AYAT MAJMUK Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk Pancangan Relatif Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti  dan, atau, serta, tetapi, sambil , dan sebagainya.  Contoh : Salmi   dan   Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. * Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal iaitu : Ayat Majmuk Gabungan Salmi dan Zaki adiknya  belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. Ayat Tunggal (a) Salmi belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. Ayat Tunggal (b) Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. Kata Hubung dan
Dalam aspek menggabungkan ayat, soalan-soalan yang mungkin dikemukakan adalah seperti contoh yang berikut : Gabungkan ayat-ayat tunggal yang berikut dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.   (i)  Dia menunggang basikal. Dia bernyanyi.   (ii)  Shahidan menjadi doktor. Adiknya menjadi peguam. (iii)  Ayah akan balik esok. Ayah akan balik lusa. Jika soalan seperti ini, maka pelajar hendaklah menulis ayat-ayat  tersebut  dalam bentuk ayat gabungan seperti berikut : Jawapan contoh (i) Ayat tunggal (a) : Dia menunggang basikal. Ayat tunggal (b) : Dia bernyanyi. Kata hubung  : sambil Ayat majmuk  :  Dia menunggang basikal  sambil   bernyanyi.
Jawapan contoh (ii) Ayat tunggal (a) : Shahidan menjadi doktor. Ayat tunggal (b) : Adiknya menjadi peguam. Kata hubung  : tetapi Ayat majmuk  :  Shahidan menjadi doktor,  tetapi   adiknya menjadi  peguam. Jawapan contoh (iii) Ayat tunggal (a) : Ayah akan balik esok. Ayat tunggal (b) : Ayah akan balik lusa. Kata hubung  : atau Ayat majmuk  :  Ayah balik esok  atau   lusa.
Soalan juga mungkin akan meminta pelajar memisahkan ayat majmuk  kepada ayat-ayat tunggal. Contohnya adalah seperti yang berikut : Pisahkan ayat-ayat yang berikut kepada ayat-ayat tunggal.   (i) Cikgu Azhari akan datang esok atau lusa.   (ii) Jamal naik ke atas pentas lalu bernyanyi. (iii) Encik Hassan memandu kereta sambil mendengar radio. Jawapan contoh (i) Ayat majmuk gabungan : Cikgu Azhari akan datang esok atau lusa. Ayat-ayat tunggalnya ialah : Ayat tunggal (a)  : Cikgu Azhari akan datang esok. Ayat tunggal (b)  : Cikgu Azhari akan datang lusa.
Jawapan contoh (ii) Ayat majmuk gabungan : Jamal naik ke pentas lalu bernyanyi. Ayat-ayat tunggalnya ialah : Ayat tunggal (a)  : Jamal naik ke pentas. Ayat tunggal (b)  : Jamal bernyanyi. Jawapan contoh (iii) Ayat majmuk gabungan : Encik Hassan memandu kereta sambil  mendengar radio. Ayat-ayat tunggalnya ialah : Ayat tunggal (a)  : Encik Hassan memandu kereta. Ayat tunggal (b)  : Encik Hassan mendengar radio.
Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : Ayat Majmuk Pancangan Relatif. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang menggunakan kata relatif  yang  seperti contoh-contoh berikut : Saroja memakai sari yang berwarna ungu. Motosikal yang ditunggangnya itu ialah motosikal abangnya. Bapa saya suka menonton filem yang bercorak jenaka. Orang yang bertali leher itu ialah pegawai daerah kita. Kereta yang berderet-deret itu ialah kereta nasional kita.  Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Setiap ayat yang ditunjukkan tadi sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu  ayat induk  dan  ayat kecil relatif . Misalnya ayat 1 : Ayat Induk Saroja memakai sari Ayat Kecil Sari itu berwarna ungu Kata Hubung Relatif yang Ayat Majmuk Pancangan Relatif Saroja memakai sari yang berwarna ungu
Ayat majmuk pancangan komplemen terbina daripada ayat induk dan  ayat komplemen yang menggunakan kata komplemen  bahawa  atau  untuk   seperti contoh yang berikut : 1.  Encik Ariff menerangkan bahawa anaknya sakit. Untuk Azman lulus dalam peperiksaan itu amatlah mudah. Setiap ayat yang ditunjukkan tadi sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu  ayat induk  dan  ayat komplemen . Misalnya ayat 1 : Ayat Majmuk Pancangan Komplemen  Ayat Induk Encik Ariff menerangkan (sesuatu). Ayat Kecil Anaknya sakit. Kata Hubung Komplemen Bahawa Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Encik Ariff menerangkan bahawa anaknya sakit
Ayat 2 : Ayat-ayat contoh yang lain ialah : Kerajaan mengumumkan bahawa jejambat dilingkaran MRR2 akan  ditutup selama empat bulan. Encik Sallehuddin menafikan bahawa barang-barang kemas isterinya telah hilang. Bahawa projek mega itu gagal adalah tidak tepat. Untuk mengatakan dia mencuri barang itu adalah mustahil Agak mudah untuk dia memenangi pilihan raya kecil itu. Ayat Induk Perkara itu amatlah mudah. Ayat Kecil Azman lulus dalam peperiksaan. Kata Hubung Komplemen Untuk Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Untuk Azman lulus dalam peperiksaan itu amatlah mudah.
