Kajian ini menekankan kepentingan pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal di bilik darjah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Usaha ini termasuk penciptaan 'my dream class' yang menekankan kepada keceriaan dan kemaklumatan, di mana pelajar dan guru terlibat dalam proses inovasi dan perancangan. Analisis menunjukkan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk memperbaharui pengurusan kelas bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif.