2
Most read
Bincangkan penipuan dan penyelewengan di pasaran daripada perspektif:EkonomiSosialBudayaAgamaUndang-undangPerlindungan alam sekitarPada masa kini, isu penipuan dan penyelewengan di pasaran semakin serius dan membimbangkan orang ramai kerana perkara ini boleh mengancam keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan negara. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara telah melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan. Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan mereka dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang dibenarkan. Selain itu, kemudahan sistem kredit membolehkan golongan peniaga yang tidak jujur lalu mengambil kesempatan dan melakukan penyelewengan modal dan pinjaman. Kegawatan ekonomi juga menyebabkan peningkatan penjenayah kolar putih. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang cekap, sihat, dan adil perlu diwujudkan bagi membentukkan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Dari perspektif sosial, penipuan dan penyelewengan akan menyebabkan ketidakseimbangan dan masalah sosial di pasaran. Penipuan boleh menwujudkan masyarakat yang saling mengesyaki antara satu sama lain. Maklumat-matlumat yang penting tidak dapat dikongsi dan disampaikan dengan tepat dan cepat akan membawa kerugian yang besar kepada setiap individu. Penyelewengan akan menyebabkan hak seorang individu dijejaskan. Penyelewengan akan menjejaskan keadilan di pasaran kerana keputusan jual beli akan dijalankan secara tidak saksama, berat sebelah dan tidak adil.Kesannya, masalah seperti harta benda individu dirompak dan dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akan berlaku.Dari perspektif budaya, penipuan dan penyelewengan yang berlaku di pasaran akan membawa kesan yang buruk pada budaya dan sosial sesebuah negara. Budaya dikatakan tanda dan keunikan bagi sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu, jika berlakunya penipuan dan penyelewengan di pasaran, ini akan menjejaskan kebudayaan dan imej negara. Hal ini kerana pada mata orang luar, sesuatu negara yang sering berlaku penipuan tentunya masyarakat negara itu tidak jujur dan tiada didikan agama dan mereka mungkin mengaitkannya dengan budaya masyarakat tersebut. Maka, kecantikan dan keistimewaaan budaya yang telah disampaikan turun-temurun akan dijejas dan ini menjejaskan imej negara.Dari segi perspektif agama pula, agama Islam mengharamkan unsur penindasan dan penyelewengan yang boleh menjejaskan keharmonian urusan muamalah. Islam turut mengharamkan sebarang bentuk ihtikar dalam perniagaan. Islam kaya dengan nilai-nilai yang cukup dinamik di mana agama Islam amat menitikberatkan moral dan etika, nilai-nilai kemanusiaan, prinsip-prinsip persaudaraan, semangat musyawarah dan tolong-menolong, etos kerja dan tanggungjawab sosial yang semuanya diperhalusi syariat khususnya dalam perbincangan fikah muamalat. Semangat persaudaraan dan hubungan kasih sayang kemanusiaan yang berasaskan ketakwaan seutuhnya kepada Allah. Malah budaya perniagaan Islam yang disemangati oleh nilai kasih sayang kemanusiaan dan diterasi semangat persaudaraan inilah yang akan mewujudkan iklim sihat dalam dunia korporat dan urusan ekonomi hari ini. Melihat dari sudut undang-undang pula, kes yang kerap berlaku ialah penyelewengan daripada harga barang, tindakan peniaga yang menyorokkan  barangan telah menyebabkan harga barang meningkat. Selain itu, terdapat juga peniaga yang mementingkan keuntungan dan mengabaikan keselamatan barangan yang dikeluarkan. Contohnya, kes tepung susu yang berlaku di China telah menyebabkan beribu-ribu bayi mengalami masalah kesihatan batu karang. Peniaga tersebut tidak mempunyai etika peniagaan kerana beliau tetap memasarkan tepung susu yang tercemar itu walaupun beliau  mengetahui tepung susu itu adalah tidak sesuai diminum. Tiada maknanya membentuk suatu akta jika tindakan penguatkuasaan undang-undang tidak dilakukan. Dari segi perspektif perlindungan alam sekitar, penipuan dan penyelewengan dapat menjejaskan keseimbangan ekosisitem. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Bumi adalah anugerah Tuhan kepada insan. Malangnya terdapat sebilangan perusaha, peniaga dan juga individu tidak memperdulikan kepentingan perlindungan alam sekitar dan berniat menipu kepada orang ramai bahawa mereka ada menjalankan aktiviti perlindungan alam sekitar tetapi sebaliknya meneruskan perbuatan mereka seperti membuang sampah-sarap ke dalam sungai dan merata-rata tempat, memggunakan sumber yang tidak mesra alam serta bahan yang membahayakan kesihatan kita dalam proses pengeluaran barangan, membuang toksik ke dalam sungai dan sebagainya. Pengembangan teknologi dan penggunaan yang tidak sederhana serta kebanyakkan aktiviti manusia yang tidak terbatas, menyelewengan serta pembaziran sumber telah membawa banyak imbak negatif ke atas alam sekitar dan akhirnya mempengaruhi kehidupan kita. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar, tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan ekosistem yang dilakukan.oleh manusia.
penipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaran

More Related Content

PPTX
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
PDF
CARA MENARIK PELABUR ASING
PPT
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
PPTX
Bincangkan perbezaan antara adat perpatih dengan adat temenggung yang diamalk...
DOCX
Full assignment
PPTX
KONSEP PENGORGANISASIAN
DOCX
sukan dan rekreasi
PDF
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
CARA MENARIK PELABUR ASING
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
Bincangkan perbezaan antara adat perpatih dengan adat temenggung yang diamalk...
Full assignment
KONSEP PENGORGANISASIAN
sukan dan rekreasi
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...

What's hot (20)

PPT
Nota Entiti Perniagaan
PPTX
2 permintaan dan penawaran
PPTX
Malayan Union 1946
PPTX
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
PPTX
Keanjalan penawaran
PPTX
Lima koridor pembangunan
PPTX
Batu Karang Brahi :)
PPTX
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
PPTX
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
PPTX
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
PPSX
Hubungan antarabangsa
PPT
Perkongsian
PPTX
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
PPT
Bab 2 persekitaran
PPTX
Masyarakat Agraria Di China Sejarah Penggal 1 STPM
DOC
DOCX
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
PPTX
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
PPTX
Ekonomi Pengajian am STPM
PPT
Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
Nota Entiti Perniagaan
2 permintaan dan penawaran
Malayan Union 1946
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Keanjalan penawaran
Lima koridor pembangunan
Batu Karang Brahi :)
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
Hubungan antarabangsa
Perkongsian
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Bab 2 persekitaran
Masyarakat Agraria Di China Sejarah Penggal 1 STPM
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Ekonomi Pengajian am STPM
Bab 4-ting-5 Sejarah SPM
Ad

Viewers also liked (14)

PPTX
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanan
DOCX
Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensional
PPTX
Bab 1 Keusahawanan
PPT
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
PPT
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
PPTX
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
PPT
Bab 2 utilitarianisme
PPT
Konsumerisme
DOCX
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
PPT
KHB TING 3 - Bab 6 Perniagaan Dan Keusahawanan
PPTX
TAKLIMAT E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA)
PPT
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan Keusahawanan
PPT
KEPIMPINAN
PPTX
Creativity and innovation in entrepreneurship
KH3 Pilihan 1 - Perniagaan & Keusahawanan
Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensional
Bab 1 Keusahawanan
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Bab 2 utilitarianisme
Konsumerisme
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
KHB TING 3 - Bab 6 Perniagaan Dan Keusahawanan
TAKLIMAT E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA)
KHB TING 2 - Bab 8 Perniagaan Dan Keusahawanan
KEPIMPINAN
Creativity and innovation in entrepreneurship
Ad

More from mandalina landy (20)

PPT
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
PPTX
Presentation final
DOC
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
DOC
Glossary islamic finance intruments
PPT
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
DOC
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
DOC
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
PPT
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
PPTX
Keselamatan barangan plastik
PPT
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
PPT
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
PPT
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
PPT
sukuk - islamic bond
PPT
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
PPT
shirkah dan mudharabah
PPT
bai as-salam and istisna
PPT
islam dan perniagaan
PPT
al ijarah
PPT
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
PPT
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
Presentation final
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
Glossary islamic finance intruments
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Keselamatan barangan plastik
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
sukuk - islamic bond
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
shirkah dan mudharabah
bai as-salam and istisna
islam dan perniagaan
al ijarah
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
transaksi yang dilarang dlm syariah islam