Ayat majmuk pancangan keterangan atau ayat keterangan ialah ayat  majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih  yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat kecil ini  berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja dalam ayat  induk. Ayat keterangan ini dapat dikenal berdasarkan kata keterangan  yang digunakan dalam pelbagai jenis ayat keterangan seperti yang  terdapat dalam jadual yang berikut : Ayat Majmuk Pancangan Keterangan  Jenis-jenis Ayat  Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan musabah kerana lantaran oleh sebab Dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia tidak sihat. Suhaimi berjaya dalam peperiksaan itu lantaran usahanya yang bersungguh-sungguh. Mereka menaiki teksi oleh sebab mereka ketinggalan bas.
Jenis-jenis Ayat  Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan musabab kerana lantaran oleh sebab Dia tidak dapat hadir ke majlis itu  kerana  dia tidak sihat. Suhaimi berjaya dalam peperiksaan itu  lantaran  usahanya yang bersungguh-sungguh. Mereka menaiki teksi  oleh sebab  mereka ketinggalan bas. Keterangan akibat hingga sehingga Dia asyik bernyanyi  hingga  sakit tekaknya. Ain belajar bersungguh-sungguh  sehingga  dia berjaya. Keterangan syarat sekiranya andai kata jikalau jika kalau Saya akan turut pergi berkelah  sekiranya  saya mendapat kebenaran daripada keluarga saya. Andai kata  mereka mencerobohi kawasan kita, kita akan melaporkannya kepada polis. Jikalau  mereka tidak datang, kita akan pergi ke tempat mereka. Zulaihah akan menerima peminangan Huzaifah  jika  Huzaifah berjaya mengalahkan Shahrul dalam pertandingan bina badan yang akan diadakan nanti. Kalau  semua orang bersetuju dengan cadangan itu, kita terpaksa akur dengan pendapat mejoriti.
Jenis-jenis Ayat  Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan  waktu sejak setelah sementara tatkala ketika Zaidi bercita-cita menjadi jurutera  sejak  dari kecil lagi. Azizah membesarkan anak-anaknya sendirian  setelah  dia kematian suami. Sementara  menunggu padi masak, Pak Abu menanam jagung di sekitar kawasan rumahnya. Tatkala  hujan turun, mereka masih bermain di padang. Kami berjumpa dengan Zuraidah  ketika  menunggu bas untuk ke pekan petang semalam. Keterangan pertentangan walaupun kendatipun sedangkan sekalipun Walaupun  Halim miskin harta benda dan wang ringgit, tetapi dia kaya dengan budi bahasanya. Kendatipun  Hang Tuah menyerangnya, Hang Jebat tetap  mempertahankan tindakannya menderhaka terhadap sultan. Mereka berpindah juga ke bandar  sedangkan  hati mereka masih di desa. Zakuan boros berbelanja  sekalipun  pendapatan bulanannya tidak seberapa.
Jenis-jenis Ayat  Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan harapan supaya moga-moga kalau-kalau Sazali belajar bersungguh-sungguh  supaya  dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPMnya. Kami berdoa  moga-moga  kamu selamat pergi dan selamat kembali. Saya menawarkan harga yang berpatutan  kalau-kalau  kamu hendak membeli kereta saya. Keterangan cara dengan Dia memandu kereta barunya  dengan  cermat agar kereta barunya itu tidak mengalami sebarang kerosakan. Keterangan tunjuk untuk demi Puan Rahmah membeli kamus itu  untuk  rujukannya sendiri. Pak Malik bekerja bertungkus-lumus  demi  membiayai persekolahan anak-anaknya. Keterangan perbandingan seperti seolah-olah semacam Sejak kematian ayah dan ibunya kehidupan Razi tidak tentu arah  seperti  anak ayam kehilangan ibu. Syamsul belajar berterus-terusan  seolah-olah  dia akan menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya. Dia meracau-racau  semacam  orang yang dirasuk hantu.
