, unisel dan berjalur Unisel, fusiform, tidak berjalur Regulasi penguncupan Terkawal melalui kawalan sistem saraf kecuali pergerakan Luar kawalan, jantung ada perentak, sistem saraf kawal, hormon-hormon Luar kawalan, sistem saraf mengawal, hormon, kimia dan regangan Kelajuan Penguncupan Perlahan ke cepat Perlahan Sangat perlahan Penguncupan Beritma Tiada Ada Terdapat pada sebahagian otot-otot tersebut Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of H uman Anatomy and Physi ology, 5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., C alifornia.
  • 67. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 64 3.3 Ciri-ciri otot rangka 3.3.1 Kebolehujaan (irritability/excitability) x Kemampuan otot bergerak balas pada rangsangan dengan mudah dan cepat. 3.3.2 Kebolehkuncupan (contractibility) x Kemampuan otot untuk memendek apabila menerima rangsangan. 3.3.3 Kebolehpanjangan (extensibility) x Kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang asal. 3.3.4 Kebolehanjalan (elasticity) x Kemampuan otot untuk kembali semula kepada panjang asal selepas memendek atau memanjang.
  • 68. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Otot manusia pandangan hadapan(anterior) Otot manusia pandangan belakang(posterior) Extensor digitorum Hamstring group 65 3.4 Otot-otot rangka yang utama 3.4.1 Otot rangka Rajah 2.7 Otot Rangka frontalis Orbicularis oculi Orbicularis oris Pectoralis major 3.5 Pelekatan otot External Oblique Adductor Longus Rectus femoris Gluteus maximus Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of H uman Anatomy and Physi ology, 5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California. 3.5 Lekatan otot Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. x Pelekatan proksimal Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak. Temporalis zygomaticus Masseter Sternocleidomastoid Deltoid External Intercostals Biceps brachii Flexor carpi radialis sartorius Vastus muscles Peroneus longus Tibialis anterior Rectus abdominis Rectus femoris Vastus muscle Quadriceps Group Latissimus dorsi Gluteus medius Adductors Semitendinosus Biceps femoris Semimembranosus Trapezius Deltoid Tricep brachii Extensor carpi radialis Flexor carpi radialis Ex tensor carpi Gastrocnemius
  • 69. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 66 x Pelekatan distal Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Apabila sesuatu otot menguncup tulang yang terdapat pelekatan distal otot ini akan bergerak ke arah tulang yang mempunyai pelekatan proksimal. Jadual 2.3 Nama otot utama, lokasi dan pelekatan otot Nama Otot Lokasi Otot Lekatan Proksimal Lekatan Distal 1. Leher x Sternocleidomastoid x Leher x Sternum, klavikel x Mastoid di tulang temporal 2. Belakang tubuh x Trapezius x Latissimus dorsi x Belakang leher dan bahagian atas belakang badan x Bahagian bawah belakang badan x Tulang osipital, serviks dan semua toraks x Bahagian bawah vertebra, iliak x Klavikel, skapula x Hujung proksimal 3. Bahu x deltoid x Bahagian atas bahu x Klavikel, skapula x Bahagian tengah humerus 4. Lengan x Bisep brakii x Trisep brakii x Anterior lengan atas x Posterior humerus x Skapula x Skapula dan proksimal humerus x Proksimal radius x Olekranon proses di ulna 5. Depan tubuh x Pektoralis major x Rektus abdominis x Ekstemal oblik x Ekstemal interkostal x Bahagian atas dada x Bahagian tengah abdomen x Dinding, lateral abdomen x Superfisial antara tulang rusuk x Klavikel, sternum, tulang rusuk x Pubis x Tulang rusuk ke 8 x Bahagian bawah tulang rusuk x Proksimal humerus x Sternum dan tulang rusuk ke- 5 hingga ke-7 x Iliak x Bahagian atas tulang rusuk
  • 70. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 67 Nama Otot Lokasi Otot Lekatan Proksimal Lekatan Distal 6. Pinggul x Gluteal maksimus x Punggung x Sakrum, ilium x Proksimal femur 7. Paha x Sartorius x Kuadriseps ƒ Rektus femoris ƒ Vastus lateralis ƒ Vastus medialis ƒ Vastus intermedius x Hamstring ƒ Bisep femoris ƒ Semitendinosus ƒ Semimem-branosus x Anterior paha x Superfisial, anterior paha x Lateral paha x Medial paha x Intermedial paha x Posterior paha x Posterior paha x Posterior paha x Spina ilium x Bahagian atas pelvik x Bahagian atas femur x Medial femur x Anterior dan lateral femur x Bahagian atas femur x Bahagian atas femur x Bahagian atas femur x Lateral dan medial femur x Proksimal tibia x Patella x Patella x Patella x Patella x Lateral fibula x Medial tibia x Medial tibia x Posterior kalkanus 8. Kaki x Gastroknemius x Soleus x Betis x Distal femur dan fibula x Kalkanus
  • 71. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 68 3.6 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka 3.6.1 Saling tindakan otot-otot (i) Agonis x Otot-otot penggerak utama (prime movers) x Otot-otot utama menguncup untuk meng-hasilkan pergerakan khusus x Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus (ii) Antagonis x Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot pengerak utama x Tindakan berlaku secara serentak dengan otot agonis Keterangan gambarajah: x Gerakan fleksi lengan x Otot biseps brakii akan menguncup –agonis x Otot triseps brakii akan mengendur - antagonis Biseps brakii Brakialis (iii) Sinergis x Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama x Sinergis menambah daya pada pelekatan otot x Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat Keterangan gambarajah: x Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku. Fleksi Triseps brakii Brakioradialis Biseps brakii (agonis) Brakialis (agonis) Triseps brakii (antagonis) Brakioradialis (sinergis)
  • 72. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 69 3.7 Penguncupan otot rangka 3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. (i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik. (ii) Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. (iii) Penguncupan Isokinetik Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan. 3.7.2 Contoh-contoh pergerakan yang melibatkan setiap jenis penguncupan otot rangka Penguncupan isometrik Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik.
  • 73. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 70 Penguncupan Isotonik Contoh : Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot. Penguncupan Isokinetik Contoh : Pengunaan mesin “multi-gym’. 3.7.3 Halaju Penguncupan Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber otot adalah berbeza dari otot ke otot. Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain). Fiber-fiber sentak lambat banyak didapati pada otot-otot postur. Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat bertahan lama. Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik. Jenis fiber Deskripsi Sentak cepat ƒ Keupayaan anaerobik yang tinggi ƒ Digunakan dalam acara pecutan/eksplosif (acara berintensiti tinggi, berjangka masa pendek) Sentak lambat ƒ Keupayaan aerobik yang tinggi ƒ Digunakan dalam acara-acara bersifat daya tahan (jangka masa yang lama)
  • 74. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 71 Unit 4 – Sistem Saraf Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi sistem badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sistem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat. 4.1 Klasifikasi sistem saraf Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan struktur dan fungsinya. Bagi klasifikasi struktural sistem saraf terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia. Klasifikasi fungsional pula hanya melibatkan sistem saraf periferi. Klasifikasi ini membahagikan sistem saraf periferi kepada sistem sensori atau aferen dan sistem motor atau eferen. Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik Sistem saraf Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi otak Saraf tunjang Sistem sensori ( Sistem aferen ) Sistem motor ( Sistem eferen ) Sistem saraf somatik Sistem saraf autonomik
  • 75. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 72 4.1.1 Sistem saraf pusat Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem saraf. 4.1.2 Sistem saraf periferi Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang. Saraf-saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke sistem saraf pusat sementara saraf motor (eferen) membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot-otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan. Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka. Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan. Rajah 2.8 Arka Refleks Sinaps Afektor Neuron eferon Reseptor Neuron aferen Sumber: Hall, S.H.(2003), Basic Bi omechanics, 4th ed. , McGraw Hill
  • 76. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 73 4.2 Fungsi sistem saraf 4.2.1 Mengintergrasikan rangsangan yang diterima. 4.2.2 Menterjemah rangsangan. 4.2.3 Mencetuskan pergerakan motor. 4.2.4 Menyimpan maklumat. 4.2.5 Menjana pemikiran dan idea. 4.3 Struktur Neuron Neuron atau sel-sel saraf menghantar impuls-impuls saraf dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain tubuh melalui unjuran protoplasma yang panjang. Walaupun neuron-neuron terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, kesemua neuron mempunyai badan sel, akson dan dendrit. Rajah 2.9 Struktur Neuron Nukleus pada badan sel Akson diliputi selaput Mielin dan neurilemma Selaput mielin Neurilemma (selaput schwan) Sel schwan Nodus Ranvier Terminal akson Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of Human Anatomy and Physiolog y, Califor nia
  • 77. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 74 (i) Dendrit Ia adalah fiber-fiber halus bercabang-cabang yang mengunjur dari badan sel. Ia berfungsi membawa impuls-impuls saraf ke badan sel. (ii) Akson Ia adalah satu fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari badan sel. Akson disaluti dengan bahan putih dan berlemak yang dikenali sebagai mielin. Mielin melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan kadar transmisi impuls saraf. (iii) Badan sel Ia mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik sel. 4.4 Sinaps dan transmisi impuls 4.4.1 Sinaps ialah tempat pertemuan khusus antara neuron transmisi dan neuron penerimaan. Sinaps berperanan dalam mengaturkan fungsi tisu dengan menyediakan laluan-laluan tertentu bagi pemindahan pelbagai maklumat saraf.
