Variasi Bahasa
        Disediakan oleh:
 Nurfarah Syazana bt Mohd Fadzil
   Shadatul Azuwa bt Hashim
Bahasa formal dengan
                   bahasa tak formal
1.   Penggunaan bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal
     dan bahasa tak formal.
2.   Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan pada situasi formal atau
     rasmi. Contoh bahasa formal bahasa baku dan bahasa istana.
3.   Bahasa tak formal pula digunakan pada situasi tidak rasmi. Contoh
     bahasa tak formal bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa mesra, bahasa
     pasar, bahasa halus, bahasa kasar, dan dialek.
4.   Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan
     membandingkan ragam bahasa bebas dengan bahasa terkawal.
5.   Ragam bahasa bebas merupakan bentuk yang mementingkasn aspek-
     aspek peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya tidak
     gramatis, aspek sebutan dan intonasinya salah, serta pilihan kosa katanya
     tidak tepat.
6. Berbeza daripada ragam bahasa bebas, ragam bahasa terkawal
   adalah bentuk bahasa yang mementingkan aspek-aspek
   peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya gramatis,
   aspek sebutan dan intonasi serta pilihan kosa katanya tepat.
7. Perbezaan kedua-dua ragam bahasa itu ditunjukkan oleh contoh
   yang berikut ini:

         Bahasa bebas                     Bahasa terkawal
         I cari you last night tapi you   Saya mencari awak semalam
         tak ada di rumah. Kata sister    tetapi awak tidak berada di
         you, you enjoy kat disko.        rumah. Adik perempuan awak
                                          memberitahu saya bahawa
                                          awak berhibur di disko.
8. Bahasa formal dan bahasa tak formal juga dapat dibezakan
    dengan membandingkan ragam bahasa mesra dan bahasa
    formal.
9. Dalam penggunaan bahasa mesra, sekatan sosial antara
    penutur bahasa tersebut tidak wujud.
10. Sebaliknya, dalam penggunaan bahasa formal, wujud sekatan
    sosial antara penutur. Sekatan sosial bermaksud penutur
    berasa tidak selesa apabila menggunakan bahasa formal
    tersebut. Hal ini timbul mungkin disebabkan oleh status
    seseorang penutur itu lebih tinggi daripada penutur yang lain
    ataupun hubungan yang masih belum rapat antara penutur.
11. Oleh sebab tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan
    penutur bahasa mesra, maka penuturnya akan menggunakan
    ragam bahasa bebas yang tergolong sebagai bahasa tak
    formal. Antara ciri bahasa mesra termasuklah:
(a) Menggunakan gelaran yang tidak lengkap, seperti dalam ayat ini:
    Jangan main-main, Bang Mat!
    Jom kita makan angin, Kak Leha!
(b) Menggunakan nama diri untuk menggantikan kata nama diri orang
    pertama, misalnya:
    Kalu mak tak mahu makan, Man pun tak mahu.
    Ayah duduk di situ, biar Yah ambilkan ayah minuman.
(c) Banyak menggunakan unsur kependekan kata seperti nak untuk
    hendak , dah untuk sudah, tak untuk tidak dan sebagainya.
    Sebagai contoh:
    Dah lama saya tak rasa makanan mak.
    Kamu nak pergi mana pagi-pagi buta ni?
(d) Banyak menggunakan partikel –lah ,misalnya:
    Apa sajalah yang awak buat ni, Cik Yam?
    Okaylah, esok kita jumpa lagi!
(e) Bercampur dengan dialek, misalnya:
    Budak itu badan sajo beso, tapi hati kocik.
    Tak molek demo buat bising maso orang solat.
(f) Terdapat percampuran kod, misalnya:
    I tak bole ambek anak I from school today. I ada meeting.
    Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport.
(g) Menggunakan pola intonasi yang tidak jelas, misalnya:
    Dahlah tu,pergi cepat.
    Biarkan saja buku tu di situ.