Setia ayat di atas sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal.  Misalnya:  Dia tidak dapat hadir ke majlis itu  kerana  dia tidak sihat. Ayat (a): Dia tidak dapat hadir ke majlis itu. Ayat (b): Dia tidak sihat. Kata Keterangan:  kerana Dalam peperiksaan SPM soalan-soalan yang dikemukakan mungkin  memerlukan pelajar menyambungkan ayat atau memisahkan ayat majmuk  komplemen.Oleh itu, pelajar hendaklah memberikan perhatian tentang cara-cara untuk menyambungkan ayat dan memisahkan ayat.
Soalan Contoh: 1. Sambungkan ayat-ayat tunggal dibawah ini supaya menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. (i)  Anak gadis itu sedang bersyarah. Anak gadis itu anak saudara saya. (ii)  Penduduk di kawasan lembah itu sedar (sesuatu). Mereka akan  menghadapi banjir kilat. (iii)  Nenek sampai di rumah. Nenek terus masuk ke dalam rumah.
Jawapan Contoh 1(i) Ayat Tunggal (a): Anak gadis itu sedang bersyarah. Ayat Tunggal (b): Anak gadis itu anak saudara saya. Kata Hubung  : kata relatif  yang Ayat Majmuk  : Anak gadis  yang  sedang bersyarah itu anak saudara  saya. Jawapan Contoh 1(ii) Ayat Tunggal (a): Penduduk di kawasan lembah itu sedar ( sesuatu). Ayat Tunggal (b): Mereka akan menghadapi banjir kilat. Kata Hubung  : kata komplemen  bahawa  Ayat Majmuk  : Penduduk di kawasan lembah itu sedar  bahawa  mereka  akan menghadapi banjir kilat.
Jawapan Contoh 1(iii) Ayat Tunggal (a): Nenek sampai di rumah. Ayat Tunggal (b): Nenek terus masuk ke dalam rumah. Kata Hubung  : kata keterangan  setelah Ayat Majmuk  :  Setelah  sampai di rumah nenek terus masuk ke dalam  rumah.
2.  Ayat-ayat majmuk di bawah ini terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Anda dikehendaki memisahkan ayat-ayat tersebut supaya menjadi ayat-ayat tunggal dengan menggunakan ayat gramatis. (i)  Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan  kerana mereka datang lewat. (ii)  Mereka akan dibenarkan masuk ke dalam dewan itu jika mereka  memberikan sebab kelewatan mereka. (iii)  Untuk Redzuan lulus dalam ujian memandu itu amat mudah.
Jawapan Contoh 2(i) Ayat Majmuk  : Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan  peperiksaan kerana mereka datang lewat. Atay Tunggal (a) : Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan  peperiksaan. Atay Tunggal (b) : Mereka datang lewat.  Jawapan Contoh 2(ii) Ayat Majmuk  :  Mereka akan dibenarkan masuk ke dalam dewan itu  jika mereka memberikan sebab kelewatan mereka. Atay Tunggal (a) :  Mereka akan dibenarkan masuk ke dalam dewan itu. Atay Tunggal (b) :  Mereka memberikan sebab kelewatan mereka.
Jawapan Contoh 2(ii) Ayat Majmuk  :  Untuk Redzuan lulus dalam ujian memandu itu amat  mudah.  Atay Tunggal (a) :  Redzuan lulus dalam ujian memandu. Atay Tunggal (b) :  Perkara itu amat mudah.
Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu  jenis ayat. Ayat majmuk campuran ini boleh terdiri daripada campuran  ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai ayat majmuk.  Contoh ayat majmuk campuran adalah seperti yang berikut:    Razali sedang menonton televisyen tetapi kakaknya Rahimah yang belajar di Tingkatan Lima masih menelaah buku pelajaran. Ayat ini sebenarnya terdiri daripada tiga ayat.Secara mudahnya ayat  tersebut dapat dihuraikan seperti yang berikut: Ayat (a):  Razali sedang menonton televisyen. Ayat (b):  Kakaknya Rahimah masih menelaah buku pelajarannya. Ayat (c):  Kakaknya rahimah belajar di Tingkatan Lima.  Ayat Majmuk Campuran: Razali sedang menonton televisyen tetapi kakaknya Rahimah yang belajar di Tingkatan Lima masih menelaah buku pelajarannya.
Soalan yang akan dikemukakan mungkin berbentuk seperti yang berikut: 1. Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat  majmuk. (i )  Motosikal itu ditolak.Motosikal itu dibawa ke bengkel motosikal. Motosikal itu selalu rosak. (ii)  Telefon bimbit itu ringan. Telefon bimbit itu kecil. Telefon  bimbit itu baru dibelinya. (iii)  Ayah pergi ke pasar raya. Ibu pergi ke pasar raya. Mereka  membeli perkakas dapur.