  • 78. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 75 4.4.2 Proses transmisi impuls dari neuron ke neuron. Rajah 2.10 Transmisi impuls dari neuron ke neuron 1 Penghantaran Implus sinaps Tombol sinaptik Vesikel Klef sinaptik Akson Transmisi Neuron y ang menerima Neuron Transmisi Klef sinaptik Saluran Ion Molekul Neurotransmitter Neuron yang menerima Vesikel bercantum dengan membran plasma 2 3 Neurotransmitter dibebaskan ke klef Neurotransmitter terikat pada reseptor 4 Neurotransmitter Reseptor 5 Saluran Ion terbuka Neurotransmitter dipecahkan dan dibebaskan 6 Saluran Ion menutup Sumber : Marieb, N.M. (1997), Essentials of Human Anatomy and Physiol ogy, 5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., C alifornia. Rangsangan yang diterima oleh organ-organ deria ditafsirkan dalam bentuk impuls. Impuls dihantar ke tombol sinaptik pada hujung akson. Impuls ini dihantar menyeberangi klef sinaptik dengan bantuan neurotransmitter yang disimpan dalam vesikel. Molekul-molekul neurotransmitter yang terikat pada reseptor dibebaskan ke klef sinaptik dan kemudian ke salur ion. Semasa salur ion tertutup, neurotransmiter tersebut dipecahkan dan dibebaskan.
  • 79. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 76 4.5 Persimpangan saraf otot Persimpangan saraf otot ialah tapak neuron motor bertemu fiber otot. Transmisi rangsangan dalam bentuk impuls dari neuron ke fiber otot adalah sama seperti transmisi impuls dari neuron ke neuron kecuali tiada mekanisme perencatan pada persimpangan saraf otot. Asetilkolina (ACh) ialah sejenis neuron transmitter. Rembesan ACh membolehkan transmisi impuls menyeberangi klef sinaptik. Apabila impuls sampai ke fiber otot, asetilkolinesterase dirembeskan untuk bertindak balas dengan asetilkolina. Keadaan ini menghalang pengujaan fiber otot pada impuls berikutnya bagi tempoh masa tersebut. Rajah 2.11 Transmisi impuls dari neuron motor ke otot rangka Dendrit Otot rangka Sumber diubah s uai daripada: Sumber: Martini, F.H. (2001), F undamentals of Anatomy and Physi ology, 5d ed. Prentice Hall Akson Akson terminal Persimpangan saraf otot
  • 80. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 77 Unit 8 – Sistem Tenaga 8.1 Pengenalan sistem tenaga Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk menampung kehidupan. Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot. A = Adenosina P P Pi ATP o ADP + Pi + Tenaga (Adenosina trifosfat o adenosina difosfat + fosfat bukan organik + tenaga ) Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber tenaga semerta yang boleh diguna oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja. A + P = P P A + P = P = = Pi ATP 8.2 Pembentukan Adenosina Trifosfat ADP + P(i) Adenosina trifosfat (ATP) boleh dihasilkan melalui : (a) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) (b) Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik/sistem asid laktik) (c) Sistem aerobik (sistem oksigen) ATP tenaga
  • 81. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 78 (i) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) ƒ Juga dikenali sebagai sistem fosfagen. ƒ Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat. ƒ Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin. ƒ Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi). ƒ Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP. P C Tenaga Tenaga + ADP + Pi o ATP (ii) Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis) ƒ Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar. ƒ Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. ƒ Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak.
  • 82. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 79 Rajah 2.12 Sistem anaerobik laktik Glukosa Glikogen ATP Glukosa – 6- fosfat Enzim glikolitik ATP Asid Piruvik Asid Laktik Sumber: Bowers, R.W. & F ox, E.L. (1992), Sports Physiology, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub. ƒ ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATP-PC). ƒ ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit. (iii) Sistem aerobik (oksigen) ƒ Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga ƒ Penghasilan ATP melibatkan 3 proses: i. Glikolisis ii. Kitaran Krebs iii. Sistem pengangkutan elektron ƒ Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana.
  • 83. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 80 Rajah 2.13 Sistem aerobik Glikogen Glukosa Asid Piruv ik H2O Sumber: Bowers, R.W. & Fox, E.L. (1992), Sports Physiolog y, 3rd ed.,Wm.C.Brown.Pub. Jadual 2.4 Ciri-ciri tiga sistem penghasilan ATP Sistem Sumber makanan/kimia Keperluan oksigen Kelajuan Penghasilan ATP Jangka masa ANAEROBIK Alaktik (ATP-PC) Laktik Fosfokreatin Glukosa/glikogen Tidak perlu Tidak perlu Sangat pantas Pantas Sedikit dan terhad Sedikit dan terhad 10 saat 1-3 minit AEROBIK Glukosa/glikogen, Lemak, protein Perlu Perlahan Banyak dan tidak terhad Lebih 3 minit GLIKOLISIS AEROBIK Protein Lemak CO2 CO2 KITARAN KREBS CO2 ADP +Pi ATP H+ + e- H+ + e- H+ + e- ADP + Pi ATP ADP + Pi ATP SISTEM PENGANGKUTAN ELEKTRON ADP + Pi ATP
  • 84. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 81 TUNJANG 3: PERSEDIAAN FIZIKAL Unit 1 – Pengenalan Kecergasan 1.1 Konsep kecergasan keseluruhan atau kesejahteraan. Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. 1.1.1 Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. 1.1.2 Kecergasan Mental Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. 1.1.3 Kecergasan Sosial Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. 1.1.4 Kecergasan Emosi Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. 1.1.5 Kecergasan Rohani Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
  • 85. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 82 1.2 Kecergasan Fizikal 1.2.1 Definisi Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. 1.2.2 Komponen kecergasan fizikal (a) Komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan adalah: i. Komposisi badan/kandungan lemak ii. Daya tahan kardiovaskular iii. Fleksibiliti iv. Kekuatan otot v. Daya tahan otot Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik serta mengurangkan risiko penyakit hipokinetik. (i) Komposisi badan/kandungan lemak Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. (ii) Daya tahan kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan
  • 86. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 83 berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. (iii) Fleksibiliti Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. (iv) Kekuatan Otot Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). (v) Daya Tahan Otot Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. (b). Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor. Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponen-komponen ini adalah: (i) Kelajuan (Speed) Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi. (ii) Ketangkasan (Agility) Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.
  • 87. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 84 (iii) Kuasa (Power) Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot. (iv) Imbangan (Balance) Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik). (v) Masa reaksi (Reaction Time) Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian. (vi) Koordinasi (Coordination) Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.
  • 88. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 85 Unit 2 – Prinsip Latihan Fizikal 2.1 Prinsip lebihan bebanan Prestasi fizikal akan meningkat bila berlaku penambahan dalam beban kerja. Penambahan beban kerja perlu dilakukan secara progresif setelah badan atau sistem biologi dapat mengadaptasi kepada beban kerja yang dikenakan. Penambahan ini boleh dilakukan dengan memanipulasikan pembolehubah-pembolehubah berikut : (a) Intensiti latihan : iaitu kualiti kerja yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan maksima (RM – Repitition Maximum). (b) Frekuensi latihan : iaitu kekerapan latihan dilakukan seperti 2 sesi sehari atau 5 sesi seminggu. (c) Jangkamasa : iaitu masa yang diambil bagi menjalankan sesuatu latihan seperti 1 jam sesesi atau 12 jam seminggu. 2.2 Prinsip Perbezaan Individu Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi yang sama bagi satu latihan fizikal yang dikenakan. Program latihan seharusnya dirancang khusus untuk individu kerana terdapat perbezaan antara individu seperti matlamat, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan fizikal. 2.3 Prinsip Kekhususan Komponen-komponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbeza antara satu sukan dengan sukan yang lain. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak individu atau kehendak sesuatu sukan yang diceburi . Sekiranya individu lemah dalam daya tahan kardiovaskular, maka kaedah latihan yang dapat meningkatkan komponen ini perlulah diberikan. 2.4 Prinsip Kebolehbalikan Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. Pada umumnya penurunan dalam daya tahan mengambil masa yang lebih singkat daripada masa yang diambil untuk meningkatkannya. Prestasi fizikal akan menurun dengan ketara jika latihan tidak dilakukan lebih daripada 72 jam. 2.5 Prinsip Kepelbagaian Latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti atau bagi mengelakkan kebosanan.
