PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 
Pendahuluan 
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas 
di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep 
pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan 
untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah 
pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program 
Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi 
peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan 
dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk 
Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid 
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran 
Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya 
akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. 
Pernyataan Masalah 
Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih 
sedekad dijalankan. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap 
semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan 
secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama 
ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. 
Murid-murid berkeperluan khas kategori autistik yang berupaya dalam akademik sahaja 
yang akan diinklusifkan dalam kelas arus perdana.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak 
bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan 
murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada 
di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan 
mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid 
normal pula. Pelaksanaan PPI akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada 
murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat 
dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran 
dan pembelajaran mereka. ( Gargiulo, R.M. 2006 ) 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran 
Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan muridmurid 
berkeperluan khas, maka satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap 
semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. Program Pendidikan 
Inklusif murid-murid berkeperluan khas khususnya murid kategori autistik, sedang 
dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya 
dan kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat. 
Objektif Kajian 
Objektif kajian kes ini adalah untuk meninjau pelaksanaan PPI murid-murid pendidikan 
khas dari kategori autistik di sebuah sekolah rendah. Objektif khusus kajian kes ini 
adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat berikut:563 
1, Bagaimanakah pelaksanaan PPI bagi murid pendidikan khas kategori autistik dari 
segi: 
a. Murid autistik di kelas inklusif:
1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif 
2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik di kelas inklusif 
3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid autistik di 
kelas inklusif. 
4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik 
b. Guru-guru: 
1) Pendedahan guru-guru mata pelajaran mengenai Pendidikan Khas dan 
Pendidikan Inklusif sebelum mengajar 
2) Aspek kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan 
Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif 
3) Amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif. 
Persoalan Kajian 
Kajian Kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalanpersoalan berikut. 
1. Bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid pendidikan 
khas kategori autistik di Sekolah A dari segi: 
a. Murid autistik 
1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif. 
2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik ke kelas inklusif 
3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan olehmurid autistik. di 
kelas inklusif. 
4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik 
b. Guru-guru 
1) Adakah guru-guru mata pelajaran diberi pendedahan mengenai Pendidikan
Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum mengajar? 
2) Adakah wujud kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru 
Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif? 
3) Apakah amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif? 
Kepentingan Kajian 
Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak yang 
terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPI murid-murid autistik seperti 
Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, 
Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program 
Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu 
memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan 
program yang lebih berkesan bagi murid autistik khasnya dan murid berkeperluan khas 
amnya. 
Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat 
maklumat bagi menyediakan Program Pendidikan Inklusif yang berkesan bukan sahaja 564 
kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa 
menerima murid autistik sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan 
membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dapat 
merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002 ) 
Tinjauan Literatur 
Kecelaruan Spektrum Autistik ( Autistic Spectrum Disorder ) 
Kecelaruan Spektrum Autistik lebih mudah dicirikan melalui aspek tiada 
perkembangan atau secara luar biasanya perkembanganya tertangguh. Autisme
biasanya juga dirujuk sebagai satu gangguan yang berbentuk spektrum di mana ciricirinya 
boleh wujud dalam mana-mana kombinasi dan dalam keadaan keterukan yang 
berbeza.Sifat autistik tidak dapat dikesan pada kanak-kanak berumur antara setahun 
hingga dua tahun, tetapi biasanya menjadi ketara pada usia dua tahun hingga enam 
tahun.Mengikut “Ketidakupayaan Tiga Segi Wing”, individu autistik menunjukkan 
ketidakupayaan dalam tiga bidang, yaitu komunikasi, sosial, dan tingkah laku. 
Kajian Dalam Negeri 
Di Malaysia, tiada kajian dijalankan terhadap Program Pendidikan Inklusif 
murid autistik secara khusus. Ini adalah kerana tidak banyak program khusus yang 
menempatkan murid autistik di satu-satu PPI. Semua murid autistik ditempatkan di 
dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran sekolah-sekolah harian biasa. 
Oleh yang demikian, kajian ini akan secara khusus mengkaji murid-murid autistik yang 
menghadiri Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah rendah. 
Kajian Luar Negara 
Banyak kajian telah dibuat menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah 
pertuturan, fizikal, terencat akal, emosi dan berpencapaian rendah dalam pelajaran 
tidak diterima oleh rakan sebaya mereka daripada golongan murid yang bernasib baik 
(Garguilo, 2006). Murid yang mempunyai masalah personaliti, pertuturan dan kecacatan 
ringan sering membuatkan mereka sukar diterima 
Begitu juga strategi yang diambil oleh guru dan pihak pentadbir sekolah dalam 
menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid normal dengan murid 
autistik. Sekiranya guru dapat menanamkan kefahaman yang positif kepada murid 
normal maka pergaulan dan penerimaan mereka juga akan lebih baik dan menimbulkan
persepsi yang positif. ( Gore, 2004 ) 
Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif 
(PPI) 
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu 
atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) 
menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah 
kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan 
khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif 
dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.565 
Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap PPI mempunyai sejarah yang agak 
panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 
1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan 
beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan 
khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya 
atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di 
seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding 
perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan 
mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara ( Dyson dan Millward, 2000 ). D i 
Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat 
menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan 
pendidikan murid berkeperluan khas. 
Metologi Kajian 
Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, responden
kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. 
Rekabentuk Kajian 
Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah rendah di 
Kuala Lumpur. Pengkaji menggunakan gabungan kaedah kajian secara kualitatif.. 