Jawapan Contoh Soalan 1 (i)  Motosikal  yang  selalu rosak itu ditolak  untuk  dibawa ke bengkel  motosikal. (ii)  Telefon bimbit  yang  baru dibelinya itu ringan  kerana  telefon bimbit  kecil.  (iii)  Ayah dan ibu pergi ke pasar raya  untuk  membeli perkakas dapur.
2. Ayat-ayat majmuk di bawah ini terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Anda dikehendaki memisahkan ayat-ayat tersebut kepada ayat-ayat  tunggal dengan menggunakan ayat yang gramatis. (i)  Semua penuntut universiti boleh menjadi ejen kepada  kerajaan  bagi membenteras gejala penyalahangunaan dadah kerana mereka  dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat. (ii)  Sewaktu golongan mahasiswa pulang ke kampung mereka boleh  memainkan peranan mereka untuk mengajak remaja menjauhi  dadah.  (iii)  Kerejan dan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan  peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi tempatan untuk membantu menjayakan program membenteras gejala penyalahgunaan dadah.
Jawapan Contoh Soalan 2 (i) Semua penuntut universiti boleh menjadi ejen kepada  kerajaan  bagi membenteras gejala penyalahangunaan dadah kerana mereka  dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ayat-ayat tunggal: Ayat (a): Semua penuntut universiti boleh menjadi ejen kepada  kerajaan. Ayat (b):  Mereka membenteras gejala penyalahgunaan dadah. Ayat (c):  Mereka dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat.
(ii)  Sewaktu golongan mahasiswa pulang ke kampung mereka boleh  memainkan peranan mereka untuk mengajak remaja menjauhi  najis dadah.  Ayat-ayat tunggal: Ayat (a):  Golongan mahasiswa pulang ke kampung. Ayat (b):  Mereka boleh memainkan peranan mereka. Ayat (c):  Mereka mengajak remaja menjauhi najis dadah.
(iii)  Kerejan dan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan  peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi tempatan untuk membantu menjayakan program membenteras gejala penyalahgunaan dadah. Ayat-ayat tunggal: Ayat tunggal (a): Kerejan menyediakan peruntukan permulaan  sebanyak RM 1 juta kepada Institusi Pengajian  Tinggi tempatan. Ayat tunggal (b): Kementerian Belia dan Sukan menyediakan  peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta kepada  Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Ayat tunggal (c):  Perkara itu membantu menjayakan program membenteras gejala penyalahgunaan dadah.

More Related Content

PDF
Ayat tunggal dan ayat majmuk
DOCX
PDF
Nota Ayat Majmuk.pdf
PPTX
Bab 2 kata tugas
PPTX
Kata Tunggal Kata Majmuk.pptx
PPTX
Frasa adjektif
PPTX
Ayat Perintah & Seruan
DOCX
Kata hubung
Ayat tunggal dan ayat majmuk
Nota Ayat Majmuk.pdf
Bab 2 kata tugas
Kata Tunggal Kata Majmuk.pptx
Frasa adjektif
Ayat Perintah & Seruan
Kata hubung

What's hot (20)

PPTX
Nota Kata Nama
PPT
Kata tunggal bahasa
PPTX
Kata pascakata
DOCX
Imbuhan pinjaman
PPTX
Proses binaan frasa nama
PPSX
Ayat majmuk pancangan ii
DOCX
1.7 bentuk kata
PPTX
Kata majmuk
PPTX
2.2.2 kata kerja
PPT
Ayat Dasar
PPSX
Kata majmuk
PPT
Morfologi
PPTX
Bentuk kata
DOCX
PPT
Pola Ayat
PPSX
Frasa Sendi Nama
PPSX
Ayat tunggal
PPTX
BAB 6 - SINTAKSIS
PPTX
Golongan kata(kata tugas)
Nota Kata Nama
Kata tunggal bahasa
Kata pascakata
Imbuhan pinjaman
Proses binaan frasa nama
Ayat majmuk pancangan ii
1.7 bentuk kata
Kata majmuk
2.2.2 kata kerja
Ayat Dasar
Kata majmuk
Morfologi
Bentuk kata
Pola Ayat
Frasa Sendi Nama
Ayat tunggal
BAB 6 - SINTAKSIS
Golongan kata(kata tugas)
Ad

Similar to Ayat Majmuk (20)

PPT
ayat-majmuk1.ppt
PPT
Bmm3110 ayatmajmuk
PPT
Ayatmajmuk 090503221534-phpapp02