  • 89. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 3 – Kaedah Latihan Fizikal 86 3.1 Pengenalan Sejak seabad yang lalu, peningkatan dalam prestasi sukan banyak dipengaruhi oleh kaedah latihan fizikal yang lebih canggih dan sistematik yang telah diperkenalkan oleh para jurulatih dan diguna pakai oleh para atlit. Kaedah-kaedah latihan ini direka untuk membolehkan atlit mencapai kecergasan optimum dalam masa sesingkat mungkin dan apabila diperlukan, terutamanya dalam mencapai prestasi puncak. Kaedah latihan yang diaplikasikan disesuaikan dengan keperluan sesuatu jenis sukan dan keperluan atlit serta disusun rapi mengikut musim pertandingan dengan diasaskan kepada pengetahuan sains sukan. Kaedah latihan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu : (a) Kaedah Latihan Aerobik (b) Kaedah Latihan Anaerobik 3.2 Kaedah Latihan Aerobik Kaedah latihan aerobik adalah kaedah latihan yang diaplikasikan bagi membolehkan pelaku meningkatkan prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, mengangkut dan menggunakan oksigen dengan cekap dan berkesan. Antara kaedah-kaedah latihan aerobik yang sering digunakan dalam latihan sukan adalah : (a) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) (b) Latihan Fartlek (c) Latihan Jeda Jarak Jauh 3.2.1 Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh. Sesuai dengan namanya, latihan ini memberi penekanan kepada tempoh masa larian dan bukannya kelajuan. Lebih lama seseorang itu dapat berlari berterusan, lebih baik kesannya terhadap sistem kardiovaskular. Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kelajuan yang dicadangkan adalah antara dua ke tiga meter se saat
  • 90. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 87 (2-3m/s) dan diperkenalkan pada awal musim persediaan umum bagi semua jenis sukan. 3.2.2 Latihan Fartlek Latihan Fartlek yang diperkenalkan di Sweden bermaksud ‘speed play’ iaitu latihan pelbagai kelajuan. Latihan ini biasanya diadakan di kawasan luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggi-rendah. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum sehingga awal musim persediaan khusus. Latihan ini dapat lebih difahami melalui contoh di bawah untuk satu sesi latihan : Berjalan pantas selama lima minit Berlari anak selama 10 minit Pecut dengan 70 % kelajuan maksima selama 30 saat Berjalan perlahan selama tiga minit Berlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 minit Berlari anak selama lapan minit Pecutan dengan 80 % kelajuan maksima selama 20 saat Berlari dengan 60 % kelajuan maksima selama dua minit. 3.2.3 Latihan Jeda Jarak Jauh Latihan Jeda yang mula diperkenalkan di Jerman oleh Dr. Woldmar Gerschler dan Hans Reindell pada awal tahun 30an adalah satu kaedah latihan saintifik yang mempunyai jeda kerja dan jeda rehat. Kaedah ini lazim digunakan dalam latihan olahraga dan latihan renang. Latihan jeda dianggap sebagai antara kaedah yang terbaik dan lazim diperkenalkan pada penghujung musim persediaan umum dan lebih kerap digunakan dalam musim persediaan khusus. Bagi latihan jeda jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : ½ hingga 1: 1 bergantung kepada jarak larian atau masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu larian. Contohnya adalah seperti berikut :
  • 91. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 88 Masa larian = 10 minit Masa rehat = 5 minit Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½ Masa larian = 3 minit Masa rehat = 3 minit Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1 Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3 hingga 4 ulangan bagi jarak yang kurang daripada 800 meter bagi satu larian (ulangan). Sementara itu, jumlah set yang dicadangkan adalah sama seperti jumlah ulangan, dan rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit, barulah set kedua dimulakan. Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti berikut : 3 x 1500 meter x 2 set @ 8 minit (1:1/2 ), bermaksud : 3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian, dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit. 3.3 Kaedah Latihan anaerobik Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen. Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan anaerobik ini adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut : (a) kelajuan (b) kekuatan otot (c) daya tahan otot (d) kuasa (e) ketangkasan Antara latihan-latihan yang sering digunakan dan diklasifikasikan di bawah kaedah latihan anaerobik adalah : (a) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat (b) Latihan pecutan berulang (c) Latihan pliometrik
  • 92. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 89 3.3.1 Latihan Jeda (jarak sederhana dan jarak dekat) Berbeza dengan latihan jeda jarak jauh, latihan ini memberi penekanan kepada keupayaan tubuh untuk bekerja secara anaerobik. Jeda rehat antara ulangan dan antara set memberi peluang kepada otot untuk menghasilkan semula ATP dan melambatkan fasa kelesuan. Tubuh dapat bekerja dalam satu jangka masa yang lebih lama dan kecekapan otot untuk penghasilan semula ATP meningkat. Latihan ini amat sesuai diaplikasikan kepada hampir semua jenis permainan seperti bola sepak, hoki, ragbi, badminton dan sepak takraw. Dicadangkan supaya latihan ini diperkenalkan pada pertengahan musim persediaan khusus sehinggalah ke penghujung musim . Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : 2 bagi jarak sederhana hingga 1 : 3, 1: 4 dan 1 : 5 bagi jarak yang lebih dekat. Contoh preskripsi latihan jeda jarak sederhana : 4 x 400 meter x 3 set @ 70 saat ( 1 : 2 ) Contoh latihan jeda jarak dekat 6 x 80 meter x 4 set @ 10 saat ( 1 : 4 ) 3.3.2 Latihan pecutan berulang Latihan pecutan berulang adalah latihan pecutan yang diselang seli dengan jeda rehat bertujuan untuk meningkatkan kelajuan. Berbeza dengan latihan jeda, latihan ini memerlukan pelaku memecut dengan intensiti maksimum pada jarak yang lebih dekat, lazimnya 60 meter atau kurang. Selepas setiap ulangan pelaku akan berehat aktif secukupnya, iaitu sehingga kadar nadi turun kepada 120 denyut seminit atau kurang sebelum memulakan ulangan yang berikutnya. Latihan dikawal oleh kadar nadi pelaku dan masa larian terbaik yang dicatatkan. Latihan diberhentikan apabila masa yang dicatatkan jauh daripada masa sasaran atau kadar nadi melebihi kadar nadi maksimum, mana yang terdahulu.
  • 93. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 90 3.3.3 Latihan Pliometrik Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal 90- an. Berasal daripada perkataan Greek, ‘plio’ membawa maksud ‘lebih’ atau ‘meningkatkan’ dan ‘metrik’ bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-latihan yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan eksplosif. Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan. Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola segar. Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat badan sendiri : x Larian lutut tinggi x ‘bounding’ x larian ‘tendang pinggul’ (butt-kick) x ‘skip’ x lompat sebelah kaki Contoh latihan pliometrik menggunakan bola segar : x baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan satu tangan x baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan dua tangan x baling bola segar berpasangan dari atas kepala x baling bola segar berpasangan melalui atas kepala dengan membelakangi pasangan
  • 94. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 91 Contoh latihan pliometrik menggunakan kotak pelbagai ketinggian : x susun kotak pelbagai ketinggian dalam satu litar x jarak antara kotak ke kotak yang lain lebih kurang 10 meter x pelaku berlari dalam litar dengan menaiki dan melompat turun dari kotak sepantas mungkin. x Jumlah ulangan bergantung kepada preskripsi yang diberi Selain daripada alatan yang di atas, latihan juga boleh dibuat dengan menggunakan pagar dan bangku panjang. 3.4 Kaedah Latihan Litar Latihan litar telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England pada tahun 1950-an oleh R.E.Morgan dan C.T. Adamson. Latihan ini mengandungi satu siri bateri latihan mengikut keperluan jenis sukan yang ditetapkan mengikut stesen. Setiap pelaku dikehendaki melakukan aktiviti yang telah ditetapkan sehingga tamat satu litar latihan atau satu set. Jumlah set ditentukan oleh jurulatih bergantung kepada objektif yang hendak dicapai. Sejak daripada mula latihan ini diperkenalkan, beberapa perubahan telah dibuat oleh jurulatih untuk menyesuaikan latihan ini dengan kehendak latihan dan objektif. Ada jurulatih yang menggunakan kemahiran teknikal yang berlainan sebagai aktiviti bagi setiap stesen dan ada pula yang menggunakan alat latihan bebanan seperti ‘barbell’ dan ‘dumb-bell’. Umumnya, latihan litar adalah latihan dengan pelbagai aktiviti senaman yang disusun dalam satu litar. Setiap aktiviti senaman dikenal sebagai stesen. Lazimnya latihan litar mengandungi antara enam hingga 12 stesen. Jarak antara satu stesen dengan stesen yang lain adalah antara lima hingga 10 meter. Pemilihan aktiviti bagi setiap stesen bergantung kepada objektif yang hendak dicapai. Sekiranya objektif latihan adalah bagi meningkatkan ketangkasan, maka aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan ketangkasan perlulah dipilih. Begitu juga jika objektif latihan adalah untuk meningkatkan
  • 95. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 92 kekuatan eksplosif, maka aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan eksplosif perlulah dipilih. Kesesuaian masa bagi latihan ini diaplikasikan dalam rancangan latihan tahunan bergantung kepada objektif latihan. Adalah diingatkan bagi satu latihan litar yang dipilih, jurulatih hanya menetapkan satu objektif sahaja dalam aspek komponen fizikal yang ingin ditingkatkan supaya tidak melanggar prinsip kekhususan. Contoh preskripsi bagi satu sesi latihan litar adalah seperti berikut : Objektif latihan : Meningkatkan kekuatan eksplosif otot Bilangan set : 3 set Bilangan stesen : 8 stesen Masa kerja setiap stesen : 30 saat Jarak antara stesen : 5 meter Rehat antara stesen : 60 saat Rehat antara set : 3 minit Aktiviti –aktiviti : x Burpee x Bangkit tubi x Lompat lutut ke dada x Tekan tubi x ‘Russian leap’ x mendayung (seated rowing) x ‘alternate split jump’ x leding belakang (back arch) x Peringatan : elakkan daripada mengunakan otot atau kumpulan otot yang sama berturut-turut. 3.5 Latihan bebanan. Latihan bebanan ini adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz atau hipertropi otot. Bebanan dan ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan. Untuk menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repitition Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai
  • 96. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 93 tahap kegagalan otot sementara (temporary muscular failure). 1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara 2 RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu, bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2 RM, bebanan untuk 2 RM adalah lebih berat berbanding bebanan untuk 3 RM dan seterusnya. Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan latihan : Komponen Fizikal Ulangan Maksimum (RM) Set Intensiti Rehat Kekuatan maksimum 1-2 RM 3 - 4 95–100 % 2-5 minit Kekuatan 3 – 6 RM 3 - 4 85-90 % 2-5 minit Hipertropi 8 – 12 RM 3 - 6 65 – 80 % 30-90 saat Daya tahan 15 – 50 RM 2 - 4 30 – 60 % 15-45 st. Beberapa peraturan juga perlu dipatuhi bagi memastikan latihan bebanan tidak mendatangkan masalah berpanjangan atau kecederaan kepada pelaku : x Peraturan 1 Lakukan latihan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi sebelum meningkatkan kekuatan otot x Peraturan 2 Lakukan latihan untuk menguatkan tendon dan ligamen sebelum meningkatkan kekuatan otot x Peraturan 3 Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan bahagian teras badan sebelum meningkatkan kekuatan kaki atau tangan x Peraturan 4 Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot-otot sinergi dan pengimbang sebelum otot-otot agonis
  • 97. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 94 3.6 Perbandingan antara latihan aerobik dan latihan anaerobik Latihan Anaerobik Latihan Aerobik Anaerobik alaktik [Sistem ATP-PC] Anaerobik Laktik [Sistem asid laktik] Sistem Oksigen x Aktiviti berintensiti tinggi kurang dari 10 saat x Aktiviti berintensisi tinggi yang dijalankan dalam masa 10 saat ke 1 minit x Aktiviti berintensiti rendah yang dilaksanakan dalam jangkamasa yang panjang (melebihi 3 minit) x Sumber tenaga diperolehi daripada simpanan ATP-PC dalam sel-sel otot x Sumber tenaga diperolehi menerusi glikolisis anaerobik x Sumber tenaga diperolehi menerusi karbohidrat dan lemak x Sistem ini boleh dilatih dengan menyusun berselang-seli antara jeda kerja maksimum dan jeda rehat penuh x Intensiti latihan adalah 100 % - lakuan kerja dengan intensiti maksimum dan rehat sehingga kadar nadi balik ke 120 denyut seminit - lakuan kerja lazimnya adalah kurang daripada 10 saat x Sistem ini boleh dilatih dengan menyusun secara selang-seli antara jeda kerja dengan jeda rehat x Intensiti senaman pada tahap 80% - 90% keupayaan maksimum - jeda kerja 10 saat - jeda rehat 50 ke 60 saat - jeda kerja 40 saat - jeda rehat 80 ke 100 saat * Jeda kerja dan rehat bergantung kepada jarak kerja dan intensiti x Untuk mendapatkan kesan latihan aerobik. Aktiviti perlu dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit x Intensiti kerja adalah antara 40 % - 70% keupayaan maksimum Tahap ambang laktat dicapai sebaik sahaja asid laktik mula terkumpul Aktiviti ini menghasilkan asid laktik, oleh itu rehat diperlukan (rehat aktif) x Melambatkan kehadiran asid laktik di samping memperoleh tenaga yang berlebihan melalui penguraian semula asid laktik kepada tenaga
  • 98. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 95 Unit 4 Pemakanan Sukan 4.1 Definisi Pemakanan Sukan Pemakanan adalah kajian tentang makanan dan nutrien dan juga kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang individu. Pemakanan sukan adalah bidang pengajian yang mengaplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, adaptasi kepada latihan, pemulihan segera dari sesi latihan dan prestasi optimal semasa pertandingan. Pemakanan sukan bagi individu yang aktif secara fizikal dilihat dari dua aspek : pemakanan bagi pertandingan dan pemakanan bagi latihan. 4.1.1 Kepentingan Pemakanan kepada Prestasi Atlit Prestasi fizikal yang cemerlang dalam sukan bergantung kepada dua faktor utama : genetik dan status latihan. Pemakanan sukan mampu memberi kelebihan yang signifikan terhadap prestasi atlit. Apabila seorang atlit kekurangan nutrien tertentu, prestasi fizikal terganggu kerana bekalan tenaga tidak mencukupi, ketidakupayaan untuk menjana metabolisme secara optimal ketika bersenam serta kekurangan sintesis tisu badan dan enzim. 4.2 Keperluan Nutrien dan Pemakanan Seimbang Definisi nutrien adalah bahan dalam makanan yang membekalkan tenaga, menggalakkan tumbesaran dan membaikpulih tisu dan menjana metabolisme. Terdapat enam kelas nutrien : karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, dan air. Konsep pemakanan seimbang merujuk kepada pemakanan pelbagai makanan yang merangkumi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran. Walaupun diet setiap individu memerlukan nutrien essential dan tidak essential, keperluannya berbeza mengikut umur dan tahap kehidupan. Contohnya seorang atlit marathon memerlukan diet yang berbeza dari rakan atlit yang terlibat dalam sukan memanah.
  • 99. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 96 4.2.1 Nutrien essential dan bukan essential Nutrien essential adalah nutrien yang diperlukan oleh badan tetapi terlalu sedikit dihasilkan atau tidak boleh dihasilkan oleh badan. Karbohidrat dianggap sebagai nutrien essential kerana ‘dietary fiber’ yang terdiri dari karbohidrat diperlukan untuk mengelakkan penyakit tertentu. Karbohidrat, lemak, protein, air dan beberapa mineral dan elektrolit dinamakan makronutrien kerana diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrien adalah nutrien yang diperlukan juga tetapi dalam jumlah yang kecil (ukuran dalam miligram dan mikrogram) Jadual 3.1 Nutrien Essential bagi Manusia Karbohidrat Makanan berserat (fiber) Lemak (Asid Lemak Esential) Asid lemak linoleik Asid lemak alfa linoleik Protein (Asid Amino Esential) Histidine Phenylalanine Isoleucine Threonine Leucine Tryptophan Lysine Valine Methionine Vitamins Larut Air Larut Lemak B1 (thiamin) A (retinol) B2 (riboflavin) D (kalsiferol) Noacin E (tokoferol) B6 (pyridoxine) K Asid pantothenic Folacin B12 (cyanocobalamin) Biotin C (asid askorbik) Mineral Utama Trace/ Surih Kalsium Boron Manganese Klorida Kromium Molybedum Magnesium Kobalt Nikel Fosforus Kuprum Selenium Kalium Fluorine Silikon Natrium Iodine Vanadium Sulfur Ferum Zink Air Sumber: Williams, (2002)
  • 100. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Nutrien bukan essential adalah nutrien yang terdapat dalam makanan dan boleh juga dihasilkan oleh badan. Contohnya glukosa atau dikenali sebagai karbohidrat ringkas. Glukosa boleh didapati daripada makanan dan pada masa yang sama boleh dibentuk daripada penguraian lemak dan protein. Dalam aktiviti fizikal, glukosa diperlukan untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan glukosa dalam diet harian adalah tidak perlu. 97 Jadual 3.2 Nutrien bukan essential Nutrien Bukan Essential Karnitine Kreatin Gliserol Sumber: Williams, (2002) Dietary Reference Intakes (DRI) adalah rujukan bagi jumlah nutrien yang setiap individu patut makan untuk hidup sihat dan mengelakkan daripada penyakit. Jumlah ini didapati melalui penyelidikan dan berubah mengikut semasa. 4.2.2 Panduan Piramid Makanan Piramid makanan telah dibentuk sebagai rujukan kepada kepelbagaian makanan, jumlah kalori yang terdapat dalan setiap kumpulan makanan dan pengambilan lemak, minyak dan gula secara sederhana. Enam kumpulan makanan dalam Piramid Makanan termasuk roti, cereal, nasi dan pasta (6-11 hidangan), kumpulan sayuran (3-5 hidangan), kumpulan buah-buahan (2-4 hidangan), kumpulan terbitan susu seperti yogurt dan keju (2-3 hidangan), kumpulan daging, ikan, ayam, telur dan kekacang (2-3 hidangan) dan kumpulan lemak, minyak dan gula (berpada-pada).