12. Za’ba mengistilahkan bahasa formal sebagai bahasa surat
    manakala bahasa tak formal adalah bahasa cakap mulut.
13. Menurut beliau, bahasa surat merupakan cara pembahasan
    bahasa Melayu yang biasa dipakai dalam karangan bersurat
    sahaja iaitu:
(a) susunannya lebih lanjut
   (b) ayat-ayatnya lebih lengkap
   (c) Pembahasanya lebih tinggi dan halus
   (d) Banyak memakai perkataan dan rangkaian perkataan yang janggal bunyinya
       dalam bahasa cakap mulut
14. Bahasa cakap mulut pula mempunyai
(a) Susunan yang senang
(b) Ayat-ayat yang ringkas
(c) Perkataan yang banyak terpotong-potong
(d) Perkataan yang terpakai tidak pernah terpakai dalam bahasa surat
15. Bahasa cakap mulut sama dengan variasi bahasa basahan, iaitu bentuk
      bahasa pertuturan harian.
16. Bahasa basahan, aspek tatabahasa atau kegramatisan ayat tidak
      dipentingkan. Bahasa ini juga dipengaruhi oleh bahasa daerah atau loghat.
17. Terdapat 3 perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan
      (a) penggunaan perkataan yang berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa baku                 Bahasa basahan
         Mengapa                     Kenapa
         Bagaimana                   Macam mana
         Sedang                      tengah

(b) Penggunaan bentuk kependekkan,
       Bahasa baku                Bahasa basahan
       Hendak                     Nak
       Tidak                      Tak
       Sudah                      Dah

(c) Terdapatnya perubahan bunyi
       Bahasa baku                Bahasa basahan
       Ambil                      Ambek/amek
       Kecil                      kecik
       Pula                       Pulak
       Sihat                      sehat
18. Bahasa formal ialah variasi bahasa yang mematuhi segala peraturan yang
    telah ditetapkan baik dari aspek sebutan, sistem imbuhan, struktur ayat
    mahupun pilihan perkataan.
19. Antara ciri-ciri bahasa formal termasuklah
   a)   Tidak menggunakan nama sendiri ,nama timbangan atau nama ringkas.
   b)   Tidak mengandungi percampuran kod.
   c)   Tidak menggunakan unsur kependekan .
   d)   Menyebut geleran dengan sepenuhnya.
   e)   Memperlihatkan pola intonasi yang jelas untuk pelbbagai jenis ayat.
20. Bahasa tak formal tidak perlu terlalu tersusun atau teratur bahasanya. Yang
    ditekankan ialah keakraban dan kemesraan , maka bentuk-bentuk
    perkataannya disingkatkan.
21. Kosa kata yang digunakan berbeza daripada bahasa baku seperti perkataan
    kok dan dek digunakan untuk menggantikan perkataan kalau dan oleh dalam
    bahasa baku .
22. Bahasa tak formal juga menggunakan gelaran kekeluargaan dalam hubungan
    antara anggota keluarga atau sanak sandara, serta panggilan intim jika
    berhubung dengan sahabat handai.
23. Perbezaan antara bahasa formal dengan bahasa tak formal,misalnya:

           Bahasa formal                  Bahasa tak formal

           Saya pergi ke sekolah tetapi   I nak gi sekolah tapi dah
           sudah ketinggalan bas.         tinggal bas.




24. Bahasa formal boleh wujud dalam bentuk tulisan atau lisan. Antara bentuk
    lisan yang menggunakan bahasa formal termasuklah ceramah, forum dan
    khutbah Jumaat sementara bentuk bertulis terdapat dalam rencana, berita-
    berita ,dan karya-karya sastera.
1. Bahasa halus merupakan sistem bahasa yang beradat, bersopan santun, dan
   berbudaya tinggi.perkataan yang digunakan melambangkan kesopanan dan bernilai
   tinggi serta lengkap dengan sistem nahu.

2. Bahasa halus juga menggunakan kata ganti nama yang lengkap dan bersopan serta
   nada pengucapan yang rendah, lembut, dan menimbulkan kemesraan.