Dua kaedah pungutan data telah digunakan iaitu temubual dan pemerhatian melalui 
senarai semak. 
Populasi Kajian 
Populasi kajian ini ialah Sekolah A iaitu sebuah sekolah rendah berenrolmen 
rendah di Kuala Lumpur. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankan 
Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan “Projek Rintis Pendekatan Inklusif Bagi 
Murid-murid Autistik”. 
Sampel Kajian 
Berikut adalah senarai sampel kajian ini. 
Jadual 3.1 
Sampel Kajian di Sekolah A 
Bil. Sampel Bilangan (orang) 
1. Guru Besar 1 
2. Penyelaras Kelas Khas 1 
3. Guru Mata pelajaran ( kelas inklusif) 3 
4. Guru Pendamping Pendidikan Inklusif 3 
5. Murid Autistik 3 
JUMLAH 11566 
Instrumen Kajian
Instrumen kajian kes ini adalah seperti berikut: 
Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif. (Lampiran A) 
Instrumen ini melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi 
melihat bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah yang 
dipilih. Senarai semak ini telah diubahsuai dan diadaptasi dari senarai semak Vandercook 
(1990) yang dipetik daripada Saravanan (1997). Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 
seperti berikut: 
Bahagian A : Mengenai persekitaran fizikal kelas dan mengandungi 4 item 
Bahagian B: Mengenai aktiviti pembelajaran dan mengandungi 4 item 
Bahagian C: Mengenai Sosiolisasi dan Komunikasi dan mengandungi 7 item 
Set Temu Bual 
- Protokol Temu Bual Guru Besar ( Lampiran B ) 
- Protokol Temu Bual Guru Matapelajaran dan Guru Pendamping Pendidikan 
Inklusif ( Lampiran C ) 
- Protokol Temu Bual Guru Penyelaras Pendidikan Khas (Lampiran D) 
Dapatan Kajian 
Kajian kes ini telah mengambil sebelas orang sebagai responden dari sekolah A. 
Murid-muridnya terdiri daripada berbilang bangsa dan belajar dari tahun satu hingga 
tahun enam.Saiz kelas adalah sekitar dua puluh orang murid hingga dua puluh lima 
orang murid di dalam setiap kelas.Menurut Guru Besar Sekolah A, beliau bersama-sama 
semua Penolong Kanan telah dihubungi oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas, KPM 
bagi membincangkan implementasi Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid 
autistik dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau TheNational Autism Society
Of Malaysia (NASOM) iaitu sebuah Organisasi Bukan Kerajaan yang menjalankan 
pendidikan untuk murid-murid autistik.Di pihak sekolah, mereka hanya menerima 
murid-murid yang telah dicalonkan oleh pihak NASOM tanpa bantahan. Sungguh 
pun demikian pihak sekolah telah mengemukakan satu set peraturan sekolah untuk 
dipatuhi oleh pihak NASOM dan ibu bapa murid-murid autisma yang terlibat. 
Penempatan murid-murid autistik dari NASOM ke PPI sekolah ini adalah 
secara inklusif penuh. Ini bermakna mereka akan mengikuti aktiviti pengajaran dan 
pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas-kelas yang terpilih bersama-sama murid 
normal. Ciri-ciri murid autistik yang layak mengikuti ini telah ditentukan oleh pihak 
NASOM. Mereka hanya memilih mereka yang menguasai kemahiran asas 3M iaitu 
membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, murid-murid ini mampu untuk 
mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mempunyai tingkah 
laku yang terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang ganjil yang 
akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain. 
Di samping itu, tingkah laku sedemikian akan mengganggu aktiviti pengajaran dan 
pembelajaran di dalam bilik darjah kelak.Paling utama ialah murid-murid tersebut 
mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang 567 
bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah A sahaja yang akan 
dipilih untuk mengikuti program ini. 
Pihak NASOM turut mengatur program persediaan untuk murid-murid autistik 
yang terpilih sebelum mengikuti program ini secara sepenuh masa. Guru Penyelaras 
Pendidikan Khas telah memberi penerangan mengenai keadaan dan senario aktiviti 
pembelajaran yang akan berlaku di dalam kelas inklusif. Sebelum mengikuti program
ini mereka dikehendaki melakukan lawatan ke sekolah A setiap pagi dan melihat 
kawasan sekolah dan bilik-bilik darjah disamping mengikuti aktiviti penilaian 
diagnostik dan Program Pra Inklusif selama beberapa hari. 
Murid-murid autistik ini telah melalui program persediaan yang terancang dan 
tersusun. Antara aktiviti persediaan yang telah dilakukan adalah lawatan ke sekolah 
A, melawat sekeliling kawasan sekolah, menghadiri majlis perhimpunan mingguan, 
makan bersama-sama murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan muridmurid 
normal sewaktu rehat, menyertai program pra inklusif di kelas PKBP dan kelas 
biasa 
Di samping itu, guru-guru kelas dan mata pelajaran telah diberitahu mengenai 
kehadiran murid-murid autistik tersebut di dalam kelas mereka. Di dalam kohort 
pertama, hanya empat buah kelas sahaja yang terlibat iaitu dua buah kelas di tahun satu 
dan dua buah kelas di tahun dua. Kesemua murid autistik hanya berada di kelas-kelas 
tahap satu sahaja. Di dalam setiap kelas telah ditempatkan dua orang murid autistik. Ini 
adalah bagi mengseimbangkan jumlah murid di setiap kelas yang terlibat supaya tidak 
membebankan guru mata pelajaran dan murid-murid normal yang belajar bersama-sama 
mereka. 