DOCX
Bentuk bentuk ayat
DOCX
ayat majmuk
PPT
Bab 3 Sintaksis (2)
DOCX
Ayat tunggal
PPT
Majmuk pancangan
PPTX
Ayat majmuk
PPT
Ayat majmuk gabungan final 1
PPTX
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahap Menengah.pptx
PPT
Sintaksis
PPTX
Ayat Majmuk pancangan
PPT
PPTX
Slides Kata Hubung untuk Darjah Lima 2025
PPTX
Morfologi
PPTX
Kata tugas stpm penggal 2
PPT
PPT
Prinsip pembinaan ayat
PDF
nota 2 sej.pdf
ayat-majmuk1.ppt
Bmm3110 ayatmajmuk
Ayatmajmuk 090503221534-phpapp02
Bentuk bentuk ayat
ayat majmuk
Bab 3 Sintaksis (2)
Ayat tunggal
Majmuk pancangan
Ayat majmuk
Ayat majmuk gabungan final 1
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Tahap Menengah.pptx
Sintaksis
Ayat Majmuk pancangan
Slides Kata Hubung untuk Darjah Lima 2025
Morfologi
Kata tugas stpm penggal 2
Prinsip pembinaan ayat
nota 2 sej.pdf
Ad

Recently uploaded (8)

PPT
Algoritma-Dan-Pemrograman-C---Tipe-Data.ppt
PPTX
Modul Kebekerjaan Modul Kebekerjaan Modul Kebekerjaan
PPTX
Cara Kerja SMS Gateway dan Aplikasi Gratis Berbasis Web
PPTX
Full - Fase EF - Modul 1 - Mata Pelajaran Koding dan Kecerdasan Artifisial pa...
PPT
Bab 1 Berpikir Komputasional - Part 1.ppt
PPTX
Belajar Pemrograman Komputer Dasar Cpp.pptx
PPTX
Belajar Jaringan Komputer Presentasi dalam Biru Ilustrasi_20250827_093825_000...
PPTX
Materi Informatika Kelas X - Pert 1.pptx
Algoritma-Dan-Pemrograman-C---Tipe-Data.ppt
Modul Kebekerjaan Modul Kebekerjaan Modul Kebekerjaan
Cara Kerja SMS Gateway dan Aplikasi Gratis Berbasis Web
Full - Fase EF - Modul 1 - Mata Pelajaran Koding dan Kecerdasan Artifisial pa...
Bab 1 Berpikir Komputasional - Part 1.ppt
Belajar Pemrograman Komputer Dasar Cpp.pptx
Belajar Jaringan Komputer Presentasi dalam Biru Ilustrasi_20250827_093825_000...
Materi Informatika Kelas X - Pert 1.pptx

Ayat Majmuk

  • 1. AYAT MAJMUK Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk Pancangan Relatif Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
  • 2. Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua ayat yang disambungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, serta, tetapi, sambil , dan sebagainya. Contoh : Salmi dan Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. * Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal iaitu : Ayat Majmuk Gabungan Salmi dan Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. Ayat Tunggal (a) Salmi belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. Ayat Tunggal (b) Zaki adiknya belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. Kata Hubung dan
  • 3. Dalam aspek menggabungkan ayat, soalan-soalan yang mungkin dikemukakan adalah seperti contoh yang berikut : Gabungkan ayat-ayat tunggal yang berikut dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. (i) Dia menunggang basikal. Dia bernyanyi. (ii) Shahidan menjadi doktor. Adiknya menjadi peguam. (iii) Ayah akan balik esok. Ayah akan balik lusa. Jika soalan seperti ini, maka pelajar hendaklah menulis ayat-ayat tersebut dalam bentuk ayat gabungan seperti berikut : Jawapan contoh (i) Ayat tunggal (a) : Dia menunggang basikal. Ayat tunggal (b) : Dia bernyanyi. Kata hubung : sambil Ayat majmuk : Dia menunggang basikal sambil bernyanyi.
  • 4. Jawapan contoh (ii) Ayat tunggal (a) : Shahidan menjadi doktor. Ayat tunggal (b) : Adiknya menjadi peguam. Kata hubung : tetapi Ayat majmuk : Shahidan menjadi doktor, tetapi adiknya menjadi peguam. Jawapan contoh (iii) Ayat tunggal (a) : Ayah akan balik esok. Ayat tunggal (b) : Ayah akan balik lusa. Kata hubung : atau Ayat majmuk : Ayah balik esok atau lusa.