   Contohnya, bahasa halus digunakan dalam urusan surat menyurat dalam anggota
   keluarga. Dalam hal ini, kata ganti nama sopan santun (yang memperlihatkan ciri-
   ciri bahasa halus) ialah ayahanda, bonda, anakanda, kakanda, adinda, dan nenda
.
3. Dalam bahasa halus, bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk
    menyatakan sesuatu yang kurang manis.
Bentuk yang kurang manis                 Kiasan pemanis
Penyakit cacar atau ketumbuhan            Penyakit orang baik
Membasuh punggung selepas berak           bercebok
Hubungan seks halal antara suami isteri   Nafkah batin
Badan sedang membesar                     Badan tengah naik
suami                                     Bapak budak ini
isteri                                    Orang rumah/emak budak ini
kencing                                   Ke sungai kecil/buang air kecil
berak                                     Ke sungai besar/buang air besar
Keluar darah haid                         Datang bulan
mati                                      Menghembuskan nafas terakhir
Dikuburkan                                dikebumikan
4.Bahasa halus digunakan untuk:
 Menghormati orang yang dilawan bercakap
 Menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap
 Mewujudkan kemesraan
 Menghormati peraturan adat istiadat

5.Lawan bahasa halus ialah bahasa kasar.bahasa kasar digunakan oleh penutur yang tidak
mementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa .kata-kata kasar akan menyinggung
perasaan orang yang terlibat.

6.Bahasa kasar terbahagi kepada dua
a) Bahasa kasar biasa
b) Bahasa kasar kesat

Bahasa kasar biasa
 Ialah Penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan tempat dan konteks
  sehingga menyentuh perasaan pihak yang berkenaan
 Akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pihak lain
 Menggambarkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau
  sifatnya yang tidak tahu berbahasa.
Bahasa kasar kesat
 Ialah bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang penutur ketika sedang marah
  dan menggunakan bahasa kesat untuk memaki hamun, mengutuk, mencarut, dan
  sebagainya.
 Contoh bahasa kesat ialah sial, celaka, bodoh,kurang ajar, kepala otak, dan sebagainya.

7.Bahasa kasar juga dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh golongan yang tidak
mempunyai latar belakang pendidikan dan bermoral rendah. Jenis bahasa ini dipadankan
dengan “vulgar language” dalam bahas inggeris.




1.Bahasa istana ialah variasi bahasa yang digunakan khusus untuk golongan diraja.variasi
bahasa ini juga dikenal sebagai bahasa dalaman. Bahasa ini bertujuan untuk
menunjukkan perbezaan antara golongan diraja dengan orang biasa.

2.Bahasa istana termasuk dalam variasi bahasa halus. Bahasa ini digunakan oleh orang
kebanyakan apabila berhubung dengan kerabat diraja.
3.Perbezaan antara ciri bahasa golongan diraja dengan bahasa biasa. Ciri-ciri bahasa
ini dapat ditinjau dari aspek:
a) Penggunaan kata dan ungkapan khusus ;
b) Penggunaan kata ganti nama diri orang;
c) Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat; dan
d) Penggunaan unsur pemulukan dan pendinaan

4.Daripada segi penggunaan ungkapan, terdapat ungkapan bahasa istana yang sudah
jumud, iaitu bersifat rutin dan tidak berubah-ubah sejak dahulu lagi.antara ungkapan
tersebut termasuklah Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap
diampun dan daulat Tuanku yang digunakan dalam upacara penabalan raja.

5.Terdapat kosa kata yang khusus untuk golongan diraja iaitu:


                                Bahasa biasa                    Bahasa istana
                      beranak                          Berputera/berputeri
                      makan                            santap
                      mandi                            bersiram
                      Meninggal dunia                  Mangkat
                      marah                            murka
6.Contoh penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa istana adalah:



             Kata ganti                      penggunaan
             nama diri         Sultan/raja        Orang biasa/rakyat
           Pertama         Beta                 Hamba, pacal, patik
           Kedua           Tuanku               Mamanda, tuan hamba
           ketiga          baginda


7.Di Malaysia, golongan diraja mempunyai gelaran tertentu mengikut negeri masing-
masing, iaitu:
 Perak dan selangor- Raja
 Johor, kedah, dan negeri sembilan-tunku;
 Kelantan, pahang, dan terangganu-tengku