Selain daripada itu, antara persediaan sebelum program ini dilaksanakan adalah di 
pihak guru-guru mata pelajaran dan murid-murid normal sekolah A. Istimewanya Program 
Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah semua guru dan pentadbir telah diberikan kursus 
mengenai program ini secara khusus oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas Kementerian 
Pelajaran Malaysia dan NASOM. Mereka telah diterangkan mengenai ciri-ciri murid
autistik, bagaimana implementasi program tersebut dan bidang-bidang kuasa masingmasing. 
Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka 
berasa yakin untuk mengajar murid-murid autistik tersebut. 
Di samping itu, murid-murid normal dan warga sekolah yang lain telah diberikan 
penerangan oleh pihak pentadbir sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan 
secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa 
murid-murid melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai implementasi Program 
Pendidikan Inklusif ini. Surat-surat pemberitahuan mengenai program ini turut 
diedarkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid di sekolah A sebelum program ini 
dilaksanakan. 
Dari segi sumber bantuan pembelajaran untuk murid autistik di kelas inklusif 
pula, tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang 
telah dibuat oleh pihak terlibat. Tetapi yang istimewanya ialah setiap kelas inklusif 
akan mendapat khidmat guru pendamping dari NASOM yang bertindak sebagai guru 
pembantu. Ini adalah penyesuaian yang paling ketara dan berkesan bagi membantu 
murid-murid autistik ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bantuan ini di 
dapati sangat diperlukan oleh murid-murid autistik ini. Setiap guru pendamping dari 568 
NASOM ini akan bertanggungjawab kepada dua orang murid autistik Mereka akan 
sentiasa berada bersama-sama murid autistik di sepanjang waktu aktiviti pengajaran 
dan pembelajaran dijalankan. 
Kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid autistik ini diakui oleh kesemua 
guru yang terlibat. Mereka sekata menyatakan semua murid autistik telah menunjukkan 
perubahan sama ada dari aspek perubahan tingkah laku atau pun pencapaian akademik.
Guru Penolong Kanan menerangkan bahawa tingkah laku murid-murid autistik tersebut 
kini sudah tidak dapat dibezakan dengan murid-murid normal. Ini dapat dibuktikan 
jika seorang pelawat baru datang ke sekolah tersebut pasti pelawat tersebut tidak dapat 
membezakan yang mana satu seorang murid autistik di dalam sesebuah bilik darjah itu. 
Kesimpulannya, perubahan murid-murid autistik sangat jelas selepas mereka mengikuti 
PPI. Semua murid autistik telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan 
dalam semua aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. 
Semua staf akademik dari guru besar, guru-guru penolong kanan hinggalah 
guru-guru mata pelajaran dan guru kelas Pendidikan Khas telah mendapat pendedahan 
mengenai PPI sebelum program ini dilaksanakan.Kursus pendedahan tiga hari dua malam 
tersebut telah diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas dan pihak 
NASOM. Kursus dan taklimat mengenai murid-murid autistik telah membuka minda 
dan memberi keyakinan kepada para guru untuk mengajar murid-murid autistik. 
Guru-guru mata pelajaran turut bersetuju mengenai kerjasama yang dijalin antara 
beliau dan guru-guru khas. Kewujudan kerjasama ini telah membantu meningkatkan 
kualiti pembelajaran murid-murid autistik. Ia turut menggariskan skop tanggungjawab 
yang dibahagikan antara mereka. Kerjasama antara guru mata pelajaran dan guru 
pendamping NASOM jelas kelihatan di dalam bilik darjah.Mereka saling bantu 
membantu dan bertanya antara satu sama lain. 
Kesimpulannya, kerjasama yang wujud antara guru mata pelajaran dan guru 
pendamping telah memberi manfaat kepada semua pihak.Guru mata pelajaran mengaku 
bahawa dia mengajar menggunakan kaedah “talk and chalk”. Beliau yang mengajar 
mata pelajaran Bahasa Melayu begitu yakin mengajar dan bijak menyelitkan murid
autistik yang berada di dalam kelasnya di dalam sesi pengajaran. Murid autistik tersebut 
juga boleh dan begitu yakin berinteraksi dengan guru mata pelajaran dan rakan sekelas. 
Guru tersebut juga tidak nampak kekok berkomunikasi dan berinteraksi dengan muridmurid 
autistik dan ianya dibuat secara santai hingga tidak nampak janggal atau hanya 
berlakun di hadapan pengkaji yang turut berada di dalam kelas membuat pemerhatian. 
Dalam pemerhatian pengkaji, persekitaran fizikal kelas inklusif adalah amat 
sesuai. Dengan enrolmen murid antara dua puluh ke dua puluh lima orang di dalam satu 
bilik darjah, kemasukan murid autistik tidak menjejaskan kepadatan kelas. 
Kedudukan murid autistik selalunya diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu 
kumpulan. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam 
dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru atau sebaliknya. 
Susunan meja yang di susun mengadap antara satu sama lain memudah interaksi muridmurid 
normal dengan murid autistik dan sebaliknya. 
Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran semua murid autistik akan 
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain. Di 
samping itu, terdapat beberapa orang murid autistik yang melibatkan diri secara aktif 569 
semasa guru mengajar. Namun majoriti daripada mereka agak pasif dan nampak seperti 
tidak memberikan tumpuan kepada guru tetapi tidak pula melakukan sesuatu yang 
mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semua guru menggunakan bahan 
bantuan mengajar yang sama seperti murid lain. Murid autistik yang tiada masalah akan 
terus melakukan tugasan yang diberikan guru tanpa merujuk kepada guru pendamping. 
