2
Most read
3
Most read
4
Most read
Karangan Syarahan
Contoh 1
Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Malaysia sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat
Membawa Berkat”.
Tulis syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
Rangka karangan
1. Pengenalan
- kata alu-aluan
- perkenalkan tajuk syarahan – jelaskan ungkapan tersebut
2. Isi-isi karangan
- kerjasama perlu diamalkan – dalam semua aspek kehidupan
- hidup dalam keadaan harmoni – saling bekerjasama
- kerjasama perlu dipupuk sejak kecil/ sekolah rendah
- hasil kerjasama rakyat hidup aman – pembangunan dilaksanakan
3. Penutup
- masyarakat mesti hayati
- wujud kesepakatan setiap lapisan masyarakat
- terima kasih
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif,
guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Salam sejahtera saya ucapkan.
Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”.
Para hadirin yang dihormati,
Hidup sepakat bermaksud hidup yang ada sikap bekerjasama
dikalangan penduduk manakala membawa berkat pula bermaksud
mendatangkan kebaikan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan sikap ini,
nescaya hidup kita sentiasa dalam aman dan damai.
Amalan bermuafakat perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.
Bergotong-royong dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah contoh semangat
permuafakatan dalam masyarakat.
Rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu,
dengan semangat tolong-menolong dan kerjasama hidup mereka dalam
keadaan harmoni. Semangat kerjasama ini juga perlu dipupuk sejak daripada
kanak-kanak, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah
daripada rebungnya ”.
Hadirin sekalian,
Amalan bantu-membantu dan bekerjasama akan membawa banyak
kebaikan. Kehidupan menjadi aman dan damai serta pembangunan yang
dijalankan adalah untuk dimanfaatkan oleh rakyat.
Oleh itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati
dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana akan mendatangkan
banyak kebaikan. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.
Cohtoh 2
Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat
daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “ Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru”.
Tuliskan syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
Rangka karangan
1. Pendahuluan
- kata alu-aluan
- menegaskan tajuk
2. Isi-isi penting
- jasa guru – mendidik menjadi insan yang berguna
- perlunya menghormati guru
- menurut nasihat dan tunjuk ajar
- rajin belajar/ berbudi pekerti – guru bangga
- pengorbanan guru – masa dan tenaga
3. Penutup
- baik dan hormat guru
- penegasan – hujah kepada tajuk
Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Ahmad Akmal,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Balun, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.
Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ”Perlunya Para Pelajar
Menghormati Guru”.
Hadirin sekalian,
Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan
mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita
perlulah menghormati mereka.
Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut
nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap
yang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan
perasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan
yang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasa
gembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia.
Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan
anak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara
menghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit.
Para hadirin sekalian.
Tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kita
berbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Contoh 3
Amalan berjimat cermat seharusnya menjadi budaya hidup harian.
Tuliskan sebuah syarahan tentang “Cara-cara Melaksanakan Amalan Berjimat
Cermat”. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka karangan
1. Pendahuluan
- kata alu-aluan
- tegaskan tajuk
2. Isi-isi penting
- maksud jimat cermat – jadikan budaya hidup
- didikan awal ibu bapa - galak anak menyimpan wang
- tanam sayur-sayuran cara hidroponik - jimat kos
- jimat berbelanja - melabur wang
3. Penutup
- seru semua pihak amalkan sikap berjimat
- jadikan budaya hidup
- terima kasih
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Encik Ahmad Hambal, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri
Kepayang, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan saya
ialah “Cara-cara Melaksanakan Amalan Berjimat Cermat”.
Hadirin yang dimuliakan,
Amalan berjimat cermat bermaksud kita mestilah berhemat dalam
perbelanjaan. Simpanlah semasa rezeki mendatang dan gunakan semasa
kecemasan. Seharusnya amalan mulia ini dijadikan budaya hidup kita sepanjang
masa.
Dalam pada itu, ibu bapa juga wajar mendidik anak-anak mereka
dengan amalan ini. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak
dalam menyimpan wang belanja sekolah, duit raya dan sebagainya dalam
tabung dan seterusnya membuka akaun di bank.
Hadirin yang dimuliakan,
Salah satu cara lain dalam berhemat ialah menanam sayur-sayuran
secara hidroponik. Jika setiap keluarga mengamalkannya, sudah tentu negara
dapat menjimatkan berjuta-juta ringgit bagi mengimport sayur-sayuran dari
negara lain.
Selain itu, kawallah nafsu ketika berbelanja. Ketepikan barangan import
dan belilah barangan buatan Malaysia yang lebih murah harganya. Laburkan
sebahagian daripada pendapatan kita dalam saham amanah untuk mendapatkan
dividen tahunan.
Hadirin yang dihormati,
Sekianlah sahaja syarahan saya pada kali ini. Sebelum berundur, saya
menyeru agar semua pihak menjadikan amalan berjimat sebagai budaya hidup.
Sekian, terima kasih.