8.Kerabat diraja disapa dengan rujukan kehormat tertentu bergantung pada status
masing-masing.
Antara rujukan kehormat bagi kerabat diraja adalah seperti yhang berikut:

                       Status kerabat diraja            Rujukan kehormat
                  Yang di-Pertuan Agong dan       Ke Bawah Duli Yang Maha
                  Raja Permaisuri Agong           Mulia Seri Paduka Baginda
                  Sultan dan Sultanah Kelantan    Ke Bawah Duli Yang Maha
                  dan Pahang                      Mulia
                  Sultan dan Sultanah negeri      Duli Yang Maha Mulia
                  lain selain Kelantan dan
                  Pahang
                  Balu Raja                       Yang Maha Mulia
                  Raja Muda atau Tengku           Duli Yang Maha Teramat Mulia
                  Mahkota                         atau Yang Teramat Mulia
                  Kerabat diraja yang karib       Yang Amat Mulia

 9.Dalam bahasa istana, unsur pemulukan dan pendinaan amat ketara semasa rakyat
 berhubung dengan kerabat diraja secara bersemuka.
10.Ciri pemulukan merujuk kepada perbuatan menyanjung raja untuk meletakkan
baginda pada taraf yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa.contoh pemulukan ialah
Duli Yang di-Pertuan , Duli Yang Maha Mulia , ataupun Ke Bawah Duli.

11.Unsur pendinaan merujuk kepada orang yang berhubung dengan raja itu merendah-
rendahkan dirinya. Antara contoh pendinaan ialah penggunaan ganti nama patik dan
hamba, ungkapan seperti patik yang hina dina, pacal yang hina, ataupun menjunjung
duli.

Biasanya ciri pemulukan dan pendinaan berlaku serentak.

12.ciri-ciri lain bahasa istana dapat dilihat daripada aspek penggunaan nahu dan
pengulangan.

13.Aspek nahu, ditemukan kekerapan penggunaan imbuhan apitan per…kan seperti
kata persembahan. Menurut Asmah Haji Omar, penggunaan imbuhan per…kan
membawa nada keseriusan, kemegahan, dan keagungan atau kebesaran sesuatu
tindakan.

Selain apitan per…kan, terdapat juga penggunaan imbuhan akhiran –nda dan –anda
yang digunakan sebagai tanda homat dan untuk menunjukkan hubungan kekeluargaan,
seperti ayahanda, anakanda, bonda, adinda, dan sebagainya.
Variasi bahasa