Ini menunjukkan murid autistik tidak bergantung kepada guru pendamping sahaja. 
Mereka telah beransur-ansur berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru
khas sekiranya perlu. 
Dari segi sosialisasi dan komunikasi murid autistik, mereka nampak agak matang 
dan sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan 
cara komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan 
begitu juga sebaliknya. Tetapi terdapat tiga orang murid autistik yang masih tidak 
dapat memulakan perbualan dengan rakan sekelas mereka.Murid lain perlu memulakan 
sesuatu komunikasi barulah mereka akan berinteraksi secara minima sahaja. Sungguhpun 
demikian murid-murid autistik yang lain akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan 
sesiapa sahaja dengan baik. Komunikasi dua hala yang berkesan didapati semasa 
waktu rehat. Murid-murid autistik akan bergaul bukan sahaja dengan rakan sekelas 
tetapi dengan semua murid di sekolah A.Terdapat dua orang murid autistik yang mulai 
meninggalkan ”ciri-ciri tidak boleh berkomunikasinya” dan berjaya berinteraksi dan 
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh bermain kejar-kejar dengan rakanrakan 
bukan sekelas dan makan di tempat-tempat yang berlainan di kantin setiap hari. 
Rumusan dan Perbincangan 
Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah menjalankan beberapa 
perkara asas yang menjadi prasyarat kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. 
Antaranya ialah hanya memilih murid autistik yang menguasai kemahiran asas 3M 
sahaja mengikuti program ini. Selain daripada itu murid-murid autistik yang terpilih 
boleh berkomunikasi dan tiada masalah tingkah laku berat yang boleh mengganggu 
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka ini dikategorikan sebagai murid autistik 
berfungsi tinggi. Selain itu, mereka telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai 
perjalanan program dan telah menjalani Program Pra Inklusif di kelas PKBP dan
kelas-kelas terpilih sebelum mereka mengikuti Program Pendidikan Inklusif secara 
sepenuh masa. Kelas-kelas inklusif di sekolah A mempunyai enrolmen yang rendah 
dan kemasukkan murid-murid autistik tidak membebankan. Walaupun meja dan kerusi 
murid autistik itu turut ditempatkan di dalam kelas secara kekal tetapi pertambahan ini 
tidak memadatkan ataupun memenuhkan ruang di dalam bilik darjah tersebut. 
Murid-murid autistik yang terpilih ini mendapat bantuan dan kerjasama 
daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk mematuhi 
setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh semua pihak seperti NASOM, Jabatan 
Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala 
Lumpur dan pihak sekolah A. Mereka turut memberi kerjasama dalam semua perkara 
berkaitan pendaftaran anak-anak mereka dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, 
berdaftar dengan program PKBP sekolah A dan membayar semua yuran dan bayaran 
tambahan yang diperlukan.570 
Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman, 
penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, muridmurid 
normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program 
ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk 
menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa, 
2001). 
Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berjaya dan mendapat kerjasama 
warga sekolah kerana penglibatan semua guru.Guru Besar, guru-guru penolong kanan 
hingga guru-guru mata pelajaran telah memainkan peranan yang penting. Semua guru 
telah diberi kursus dan penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan program
ini.Kursus yang dihadiri telah menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi dan 
mengajar murid-murid autistik.Di samping itu mereka telah diberikan garis panduan 
pelaksanaan program ini dan menyebabkan mereka tahu bidang tugas masing-masing. 
Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata pelajaran telah memberi impak yang positif 
kepada tabiat pembelajaran murid-murid autistik.Seterusnya ini telah meningkatkan 
kejayaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A. 
Di samping itu, kewujudan guru-guru pendamping dari NASOM yang seakan 
guru pembantu telah menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Wujudnya kerjasama 
dari segi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru 
pendamping sangat membantu program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti 
”mengajar bersama-sama” atau “co-teaching” bersama-sama guru mata pelajaran 
semasa di dalam bilik darjah.Guru-guru pendamping memberi bantuan dan penerangan 
tambahan yang diperlukan kepada murid-murid autistik semasa guru mata pelajaran 
mengajar di dalam kelas.Ini amat membantu dan meringankan tanggungjawab guru 
mata pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan 
beransur-ansur kurang dari masa ke semasa. 
Cadangan 
Berdasarkan kepada rumusan daripada hasil kajian terdapat faktok-faktor positif 
yang terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi pelaksanaan Program 
Pendidikan Inklusif murid autistik.Oleh itu beberapa cadangan dikemukan bagi 
perkembangan Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang. 
Cadangan untuk Sekolah 
Pihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan
perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak 
pentadbir perlu peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif 
supaya matlamatnya tercapai. Hanya sekolah berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi 
menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid 
autistik tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik 
darjah. Penerangan dan pemantauan yang berterusan dari pihak Jabatan Pendidikan 
Khas dan pihak NASOM juga perlu diambil perhatian Memaklumkan kepada ibu bapa 
murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini turut membantu 
menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua warga sekolah ini.571 
Penerangan kepada Murid-Murid Normal 
Pihak sekolah perlu mengadakan penerangan secara terperinci dan terbuka 
mengenai murid autistik yang akan menjadi rakan sekelas murid normal. Dengan 
penerangan berterusan, semua warga sekolah khasnya murid-murid dapat memahami 
dan menerima pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. 
Kolaborasi antara Guru Khas dan Guru Mata Pelajaran 
Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru mata 
pelajaran adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. 
Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan 
seterusnya membantu pelaksanaan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidangbidang 
kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih 
berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran 
dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid autistik, bengkel ”co teaching” atau 
mengajar bersama, lawatan sambl belajar dan sebagainya. Dalam keadaan-keadaan
tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara yang bermakna 
antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program Pendidikan 
Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula forum untuk 
berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang 
terlibat. 
Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri 
Pengalaman menjalankan kajian rintis di sekolah A sepatutnya menjadi 
panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.Jelas 
menunjukkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berkesan kerana 
adanya perancangan yang rapi telah diatur. Semua persediaan di peringkat akar umbi 
telah dilakukan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini. 
Semua warga sekolah telah diberikan taklimat, penerangan dan kursus yang 
sesuai untuk mereka. Oleh itu pihak guru jelas dan faham implementasi program ini dan 
dapat menjalankannya. Sekiranya program ini mahu dilaksanakan di sekolah-sekolah 
lain, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat modus operandi yang sama seperti 
dilaksanakan di sekolah A. 
Penutup 
Kajian ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan 
Inklusif murid autistik. Kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaannya adalah berdasarkan 
ciri-ciri yang telah disenaraikan. Hasil dari kajian tersebut mendapati perspektif baru 
Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang 
beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program 
ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid
autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. 
Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.572 
Rujukan 
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah 
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: 
Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. 
Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi 
Al Quran.( 1983). Tafsir Al Quran oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Edisi ke 23. Jakarta: 
P.T. Hidakarya Agung, 
Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa Pustaka. 
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan 
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 
Ashman, A. & Elkins, J. (1998). Educating Children with Special Needs. Australia : 
Prentice Hall. 
Asmah Hj. Omar. (2002). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur 
DBP.

Pelaksanaan program pendidikan inklusif

  • 1.
    PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKANINKLUSIF Pendahuluan Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Pernyataan Masalah Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih sedekad dijalankan. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. Murid-murid berkeperluan khas kategori autistik yang berupaya dalam akademik sahaja yang akan diinklusifkan dalam kelas arus perdana.
  • 2.
    Keberkesanan pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan PPI akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. ( Gargiulo, R.M. 2006 ) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan muridmurid berkeperluan khas, maka satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. Program Pendidikan Inklusif murid-murid berkeperluan khas khususnya murid kategori autistik, sedang dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya dan kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat. Objektif Kajian Objektif kajian kes ini adalah untuk meninjau pelaksanaan PPI murid-murid pendidikan khas dari kategori autistik di sebuah sekolah rendah. Objektif khusus kajian kes ini adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat berikut:563 1, Bagaimanakah pelaksanaan PPI bagi murid pendidikan khas kategori autistik dari segi: a. Murid autistik di kelas inklusif:
  • 3.
    1) Ciri-ciri penempatanmurid autistik di kelas inklusif 2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik di kelas inklusif 3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid autistik di kelas inklusif. 4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik b. Guru-guru: 1) Pendedahan guru-guru mata pelajaran mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum mengajar 2) Aspek kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif 3) Amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif. Persoalan Kajian Kajian Kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalanpersoalan berikut. 1. Bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid pendidikan khas kategori autistik di Sekolah A dari segi: a. Murid autistik 1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif. 2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik ke kelas inklusif 3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan olehmurid autistik. di kelas inklusif. 4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik b. Guru-guru 1) Adakah guru-guru mata pelajaran diberi pendedahan mengenai Pendidikan
  • 4.
    Khas dan PendidikanInklusif sebelum mengajar? 2) Adakah wujud kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif? 3) Apakah amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif? Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPI murid-murid autistik seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid autistik khasnya dan murid berkeperluan khas amnya. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan Program Pendidikan Inklusif yang berkesan bukan sahaja 564 kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid autistik sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002 ) Tinjauan Literatur Kecelaruan Spektrum Autistik ( Autistic Spectrum Disorder ) Kecelaruan Spektrum Autistik lebih mudah dicirikan melalui aspek tiada perkembangan atau secara luar biasanya perkembanganya tertangguh. Autisme
  • 5.
    biasanya juga dirujuksebagai satu gangguan yang berbentuk spektrum di mana ciricirinya boleh wujud dalam mana-mana kombinasi dan dalam keadaan keterukan yang berbeza.Sifat autistik tidak dapat dikesan pada kanak-kanak berumur antara setahun hingga dua tahun, tetapi biasanya menjadi ketara pada usia dua tahun hingga enam tahun.Mengikut “Ketidakupayaan Tiga Segi Wing”, individu autistik menunjukkan ketidakupayaan dalam tiga bidang, yaitu komunikasi, sosial, dan tingkah laku. Kajian Dalam Negeri Di Malaysia, tiada kajian dijalankan terhadap Program Pendidikan Inklusif murid autistik secara khusus. Ini adalah kerana tidak banyak program khusus yang menempatkan murid autistik di satu-satu PPI. Semua murid autistik ditempatkan di dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran sekolah-sekolah harian biasa. Oleh yang demikian, kajian ini akan secara khusus mengkaji murid-murid autistik yang menghadiri Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah rendah. Kajian Luar Negara Banyak kajian telah dibuat menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan, fizikal, terencat akal, emosi dan berpencapaian rendah dalam pelajaran tidak diterima oleh rakan sebaya mereka daripada golongan murid yang bernasib baik (Garguilo, 2006). Murid yang mempunyai masalah personaliti, pertuturan dan kecacatan ringan sering membuatkan mereka sukar diterima Begitu juga strategi yang diambil oleh guru dan pihak pentadbir sekolah dalam menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid normal dengan murid autistik. Sekiranya guru dapat menanamkan kefahaman yang positif kepada murid normal maka pergaulan dan penerimaan mereka juga akan lebih baik dan menimbulkan
  • 6.