penipuan dan penyelewengan di pasaran

  • 1. Bincangkan penipuan dan penyelewengan di pasaran daripada perspektif:EkonomiSosialBudayaAgamaUndang-undangPerlindungan alam sekitarPada masa kini, isu penipuan dan penyelewengan di pasaran semakin serius dan membimbangkan orang ramai kerana perkara ini boleh mengancam keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan negara. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara telah melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan. Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan mereka dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang dibenarkan. Selain itu, kemudahan sistem kredit membolehkan golongan peniaga yang tidak jujur lalu mengambil kesempatan dan melakukan penyelewengan modal dan pinjaman. Kegawatan ekonomi juga menyebabkan peningkatan penjenayah kolar putih. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang cekap, sihat, dan adil perlu diwujudkan bagi membentukkan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Dari perspektif sosial, penipuan dan penyelewengan akan menyebabkan ketidakseimbangan dan masalah sosial di pasaran. Penipuan boleh menwujudkan masyarakat yang saling mengesyaki antara satu sama lain. Maklumat-matlumat yang penting tidak dapat dikongsi dan disampaikan dengan tepat dan cepat akan membawa kerugian yang besar kepada setiap individu. Penyelewengan akan menyebabkan hak seorang individu dijejaskan. Penyelewengan akan menjejaskan keadilan di pasaran kerana keputusan jual beli akan dijalankan secara tidak saksama, berat sebelah dan tidak adil.Kesannya, masalah seperti harta benda individu dirompak dan dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akan berlaku.Dari perspektif budaya, penipuan dan penyelewengan yang berlaku di pasaran akan membawa kesan yang buruk pada budaya dan sosial sesebuah negara. Budaya dikatakan tanda dan keunikan bagi sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu, jika berlakunya penipuan dan penyelewengan di pasaran, ini akan menjejaskan kebudayaan dan imej negara. Hal ini kerana pada mata orang luar, sesuatu negara yang sering berlaku penipuan tentunya masyarakat negara itu tidak jujur dan tiada didikan agama dan mereka mungkin mengaitkannya dengan budaya masyarakat tersebut. Maka, kecantikan dan keistimewaaan budaya yang telah disampaikan turun-temurun akan dijejas dan ini menjejaskan imej negara.Dari segi perspektif agama pula, agama Islam mengharamkan unsur penindasan dan penyelewengan yang boleh menjejaskan keharmonian urusan muamalah. Islam turut mengharamkan sebarang bentuk ihtikar dalam perniagaan. Islam kaya dengan nilai-nilai yang cukup dinamik di mana agama Islam amat menitikberatkan moral dan etika, nilai-nilai kemanusiaan, prinsip-prinsip persaudaraan, semangat musyawarah dan tolong-menolong, etos kerja dan tanggungjawab sosial yang semuanya diperhalusi syariat khususnya dalam perbincangan fikah muamalat. Semangat persaudaraan dan hubungan kasih sayang kemanusiaan yang berasaskan ketakwaan seutuhnya kepada Allah. Malah budaya perniagaan Islam yang disemangati oleh nilai kasih sayang kemanusiaan dan diterasi semangat persaudaraan inilah yang akan mewujudkan iklim sihat dalam dunia korporat dan urusan ekonomi hari ini. Melihat dari sudut undang-undang pula, kes yang kerap berlaku ialah penyelewengan daripada harga barang, tindakan peniaga yang menyorokkan barangan telah menyebabkan harga barang meningkat. Selain itu, terdapat juga peniaga yang mementingkan keuntungan dan mengabaikan keselamatan barangan yang dikeluarkan. Contohnya, kes tepung susu yang berlaku di China telah menyebabkan beribu-ribu bayi mengalami masalah kesihatan batu karang. Peniaga tersebut tidak mempunyai etika peniagaan kerana beliau tetap memasarkan tepung susu yang tercemar itu walaupun beliau mengetahui tepung susu itu adalah tidak sesuai diminum. Tiada maknanya membentuk suatu akta jika tindakan penguatkuasaan undang-undang tidak dilakukan. Dari segi perspektif perlindungan alam sekitar, penipuan dan penyelewengan dapat menjejaskan keseimbangan ekosisitem. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Bumi adalah anugerah Tuhan kepada insan. Malangnya terdapat sebilangan perusaha, peniaga dan juga individu tidak memperdulikan kepentingan perlindungan alam sekitar dan berniat menipu kepada orang ramai bahawa mereka ada menjalankan aktiviti perlindungan alam sekitar tetapi sebaliknya meneruskan perbuatan mereka seperti membuang sampah-sarap ke dalam sungai dan merata-rata tempat, memggunakan sumber yang tidak mesra alam serta bahan yang membahayakan kesihatan kita dalam proses pengeluaran barangan, membuang toksik ke dalam sungai dan sebagainya. Pengembangan teknologi dan penggunaan yang tidak sederhana serta kebanyakkan aktiviti manusia yang tidak terbatas, menyelewengan serta pembaziran sumber telah membawa banyak imbak negatif ke atas alam sekitar dan akhirnya mempengaruhi kehidupan kita. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar, tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan ekosistem yang dilakukan.oleh manusia.