Variasi bahasa

  • 1.
    Variasi Bahasa Disediakan oleh: Nurfarah Syazana bt Mohd Fadzil Shadatul Azuwa bt Hashim
  • 2.
    Bahasa formal dengan bahasa tak formal 1. Penggunaan bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tak formal. 2. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi. Contoh bahasa formal bahasa baku dan bahasa istana. 3. Bahasa tak formal pula digunakan pada situasi tidak rasmi. Contoh bahasa tak formal bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa mesra, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, dan dialek. 4. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dengan bahasa terkawal. 5. Ragam bahasa bebas merupakan bentuk yang mementingkasn aspek- aspek peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya tidak gramatis, aspek sebutan dan intonasinya salah, serta pilihan kosa katanya tidak tepat.
  • 3.
    6. Berbeza daripadaragam bahasa bebas, ragam bahasa terkawal adalah bentuk bahasa yang mementingkan aspek-aspek peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya gramatis, aspek sebutan dan intonasi serta pilihan kosa katanya tepat. 7. Perbezaan kedua-dua ragam bahasa itu ditunjukkan oleh contoh yang berikut ini: Bahasa bebas Bahasa terkawal I cari you last night tapi you Saya mencari awak semalam tak ada di rumah. Kata sister tetapi awak tidak berada di you, you enjoy kat disko. rumah. Adik perempuan awak memberitahu saya bahawa awak berhibur di disko.
  • 4.
    8. Bahasa formaldan bahasa tak formal juga dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa mesra dan bahasa formal. 9. Dalam penggunaan bahasa mesra, sekatan sosial antara penutur bahasa tersebut tidak wujud. 10. Sebaliknya, dalam penggunaan bahasa formal, wujud sekatan sosial antara penutur. Sekatan sosial bermaksud penutur berasa tidak selesa apabila menggunakan bahasa formal tersebut. Hal ini timbul mungkin disebabkan oleh status seseorang penutur itu lebih tinggi daripada penutur yang lain ataupun hubungan yang masih belum rapat antara penutur. 11. Oleh sebab tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur bahasa mesra, maka penuturnya akan menggunakan ragam bahasa bebas yang tergolong sebagai bahasa tak formal. Antara ciri bahasa mesra termasuklah:
  • 5.
    (a) Menggunakan gelaranyang tidak lengkap, seperti dalam ayat ini:  Jangan main-main, Bang Mat!  Jom kita makan angin, Kak Leha! (b) Menggunakan nama diri untuk menggantikan kata nama diri orang pertama, misalnya:  Kalu mak tak mahu makan, Man pun tak mahu.  Ayah duduk di situ, biar Yah ambilkan ayah minuman. (c) Banyak menggunakan unsur kependekan kata seperti nak untuk hendak , dah untuk sudah, tak untuk tidak dan sebagainya. Sebagai contoh:  Dah lama saya tak rasa makanan mak.  Kamu nak pergi mana pagi-pagi buta ni? (d) Banyak menggunakan partikel –lah ,misalnya:  Apa sajalah yang awak buat ni, Cik Yam?  Okaylah, esok kita jumpa lagi!
  • 6.
    (e) Bercampur dengandialek, misalnya:  Budak itu badan sajo beso, tapi hati kocik.  Tak molek demo buat bising maso orang solat. (f) Terdapat percampuran kod, misalnya:  I tak bole ambek anak I from school today. I ada meeting.  Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport. (g) Menggunakan pola intonasi yang tidak jelas, misalnya:  Dahlah tu,pergi cepat.  Biarkan saja buku tu di situ. 12. Za’ba mengistilahkan bahasa formal sebagai bahasa surat manakala bahasa tak formal adalah bahasa cakap mulut. 13. Menurut beliau, bahasa surat merupakan cara pembahasan bahasa Melayu yang biasa dipakai dalam karangan bersurat sahaja iaitu:
  • 7.
    (a) susunannya lebihlanjut (b) ayat-ayatnya lebih lengkap (c) Pembahasanya lebih tinggi dan halus (d) Banyak memakai perkataan dan rangkaian perkataan yang janggal bunyinya dalam bahasa cakap mulut 14. Bahasa cakap mulut pula mempunyai (a) Susunan yang senang (b) Ayat-ayat yang ringkas (c) Perkataan yang banyak terpotong-potong (d) Perkataan yang terpakai tidak pernah terpakai dalam bahasa surat 15. Bahasa cakap mulut sama dengan variasi bahasa basahan, iaitu bentuk bahasa pertuturan harian. 16. Bahasa basahan, aspek tatabahasa atau kegramatisan ayat tidak dipentingkan. Bahasa ini juga dipengaruhi oleh bahasa daerah atau loghat. 17. Terdapat 3 perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan (a) penggunaan perkataan yang berbeza untuk makna yang serupa