    persepsi yang positif.( Gore, 2004 ) Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.565 Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap PPI mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara ( Dyson dan Millward, 2000 ). D i Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Metologi Kajian Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, responden
  • 7.
    kajian, instrumen kajian,tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Pengkaji menggunakan gabungan kaedah kajian secara kualitatif.. Dua kaedah pungutan data telah digunakan iaitu temubual dan pemerhatian melalui senarai semak. Populasi Kajian Populasi kajian ini ialah Sekolah A iaitu sebuah sekolah rendah berenrolmen rendah di Kuala Lumpur. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan “Projek Rintis Pendekatan Inklusif Bagi Murid-murid Autistik”. Sampel Kajian Berikut adalah senarai sampel kajian ini. Jadual 3.1 Sampel Kajian di Sekolah A Bil. Sampel Bilangan (orang) 1. Guru Besar 1 2. Penyelaras Kelas Khas 1 3. Guru Mata pelajaran ( kelas inklusif) 3 4. Guru Pendamping Pendidikan Inklusif 3 5. Murid Autistik 3 JUMLAH 11566 Instrumen Kajian
  • 8.
    Instrumen kajian kesini adalah seperti berikut: Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif. (Lampiran A) Instrumen ini melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi melihat bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah yang dipilih. Senarai semak ini telah diubahsuai dan diadaptasi dari senarai semak Vandercook (1990) yang dipetik daripada Saravanan (1997). Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu seperti berikut: Bahagian A : Mengenai persekitaran fizikal kelas dan mengandungi 4 item Bahagian B: Mengenai aktiviti pembelajaran dan mengandungi 4 item Bahagian C: Mengenai Sosiolisasi dan Komunikasi dan mengandungi 7 item Set Temu Bual - Protokol Temu Bual Guru Besar ( Lampiran B ) - Protokol Temu Bual Guru Matapelajaran dan Guru Pendamping Pendidikan Inklusif ( Lampiran C ) - Protokol Temu Bual Guru Penyelaras Pendidikan Khas (Lampiran D) Dapatan Kajian Kajian kes ini telah mengambil sebelas orang sebagai responden dari sekolah A. Murid-muridnya terdiri daripada berbilang bangsa dan belajar dari tahun satu hingga tahun enam.Saiz kelas adalah sekitar dua puluh orang murid hingga dua puluh lima orang murid di dalam setiap kelas.Menurut Guru Besar Sekolah A, beliau bersama-sama semua Penolong Kanan telah dihubungi oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas, KPM bagi membincangkan implementasi Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid autistik dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau TheNational Autism Society
  • 9.
    Of Malaysia (NASOM)iaitu sebuah Organisasi Bukan Kerajaan yang menjalankan pendidikan untuk murid-murid autistik.Di pihak sekolah, mereka hanya menerima murid-murid yang telah dicalonkan oleh pihak NASOM tanpa bantahan. Sungguh pun demikian pihak sekolah telah mengemukakan satu set peraturan sekolah untuk dipatuhi oleh pihak NASOM dan ibu bapa murid-murid autisma yang terlibat. Penempatan murid-murid autistik dari NASOM ke PPI sekolah ini adalah secara inklusif penuh. Ini bermakna mereka akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas-kelas yang terpilih bersama-sama murid normal. Ciri-ciri murid autistik yang layak mengikuti ini telah ditentukan oleh pihak NASOM. Mereka hanya memilih mereka yang menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, murid-murid ini mampu untuk mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mempunyai tingkah laku yang terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain. Di samping itu, tingkah laku sedemikian akan mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kelak.Paling utama ialah murid-murid tersebut mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang 567 bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah A sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. Pihak NASOM turut mengatur program persediaan untuk murid-murid autistik yang terpilih sebelum mengikuti program ini secara sepenuh masa. Guru Penyelaras Pendidikan Khas telah memberi penerangan mengenai keadaan dan senario aktiviti pembelajaran yang akan berlaku di dalam kelas inklusif. Sebelum mengikuti program
  • 10.
    ini mereka dikehendakimelakukan lawatan ke sekolah A setiap pagi dan melihat kawasan sekolah dan bilik-bilik darjah disamping mengikuti aktiviti penilaian diagnostik dan Program Pra Inklusif selama beberapa hari. Murid-murid autistik ini telah melalui program persediaan yang terancang dan tersusun. Antara aktiviti persediaan yang telah dilakukan adalah lawatan ke sekolah A, melawat sekeliling kawasan sekolah, menghadiri majlis perhimpunan mingguan, makan bersama-sama murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan muridmurid normal sewaktu rehat, menyertai program pra inklusif di kelas PKBP dan kelas biasa Di samping itu, guru-guru kelas dan mata pelajaran telah diberitahu mengenai kehadiran murid-murid autistik tersebut di dalam kelas mereka. Di dalam kohort pertama, hanya empat buah kelas sahaja yang terlibat iaitu dua buah kelas di tahun satu dan dua buah kelas di tahun dua. Kesemua murid autistik hanya berada di kelas-kelas tahap satu sahaja. Di dalam setiap kelas telah ditempatkan dua orang murid autistik. Ini adalah bagi mengseimbangkan jumlah murid di setiap kelas yang terlibat supaya tidak membebankan guru mata pelajaran dan murid-murid normal yang belajar bersama-sama mereka. Selain daripada itu, antara persediaan sebelum program ini dilaksanakan adalah di pihak guru-guru mata pelajaran dan murid-murid normal sekolah A. Istimewanya Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah semua guru dan pentadbir telah diberikan kursus mengenai program ini secara khusus oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan NASOM. Mereka telah diterangkan mengenai ciri-ciri murid
  • 11.