  • 101. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 98 Rajah 3.1 Piramid Makanan Sumber: McArdle, Katch, W.D., F.I. & Katc h., V.L. (2000) Essentials of Exercise Physiology,2nd ed., Lippincott Williams & Wil kins 4.3 Tenaga bagi Manusia Dalam tubuh manusia, tisu badan menyimpan tenaga kimia yang boleh menjana tenaga elektrik untuk menghasilkan impuls saraf, menghasilkan haba untuk menyelenggarakan suhu badan pada 37qC (98.6qF). 4.3.1 Definisi dan Ukuran Tenaga Tenaga merujuk kepada kapasiti untuk membuat kerja. Kerja juga dikenali sebagai tenaga mekanikal. Contohnya apabila atlit merejam lembing, atlit tersebut telah melakukan kerja, pada masa yang sama menghasilkan tenaga mekanikal. Kerja merujuk kepada hasil kerja pada jarak yang dilakukan. Kerja = Daya x Jarak
  • 102. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Apabila kita merujuk kepada kecepatan melakukan kerja, kita merujuk kepada Kuasa Kuasa = Kerja / Masa Bagaimana kita mengukur tenaga dan kerja? Tenaga boleh diukur dengan Joules, kilogram-meters (KGM), Watts 1 Joule = 0.102 KGM 1 Watt = 1 Joule per saat 99 Contoh kiraan: Apabila atlit mengangkat berat sebanyak 10 kg dan menaiki tangga setinggi 50 m dan mengambil masa satu minit, maka atlit tersebut telah melakukan 500 KGM. Ini bermakna atlit tersebut telah melakukan sebanyak 4,901 Joule. Atlit tersebut juga telah menjana Kuasa sebanyak 81.7 Watt. Satu (1) kalori merujuk kepada ukuran tenaga haba. 1 gram kalori mewakili jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu air sebanyak satu darjah celcius. 1 kilokalori (kcal) = 1000 kalori (C) 1 gram karbohidrat = 4.30 C 1 gram lemak = 9.45 C 1 gram protin = 5.65 C Peringatan: 6 jenis tenaga adalah mekanikal, kimia, elektrikal, haba, cahaya dan haba. 4.3.2 Simpanan Tenaga dalam Badan Tenaga dalam badan yang boleh digunakan serta merta disimpan dalam bentuk adenosine trifosfat (ATP) dan fosfokreatine (PCr). Kedua-dua ATP dan PCr terdapat dalam tisu dalam jumlah yang sedikit dan mudah habis dalam beberapa saat sahaja. ATP dan PCr membekalkan tenaga utama bagi larian pecut seperti 100m. Oleh itu amatlah penting untuk memastikan simpanan ATP dan PCr dalam tisu badan mencukupi. Karbohidrat, lemak dan protein dalam badan boleh membentuk ATP dan PCr. Tenaga yang paling banyak disimpan dalam badan adalah dalam bentuk lemak iaitu
  • 103. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 100 trigliserida dan asid lemak bebas (free fatty acid). Karbohidrat disimpan dalam bentuk glikogen dan glukosa. Protein disimpan dalam bentuk asid amino dalam tisu. Jadual 3.3. Simpanan Tenaga Utama dalam Tubuh Manusia Sumber Bentuk Tenaga Jumlah Kalori Tenaga Yang Disimpan dalam Badan Jumlah kilo- Joule dalam Badan Jarak yang boleh tercapai ATP PCr Karbohidrat Lemak Protein Tisu Tisu Serum Glukos Glikogen Hati Glikogen Otot Serum Asid Lemak Bebas Serum Trigliserida Trigliserida Tisu Adipos Protein Otot 1 4 20 400 1,500 7 75 80,000 30,000 4.2 16.8 88 1,680 6,300 29.2 315 336,000 126,000 17.5 ela 70 ela 350 ela 8.8 km 24 km 4.3.3 Sistem Tenaga Terdapat tiga jenis sistem tenaga: 1) Sistem ATP-PCr 2) Sistem anaerobik glikolisis 3) Sistem aerobik Sistem Tenaga membekalkan sumber tenaga dalam bentuk ATP (Adenosin Trifosfat). Apabila penguraian ATP berlaku maka tenaga akan dibebaskan. Tenaga ini digunakan untuk pergerakan otot. Sistem tenaga ATP-PCr dan sistem anaerobik glikolisis tidak memerlukan kehadiran oksigen bagi penghasilan tenaga berbanding dengan sistem aerobik. Rajah 3.2. menunjukkan sistem tenaga dan peratus sumbangan sistem tenaga bagi beberapa acara sukan.
  • 104. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rajah 3.2 Sumbangan sistem tenaga anaerobik dan aerobik dalam sukan 101 Sumber: Powers & Howley (2002) Sumber: Powers & Howley, (2002) 4.3.4. Metabolisme Semasa Rehat dan Senam Metabolisme merupakan jumlah perubahan fizikal dan kimia yang berlaku dalam badan seperti penukaran dari makanan kepada tenaga, pembentukan enzim dan hormon serta pembinaan tisu dan tumbesaran tulang. Tenaga adalah diperlukan untuk proses metabolisme berlaku. Semasa rehat, kadar metabolisme adalah rendah. Oleh kerana penggunaan otot adalah minimum semasa rehat, badan tidak perlu membentuk ATP dengan banyak dan cepat. Tenaga yang minimum itu hanya perlu bagi fungsi
  • 105. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 102 fisiologikal seperti pengepaman darah dan juga untuk menghasilkan haba badan. Aktiviti senam akan meningkatkan kadar metabolisme. Semakin tinggi intensiti serta semakin pantas kita melakukan aktiviti fizikal, maka semakin cepatlah berlakunya penguncupan otot. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga dan kalori. Jadual 3.4 di bawah menunjukkan contoh kalori yang digunakan bagi aktiviti tertentu. Jadual 3.4 Penggunaan Kalori Bagi Aktiviti Aktiviti Penggunaan Kalori seminit Kadar Metabolik Semasa Rehat 1.0 Duduk dan Menulis 2.0 Berjalan 4.4 km per jam 3.3 Berjalan 11 km per jam 9.4 Berlari 31 km per jam 29.3 Angkat berat (maksimum) > 90.0 4.4 Karbohidrat, Lemak dan Protein 4.4.1 Karbohidrat Karbohidrat merupakan komponen makanan dalam diet Asia. Setiap satu gram karbohidrat adalah lebih kurang 4 kalori. Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga. Dalam tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan hati). 4.4.1.1 Jenis-jenis Karbohidrat Jadual 3.5 Jenis-jenis karbohidrat Jenis Nama Contoh Karbohidrat Monosakarida: Glukosa, Fruktosa, Mudah Galaktosa Disakarida : Maltosa, laktosa, Sukrosa Madu, Gula perang, jus buah-buahan Karbohidrat Kompleks Polisakarida : Amilopektin, Amilos, Glikogen Nasi, Kanji, Gandum Dietary Fiber Larut air : Gam, Pektin Tidak larut air :Selulosa Didapati dalam hampir semua tumbuh-tumbuhan
  • 106. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 103 4.4.1.2. Fungsi Karbohidrat Karbohidrat yang dimakan akan diuraikan sehingga menjadi bentuk termudah seperti glukosa. Glukosa kemudian diserapkan ke dalam darah dan glukosa darah adalah penting untuk proses metabolisme. Tahap glukosa dalam darah normal adalah 80-100 miligram per mililiter darah. Insulin, sejenis hormon akan memastikan glukosa dalam darah sentiasa berada dalam tahap yang optimum. Glukosa darah berlebihan akan diserap semula ke dalam tisu. 4.4.1.3. Keperluan Semasa Senam Keperluan pengambilan karbohidrat berbeza bagi peringkat umur yang berbeza. Atlit mempunyai keperluan karbohidrat yang lebih tinggi dari individu bukan atlit untuk membekalkan tenaga semasa berlatih. Jadual 3.6 Keperluan Karbohidrat Per ingkat Umur Keperluan Karbohidrat dalam diet harian Kalori Kanak-kanak lelaki 9 - 12 tahun 12 - 15 tahun 15 - 18 tahun 50 – 60 % 50 – 60 % 50 – 60 % 1,400 1,550 1,750 Kanak-kanak perempuan 9 - 12 tahun 12 - 15 tahun 15 - 18 tahun 50 – 60 % 50 – 60 % 50 – 60 % 1,100 1,300 1,250 Dew asa 50 – 60 % 1,300 Atlit dalam latihan 60 – 70 % 1,800 Atlit berdaya tahan tinggi 60 – 70 % 2,450 4.4.2. Lemak Lemak dalam diet kita adalah lipid, suatu bahan organik. Lipid’dietary’ yang penting dalam diet kita adalah trigliserida, kolesterol dan fosfolipid. Lemak boleh didapati dalam daging, hasil tenusu dan kekacang.