  • 8.
    Bahasa baku Bahasa basahan Mengapa Kenapa Bagaimana Macam mana Sedang tengah (b) Penggunaan bentuk kependekkan, Bahasa baku Bahasa basahan Hendak Nak Tidak Tak Sudah Dah (c) Terdapatnya perubahan bunyi Bahasa baku Bahasa basahan Ambil Ambek/amek Kecil kecik Pula Pulak Sihat sehat
  • 9.
    18. Bahasa formalialah variasi bahasa yang mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan baik dari aspek sebutan, sistem imbuhan, struktur ayat mahupun pilihan perkataan. 19. Antara ciri-ciri bahasa formal termasuklah a) Tidak menggunakan nama sendiri ,nama timbangan atau nama ringkas. b) Tidak mengandungi percampuran kod. c) Tidak menggunakan unsur kependekan . d) Menyebut geleran dengan sepenuhnya. e) Memperlihatkan pola intonasi yang jelas untuk pelbbagai jenis ayat. 20. Bahasa tak formal tidak perlu terlalu tersusun atau teratur bahasanya. Yang ditekankan ialah keakraban dan kemesraan , maka bentuk-bentuk perkataannya disingkatkan. 21. Kosa kata yang digunakan berbeza daripada bahasa baku seperti perkataan kok dan dek digunakan untuk menggantikan perkataan kalau dan oleh dalam bahasa baku . 22. Bahasa tak formal juga menggunakan gelaran kekeluargaan dalam hubungan antara anggota keluarga atau sanak sandara, serta panggilan intim jika berhubung dengan sahabat handai.
  • 10.
    23. Perbezaan antarabahasa formal dengan bahasa tak formal,misalnya: Bahasa formal Bahasa tak formal Saya pergi ke sekolah tetapi I nak gi sekolah tapi dah sudah ketinggalan bas. tinggal bas. 24. Bahasa formal boleh wujud dalam bentuk tulisan atau lisan. Antara bentuk lisan yang menggunakan bahasa formal termasuklah ceramah, forum dan khutbah Jumaat sementara bentuk bertulis terdapat dalam rencana, berita- berita ,dan karya-karya sastera.
  • 11.
    1. Bahasa halusmerupakan sistem bahasa yang beradat, bersopan santun, dan berbudaya tinggi.perkataan yang digunakan melambangkan kesopanan dan bernilai tinggi serta lengkap dengan sistem nahu. 2. Bahasa halus juga menggunakan kata ganti nama yang lengkap dan bersopan serta nada pengucapan yang rendah, lembut, dan menimbulkan kemesraan. Contohnya, bahasa halus digunakan dalam urusan surat menyurat dalam anggota keluarga. Dalam hal ini, kata ganti nama sopan santun (yang memperlihatkan ciri- ciri bahasa halus) ialah ayahanda, bonda, anakanda, kakanda, adinda, dan nenda . 3. Dalam bahasa halus, bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu yang kurang manis.
  • 12.
    Bentuk yang kurangmanis Kiasan pemanis Penyakit cacar atau ketumbuhan Penyakit orang baik Membasuh punggung selepas berak bercebok Hubungan seks halal antara suami isteri Nafkah batin Badan sedang membesar Badan tengah naik suami Bapak budak ini isteri Orang rumah/emak budak ini kencing Ke sungai kecil/buang air kecil berak Ke sungai besar/buang air besar Keluar darah haid Datang bulan mati Menghembuskan nafas terakhir Dikuburkan dikebumikan
  • 13.
    4.Bahasa halus digunakanuntuk:  Menghormati orang yang dilawan bercakap  Menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap  Mewujudkan kemesraan  Menghormati peraturan adat istiadat 5.Lawan bahasa halus ialah bahasa kasar.bahasa kasar digunakan oleh penutur yang tidak mementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa .kata-kata kasar akan menyinggung perasaan orang yang terlibat. 6.Bahasa kasar terbahagi kepada dua a) Bahasa kasar biasa b) Bahasa kasar kesat Bahasa kasar biasa  Ialah Penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan tempat dan konteks sehingga menyentuh perasaan pihak yang berkenaan  Akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pihak lain  Menggambarkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak tahu berbahasa.