    autistik, bagaimana implementasiprogram tersebut dan bidang-bidang kuasa masingmasing. Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid autistik tersebut. Di samping itu, murid-murid normal dan warga sekolah yang lain telah diberikan penerangan oleh pihak pentadbir sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai implementasi Program Pendidikan Inklusif ini. Surat-surat pemberitahuan mengenai program ini turut diedarkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid di sekolah A sebelum program ini dilaksanakan. Dari segi sumber bantuan pembelajaran untuk murid autistik di kelas inklusif pula, tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang telah dibuat oleh pihak terlibat. Tetapi yang istimewanya ialah setiap kelas inklusif akan mendapat khidmat guru pendamping dari NASOM yang bertindak sebagai guru pembantu. Ini adalah penyesuaian yang paling ketara dan berkesan bagi membantu murid-murid autistik ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bantuan ini di dapati sangat diperlukan oleh murid-murid autistik ini. Setiap guru pendamping dari 568 NASOM ini akan bertanggungjawab kepada dua orang murid autistik Mereka akan sentiasa berada bersama-sama murid autistik di sepanjang waktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid autistik ini diakui oleh kesemua guru yang terlibat. Mereka sekata menyatakan semua murid autistik telah menunjukkan perubahan sama ada dari aspek perubahan tingkah laku atau pun pencapaian akademik.
  • 12.
    Guru Penolong Kananmenerangkan bahawa tingkah laku murid-murid autistik tersebut kini sudah tidak dapat dibezakan dengan murid-murid normal. Ini dapat dibuktikan jika seorang pelawat baru datang ke sekolah tersebut pasti pelawat tersebut tidak dapat membezakan yang mana satu seorang murid autistik di dalam sesebuah bilik darjah itu. Kesimpulannya, perubahan murid-murid autistik sangat jelas selepas mereka mengikuti PPI. Semua murid autistik telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. Semua staf akademik dari guru besar, guru-guru penolong kanan hinggalah guru-guru mata pelajaran dan guru kelas Pendidikan Khas telah mendapat pendedahan mengenai PPI sebelum program ini dilaksanakan.Kursus pendedahan tiga hari dua malam tersebut telah diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM. Kursus dan taklimat mengenai murid-murid autistik telah membuka minda dan memberi keyakinan kepada para guru untuk mengajar murid-murid autistik. Guru-guru mata pelajaran turut bersetuju mengenai kerjasama yang dijalin antara beliau dan guru-guru khas. Kewujudan kerjasama ini telah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid autistik. Ia turut menggariskan skop tanggungjawab yang dibahagikan antara mereka. Kerjasama antara guru mata pelajaran dan guru pendamping NASOM jelas kelihatan di dalam bilik darjah.Mereka saling bantu membantu dan bertanya antara satu sama lain. Kesimpulannya, kerjasama yang wujud antara guru mata pelajaran dan guru pendamping telah memberi manfaat kepada semua pihak.Guru mata pelajaran mengaku bahawa dia mengajar menggunakan kaedah “talk and chalk”. Beliau yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu begitu yakin mengajar dan bijak menyelitkan murid
  • 13.
    autistik yang beradadi dalam kelasnya di dalam sesi pengajaran. Murid autistik tersebut juga boleh dan begitu yakin berinteraksi dengan guru mata pelajaran dan rakan sekelas. Guru tersebut juga tidak nampak kekok berkomunikasi dan berinteraksi dengan muridmurid autistik dan ianya dibuat secara santai hingga tidak nampak janggal atau hanya berlakun di hadapan pengkaji yang turut berada di dalam kelas membuat pemerhatian. Dalam pemerhatian pengkaji, persekitaran fizikal kelas inklusif adalah amat sesuai. Dengan enrolmen murid antara dua puluh ke dua puluh lima orang di dalam satu bilik darjah, kemasukan murid autistik tidak menjejaskan kepadatan kelas. Kedudukan murid autistik selalunya diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kumpulan. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru atau sebaliknya. Susunan meja yang di susun mengadap antara satu sama lain memudah interaksi muridmurid normal dengan murid autistik dan sebaliknya. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran semua murid autistik akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain. Di samping itu, terdapat beberapa orang murid autistik yang melibatkan diri secara aktif 569 semasa guru mengajar. Namun majoriti daripada mereka agak pasif dan nampak seperti tidak memberikan tumpuan kepada guru tetapi tidak pula melakukan sesuatu yang mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semua guru menggunakan bahan bantuan mengajar yang sama seperti murid lain. Murid autistik yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan guru tanpa merujuk kepada guru pendamping. Ini menunjukkan murid autistik tidak bergantung kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah beransur-ansur berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru
  • 14.