  • 5. Soalan juga mungkin akan meminta pelajar memisahkan ayat majmuk kepada ayat-ayat tunggal. Contohnya adalah seperti yang berikut : Pisahkan ayat-ayat yang berikut kepada ayat-ayat tunggal. (i) Cikgu Azhari akan datang esok atau lusa. (ii) Jamal naik ke atas pentas lalu bernyanyi. (iii) Encik Hassan memandu kereta sambil mendengar radio. Jawapan contoh (i) Ayat majmuk gabungan : Cikgu Azhari akan datang esok atau lusa. Ayat-ayat tunggalnya ialah : Ayat tunggal (a) : Cikgu Azhari akan datang esok. Ayat tunggal (b) : Cikgu Azhari akan datang lusa.
  • 6. Jawapan contoh (ii) Ayat majmuk gabungan : Jamal naik ke pentas lalu bernyanyi. Ayat-ayat tunggalnya ialah : Ayat tunggal (a) : Jamal naik ke pentas. Ayat tunggal (b) : Jamal bernyanyi. Jawapan contoh (iii) Ayat majmuk gabungan : Encik Hassan memandu kereta sambil mendengar radio. Ayat-ayat tunggalnya ialah : Ayat tunggal (a) : Encik Hassan memandu kereta. Ayat tunggal (b) : Encik Hassan mendengar radio.
  • 7. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : Ayat Majmuk Pancangan Relatif. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang menggunakan kata relatif yang seperti contoh-contoh berikut : Saroja memakai sari yang berwarna ungu. Motosikal yang ditunggangnya itu ialah motosikal abangnya. Bapa saya suka menonton filem yang bercorak jenaka. Orang yang bertali leher itu ialah pegawai daerah kita. Kereta yang berderet-deret itu ialah kereta nasional kita. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
  • 8. Setiap ayat yang ditunjukkan tadi sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat induk dan ayat kecil relatif . Misalnya ayat 1 : Ayat Induk Saroja memakai sari Ayat Kecil Sari itu berwarna ungu Kata Hubung Relatif yang Ayat Majmuk Pancangan Relatif Saroja memakai sari yang berwarna ungu
  • 9. Ayat majmuk pancangan komplemen terbina daripada ayat induk dan ayat komplemen yang menggunakan kata komplemen bahawa atau untuk seperti contoh yang berikut : 1. Encik Ariff menerangkan bahawa anaknya sakit. Untuk Azman lulus dalam peperiksaan itu amatlah mudah. Setiap ayat yang ditunjukkan tadi sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat induk dan ayat komplemen . Misalnya ayat 1 : Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat Induk Encik Ariff menerangkan (sesuatu). Ayat Kecil Anaknya sakit. Kata Hubung Komplemen Bahawa Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Encik Ariff menerangkan bahawa anaknya sakit
  • 10. Ayat 2 : Ayat-ayat contoh yang lain ialah : Kerajaan mengumumkan bahawa jejambat dilingkaran MRR2 akan ditutup selama empat bulan. Encik Sallehuddin menafikan bahawa barang-barang kemas isterinya telah hilang. Bahawa projek mega itu gagal adalah tidak tepat. Untuk mengatakan dia mencuri barang itu adalah mustahil Agak mudah untuk dia memenangi pilihan raya kecil itu. Ayat Induk Perkara itu amatlah mudah. Ayat Kecil Azman lulus dalam peperiksaan. Kata Hubung Komplemen Untuk Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Untuk Azman lulus dalam peperiksaan itu amatlah mudah.
  • 11. Ayat majmuk pancangan keterangan atau ayat keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat kecil ini berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja dalam ayat induk. Ayat keterangan ini dapat dikenal berdasarkan kata keterangan yang digunakan dalam pelbagai jenis ayat keterangan seperti yang terdapat dalam jadual yang berikut : Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Jenis-jenis Ayat Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan musabah kerana lantaran oleh sebab Dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia tidak sihat. Suhaimi berjaya dalam peperiksaan itu lantaran usahanya yang bersungguh-sungguh. Mereka menaiki teksi oleh sebab mereka ketinggalan bas.
  • 12. Jenis-jenis Ayat Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan musabab kerana lantaran oleh sebab Dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia tidak sihat. Suhaimi berjaya dalam peperiksaan itu lantaran usahanya yang bersungguh-sungguh. Mereka menaiki teksi oleh sebab mereka ketinggalan bas. Keterangan akibat hingga sehingga Dia asyik bernyanyi hingga sakit tekaknya. Ain belajar bersungguh-sungguh sehingga dia berjaya. Keterangan syarat sekiranya andai kata jikalau jika kalau Saya akan turut pergi berkelah sekiranya saya mendapat kebenaran daripada keluarga saya. Andai kata mereka mencerobohi kawasan kita, kita akan melaporkannya kepada polis. Jikalau mereka tidak datang, kita akan pergi ke tempat mereka. Zulaihah akan menerima peminangan Huzaifah jika Huzaifah berjaya mengalahkan Shahrul dalam pertandingan bina badan yang akan diadakan nanti. Kalau semua orang bersetuju dengan cadangan itu, kita terpaksa akur dengan pendapat mejoriti.