  • 107. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 104 4.4.2.1 Jenis-jenis Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan berasaskan haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting untuk membentuk hormon seperti testosteron dan estrogen. Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati, kekacang dan lecithin. 4.4.2.2 Fungsi Lemak Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses metabolisme. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga. 4.4.2.3. Keperluan Semasa Senam Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak. Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan. 4.4.3 Protein Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah. 4.4.3.1 Keperluan Semasa Senam Orang dewasa memerlukan lebih kurang 12-15% kalori yang berasaskan protein. Atlit memerlukan 15-20% kalori protein dari diet harian. Walaupun protein tidak merupakan sumber tenaga yang utama semasa senam, pengambilannya adalah penting untuk memastikan metabolisme tubuh
  • 108. BUKU SUMBER SAINS SUKAN seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel tidak terganggu. 105 4.5 Vitamin dan Mineral Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati melalui makanan sahaja. Mineral pula adalah bahan inorganik yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium, kalium, klorida, kalsium, magnesium, ferum dan sulfur. 4.5.1. Jenis-jenis dan Keperluan Jadual 3.7 Jenis-jenis vitamin dan keperluan Jenis Vitamin Keperluan dan Fungsi Sumber dari Makanan Larut Lemak; Vitamin A Vitamin D Vitamin E Vitamin K 5000 IU (menggalakkan pertumbuhan tulang; mengelakkan rabun) 200 IU ( berfungsi sebagai hormon menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus) 15 mg d-alpha (antioksidan untuk lindung sel membran dari kerosakan) 80 mikrogram (membantu koagulasi darah) Hati, susu, karotenoid Keledek Hasil tenusu, margarin Minyak ikan Minyak sayuran, sayur-sayuran hijau, kuning telur Hati, telur dan bayam Larut Air; Vitamin C Vitamin B Kompleks 90 mg(lelaki); 75 mg (wanita) (Bentuk kolagen; membantu penyerapan ferum) 2.4 mikrogram (membentuk koenzim bagi membina DNA; bantu pembinaan sel darah merah) Buah-buahan sitrus, Sayur-sayuran hijau Daging, ikan, ayam dan hasil tenusu Jenis Mineral Keperluan dan Fungsi Sumber dari makanan Kalsium Magnesium 1000 mg (pembentukan tulang dan gigi; transmisi impuls saraf) 400mg (Sintesis protein, pengecutan otot) Hasil tenusu, kuning Telur, kekacang Kekacang, sayur-sayuran hijau, buah-buahan
  • 109. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 106 4.6 Air dan Elektrolit Air adalah cecair jernih, tiada rasa dan bau. Ia merupakan molekul yang ringkas (dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen – H2O) tetapi elemen yang paling penting untuk kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa air selama 7 hari. Air tidak memberikan tenaga tetapi penting dalam proses metabolisme. Air amat penting bagi menyelenggarakan suhu badan. Kehilangan air dituruti dengan kehilangan elektrolit. Elektrolit (natrium, kalium klorida) adalah penting untuk beberapa fungsi fisiologikal seperti penguncupan otot dan keseimbangan cecair badan. 4.6.1 Keperluan dan Kepentingan Orang dewasa memerlukan antara 2000-2800 ml air sehari untuk memastikan keseimbangan cecair badan. Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak terutamanya bagi menyelenggarakan suhu badan. Air boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman (termasuk jus buahan, susu) dan juga melalui makanan. Proses metabolisme yang melibatkan penguraian karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan air. 65% dari air dalam badan distor dalam sel (intrasel) manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh darah dan cecair serebrospinal (ekstrasel). Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh mengkonduksikan arus elektrik. Cecair tersebut juga dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes dan garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, bikarbonat, sulfat, magnesium dan kalsium.
  • 110. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 107 Rajah 3.3 Pengambilan dan kehilangan air dalam sehari 4.6.2. P eny el enggar aan Suh 4 4.6.2 Penyelenggaraan Suhu Badan Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba. Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit. Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba badan.
  • 111. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 108 Rajah 3.4 Sumber haba dan kehilangan haba semasa bersenam 4.7 Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan dan Pertandingan Prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang baik. Contohnya peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat meningkatkan kualiti latihan atlit. Atlit akan dapat berlatih dengan lebih lama dan melambatkan rasa kelesuan ketika latihan. Berikut adalah contoh pengambilan karbohidrat sebelum, semasa dan selepas latihan.
  • 112. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 109 Jadual 3.8 Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan Latihan Jumlah perlu diambil (gram / kg berat badan) Bila? Contoh Makanan Sebelum 4 - 5 4 jam sebelum latihan Nasi, buah-buahan Semasa 1.0 Setiap 15 – 20 minit selepas latihan bermula Minuman Berkarbohidrat Selepas 1.0 Selew at-lewatnya 2 jam selepas latihan tamat Nasi, kentang, roti, glukos Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari sistem tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut. Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti larian 200m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot. Apabila aktiviti tersebut melebihi 5 minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati dan lemak pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut. Pada masa yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk memastikan keberkesanan sistem tenaga ini. Semasa pertandingan, atlit patut mengambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan rendah kandungan lemaknya untuk mengelakan ketidakselesaan dalam perut. Atlit yang mengamalkan pemakanan yang optimum boleh melakukan kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh badan. Adalah penting untuk atlit memastikan gaya pemakanan adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan dan juga mempunyai kandungan kalori yang mencukupi. Contohnya seorang atlit berdaya tahan tinggi memerlukan sehingga 3,500 kalori sehari dengan 60-70% (karbohidrat): 20-30% lemak: 10- 15% protein (termasuk asid amino esential).
  • 113. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 110 4.7.1 Isu-isu pemakanan sukan : Female AthleteTriad, Vegetarianism Female Athlete Triad Ia merujuk kepada gaya pemakanan ‘disorder’, ammenorhea dan osteoporosis merupakan suatu fenomena yang berlaku kepada atlet wanita yang menghadkan pengambilan makanan atau tidak cukup makan kerana sukan. Sukan jenis ini adalah yang memerlukan penjagaan berat badan seperti gimnastik atau sukan yang ekstrem seperti larian marathon. Pengambilan kalori yang berkurangan akan menyebabkan kandungan lemak berkurangan dan mengganggu fungsi hormon. Hormon estrogen mungkin berkurangan menyebabkan haid terhenti. Dalam atlit wanita, ia juga dikenali sebagai ‘athletic amenorrhoea’ dan ini sering dikaitkan dengan osteoporosis. Vegetarianism Atlit menjadi seorang vegetarian (tidak memakan hasil dari haiwan) disebabkan agama, mengurangkan berat badan, tidak suka daging dan sifat sayangkan haiwan. Atlit vegetarian perlu tahu alternatif yang boleh menggantikan protein dari haiwan seperti kekacang. Terdapat atlit vegetarian yang cemerlang di peringkat dunia. Walau bagaimanapun penyelidikan telah menunjukkan tiada peningkatan atau pengurangan prestasi fizikal dengan menjadi seorang vegetarian. 4.8 Bantuan Ergogenik dalam Pemakanan Bantuan ergogenik adalah bahan atau fenomena yang boleh membantu meningkatkan prestasi fizikal dalam sesuatu acara sukan. Contohnya, pemakanan yang tinggi karbohidrat boleh menyimpan lebih banyak tenaga dalam tubuh; sokongan dari para penonton dapat memberi keyakinan kepada atlit; baju renang hidrodinamik yang mempunyai rintangan air yang rendah boleh meningkatkan kelajuan atau steroid anabolik yang boleh memberi kekuatan yang lebih bagi ahli angkat berat. 4.8.1 Jenis-jenis Bantuan Ergogenik Terdapat bantuan ergogenik yang dapat membantu prestasi sukan. Tetapi lebih banyak yang memudaratkan atlit. Rajah di bawah menunjukkan jenis bantuan ergogenik serta kelebihan dan keburukannya.
  • 114. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 111 Jadual 3.9 Jenis-jenis Bantuan Ergogenik Jenis Kelebihan Keburukan Acara Sukan Kreatin Membantu menyimpan lebih ATP dalam sel otot Tiada diketahui Bola sepak, lar ian pecut Beta-Blockers Mengurangkan perasaan gemuruh, pening kepala kerana migrain Mengurangkan tekanan darah; bahaya bagi atlit yang berpenyakit asma Menembak, terjun Steroid Membesarkan otot Meningkatkan kekuatan Jantung rosak; alat kelamin menjadi kecil; ketagih Angkat berat; Lari pecut, renang Blood Doping Melambatkan kelesuan, prestasi meningkat Jangkitan kuman AIDS; tekanan darah meningkat Lumba basikal; Larian jarak jauh Tokokan karbohidrat Meningkatkan prestasi Melambatkan rasa kelesuan Tiada di ketahui Bola Sepak, hoki, bola jar ing Tokokan karbohidrat Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali sebagai tokokan karbohidrat atau kompensasi glikogen. Teknik ini biasanya digunakan untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon, lumba basikal lebuhraya dan triathlon. Bekalan glikogen ke otot dan hati boleh ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada masa yang sama menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus dijalankan selama seminggu sebelum hari pertandingan. Pengurangan isipadu dan intensiti latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu : ƒ Fasa 1 (hari 1 – 2) : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat normal. ƒ Fasa 2 (hari 3 – 5) : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat (70%). ƒ Fasa 3 (hari ke 6) : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti biasa kembali.
  • 115. BUKU SUMBER SAINS SUKAN TUNJANG 4 : LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK Unit 1 – Asas Kawalan Motor 112 1.1 Definisi kawalan motor Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor. Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan. Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi. 1.2 Jenis lakuan motor Jenis-jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi adalah: (i) Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) (ii) Lakuan motor berkemahiran (voluntari) 1.2.1 Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) (i) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil. (ii) Lakuan ini dikenali sebagai pergerakan involuntari. Contohnya: x Pantulan lutut x Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas (iii) Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut. (iv) Mekanisme umum pergerakan involuntari adalah seperti yang berikut:
  • 116. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang. Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor. Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil. 113 Sistem saraf pusat ASAS BIOLOGI DAN PERSEKITARAN ASAS BAGI PROSES KAWALAN MOTOR Perlferi Mekanisme involuntari Neuron sensori Sinaps Neuron motor Rangsangan/ stimulus Gerakbalas/ respon PERSEKITARAN Reseptor Efektor REFLEKS TENDON PATELLA (contoh refleks involuntari paling ringkas) Reseptor Sinaps Neuron aferen Neuron eferen Efektor CNS BIOLOGI
  • 117. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 114 x Mekanisme yang dijelaskan adalah pergerakan involuntari yang boleh dilihat pergerakannya seperti pergerakan menarik tangan atau kaki apabila terkena benda panas. x Penghasilan pergerakan adalah disebabkan oleh rangsangan yang diterima daripada persekitaran luaran. x Peranan sistem afektor merujuk kepada semua reseptor sensori yang berperanan menerima rangsangan daripada persekitaran. 1.2.2 Lakuan motor berkemahiran (voluntari) Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini dikenali sebagai pergerakan voluntari. Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan pengalaman. Contohnya: (a) Badminton Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob. (b) Bola tampar Ketika menerima servis, pemain pasukan yang kurang berkemahiran akan menghantar semula bola ke gelanggang lawan, manakala pasukan yang berkemahiran akan membuat strategi menyangga, mengumpan dan merejam.