    khas sekiranya perlu. Dari segi sosialisasi dan komunikasi murid autistik, mereka nampak agak matang dan sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan begitu juga sebaliknya. Tetapi terdapat tiga orang murid autistik yang masih tidak dapat memulakan perbualan dengan rakan sekelas mereka.Murid lain perlu memulakan sesuatu komunikasi barulah mereka akan berinteraksi secara minima sahaja. Sungguhpun demikian murid-murid autistik yang lain akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan baik. Komunikasi dua hala yang berkesan didapati semasa waktu rehat. Murid-murid autistik akan bergaul bukan sahaja dengan rakan sekelas tetapi dengan semua murid di sekolah A.Terdapat dua orang murid autistik yang mulai meninggalkan ”ciri-ciri tidak boleh berkomunikasinya” dan berjaya berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh bermain kejar-kejar dengan rakanrakan bukan sekelas dan makan di tempat-tempat yang berlainan di kantin setiap hari. Rumusan dan Perbincangan Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah menjalankan beberapa perkara asas yang menjadi prasyarat kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Antaranya ialah hanya memilih murid autistik yang menguasai kemahiran asas 3M sahaja mengikuti program ini. Selain daripada itu murid-murid autistik yang terpilih boleh berkomunikasi dan tiada masalah tingkah laku berat yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka ini dikategorikan sebagai murid autistik berfungsi tinggi. Selain itu, mereka telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai perjalanan program dan telah menjalani Program Pra Inklusif di kelas PKBP dan
  • 15.
    kelas-kelas terpilih sebelummereka mengikuti Program Pendidikan Inklusif secara sepenuh masa. Kelas-kelas inklusif di sekolah A mempunyai enrolmen yang rendah dan kemasukkan murid-murid autistik tidak membebankan. Walaupun meja dan kerusi murid autistik itu turut ditempatkan di dalam kelas secara kekal tetapi pertambahan ini tidak memadatkan ataupun memenuhkan ruang di dalam bilik darjah tersebut. Murid-murid autistik yang terpilih ini mendapat bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh semua pihak seperti NASOM, Jabatan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak sekolah A. Mereka turut memberi kerjasama dalam semua perkara berkaitan pendaftaran anak-anak mereka dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, berdaftar dengan program PKBP sekolah A dan membayar semua yuran dan bayaran tambahan yang diperlukan.570 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, muridmurid normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa, 2001). Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berjaya dan mendapat kerjasama warga sekolah kerana penglibatan semua guru.Guru Besar, guru-guru penolong kanan hingga guru-guru mata pelajaran telah memainkan peranan yang penting. Semua guru telah diberi kursus dan penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan program
  • 16.
    ini.Kursus yang dihadiritelah menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi dan mengajar murid-murid autistik.Di samping itu mereka telah diberikan garis panduan pelaksanaan program ini dan menyebabkan mereka tahu bidang tugas masing-masing. Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata pelajaran telah memberi impak yang positif kepada tabiat pembelajaran murid-murid autistik.Seterusnya ini telah meningkatkan kejayaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A. Di samping itu, kewujudan guru-guru pendamping dari NASOM yang seakan guru pembantu telah menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Wujudnya kerjasama dari segi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru pendamping sangat membantu program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti ”mengajar bersama-sama” atau “co-teaching” bersama-sama guru mata pelajaran semasa di dalam bilik darjah.Guru-guru pendamping memberi bantuan dan penerangan tambahan yang diperlukan kepada murid-murid autistik semasa guru mata pelajaran mengajar di dalam kelas.Ini amat membantu dan meringankan tanggungjawab guru mata pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan beransur-ansur kurang dari masa ke semasa. Cadangan Berdasarkan kepada rumusan daripada hasil kajian terdapat faktok-faktor positif yang terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistik.Oleh itu beberapa cadangan dikemukan bagi perkembangan Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang. Cadangan untuk Sekolah Pihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan
  • 17.
    perlaksanaan Program PendidikanInklusif di sekolah masing-masing. Pihak pentadbir perlu peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Hanya sekolah berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid autistik tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah. Penerangan dan pemantauan yang berterusan dari pihak Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM juga perlu diambil perhatian Memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini turut membantu menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua warga sekolah ini.571 Penerangan kepada Murid-Murid Normal Pihak sekolah perlu mengadakan penerangan secara terperinci dan terbuka mengenai murid autistik yang akan menjadi rakan sekelas murid normal. Dengan penerangan berterusan, semua warga sekolah khasnya murid-murid dapat memahami dan menerima pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Kolaborasi antara Guru Khas dan Guru Mata Pelajaran Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru mata pelajaran adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu pelaksanaan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidangbidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid autistik, bengkel ”co teaching” atau mengajar bersama, lawatan sambl belajar dan sebagainya. Dalam keadaan-keadaan
  • 18.
    tertentu peluang untukbertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara yang bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang terlibat. Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri Pengalaman menjalankan kajian rintis di sekolah A sepatutnya menjadi panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.Jelas menunjukkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berkesan kerana adanya perancangan yang rapi telah diatur. Semua persediaan di peringkat akar umbi telah dilakukan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini. Semua warga sekolah telah diberikan taklimat, penerangan dan kursus yang sesuai untuk mereka. Oleh itu pihak guru jelas dan faham implementasi program ini dan dapat menjalankannya. Sekiranya program ini mahu dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat modus operandi yang sama seperti dilaksanakan di sekolah A. Penutup Kajian ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistik. Kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaannya adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Hasil dari kajian tersebut mendapati perspektif baru Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid
  • 19.
    autistik ini darisatu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.572 Rujukan Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi Al Quran.( 1983). Tafsir Al Quran oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Edisi ke 23. Jakarta: P.T. Hidakarya Agung, Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ashman, A. & Elkins, J. (1998). Educating Children with Special Needs. Australia : Prentice Hall. Asmah Hj. Omar. (2002). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur DBP.