Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) dilaksanakan untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya Malaysia serta meningkatkan kerjasama dan toleransi di kalangan masyarakat, khususnya di luar bandar. Program Rakan Muda bertujuan melahirkan potensi tinggi di kalangan generasi belia melalui pembangunan minda dan kemahiran yang berkaitan dengan nilai-nilai murni. Program Bina Negara ditubuhkan untuk memupuk semangat patriotisme dan kesiapsiagaan rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran melalui pelbagai kursus dan seminar.