  • 13. Jenis-jenis Ayat Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan waktu sejak setelah sementara tatkala ketika Zaidi bercita-cita menjadi jurutera sejak dari kecil lagi. Azizah membesarkan anak-anaknya sendirian setelah dia kematian suami. Sementara menunggu padi masak, Pak Abu menanam jagung di sekitar kawasan rumahnya. Tatkala hujan turun, mereka masih bermain di padang. Kami berjumpa dengan Zuraidah ketika menunggu bas untuk ke pekan petang semalam. Keterangan pertentangan walaupun kendatipun sedangkan sekalipun Walaupun Halim miskin harta benda dan wang ringgit, tetapi dia kaya dengan budi bahasanya. Kendatipun Hang Tuah menyerangnya, Hang Jebat tetap mempertahankan tindakannya menderhaka terhadap sultan. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di desa. Zakuan boros berbelanja sekalipun pendapatan bulanannya tidak seberapa.
  • 14. Jenis-jenis Ayat Keterangan Kata Keterangan Ayat Contoh Keterangan harapan supaya moga-moga kalau-kalau Sazali belajar bersungguh-sungguh supaya dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPMnya. Kami berdoa moga-moga kamu selamat pergi dan selamat kembali. Saya menawarkan harga yang berpatutan kalau-kalau kamu hendak membeli kereta saya. Keterangan cara dengan Dia memandu kereta barunya dengan cermat agar kereta barunya itu tidak mengalami sebarang kerosakan. Keterangan tunjuk untuk demi Puan Rahmah membeli kamus itu untuk rujukannya sendiri. Pak Malik bekerja bertungkus-lumus demi membiayai persekolahan anak-anaknya. Keterangan perbandingan seperti seolah-olah semacam Sejak kematian ayah dan ibunya kehidupan Razi tidak tentu arah seperti anak ayam kehilangan ibu. Syamsul belajar berterus-terusan seolah-olah dia akan menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya. Dia meracau-racau semacam orang yang dirasuk hantu.
  • 15. Setia ayat di atas sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal. Misalnya:  Dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia tidak sihat. Ayat (a): Dia tidak dapat hadir ke majlis itu. Ayat (b): Dia tidak sihat. Kata Keterangan: kerana Dalam peperiksaan SPM soalan-soalan yang dikemukakan mungkin memerlukan pelajar menyambungkan ayat atau memisahkan ayat majmuk komplemen.Oleh itu, pelajar hendaklah memberikan perhatian tentang cara-cara untuk menyambungkan ayat dan memisahkan ayat.
  • 16. Soalan Contoh: 1. Sambungkan ayat-ayat tunggal dibawah ini supaya menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. (i) Anak gadis itu sedang bersyarah. Anak gadis itu anak saudara saya. (ii) Penduduk di kawasan lembah itu sedar (sesuatu). Mereka akan menghadapi banjir kilat. (iii) Nenek sampai di rumah. Nenek terus masuk ke dalam rumah.
  • 17. Jawapan Contoh 1(i) Ayat Tunggal (a): Anak gadis itu sedang bersyarah. Ayat Tunggal (b): Anak gadis itu anak saudara saya. Kata Hubung : kata relatif yang Ayat Majmuk : Anak gadis yang sedang bersyarah itu anak saudara saya. Jawapan Contoh 1(ii) Ayat Tunggal (a): Penduduk di kawasan lembah itu sedar ( sesuatu). Ayat Tunggal (b): Mereka akan menghadapi banjir kilat. Kata Hubung : kata komplemen bahawa Ayat Majmuk : Penduduk di kawasan lembah itu sedar bahawa mereka akan menghadapi banjir kilat.
  • 18. Jawapan Contoh 1(iii) Ayat Tunggal (a): Nenek sampai di rumah. Ayat Tunggal (b): Nenek terus masuk ke dalam rumah. Kata Hubung : kata keterangan setelah Ayat Majmuk : Setelah sampai di rumah nenek terus masuk ke dalam rumah.
  • 19. 2. Ayat-ayat majmuk di bawah ini terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Anda dikehendaki memisahkan ayat-ayat tersebut supaya menjadi ayat-ayat tunggal dengan menggunakan ayat gramatis. (i) Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan kerana mereka datang lewat. (ii) Mereka akan dibenarkan masuk ke dalam dewan itu jika mereka memberikan sebab kelewatan mereka. (iii) Untuk Redzuan lulus dalam ujian memandu itu amat mudah.
  • 20. Jawapan Contoh 2(i) Ayat Majmuk : Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan kerana mereka datang lewat. Atay Tunggal (a) : Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Atay Tunggal (b) : Mereka datang lewat. Jawapan Contoh 2(ii) Ayat Majmuk : Mereka akan dibenarkan masuk ke dalam dewan itu jika mereka memberikan sebab kelewatan mereka. Atay Tunggal (a) : Mereka akan dibenarkan masuk ke dalam dewan itu. Atay Tunggal (b) : Mereka memberikan sebab kelewatan mereka.
  • 21. Jawapan Contoh 2(ii) Ayat Majmuk : Untuk Redzuan lulus dalam ujian memandu itu amat mudah. Atay Tunggal (a) : Redzuan lulus dalam ujian memandu. Atay Tunggal (b) : Perkara itu amat mudah.
  • 22. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat majmuk campuran ini boleh terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai ayat majmuk. Contoh ayat majmuk campuran adalah seperti yang berikut:  Razali sedang menonton televisyen tetapi kakaknya Rahimah yang belajar di Tingkatan Lima masih menelaah buku pelajaran. Ayat ini sebenarnya terdiri daripada tiga ayat.Secara mudahnya ayat tersebut dapat dihuraikan seperti yang berikut: Ayat (a): Razali sedang menonton televisyen. Ayat (b): Kakaknya Rahimah masih menelaah buku pelajarannya. Ayat (c): Kakaknya rahimah belajar di Tingkatan Lima. Ayat Majmuk Campuran: Razali sedang menonton televisyen tetapi kakaknya Rahimah yang belajar di Tingkatan Lima masih menelaah buku pelajarannya.
  • 23. Soalan yang akan dikemukakan mungkin berbentuk seperti yang berikut: 1. Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk. (i ) Motosikal itu ditolak.Motosikal itu dibawa ke bengkel motosikal. Motosikal itu selalu rosak. (ii) Telefon bimbit itu ringan. Telefon bimbit itu kecil. Telefon bimbit itu baru dibelinya. (iii) Ayah pergi ke pasar raya. Ibu pergi ke pasar raya. Mereka membeli perkakas dapur.
  • 24. Jawapan Contoh Soalan 1 (i) Motosikal yang selalu rosak itu ditolak untuk dibawa ke bengkel motosikal. (ii) Telefon bimbit yang baru dibelinya itu ringan kerana telefon bimbit kecil. (iii) Ayah dan ibu pergi ke pasar raya untuk membeli perkakas dapur.
  • 25. 2. Ayat-ayat majmuk di bawah ini terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Anda dikehendaki memisahkan ayat-ayat tersebut kepada ayat-ayat tunggal dengan menggunakan ayat yang gramatis. (i) Semua penuntut universiti boleh menjadi ejen kepada kerajaan bagi membenteras gejala penyalahangunaan dadah kerana mereka dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat. (ii) Sewaktu golongan mahasiswa pulang ke kampung mereka boleh memainkan peranan mereka untuk mengajak remaja menjauhi dadah. (iii) Kerejan dan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi tempatan untuk membantu menjayakan program membenteras gejala penyalahgunaan dadah.
  • 26. Jawapan Contoh Soalan 2 (i) Semua penuntut universiti boleh menjadi ejen kepada kerajaan bagi membenteras gejala penyalahangunaan dadah kerana mereka dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ayat-ayat tunggal: Ayat (a): Semua penuntut universiti boleh menjadi ejen kepada kerajaan. Ayat (b): Mereka membenteras gejala penyalahgunaan dadah. Ayat (c): Mereka dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat.
  • 27. (ii) Sewaktu golongan mahasiswa pulang ke kampung mereka boleh memainkan peranan mereka untuk mengajak remaja menjauhi najis dadah. Ayat-ayat tunggal: Ayat (a): Golongan mahasiswa pulang ke kampung. Ayat (b): Mereka boleh memainkan peranan mereka. Ayat (c): Mereka mengajak remaja menjauhi najis dadah.
  • 28. (iii) Kerejan dan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi tempatan untuk membantu menjayakan program membenteras gejala penyalahgunaan dadah. Ayat-ayat tunggal: Ayat tunggal (a): Kerejan menyediakan peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Ayat tunggal (b): Kementerian Belia dan Sukan menyediakan peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Ayat tunggal (c): Perkara itu membantu menjayakan program membenteras gejala penyalahgunaan dadah.