HBSC 3103 : BIOLOGI II : 
CONTINUITY OF LIFE 
NAMA : MOHD FAUDZI MOHD SALEH 
TAJUK : KEJURUTERAAN GENETIK
PENGENALAN 
 Kejuruteraan genetik merupakan istilah yang digunakan 
terhadap bidang pengubahsuaian genetik sesuatu 
organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai 
teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri 
daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung 
semula dengan DNA organisma lain.
INDUSTRI PERTANIAN 
Dalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami 
masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini 
menyebabkan generasi baru tidak berminat mengusahakan 
industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak 
menentu justeru, dengan menggunakan kejuruteraan genetik 
masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan 
perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan. 
Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan 
akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya : 
> Buah yang besar 
> Buah tanpa biji 
> Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan 
haiwan perosak 
> Tumbuhan yang lebih kiuat dan lasak dengan perubahan alam 
sekitar.
Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ? 
 Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini 
menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan 
ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat 
mencacatkan penghasilan pembentukan biji benih. 
 Selain itu, tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk 
berbanding pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya 
mengekstrakan gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan 
kepada pohon strawberi supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk 
lampau. Ini penting bagi petani kerana sumber pendapatan boleh 
terjejas jika hasil tidak banyak. 
 Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak 
menghasilkan gejala alergik dalam kalangan pengguna dan ini dapat 
meningkatkan hasil jualan petani.
INDUSTRI TERNAKAN 
 Banyak usaha telah dijalankan dalam usaha membangunkan 
sektor ini. Sejak dahulu lagi, teknik pembiakbakaan telah pun 
diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka 
ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan 
keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian 
haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam 
masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan. 
Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang 
berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran 
populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini 
sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia 
seluruh dunia
 Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang 
pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang 
sebagai contohnya : 
> Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak 
> Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di 
bervitamin 
> Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan 
persekitaran 
Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini 
semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur 
yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang 
yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru 
lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen 
yang telah diterapkan.
INDUSTRI PERUBATAN 
 Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, 
vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus 
adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia. 
 Hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing 
manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir 
dan lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon 
ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut 
terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan 
konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan 
hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam. 
 Akhirnya insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen 
khusus kepada satu bakteria untuk menghasilkan produk yang 
lebih cepat dan mencukupi.
 Dalam kemalangan pula atau 
pembedahan kadang kala 
memerlukan darah simpanan untuk 
menyokong tubuh pesakit dan kini 
bekalan darah sangat kurang di 
bank darah. Penyakit genetik 
seperti 'cri du chat', sindrom Down 
boleh diatasi dengan mengubahsuai 
gen-gen abnormal kepada gen 
normal melalui terapi gen 
contohnya. Pesakit barah yang 
menderita akibat pertumbuhan sel 
mutasi boleh menerima manfaat 
juga melalui pemodenan dalam era 
Kejuruteraan Genetik.
CONTOH HARIAN HASIL 
KEJURUTERAAN GENETIK 
 Baju hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya. 
 Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya 
datang dari pokok kacang soya transgenik. 
 Penghasilan tapai dan air tuak. 
 
Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari 
segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita 
lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah 
bermutu tinggi dan lebih besar daripada dahulu.
Power point hbsc3103 faudzi

Power point hbsc3103 faudzi

  • 1.
    HBSC 3103 :BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE NAMA : MOHD FAUDZI MOHD SALEH TAJUK : KEJURUTERAAN GENETIK
  • 2.
    PENGENALAN  Kejuruteraangenetik merupakan istilah yang digunakan terhadap bidang pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain.
  • 3.
    INDUSTRI PERTANIAN Dalamindustri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan generasi baru tidak berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak menentu justeru, dengan menggunakan kejuruteraan genetik masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan. Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya : > Buah yang besar > Buah tanpa biji > Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak > Tumbuhan yang lebih kiuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.
  • 4.
    Pernahkah anda makanbuah tanpa biji seperti tembikai ?  Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat mencacatkan penghasilan pembentukan biji benih.  Selain itu, tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting bagi petani kerana sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak.  Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala alergik dalam kalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan hasil jualan petani.
  • 5.
    INDUSTRI TERNAKAN Banyak usaha telah dijalankan dalam usaha membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi, teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan. Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia seluruh dunia
  • 6.
     Usaha-usaha sepertimelahirkan haiwan transgenik sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang sebagai contohnya : > Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak > Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di bervitamin > Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.
  • 7.
    INDUSTRI PERUBATAN Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia.  Hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam.  Akhirnya insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada satu bakteria untuk menghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi.
  • 8.
     Dalam kemalanganpula atau pembedahan kadang kala memerlukan darah simpanan untuk menyokong tubuh pesakit dan kini bekalan darah sangat kurang di bank darah. Penyakit genetik seperti 'cri du chat', sindrom Down boleh diatasi dengan mengubahsuai gen-gen abnormal kepada gen normal melalui terapi gen contohnya. Pesakit barah yang menderita akibat pertumbuhan sel mutasi boleh menerima manfaat juga melalui pemodenan dalam era Kejuruteraan Genetik.
  • 9.
    CONTOH HARIAN HASIL KEJURUTERAAN GENETIK  Baju hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya.  Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya datang dari pokok kacang soya transgenik.  Penghasilan tapai dan air tuak.  Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah bermutu tinggi dan lebih besar daripada dahulu.