More Related Content

DOCX
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
PDF
Bahan UPSR 2014
DOCX
Esei tahun 6 (latest)
DOCX
Menyambung cerita
DOCX
Teks ucapan hari guru
PDF
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
DOCX
Amalan gaya hidup sihat
PDF
Format karangan
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Bahan UPSR 2014
Esei tahun 6 (latest)
Menyambung cerita
Teks ucapan hari guru
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Amalan gaya hidup sihat
Format karangan

What's hot (20)

ODT
Contoh karangan
DOCX
Karangan laporan
PPTX
Isi tersurat dan isi tersirat
DOC
Karangan fakta
PDF
Contoh penulisan catatan
PDF
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
DOCX
Latihan kata pemeri
PDF
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
PDF
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
PPT
Subjek dan predikat
DOCX
Imbuhan pinjaman
DOCX
Contoh soalan kata nama am dan khas
DOC
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
DOC
Contoh karangan-Pengalaman
DOCX
269366711 contoh-soalan-ulasan
DOC
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
PPTX
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama
PPT
Bandingan semacam
PPT
Kata bilangan
PDF
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Contoh karangan
Karangan laporan
Isi tersurat dan isi tersirat
Karangan fakta
Contoh penulisan catatan
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
Latihan kata pemeri
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
Subjek dan predikat
Imbuhan pinjaman
Contoh soalan kata nama am dan khas
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh karangan-Pengalaman
269366711 contoh-soalan-ulasan
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama
Bandingan semacam
Kata bilangan
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Ad

Viewers also liked (20)

DOC
Teks syarahan
DOC
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
DOCX
Yang mulia tuan pengerusi majlis
DOCX
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
DOCX
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
DOCX
KARANGAN SYARAHAN
DOCX
Pidato spontan
PPTX
GBM1103 : Ceramah dan Syarahan
DOCX
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
DOC
Koleksi Contoh Karangan 2
PDF
Petikan syarahan
DOC
Jenis jenis contoh surat kiriman
DOCX
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
DOCX
Contoh karangan ucapan
DOCX
Contoh karangan spm 2014
PDF
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005
PDF
Syarahan piala perpaduan
DOCX
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2
PPTX
7 Jenis Tulisan Karangan
DOC
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Teks syarahan
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
KARANGAN SYARAHAN
Pidato spontan
GBM1103 : Ceramah dan Syarahan
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Koleksi Contoh Karangan 2
Petikan syarahan
Jenis jenis contoh surat kiriman
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan spm 2014
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005
Syarahan piala perpaduan
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2
7 Jenis Tulisan Karangan
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Ad

More from Rohana Mazelan (12)

PDF
Penulisan ucapan
PDF
Penulisan surat rasmi
PDF
Penulisan perbincangan
PDF
Penulisan laporan
PDF
Penulisan fakta
PDF
Penulisan dialog
PDF
Penulisan catatan
PDF
Penulisan berita
PDF
Hbef2703rohanamazelan
DOCX
Bahagian bt4
DOCX
Bangau menenun songket
DOCX
Bahasa jiwa bangsa
Penulisan ucapan
Penulisan surat rasmi
Penulisan perbincangan
Penulisan laporan
Penulisan fakta
Penulisan dialog
Penulisan catatan
Penulisan berita
Hbef2703rohanamazelan
Bahagian bt4
Bangau menenun songket
Bahasa jiwa bangsa

Recently uploaded (8)

DOCX
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan (1).docx
PPTX
BAB 1 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN.pptx
PPTX
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026 (1).pptx
DOCX
KERTAS KERJA MERDEKA ( sambutan merdeka peringkat sekolah).docx
DOCX
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan.docx
PPTX
FARM FRESH KUMP KTESAA DAN KISTARP 2025 (1).pptx
PPTX
Ahli jawatankuasa PSS( pusat sumber sekolah).pptx
PPTX
sains tingkatan satu dua tiga empat.pptx
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan (1).docx
BAB 1 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN.pptx
SBP - DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN TAHUN 2026 (1).pptx
KERTAS KERJA MERDEKA ( sambutan merdeka peringkat sekolah).docx
RPT-2022-Sains-Tahun-2-KSSR-Semakan-sumberpendidikan.docx
FARM FRESH KUMP KTESAA DAN KISTARP 2025 (1).pptx
Ahli jawatankuasa PSS( pusat sumber sekolah).pptx
sains tingkatan satu dua tiga empat.pptx