  • 118. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Mekanisme pergerakan voluntari Mekanisme umum pergerakan voluntari adalah seperti berikut : Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang terlibat ialah: 115 x Saraf tunjang (spinal cord) x Tunjang otak (brain stem) x Otak tengah (mid brain) Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus. Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori. Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor. Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor akan berlaku di korteks serebral. Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntari terhasil.
  • 119. BUKU SUMBER SAINS SUKAN MEKANISME UMUM LAKUAN Transmisi sensori Neuron sensori yang membawa impuls sensori akan bersinaps dengan neuron motor di korteks motor 116 Maklumat sensori di terima daripada sumber reseptor yang releven Neuron sensori pada reseptor akan menukar rangsangan ke bentuk impuls saraf Daripada CNS peringkat rendah, semua impuls sensori dihantar ke thalamus Talamus berfungsi menghubungkan maklumat sensori ke korteks cerebral Berlaku pemprosesan awal semua maklumat sensori di pusat kortikal masing-masing Fiber saraf aferen daripada getaran atau penghubung reseptor Talamus Pangkal otak Nukleus pangkal otak Korteks Somatosensori Korda spina Dorsal Korda spina Serebelum Transmisi motor Berlaku proses integrasi sensori-motor di kawasan korteks penggabung (association cortex ) Impuls motor dihantar semula ke korda spina melalui laluan-laluan motor kortikospinal (corticospinal spinal pathways) Di korda spina, berlaku proses merekrut unit motor dan ko-aktivasi •-• bagi spesifikasi peranan dan penguncupan otot Impuls motor seterusnya dihantar ke sistem efektor untuk membolehkan pergerakan. Korteks Somatosensori Talamus Basal ganglia Pangkal otak Persimpangan laluan Serebelum korda spina Korda spina
  • 120. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Jenis pergerakan berkemahiran (voluntari) Semua lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagai pergerakan berkemahiran. Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu : (i) Kemahiran generik (ii) Kemahiran berobjektif 117 (a) Kemahiran generik Kemahiran generik ialah kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia. Manusia dilahirkan dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas seperti berjalan. Kemahiran generik berkembang melalui proses semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan. (b) Kemahiran berobjektif Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap optimum. Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses fizikal seperti praktis (pembolehubah pembelajaran) dan latihan (pembolehubah prestasi). Kemahiran generik dan berobjektif terdiri daripada pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah jenis pergerakan yang membolehkan sesaran jasad secara mendatar seperti berjalan, berenang dan berbasikal. Pergerakan bukan lokomotor ialah jenis pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar seperti menangkap bola dan lompat setempat.
  • 121. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 118 1.3 Pengelasan kemahiran motor Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu : (i) Kriteria ketepatan lakuan (ii) Kriteria ciri pergerakan (iii) Kriteria stabiliti persekitaran 1.3.1 Ketepatan lakuan Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada : x Kemahiran motor kasar x Kemahiran motor halus Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat. Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak. 1.3.2 Ciri Pergerakan Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini adalah seperti berikut: x Kemahiran diskrit x Kemahiran berterusan x Kemahiran siri Kemahiran diskrit ialah kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan
  • 122. BUKU SUMBER SAINS SUKAN memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata. Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak nyata. Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal. 119 1.3.3 Stabiliti persekitaran Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah) atau stabil (tidak berubah-ubah). Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada: x Kemahiran luar kawal (open skill). x Kemahiran terkawal (close skill). Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol. Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan melontar peluru.
  • 123. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 2 – Perkembangan Motor 120 2.1 Definisi perkembangan motor Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan. Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek: (i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa) (ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua) 2.2 Peringkat perkembangan kemahiran motor Perkembangan kemahiran motor berlaku mengikut prinsip perkembangan yang terbahagi kepada dua dan prinsip-prinsip ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2 tahun pertama selepas kelahiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah: (i) Prinsip I – Prinsip cephalo-caudal (ii) Prinsip II – Prinsip proksimo-distal
  • 124. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Prinsip I : Prinsip Cephalo-Caudal. Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah contohnya dari keupayaan fleksi tengkok sehingga duduk tanpa sokongan. 121 3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR Nota untuk Guru : Kawalan kepala (a2-3 bulan) Duduk bebas (a 7 bulan) Diri bebas (a 11 bulan) Guru menerangkan maksud cephalo-caudal : Cephalo = kepala Caudal = penghujung saraf tunjang Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.
  • 125. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KEUPAYAAN LOKOMOTOR Tingkat pencapaian berlaku selari dengan perkembangan kawalan postur 122 Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. Nota untuk Guru: Guru menerangkan maksud cephalo-caudal: Cephalo = kepala Caudal = penghujung tunjang
  • 126. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Prinsip II : Prinsip Proksimo – Distal. Prinsip ini berteraskan perkembangan daripada aksis tubuh ke arah luar, contohnya daripada keupayaan menghulur tangan ke keupayaan mencapai sasaran. Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign. 123 PERINGKAT PERKEMBANGAN KEUPAYAAN MANUAL Asas kepada perolehan kemahiran manual yang lebih kompleks Kemahiran manual (genggam dan capai) yang matang biasany a dicapai di akhir tahun pertama - kemahiran ini akan terus mengalami perekembangan. Tingkat pencapaian kemampuan manipulasi objek (menggunakan tangan) bermula pada 3-4 bulan.
  • 127. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 124 Nota untuk guru : Guru menerangkan maksud proksimo-distal. Proksimo = hampir. Distal = jauh (Hampir dan jauh adalah merujuk kepada kedudukan aksis batang tubuh) 2.2.2 Tingkat/ Tahap pencapaian motor Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan yang berlaku selepas 2 tahun kelahiran iaitu apabila keupayaan untuk bergerak tanpa sokongan dicapai. Tahap pencapaian motor dilihat dalam tiga aspek perkembangan yang utama : (i) Perkembangan kawalan postur Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah seperti berikut (mengikut urutan). Kawalan kepala Ð Duduk tanpa sokongan Ð Diri tanpa sokongan (ii) Perkembangan keupayaan lokomotor Tahap pencapaian lokomotor dalam aspek keupayaan motor adalah seperti yang berikut (mengikut urutan) Mengguling Ð Merangkak Ð Diri tanpa sokongan (iii) Perkembangan keupayaan bukan lokomotor Pencapaian motor dalam aspek keupayaan bukan lokomotor adalah berciri seperti berikut (mengikut sekuen) Keupayaan menggenggam tangan tanpa objek Ð Keupayaan mencapai sasaran Ð Keupayaan menggenggam objek
  • 128. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 125 Unit 3 – Pembelajaran Kemahiran Motor 3.1 Definisi pembelajaran kemahiran motor Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor. Ciri-ciri lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor seperti berikut: (a) Lengkok lurus (linear) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran Pembelajaran Praktis Maksudnya, semakin banyak praktis yang dijalani, semakin tinggi kesan pembelajaran yang diperolehi. Contohnya, dalam kemahiran menjaring bola keranjang, semakin banyak latihan yang dilakukan, semakin tinggi kecekapan menjaring. (b) Lengkok cembung (negatively accelerated) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan Pembelajaran peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses pembelajaran dan kadar peningkatan yang beransur kurang pada penghujung proses tersebut. Praktis Maksudnya, ketika awal praktis, pelatih mengalami peningkatan pembelajaran yang mendadak sehingga kemahiran asas dicapai dan selepas tahap ini pelatih mengalami kadar peningkatan yang berkurangan. Contohnya dalam permainan tenis, kemahiran memukul boleh diperolehi dengan kadar yang cepat. Selepas tahap
  • 129. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 126 ini, penguasaan kemahiran memukul (stroke) dengan laju dan terkawal berlaku dengan kadar yang perlahan. (c) Lengkok cengkung (positively accelerated) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang sedikit di awal pembelajaran dan peningkatan mendadak dialami pada penghujung proses tersebut. Contohnya berenang. Untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas berenang seperti teknik pernafasan mengambil masa yang lama. Apabila kemahiran-kemahiran ini telah dikuasai keupayaan menguasai gaya-gaya renang seperti kuak dada boleh berlaku dengan kadar yang cepat. (d) Lengkok “S”(Ogive). Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang berlaku melibatkan kombinasi ciri-ciri lengkok linear, cembung dan cekung sepanjang proses pembelajaran. Contohnya memandu kereta (kemahiran siri). Pembelajaran Praktis Pembelajaran Praktis 3.2 Pembolehubah-pembolehubah pembelajaran kemahiran motor Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah iaitu : (a) Perbezaan individu (b) Pemindahan pembelajaran 3.2.1 Perbezaan individu Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972)
  • 130. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu: (i) Keupayaan persepsi motor (ii) Kecekapan fizikal 127 (i) Keupayaan persepsi motor Ciri-ciri keupayaan persepsi motor adalah: ƒ Koordinasi pelbagai anggota Koordinasi ini melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Contoh menangkap bola dan membuat hantaran memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. ƒ Ketepatan kawalan Ketepatan kawalan merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan. Contohnya, seorang penerjun dapat mengawal postur semasa membuat terjunan. ƒ Orientasi respons Orientasi respons merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan penjaga gol bola sepak untuk mengurangkan sudut penjaring menjaringkan gol dan keupayaan pemain badminton untuk memberikan respons yang paling berkesan daripada pelbagai pilihan respons yang ada. ƒ Masa reaksi Masa reaksi merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan larian selepas mendengar tembakan permulaan.