  • 14.
    Bahasa kasar kesat Ialah bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang penutur ketika sedang marah dan menggunakan bahasa kesat untuk memaki hamun, mengutuk, mencarut, dan sebagainya.  Contoh bahasa kesat ialah sial, celaka, bodoh,kurang ajar, kepala otak, dan sebagainya. 7.Bahasa kasar juga dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh golongan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan dan bermoral rendah. Jenis bahasa ini dipadankan dengan “vulgar language” dalam bahas inggeris. 1.Bahasa istana ialah variasi bahasa yang digunakan khusus untuk golongan diraja.variasi bahasa ini juga dikenal sebagai bahasa dalaman. Bahasa ini bertujuan untuk menunjukkan perbezaan antara golongan diraja dengan orang biasa. 2.Bahasa istana termasuk dalam variasi bahasa halus. Bahasa ini digunakan oleh orang kebanyakan apabila berhubung dengan kerabat diraja.
  • 15.
    3.Perbezaan antara ciribahasa golongan diraja dengan bahasa biasa. Ciri-ciri bahasa ini dapat ditinjau dari aspek: a) Penggunaan kata dan ungkapan khusus ; b) Penggunaan kata ganti nama diri orang; c) Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat; dan d) Penggunaan unsur pemulukan dan pendinaan 4.Daripada segi penggunaan ungkapan, terdapat ungkapan bahasa istana yang sudah jumud, iaitu bersifat rutin dan tidak berubah-ubah sejak dahulu lagi.antara ungkapan tersebut termasuklah Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun dan daulat Tuanku yang digunakan dalam upacara penabalan raja. 5.Terdapat kosa kata yang khusus untuk golongan diraja iaitu: Bahasa biasa Bahasa istana beranak Berputera/berputeri makan santap mandi bersiram Meninggal dunia Mangkat marah murka
  • 16.
    6.Contoh penggunaan kataganti nama diri dalam bahasa istana adalah: Kata ganti penggunaan nama diri Sultan/raja Orang biasa/rakyat Pertama Beta Hamba, pacal, patik Kedua Tuanku Mamanda, tuan hamba ketiga baginda 7.Di Malaysia, golongan diraja mempunyai gelaran tertentu mengikut negeri masing- masing, iaitu:  Perak dan selangor- Raja  Johor, kedah, dan negeri sembilan-tunku;  Kelantan, pahang, dan terangganu-tengku 8.Kerabat diraja disapa dengan rujukan kehormat tertentu bergantung pada status masing-masing.
  • 17.
    Antara rujukan kehormatbagi kerabat diraja adalah seperti yhang berikut: Status kerabat diraja Rujukan kehormat Yang di-Pertuan Agong dan Ke Bawah Duli Yang Maha Raja Permaisuri Agong Mulia Seri Paduka Baginda Sultan dan Sultanah Kelantan Ke Bawah Duli Yang Maha dan Pahang Mulia Sultan dan Sultanah negeri Duli Yang Maha Mulia lain selain Kelantan dan Pahang Balu Raja Yang Maha Mulia Raja Muda atau Tengku Duli Yang Maha Teramat Mulia Mahkota atau Yang Teramat Mulia Kerabat diraja yang karib Yang Amat Mulia 9.Dalam bahasa istana, unsur pemulukan dan pendinaan amat ketara semasa rakyat berhubung dengan kerabat diraja secara bersemuka.
  • 18.
    10.Ciri pemulukan merujukkepada perbuatan menyanjung raja untuk meletakkan baginda pada taraf yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa.contoh pemulukan ialah Duli Yang di-Pertuan , Duli Yang Maha Mulia , ataupun Ke Bawah Duli. 11.Unsur pendinaan merujuk kepada orang yang berhubung dengan raja itu merendah- rendahkan dirinya. Antara contoh pendinaan ialah penggunaan ganti nama patik dan hamba, ungkapan seperti patik yang hina dina, pacal yang hina, ataupun menjunjung duli. Biasanya ciri pemulukan dan pendinaan berlaku serentak. 12.ciri-ciri lain bahasa istana dapat dilihat daripada aspek penggunaan nahu dan pengulangan. 13.Aspek nahu, ditemukan kekerapan penggunaan imbuhan apitan per…kan seperti kata persembahan. Menurut Asmah Haji Omar, penggunaan imbuhan per…kan membawa nada keseriusan, kemegahan, dan keagungan atau kebesaran sesuatu tindakan. Selain apitan per…kan, terdapat juga penggunaan imbuhan akhiran –nda dan –anda yang digunakan sebagai tanda homat dan untuk menunjukkan hubungan kekeluargaan, seperti ayahanda, anakanda, bonda, adinda, dan sebagainya.