Penulisan syarahan

  • 1. Karangan Syarahan Contoh 1 Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulis syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Rangka karangan 1. Pengenalan - kata alu-aluan - perkenalkan tajuk syarahan – jelaskan ungkapan tersebut 2. Isi-isi karangan - kerjasama perlu diamalkan – dalam semua aspek kehidupan - hidup dalam keadaan harmoni – saling bekerjasama - kerjasama perlu dipupuk sejak kecil/ sekolah rendah - hasil kerjasama rakyat hidup aman – pembangunan dilaksanakan 3. Penutup - masyarakat mesti hayati - wujud kesepakatan setiap lapisan masyarakat - terima kasih
  • 2. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Para hadirin yang dihormati, Hidup sepakat bermaksud hidup yang ada sikap bekerjasama dikalangan penduduk manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan sikap ini, nescaya hidup kita sentiasa dalam aman dan damai. Amalan bermuafakat perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian. Bergotong-royong dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah contoh semangat permuafakatan dalam masyarakat. Rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, dengan semangat tolong-menolong dan kerjasama hidup mereka dalam keadaan harmoni. Semangat kerjasama ini juga perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya ”. Hadirin sekalian, Amalan bantu-membantu dan bekerjasama akan membawa banyak kebaikan. Kehidupan menjadi aman dan damai serta pembangunan yang dijalankan adalah untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Oleh itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana akan mendatangkan banyak kebaikan. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.
  • 3. Cohtoh 2 Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “ Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru”. Tuliskan syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Rangka karangan 1. Pendahuluan - kata alu-aluan - menegaskan tajuk 2. Isi-isi penting - jasa guru – mendidik menjadi insan yang berguna - perlunya menghormati guru - menurut nasihat dan tunjuk ajar - rajin belajar/ berbudi pekerti – guru bangga - pengorbanan guru – masa dan tenaga 3. Penutup - baik dan hormat guru - penegasan – hujah kepada tajuk
  • 4. Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Ahmad Akmal, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Balun, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ”Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru”. Hadirin sekalian, Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita perlulah menghormati mereka. Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap yang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita. Hadirin yang dihormati sekalian, Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan perasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan yang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasa gembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia. Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan anak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara menghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit. Para hadirin sekalian. Tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kita berbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
  • 5. Contoh 3 Amalan berjimat cermat seharusnya menjadi budaya hidup harian. Tuliskan sebuah syarahan tentang “Cara-cara Melaksanakan Amalan Berjimat Cermat”. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Rangka karangan 1. Pendahuluan - kata alu-aluan - tegaskan tajuk 2. Isi-isi penting - maksud jimat cermat – jadikan budaya hidup - didikan awal ibu bapa - galak anak menyimpan wang - tanam sayur-sayuran cara hidroponik - jimat kos - jimat berbelanja - melabur wang 3. Penutup - seru semua pihak amalkan sikap berjimat - jadikan budaya hidup - terima kasih
  • 6. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Ahmad Hambal, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah “Cara-cara Melaksanakan Amalan Berjimat Cermat”. Hadirin yang dimuliakan, Amalan berjimat cermat bermaksud kita mestilah berhemat dalam perbelanjaan. Simpanlah semasa rezeki mendatang dan gunakan semasa kecemasan. Seharusnya amalan mulia ini dijadikan budaya hidup kita sepanjang masa. Dalam pada itu, ibu bapa juga wajar mendidik anak-anak mereka dengan amalan ini. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak dalam menyimpan wang belanja sekolah, duit raya dan sebagainya dalam tabung dan seterusnya membuka akaun di bank. Hadirin yang dimuliakan, Salah satu cara lain dalam berhemat ialah menanam sayur-sayuran secara hidroponik. Jika setiap keluarga mengamalkannya, sudah tentu negara dapat menjimatkan berjuta-juta ringgit bagi mengimport sayur-sayuran dari negara lain. Selain itu, kawallah nafsu ketika berbelanja. Ketepikan barangan import dan belilah barangan buatan Malaysia yang lebih murah harganya. Laburkan sebahagian daripada pendapatan kita dalam saham amanah untuk mendapatkan dividen tahunan. Hadirin yang dihormati, Sekianlah sahaja syarahan saya pada kali ini. Sebelum berundur, saya menyeru agar semua pihak menjadikan amalan berjimat sebagai budaya hidup. Sekian, terima kasih.