  • 131. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 128 ƒ Kelajuan respons Kelajuan respons merujuk kepada tempoh masa yang diambil untuk melengkapkan pergerakan. Contohnya, dalam situasi larian 100m kelajuan respons adalah masa yang dicatatkan untuk menamatkan perlumbaan. ƒ Keupayaan manipulasi jari Keupayaan manipulasi jari adalah keupayaan mengendalikan kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari. Contohnya kemahiran bermain piano, menjahit, ‘pitching’ dalam sukan sofbol, menjaring bola keranjang dan bola jaring serta boling tenpin. ƒ Keupayaan manual Keupayaan manual merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian tangan contohnya menangkap dan membaling. ƒ Integrasi respons Integrasi respons merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori untuk menghasilkan pergerakan. Contohnya dalam permainan badminton seperti posisi pemain lawan, kelajuan bulu tangkis dan arah bulu tangkis. (ii) Kecekapan fizikal Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah : (i) Kekuatan statik (ii) Kekuatan dinamik (iii) Kekuatan eksplosif (iv) Kekuatan bahagian anggota atas (v) Kelenturan statik (vi) Kelenturan dinamik (vii) Koordinasi asas (viii) Keseimbangan asas (ix) Daya tahan
  • 132. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 129 3.2.2 Pemindahan pembelajaran Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung. Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah: (i) Pemindahan positif (ii) Pemindahan negatif (iii) Pemindahan sifar (i) Pemindahan positif Pemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun. (ii) Pemindahan negatif Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis. (iii) Pemindahan sifar Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.
  • 133. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 4 – Asas Biomekanik 130 Biomekanik adalah sintesis bidang-bidang biologi dan mekanik yang bertujuan untuk memahami dan menjelaskan pergerakan manusia. Biomekanik merupakan bidang yang mengkaji pertalian di antara struktur dan fungsi manusia serta interaksinya dalam konteks penghasilan pergerakan. 4.1 Ciri-ciri sistem mekanikal jasad Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada pergerakan sendi. Sistem sendi adalah sistem yang bertanggungjawab untuk menvariasikan pergerakan yang akan dihasilkan. Penghasilan pergerakan berlaku menerusi penguncupan otot. Sistem tuas rangka adalah sistem yang mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad. 4.1.1 Sistem tuas rangka Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban. Tuas jasad manusia terdiri daripada: x Tulang sebagai palang x Sendi sebagai fulkrum x Penguncupan otot sebagai penghasilan daya x Rintangan atau kerja sebagai beban Tuas boleh dikelaskan kepada: (i) Kelas pertama (ii) Kelas kedua (iii) Kelas ketiga
  • 134. BUKU SUMBER SAINS SUKAN Klasifikasi tuas ini ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum. 131 Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga Fulkrum terletak antara daya dan beban Beban terletak antara daya dan fulkrum Daya terletak antara beban dan fulkrum Tuas kelas pertama menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan Tuas kelas kedua menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan pada julat yang kecil Tuas kelas ketiga menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas Contoh Penggunaan: Dalam permainan badminton, aktiviti merejam dan menerima hantaran bulu tangkis. Sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum, otot lengan sebagai daya dan reket sebagai beban Apabila berjengket atas hujung kaki. Hujung kaki bertindak sebagai fulkrum, otot kaki sebagai daya dan berat badan sebagai beban Mengangkat tangan di bahagian siku dan siku bertindak sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan menghasilkan pengecutan otot bicep B D F B D F D B F
  • 135. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2 Diskripsi pergerakan asas 132 Pergerakan asas adalah seperti: Fleksi Ekstensi Hiperektensi Abduksi Aduksi Rotasi Elevasi Depresi
  • 136. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 133 Pronasi Supinasi Eversi Dorsi- fleksi Plantar - fleksi Sirkumduksi Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California. Inversi Dalam sukan, pergerakan-pergerakan asas seperti yang disenaraikan bergabung untuk menghasilkan pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum. Pergerakan-pergerakan seumpama ini melibatkan interaksi segmen jasad untuk menghasilkan daya. Untuk menghasilkan daya maksimum, strategi pergerakan adalah untuk menggunakan seberapa banyak sendi yang relevan kepada pergerakan tersebut. Sendi-sendi tersebut digunakan mengikut urutan dari penggunaan otot besar kepada otot kecil dan pergerakan ini berlaku dalam arah yang sama. Dua jenis pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum ini adalah seperti yang berikut: (a) Pergerakan linear (b) Pergerakan bersudut
  • 137. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 134 4.2.1 Pergerakan linear Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu pergerakan rektilinear dan kurvelinear. (i) Pergerakan rektilinear - pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar. Contoh pergerakan rektilinear (ii) Pergerakan kurvelinear - pergerakan melibatkan sesaran melengkung. Contoh pergerakan kurvelinear Pergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang lurus. Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.
  • 138. BUKU SUMBER SAINS SUKAN 135 4.2.2 Pergerakan rotasi/bersudut Pergerakan bersudut adalah pergerakan yang melibatkan rotasi bahagian badan yang bersentuhan dengan tapak sokongan Contoh pergerakan rotasi/bersudut
  • 139. RUJUKAN Abernethy, B., Kippers, V., Mackinnon, L., Neal, R.J. & Hanrahan, S. (1997), The Biophysical Foundations of Human Movement, Human Kinetics, Australia. Bompa, T.O. (1994), Theory and Methodology of Training: The Key to Athletic Performance, 3rd ed., Kendall/Hunt Publishing Co. Iowa. Hall, S.J. (2003), Basic Biomechanics, 4th ed., Mc Graw Hill Companies, New York Johnson, B. & Nelson, J.K. (1986), Practical Measurements for Evaluation in Physical Education, Burgess Pub. Edina. Mah Chee Wai (1999), Biologi : Bantuan Studi Lengkap SPM, Sasbadi Sdn. Bhd.,Petaling Jaya. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (1994), Peraturan Pertandingan Sukan, Percetakan Yayasan Islam Terengganu. Marieb, N.M. (1997), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 5th ed.,Cummings Publishing Company Inc., California. Martini, F.C. (2001), Fundamentals of Anatomy & Physiology, 5th ed., Prentice Hall, New Jersey. McArdle, W.D., Katch, F.I.,& Katch, V.L . (1996), Exercise Physiology: Energy, Nutrition and Human Performance, Williams & Wilkins, Pennsylvania. Morrow, J.R., Jackson, A.W., Disch, J.G. & Mood, D.P. Measurement and Evaluation in Human Performance, 2nd ed., Human Kinetics, Champaign. Prentice, W.E. (19980, Fitness and Wellness for Life, 6th ed., Mc.Graw Hill College Shaharudin Abd.Aziz (2001), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Vander, A., Sherman, J. & Luciano, D. (1998), Human Physiology: The Mechanism of Body Function, 7th ed.,Mc Graw Hill Companies, New York. Wilmore, J.H. & Costill, D.L. (1994), Physiology of Sport and Exercise, Human Kinetics, Champaign.
  • 140. AHLI PANEL BUKU SUMBER GURU SAINS SUKAN KBSM Penasihat : Dr. Sharifah Maimunah bt. Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengerusi : Dr. Rohani bt. Abd.Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Penyelaras : En. Lee Chong Nim Ketua Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Panel Penulis dan Penyumbang idea : En. Zamrus b. A.Rahman Pusat Perkembangan Kurikulum Cik Fauziah bt. Hussin Pusat Perkembangan Kurikulum Cik Azizah Md. Amin Pusat Perkembangan Kurikulum En. Baharin b. Yahaya Pusat Perkembangan Kurikulum Dr. Mohd Khairi b. Zawi Universiti Putra Malaysia Dr. Shaharudin b. Abd.Aziz Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr. Ahmad Tajuddin b. Othman Universiti Sains Malaysia En. Hisyamudin b. Ahmad Universiti Pendidikan Sultan Idris En. Mohd Jasni b. Ladin Universiti Pendidikan Sultan Idris En. Jeffrey Low Universiti Pendidikan Sultan Idris Y.M Tg. Fadilah Tg. Kamalden Universiti Putra Malaysia Cik Nelfianty Abd. Rashid Universiti Pendidikan Sultan Idris En. Razali b. Abdullah KUSTEM En. Salim b. Awang Ngah Inst. Perguruan Darul Aman, Kedah Cik Nur Farah Gan Abdullah Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka En. Muraleedharan Sek. Sukan Bukit Jalil En. Mohd Nasir Deraman Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi Cik Kamariah Md. Yassin Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi En. Gopal Raman SMK Seri Indah, Serdang En. Rosnam b. Ali SMK Lela Segara, Terengganu Pembantu Penyunting : En. Entheran Subramaniam Sek. Sukan Bukit Jalil En. Md. Lani b. Sobi Sek. Sukan Bukit Jalil En. Kasbullah Sek. Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi En. Azmi b. Osman Sek. Tinggi Melaka En. Saifuludin b. Abdullah Pusat Perkembangan Kurikulum En. Muhd Nizam b. Mohd Yusof Pusat Perkembangan Kurikulum En. Mohd Azmin b. Atan Pusat Perkembangan Kurikulum